Alaf

satu ribu tahun
(Dilencongkan dari Milenium)

Alaf ([a.laf]; pinjaman Arab: آلَاف‎ / ألف, rumi: alf, lit.'seribu'[1]) atau milenium ([mi.lé.ni.um]; pinjaman Latin: millennium) ialah suatu tempoh masa yang bersamaan dengan satu ribu tahun.[2] Istilah tersebut boleh secara tersirat merujuk kepada milenium kalendar; tempoh-tempoh yang terikat dengan suatu pentarikhan[3] sistem, khususnya yang bermula (lazimnya tahun 0 atau tahun 1) atau pada tahun-tahun kemudian yang merupakan nombor bulat daraban dari seribu tahun selepasnya pada kalendar tersebut. Konsep inilah yang dibincangkan dalam rencana ini.

Istilah ini juga boleh merujuk untuk satu jarak masa bermula pada mana-mana tarikh. Kerap juga dalam perkara ini (dan kadang-kadang juga perkara di atas) ia mungkin mempunyai implikasi-implikasi keagamaan atau teologi. Terutamanya dalam pemakaian keagamaan tempoh tersebut boleh diterjemahkan secara samar, iaitu tidak semestinya betul-betul selang 1,000 tahun.

Dalam kalendar barat biasa, yang tidak mempunyai tahun sifar dan bermula dengan tahun 1 sebagai ganti, terdapat dua suatu pendapat utama mengenai penamaan alaf. Berlaku suatu perbahasan popular ketika menghampiri perayaan tahun sama ada 2000 adalah permulaan satu alaf baru (soalan alaf). Dari segi sejarah, telah ada perbahasan sekitar pertukaran dekad, abad, dan alaf.

Majoriti daripada perayaan-perayaan alaf baru telah diadakan pada tengah malam 31 Disember 1999 / 1 Januari 2000 yang mencerminkan suasana popular.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 13. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "'alaf' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2019.
  3. ^ {{}}