Dekad 1980-an merupakan tahun-tahun dari 1980 hingga 1989, iaitu antara 12 Safar 1400 hingga 2 Jamadilakhir 1410. Tempoh ini menandakan peralihan kepada cara hidup yang lebih konservatif selepas revolusi kebudayaan pada 1960-an dan 1970-an serta kemunculan virus AIDS. Ia juga merupakan zaman pemencaran politik dan ekonomi, terutamanya di negara-negara yang mengamalkan ekonomi campuran dan ekonomi terancang disebabkan campur tangan kerajaan yang giat telah menimbulkan masalah inflasi dan pengangguran yang tinggi.

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:
Kategori:


Dekad ini telah dipersendakan sejak penamatannya kerana:

Peristiwa-peristiwa dan arah aliran politik pada 1980-an memuncak dengan penggulingan kerajaan tentera dan rejim autoritarian, termasuknya setiap negara komunis dalam Pakatan Warsaw di Eropah Timur yang menghasilkan penamatan Perang Sejuk berdekad-dekad.

Dekad 1980-an juga menyaksikan perkembangan yang pesat dalam banyak sektor teknologi yang mentakrifkan dunia konsumer moden, khasnya di bidang elektronik seperti komputer peribadi, sistem permainan dan pelbagai teknologi audio.

Penduduk-penduduk di seluruh dunia meningkat dengan lebih pesat pada dekad ini apabila dibandingkan dengan dekad-dekad lain di sejarah manusia dengan penambahan penduduk baru sebanyak satu bilion dalam cuma satu dekad. Fakta ini amat penting kerana pertumbuhan yang pesat ini tidak akan diulangi lagi pada masa hadapan mengikut arah aliran pertumbuhan penduduk semasa.

Peristiwa sunting

Kelahiran sunting

Kematian sunting