Jenayah
Jenayah [jĕ.na.yah][1] (Mal., Sin., Tulisan Jawi: جنايه), kejahatan atau pidana (dua-dua Ind.[2]) merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang pemerintahan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah (Mal., Sin.,) atau narapidana (Ind.)
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.
Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah atau narkoba. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis atau polisi boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah konstitusi.
PeristilahanSunting
Perkataan jenayah sebenarnya datang dari perkataan Arab iaitu jenayat
"Pidana" lebih khusus dipakai bahasa baku negara Indonesia, ia pinjam terjemah bahasa Belanda straf melalui penyerapan perkataan Bahasa Sanskrit: पीडन pīḍana yang bermaksud "tekanan" atau "kesakitan".[3]
Jenis JenayahSunting
Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
Lihat JugaSunting
RujukanSunting
- ^ jenayah. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 15 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ pidana. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ पीडन pīḍana. Spoken Sanskrit Dictionary. Dicapai pada 15 Ogos 2020
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.