Saloth Sar (9 Mei 192515 April 1998), lebih dikenali sebagai Pol Pot, ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja (secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979, setelah menjadi ketua de facto sejak pertengahan 1975. Semasa beliau memegang kuasa, Pol Pot memulakan dasar yang agresif untuk menempatkan semula penduduk-penduduk Kemboja ke kawasan luar bandar dalam sebuah percubaan untuk menuju ke arah komunisme. Cara untuk mencapai matlamat ini termasuk penghapusan para cendekiawan dan "musuh-musuh borjuis". Pada hari ini, keterlaluan kerajaannya telah disalahkan secara meluas setelah mengakibatkan kematian sehingga tiga juta orang Kemboja. Pada tahun 1979, Pol Pot menyebabkan Kemboja terlibat dalam peperangan dengan Vietnam yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaannya.

Saloth Sar
"Pol Pot"
General Secretary of the Communist Party of Kampuchea
Dalam jawatan
1963 – 1979
Didahului olehTou Samouth
Digantikan olehNone (party dissolved)
Prime Minister of Democratic Kampuchea (Cambodia)
Dalam jawatan
May 13, 1975 – January 7, 1979
Didahului olehKhieu Samphan
Digantikan olehNone
Butiran peribadi
Lahir(1925-05-19)19 Mei 1925
Kampong Thum Province, Cambodia
Meninggal duniaApril 15, 1998(1998-04-15) (umur 72)
Cambodia
Parti politikKhmer Rouge
PasanganKhieu Ponnary (divorced)

Kehidupan awal (1925-1961) sunting

Dilahirkan di Prek Sbauv, Provinsi Kampong Thum, di dalam sebuah keluarga yang agak kaya, Pol Pot meninggalkan tempat asalnya pada tahun 1935 untuk menyertai Ecole Miche, sebuah sekolah Katolik di Phnom Penh. Oleh sebab kakaknya, Roeung, adalah gundik raja, beliau sering mengunjungi istana. Pada tahun 1942, Pol Pot gagal dalam peperiksaan untuk menyertai Lycee Sisowath, sebuah sekolah terkenal dan sebagai ganti beliau menyertai kolej Preah Sihanouk di Kampong Cham. Beliau kemudian menyertai Lycee Sisowath pada tahun 1947 tetapi tidak berjaya dalam pembelajarannya. Selepas berpindah ke Sekolah Teknik di Russey Keo di utara Phnom Penh, beliau melayakkan diri untuk biasiswa yang membenarkannya menyertai kursus teknik di Perancis. Oleh itu, Pol Pot belajar di EFR, Paris dari tahun 1949 hingga tahun 1953. Beliau juga menyertai briged buruh antarabangsa dan membina jalan raya-jalan raya di Yugoslavia pada tahun 1950.

Selepas Kesatuan Soviet mengiktiraf Viet Minh sebagai kerajaan Vietnam pada tahun 1950, ahli-ahli komunis Perancis (PCF) berjuang untuk kemerdekaan Vietnam. Fahaman anti-kolonialisme PCF menarik banyak pemuda Kemboja seperti Pol Pot yang pada tahun 1951, menyertai sel komunis Cercle Marxiste, sebuah pertubuhan rahsia yang kemudian menguasai Persatuan Penuntut Khmer (AER) pada tahun itu. Beberapa bulan kemudian, Pol Pot juga menyertai PCF. Ahli sejarah Philip Short telah mengatakan bahawa rekod akademik Pol Pot yang lemah merupakan kelebihan yang ketara dalam PCF yang anti-intelektual dan membantunya memperoleh peranan kepimpinan dengan pantas di kalangan Cercle Marxiste.

Akibat kegagalan peperiksaannya bagi dua tahun berturut-turut, Pol Pot terpaksa kembali ke Kemboja pada bulan Januari 1953. Dengan itu, beliau merupakan ahli pertama Cercle untuk pulang ke Kemboja dan ditugaskan untuk mentafsir kumpulan-kumpulan yang memberontak terhadap kerajaan. Pol Pot menyarankan Viet Minh dan bersama-sama dengan Rath Samoeun, beliau membuat perjalanan ke ibu pejabat Zon Timur Viet Minh di kampung Krabao yang terletak di kawasan sempadan Kemboja di Kampong Cham/Prey Veng pada Ogos 1953.

Pol Pot dan orang-orang lain mendapati bahawa Parti Revolusi Rakyat Kemboja hanya merupakan topeng Vietnam. Oleh itu, orang-orang Kemboja di Ibu Pejabat Zon Timur berpisah menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan mengikut orang-orang Vietnam balik ke Vietnam sebagai kader-kader untuk menyediakan pembebasan Kemboja dalam perang masa hadapan. Kumpulan yang lain yang termasuk Pol Pot kembali ke Kemboja. Pol Pot kemudian mengahwini Khieu Ponnary, kakak Ieng Thirith, pada tahun 1956.

Selepas kemerdekaan Kemboja yang menyusul Persidangan Geneva pada tahun 1954, sayap kiri dan kanan berjuang antara satu sama lain untuk menguasai kerajaan yang baru. Raja Norodom Sihanouk melaga-lagakan saingan parti-parti politik itu antara satu sama lain sementara menggunakan pasukan polis dan angkatan tentera untuk menumpaskan kumpulan-kumpulan politik yang melampau. Pilihan raya 1955 yang korup menyebabkan banyak ahli sayap kiri di Kemboja berputus asa untuk berkuasa melalui cara-cara yang sah. Sedangkan gerakan komunis masih mengabdikan diri kepada ideologi perjuangan bersenjata dalam keadaan-keadaan tersebut, mereka tidak melancarkan pemberontakan disebabkan kelemahan parti mereka.

Selepas kepulangannya ke Phnom Penh, Pol Pot menjadi orang perhubungan antara parti-parti atas tanah (Parti Demokrat dan Pracheachon) dengan gerakan komunis bawah tanah. Beliau kemudian bertugas sebagai guru kesusasteraan dan sejarah Perancis di sebuah sekolah swasta.

Bacaan tambahan sunting

  • David P. Chandler/Ben Kiernan/Chanthou Boua: Pol Pot plans the future: Confidential leadership documents from Democratic Kampuchea, 1976-1977 (Pol Pot merancangkan masa depan: Dokumen-dokumen sulit pucuk pimpinan dari Kampuchea Demokratik, 1976-1977). Percetakana Universiti Yale, New Haven, Conn. 1988. ISBN 0-938692-35-6
  • David P. Chandler: Brother Number One: A political biography of Pol Pot (Abang Nombor Satu: Biografi politik Pol Pot). Percetakan Westview, Boulder, Col. 1992. ISBN 0-8133-3510-8
  • Stephen Heder: Pol Pot dan Khieu Samphan. Clayton, Victoria: Pusat Kajian Asia Tenggara, 1991. ISBN 0-7326-0272-6
  • Ben Kiernan: The Pol Pot regime: Race, power and genocide in Cambodia under the Khmer Rouge, 1975-79 (Rejim Pol Pot: Bangsa, kuasa, dan penghapusan bangsa di Kemboja di bawah Khmer Rouge, 1975-79). New Haven, Conn: Percetakan Universiti Yale 1997. ISBN 0-300-06113-7
  • Ben Kiernan: How Pol Pot came to power: A history of Cambodian communism, 1930-1975 (Bagaimana Pol Pot memperoleh kuasa: Sejarah komunisme Kemboja, 1930-1975). New Haven, Conn.: Percetakan Universiti Yale 2004. ISBN 0-300-10262-3

Rujukan luar sunting