Phnom Penh (bahasa Khmer: (/pəˈnɔːm ˈpɛn/ or /ˈnɒm ˈpɛn/;[2][3] Phnum Pénh) merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Kemboja. Bandar ini pernah dikenali sebagai "Mutiara Asia" pada zaman 1920-an di era kegemilangannya semasa penjajahan Perancis di negara Indochina[4] ini. Bandar ini telah menjadi ibu kota Kemboja sejak abad ke-15, apabila raja Ponhea Yat memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Khmer dari Angkor Thom yang berjaya dikuasai oleh Siam.

Phnom Penh
ភ្នំពេញ
ڤنوم ڤيڽ
Wilayah Perbandaran
ក្រុងភ្នំពេញ · Bandaraya Phnom Penh
Nama panggilan: Mutiara Asia (pra-1960an)
The Charming City
Negara Kemboja
Ditubuhkan1372
Menjadi ibu negara1865
Subdivisi12 daerah (khans)
Pentadbiran
 • JenisMajlis perbandaran
 • GabenorPa Socheatavong (CPP)
Keluasan
 • Jumlah678.46 km2 (261.95 batu persegi)
 • PemeringkatanTempat ke-23
Aras
11.89 m (39.01 ft)
Penduduk
 (2012)[1]
 • Jumlah1,501,725
 • PemeringkatanTempat ke-1
 • Kepadatan2,200/km2 (5,700/batu persegi)
  • PemeringkatanTempat ke-1
DemonimPhnom Penher
HDI
 • HDI0.936 (Sangat Tinggi)
Zon waktuUTC+7 (Kemboja)
Kod kawasan+855 (023)
Laman sesawang[[1]]

Terletak di tebing Tasik Tonlé Sap, Mekong dan Bassac, kawasan metropolitan Phnom Penh adalah tempat tinggal kepada kira-kira 2.2 juta orang[1] daripada keseluruhan penduduk Kemboja iaitu lebih daripada 14.8 juta orang, meningkat daripada kira-kira 1.9 juta orang pada tahun 2008.[5] Bandar ini bandar terkaya dan paling ramai penduduk di Kemboja dan merupakan pusat perdagangan, politik dan kebudayaan negara.

Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina dari era kolonial Perancis dan seni bina tradisional Khmer yang menjadi tarikan bersejarah. Terdapat beberapa bangunan dari era kolonial ini yang masih berfungsi dan dijadikan premis perniagaan sehingga ke hari ini yang bertaburan di sepanjang jalan-jalan besar di pusat bandar Phnom Penh.

Bandar raya kembar sunting

Phnom Penh telah menjalin hubungan rasmi dan perkongsian diplomatik dengan beberapa bandar dan bandaraya di seluruh dunia.[6]

Nota sunting

  1. ^ a b "Facts Phnom Penh City". Phnompenh.gov.kh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-27. Dicapai pada 2012-10-31.
  2. ^ Dictionary Reference Phnom Penh
  3. ^ The Free Dictionary: Phnom Penh
  4. ^ Peace of Angkor Phnom Penh. Retrieved July 27, 2007.
  5. ^ NIS (August 2009). General Population Census of Cambodia 2008. National Institute of Statistics, Ministry of Planning. m/s. 23.
  6. ^ "Sister Cities". Phnompenh.gov.kh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-23. Dicapai pada 2012-10-31.
  7. ^ a b Xinhuall. "Cambodia's Phnom Penh, Thailand's Bangkok become "sister cities"". Global Times. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "10/10/2012" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

Pautan luar sunting