Laos

negara di Asia Tenggara

Republik Demokratik Rakyat Laos (Bahasa Lao: Sāthālanalat Pasāthipatai Pasāson Lāo) ialah satu satunya negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat.

Republik Demokratik Rakyat Laos
ريڤوبليك ديموکراتيك رعيت لاوس
ສາທາລະນະລັດ ປະຊາທິປະໄຕ ປະຊາຊົນລາວ
Sāthālanalat Pasāthipatai Pasāson Lāo
Bendera Laos
Jata Laos
Bendera Jata
Cogan kata"Keamanan, Kemerdekaan, Demokrasi, Kerukunan dan Kemakmuran"
Lagu kebangsaanPheng Xat Lao
Lokasi Laos
Ibu negara
dan bandar terbesar
Vientiane
Bahasa rasmiBahasa Lao
KerajaanMarxisme-Leninisme satu parti sosialis
• Presiden
Thongloun Sisoulith (ທອງລຸນ ສີສຸລິດ)
Sonexay Siphandone (ສອນ​ໄຊ ສີ​ພັນ​ດອນ)
Kemerdekaan 
daripada Perancis
• Tarikh
19 Julai 1949
• Perairan (%)
2
Populasi
• Perkiraan 2005
5,924,000 (103)
• Bancian Penduduk 1995
4,574,848
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$12.547 bilion (129)
$2,124 (138)
HDI (2004)0.553
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 133
Mata wangKip
(LAK)
Zon waktu()
Kod panggilan856
Kod ISO 3166LA
DPT internet.la

Sejarah Laos boleh dihubungkan dengan kerajaan Lan Xang (Tanah Seribu Gajah), sebuah kerajaan Asia Tenggara yang muncul antara abad ke-14 sehingga abad ke-18. Setelah kejatuhan Lan Xang, Laos ditakluki pula oleh pihak Siam, dan kemudiannya kuasa jajahan Perancis dan Jepun. Selepas mula merdeka daripada Perancis pada 1940 dan 50-an, Laos menghadapi perang saudara yang berakhir pada 1975 apabila kumpulan komunis Pathet Lao merampas kuasa.

Laos ialah satu daripada beberapa negara komunis di dunia, dengan Parti Revolusioner Rakyat Lao (LPRP) menjadi satu-satu parti politik yang sah, dan memiliki penguasaan total kepada sistem pemerintahan negara. Laos merupakan antara negara yang mempunyai kebebasan ekonomi dan politik paling rendah di dunia.[1]

Sejarah sunting

Laos moden dianggap memiliki kaitan pada kerajaan Lan Xang yang berdiri pada pertengahan abad ke-14 dan didirikan oleh Fa Ngum.[2]:223 Sebelum masa tersebut, negara itu sudah dihuni oleh orang Lao, orang Mon, dan kelompok etnik lainnya. Pada abad ke-16, Buddhisme Theravada menjadi agama dominan.

Dimulai pada pertengahan abad ke-17, Laos mengalami kejatuhan ekonomi dan politik. Pada akhir abad ke-18, Laos yang semakin lemah akhirnya ditakluki Siam. Pada akhir abad ke-19, Perancis yang baru saja menakluki kawasan Vietnam bernegosiasi dengan Siam untuk mendapatkan Laos. Pada awal abad ke-20, negara itu sepenuhnya berada di bawah jajahan Perancis.

Selama Perang Dunia II, pihak Jepun menduduki Laos, di samping pihak Siam dan Perancis.[3] Setelah perang selesai, bersama dengan Vietnam, Laos lantas mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, Perancis bertindak mengirimkan tentara dan mengambil alih Laos semula. Gerakan nasionalis terus memperjuangkan kemerdekaan sehingga pada 1950, Perancis menyatakan Laos mendapatkan autonomi. Pada tahun 1954, Laos akhirnya merdeka sepenuhnya sebagai negara raja berperlembagaan.[4]

Setelah merdeka, Laos mengalami tempoh ketidakstabilan politik. Hal ini diparahkan lagi dengan kepentingan Amerika di wilayah itu yang mencari pangkalan untuk memerangi Vietnam. Kerajaan gabungan pertama jatuh pada 1958, dan meskipun kerajaan pengganti segera terbentuk, tetapi segera jatuh jua. Laos mengisytiharkan keberkecualian pada 1962 saat terjadi konflik di Vietnam. Namun begitu, hal ini tidak menghentikan Amerika dan Vietnam Utara untuk membangunkan pangkalan di Laos sehingga menidakkan pegangan berkecuali Laos. Meskipun Laos berusaha mempertahankan demokrasi, ketika AS menarik diri dari wilayah tersebut serta seiring kejatuhan Vietnam Selatan, negara itu diambil alih oleh pihak komunis dengan bantuan ketenteraan Vietnam Utara.

Pada akhir 1975, raja dipaksa turun tahta dan Republik Demokratik Rakyat Lao ditubuhkan. Pemerintahan komunis yang didukung Vietnam ini membuat memburukkan lagi ekonomi Laos. Akhirnya, bermula akhir tahun 1980-an, Laos mulai lebih membuka ekonominya dan memulai perbaikan ekonomi meskipun berjalan lambat.

Politik sunting

Thongloun Sisoulith, Presiden dan Setiausaha Agung LPRP
Phankham Viphavanh, Perdana Menteri

Laos ialah satu daripada beberapa negara komunis di dunia. Satu-satunya parti politik yang diperakui di Laos ialah Parti Revolusioner Rakyat Lao (LPRP). Ketua negara ialah seorang Presiden yang ditentukan oleh Parlimen dengan tempoh jawatan 5 tahun, dan biasanya juga setiausaha agung LPRP. Ketua kerajaan ialah seorang perdana menteri yang dilantik Presiden dengan persetujuan Parlimen. Presiden kini ialah Thongloun Sisoulith sejak 2021, dan juga merupakan setiausaha agung parti, dengan Phankham Viphavanh menjawat jawatan Perdana Menteri.[5][6]

Dasar-dasar pemerintahan ditentukan oleh parti melalui 9 anggota Politburo dan 49 anggota Jawatankuasa Pusat. Dasar-dasar pemerintah utama ditentukan Dewan Menteri. Parlimen Laos, Perhimpunan Kebangsaan, terdiri daripada 164 kerusi dan berdewan tunggal. Dengan parti komunis sebagai parti tunggal negara, ahli-ahli parlimen biasanya bertindak sebagai tukang terima dasar-dasar parti. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kerusi turut diberi kepada wakil bebas. Laos menuruti sebuah perlembagaan baharu sejak 1991.

Status penjagaan hak asasi manusia merupakan satu isu besar di Laos, dengan Laos diiktiraf memiliki taraf hak asasi terendah dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.[7] Satu isu ketara dalam Laos ialah isu pemburuan terancang terhadap etnik Hmong oleh kerana sejarah pertalian dengan pihak Amerika dalam mengalahkan pihak komunis dalam perang saudara.[8]

Lihat juga sunting

 
Laos

Rujukan sunting

  1. ^ "Heritage Foundation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-05. Dicapai pada 2007-09-16.
  2. ^ Coedès, George (1968). Walter F. Vella (penyunting). The Indianized States of Southeast Asia. trans. Susan Brown Cowing. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-0368-1.
  3. ^ Paul Lévy, ''Histoire du Laos'', PUF, 1974.
  4. ^ "Laos – Encyclopædia Britannica Overview". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 23 Januari 2011.
  5. ^ ul Khaliq, Riyaz (22 March 2021). "Laos parliament elects new president". Anadolu Agency. Dicapai pada 23 March 2021.
  6. ^ Kishimoto, Marimi (15 January 2021). "Laos promotes PM Thongloun as leader of communist party". Nikkei Asia. Dicapai pada 4 March 2021.
  7. ^ "Democracy Index 2016". The Economist Intelligence Unit. 2017. Dicapai pada 12 November 2017.
  8. ^ Unrepresented Nations and Peoples Organization. "WGIP: Side event on the Hmong Lao, at the United Nations". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada 20 April 2011.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.