Hồ Chí Minh

(Dilencongkan dari Ho Chi Minh)

Hồ Chí Minh[1] (1890-1969) merupakan seorang pemimpin revolusi Vietnam. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Republik Demokratik Vietnam dari tahun 1946 hingga 1969, serta juga Perdana Menteri negara tersebut sejak penubuhan ia pada 1945 hingga 1955. Beliau merupakan tokoh penting dalam kedua-dua Tentera Rakyat Vietnam serta Viet Cong semasa meletusnya Perang Vietnam.

Hồ Chí Minh
Portrait c. 1946
Presiden Republik Demokrasi Vietnam
Dalam jawatan
2 September 1945 – 2 September 1969
Didahului olehBảo Đại (sebagai Maharaja Vietnam)
Digantikan olehTôn Đức Thắng
Butiran peribadi
Lahir(1890-05-19)19 Mei 1890
Provinsi Nghệ An, Indochina Perancis
Meninggal dunia2 September 1969(1969-09-02) (umur 79)
Hanoi, Republik Demokratik Vietnam
KerakyatanVietnamese
Parti politikParti Buruh Vietnam
Tandatangan
Nama Vietnam
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam: Hồ Chí Minh
Nama kelahiran Vietnam
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam: Nguyễn Sinh Cung

Ho Chi Minh dianggap sebagai pahlawan terhebat dalam kalangan bangsa Vietnam atas jasanya memperjuangkan kemerdekaan dan penyatuan Vietnam. Bandar Raya Saigon di Vietnam Selatan yang ditakluk pihak Utara pimpinannya pada tahun 1975 dinamakan semula sebagai Bandar Raya Ho Chi Minh atas mengenang jasanya.[2]

Awal hidup dan pendidikan sunting

Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1890 di Hoàng Trù. Beliau diberikan banyak nama sepanjang seperti mana mengikut adat istiadat di Vietnam, di mana nama lahirnya ialah Nguyễn Sinh Cung, namun kemudian berganti nama menjadi Ho Chi Minh yang berarti "Yang menerangi".[2] Beliau mendapat nama baharu pada usia 10 tahun iaitu "Nguyễn Tất Thành" ("Nguyễn yang berjaya"). Ayah Sinh Cung merupakan seorang cendekiawan Konfusianis, guru dan seorang pegawai kerajaan ketika zaman Dinasti Nguyễn di wilayah Binh Khe (kini Qui Nhơn) yang terpencil; beliau diturunkan pangkat atas kesalahgunaan kuasa berikutan suatu insiden di mana seorang tokoh meninggal dunia akibat dihukum rotan dengan melampaunya selepas didakwa atas suatu kesalahan.[3]:21 Malah, peluang meneruskan pekerjaa turut ditolak ayahnya atas keengganan menyokong pihak Perancis[4][5] yang ketika itu menjajah Vietnam. Ibunya pula meninggal pada tahun 1901 setelah melahirkan anak keempatnya yang hanya bertahan hidup selama 1 tahun.

Setelah menghabiskan pendidikan dasarnya di sekolah setempat tahun 1907, Ho dan seorang adiknya pergi ke kota Huế untuk belajar di Franco-Vietnamese Academy. Namun, tiga tahun kemudian Ho menhentikan pengajiannya untuk bekerja sebagai guru sekolah di kota Phan Thiết.[2]

Pada tahun 1911, Ho pergi ke Saigon dan mendapatkan pekerjaan sebagai seorang tukang masak di sebuah kapal wap milik Perancis. Selama dua tahun, dia berkeliling ke banyak kota serata Eropah, Amerika Utara dan Afrika hingga akhirnya menetap sementara di London.[2]

Pada akhir tahun 1916, Ho kembali ke Perancis untuk menemui rekan-rekannya yang kelak berperanan penting dalam gerakan kemerdekaan Vietnam.[6]

Penglibatan politik sunting

Tidak lama selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1919, Ho menyertai sebuah kelompok yang melobi menuntut penghentian eksploitasi pihak Perancis terhadap jajahan Vietnam di bawah nama samaran Nguyễn Ái Quốc ("Nguyễn si Patriot"); mereka sebelum ini pernah menulis banyak surat yang diterbit dalam akhbar-akbar yang mendokong kemerdekaan Vietnam. Kelompok Nguyễn Ái Quốc ini membentuk suatu pertimbangrayuan (petisyen atau petisi) yang mengemukakan tuntutan mereka untuk disampaikan dalam Persidangan Damai Versailles yang diadakan pada tahun sama. Surat yang menjelaskan tujuan ini turut dihantarkan kepada beberapa tokoh penting yang menghadiri persidangan tersebut, antaranya Perdana Menteri Georges Clemenceau dari Perancis dan Presiden Woodrow Wilson dari Amerika Syarikat. Walaupun timbang rayu tersebut langsung tidak mendapat sebarang pengiktirafan apatah lagi diakui oleh mana-mana pihak dalam persidangan tersebut, kelompok ini mula mendapat perhatian dalam kalangan penduduk sebagai tanda penentangan jajahan di Vietnam.[2][7]

Pidato pertama Ho Chi Minh berbicara mengenai penentangan terhadap imperialisme yang melakukan tindak kekerasan di Vietnam. Pidato yang disampaikan pada tahun 1920 di sebuah kongres Parti Sosialis Perancis tersebut bermaksud mengajak partai mendukung para penduduk jajahan Vietnam yang tertindas. Ho kemudian menjadi salah satu pendiri Parti Komunis Perancis memandangkan isu Indochina tidak dihiraukan kaum sosialis berbanding kaum komunis yang bersedia membantu dalam memperjuangkan suatu kebebasan nasional.[8]

Pada tahun 1921, Ho bersama dengan kelompok pendatang buangan dari jajahan-jajahan Perancis Afrika (termasuk Algeria dan Senegal) dan Asia yang terbuang di Paris membentuk suatu akhbar mingguan bernama Le Paria ("Orang Buangan"). Kelompok ini disatukan oleh semangat nasionalisme yang turut pada masa menentang komunisme.[8] Sejak tahun 1923, Ho Chi Minh pergi mengunjungi Rusia dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin Soviet, seperti Nikolai Bukharin, Leon Trotsky dan Joseph Stalin. Di Rusia, Ho dilatih sebagai seorang ejen Komintern - suatu gerakan sosialis internasional yang memiliki agen di berbagai negara untuk menyebarkan revolusi, sosialisme, dan mengelola cabang organisasi komunis di luar negeri[2] - di mana beliau juga mempelajari pemikiran Marxisme-Leninisme, serta teknik revolusioner di Communist University of the Toilers of the East (sering dikenal sebagai Sekolah Stalin).[2][8]

Pada 1925, Ho pergi ke Guangdong, China di mana beliau bekerja sebagai penterjemah bagi Mikhail Borodin, seorang agen Komintern yang ingin menggerakkan revolusi sosialis di Cina. Ho dan Borodin membantu Chiang Kai-shek agar dapat menjadi penerus Sun Yat Sen. Semasa di Cina, Ho mengajak pengungsi Vietnam mendirikan Pekumpulan Pemuda Revolusioner Vietnam (Thanh Nien Cach Menh Dong Chi Ho) atau sering disebut Thanh Nien. Pada tahun 1927, Ho kembali ke Rusia selama beberapa tahun, namun beberapa kali kembali ke China untuk merekrut anggota Thanh Nien.

Pada tahun 1930, Ho Chi Minh mendirikan Parti Komunis Indocina (duluan kepada Parti Komunis Vietnam) di Hong Kong. Setahun kemudian, Ho ditangkap oleh pihak berkuasa British atas keterlibatan dalam kegiatan revolusioner dan dipenjara selama dua tahun. Setelah dilepaskan, Ho tinggal di Rusia hingga tahun 1938. Ho kemudian menjadi penasihat militer Parti Komunis China saat Jepun mula meyerang China.

Gerakan Kemerdekaan Vietnam sunting

Untuk pertama kalinya setelah 30 tahun meninggalkan Vietnam, Ho Chi Minh kembali ke negaranya pada tahun 1941 dan mendirikan Liga untuk Kemerdekaan Vietnam (Viet Nam Doc Lap Dong Minh atau Viet Minh). Liga tersebut terdiri dari para nasionalis Vietnam dan kelompok komunis yang mendukung kemerdekaan Vietnam. Ketika itu, Viet Minh berjuang melawan pihak-pihak Perancis dan Jepun yang menduduki Vietnam.

Pada akhir Perang Dunia II, Ho memimpin Viet Minh dalam suatu operasi bergerila menakluk kota-kota besar Vietnam. Pada 2 September 1945, bertempat di Lapangan Ba Dinh, Ho Chi Minh mengisiytiharkan kemerdekaan suatu Republik Demokrasi Vietnam di mana beliau dilantik sebagai Presiden pertama republik tersebut. Tidak lama kemudian, Perancis berhasil menaklukkan Vietnam Selatan kembali dan mengajak kaum komunis Vietnam untuk berunding. Perundingan tersebut tidak mencapai kesepakatan dan Perancis menyerang kota Haiphong di bahagian utara Vietnam hingga menewaskan ribuan orang. Viet Minh menyerang balas Perancis di kota Hanoi pada 19 Disember 1945 - peristiwa ini menandakan mulalnya Perang Indochina. Mao Zedong menaruh sokongannya terhadap Viet Minh sedangkan Amerika Syarikat memihak kepada pihak Perancis dan Vietnam Selatan.

Pada tahun 1954, Perancis mengalami kekalahan besar di Dien Bien Phu, barat laut Vietnam dan memulai adanya perundingan damai.[9] Berdasarkan hasil perundingan Geneva, Vietnam dibahagikan menjadi Vietnam Utara pimpinan Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan pimpinan Maharaja Bảo Đại; namun Ho tidak menyetujui pemisahan sedemikian malah Ho sempat menyatakan diri memiliki kekuasaan atas seluruh wilayah Vietnam dan memerintahkan Viet Minh dan pasukan Vietnam Utara untuk berjuang di daerah Vietnam Selatan yang dipengaruhi oleh Amerika Syarikat.[10]

Pada akhir tahun 1950-an, Ho membentuk suatu gerakan gerilya komunis di bahagian Vietnam Selatan yang bernama Viet Cong. Bersama dengan Vietnam Utara, Vietcong berhasil menangani campur tangan Amerika Syarikat selama satu dekad sambil beliau mengelakkan diri daripada dikesan pihak selatan pimpinan Ngô Đình Diệm yang disokong Amerika Syarikat dalam persembunyian bawah tanahnya[2]

Semasa Perang Vietnam sunting

Senja hidup sunting

Sejak tahun 1960, Ho mulai mundur dari pengambilan keputusan mengenai perang atas keadaan kesehatannya yang tidak mengizinkan. Beliau meninggal dunia pada 2 September 1969 pukul 9.47 pagi, pada usia 79 tahun akibat serangan jantung.[11]

Sebelum meninggal, Ho berpesan agar tubuhnya dibakar dan abunya disebarkan tanpa sebarang hebahan kepada orang ramai. Namun, hasrat tersebut tidak diendahkan pemerintah yang bertindak mengawetkan mayatnya dan meletakkannya dalam sebuah makam khusus di Hanoi untuk tontonan orang ramai.[12] Kedua-dua pihak yang berperang di seluruh Vietnam turut bersepakat mengadakan gencatan senjata selama 72 jam sebagai tanda menghormati pemergian Ho. Ho meninggal tepat 25 tahun setelah dia mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam daripada penjajahan Perancis dan hampir enam tahun sebelum pasukan komunisnya berhasil menyatukan Vietnam Utara dan Selatan.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Juga dieja Ho Chi Minh tanpa tanda diakritik.
  2. ^ a b c d e f g h Ho Chi Minh (1890–1969): Major Events in the Life of a Revolutionary Leader
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Duiker tidak disediakan
  4. ^ Hunt, Michael H. (2016). The World Transformed 1945 To the Present. New York, New York: Oxford University Press. m/s. 125. ISBN 978-0-19-937102-0.
  5. ^ "History: Ho Chi Minh (1890–1969)". BBC. Dicapai pada 12 Ogos 2013.
  6. ^ Ho Chi Minh, Princeton Press. Diakses pada 12 Agustus 2013.
  7. ^ Huynh, Kim Kháhn (1982). Vietnamese Communism, 1925–1945. Ithaca, NY: Cornell University Press. m/s. 60.
  8. ^ a b c Obituary in The New York Times, 4 September 1969. Alden Whitman. Diakses pada 13 Agustus 2013.
  9. ^ a b Sep 2, 1945: Vietnam independence proclaimed, History.com. A&E Television Networks, LLC. Diakses pada 13 Agustus 2013.
  10. ^ "HistoryLearningSite.co.uk: Ho Chi Minh". Dicapai pada 13 Ogos 2013.
  11. ^ Green, Richard E. "Ho Chi Minh Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-06. Dicapai pada 2019-04-05. Diakses pada 13 Ogos 2013.
  12. ^ Alpha History: Ho Chi Minh[pautan mati kekal], Jennifer Llewellyn, Jim Southey, Steve Thompson. Diakses pada 13 Ogos 2013.

Bacaan lanjut sunting

  • Bernard B. Fall, ed., 1967. Ho Chi Minh on Revolution and War, Selected Writings 1920–1966. New American Library.
  • Morris, Virginia and Hills, Clive. 2018. Ho Chi Minh's Blueprint for Revolution: In the Words of Vietnamese Strategists and Operatives, McFarland & Co Inc.
  • William J. Duiker. 2000. Ho Chi Minh: A Life. Theia.
  • Jean Lacouture. 1968. Ho Chi Minh: A Political Biography. Random House.

Pautan luar sunting