Joseph Stalin atau Iosif Vissarionovich Stalin (Rusia: Ио́сиф Виссарио́нович Ста́лин, disebut [ˈiosʲɪf vʲɪsɐˈrʲonəvʲɪt͡ɕ ˈstalʲɪn]; lahir Ioseb Besarionis Dze Jughashvili, Bahasa Georgia: იოსებ ბესარიონის ძე ჯუღაშვილი, disebut [iɔsɛb bɛsariɔnis d͡ze d͡ʒuɣaʃvili]; 18 Disember 1878 – 5 Mac 1953), merupakan seorang tokoh politik dan diktator yang memerintah Kesatuan Soviet dari pertengahan tahun 1920an hingga kematiannya pada 1953. Beliau merupakan seorang pemimpin moden yang paling lama menerajui Soviet dan adalah tokoh penting yang membentuk negara itu dan juga benua Eropah selepas Perang Dunia II. Beliau dikenali dengan jolokan "Man of Steel" (Lelaki Besi) sempena dengan nama akhir beliau (Stalin) yang bermaksud "besi" atau keluli.

Joseph Stalin
Иосиф Сталин (Rusia)
იოსებ სტალინი (Bahasa Georgia)
Stalin di Persidangan Tehran pada tahun 1943.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Soviet Union
Dalam jawatan
3 April 1922 – 16 Oktober 1952
Didahului olehVyacheslav Molotov
(sebagai Setiausaha Bertanggungjawab)
Digantikan olehNikita Khrushchev
(jawatan diwujudkan)
Pengerusi Jemaah Menteri
Dalam jawatan
6 Mei 1941 – 5 Mac 1953
Timbalan PertamaNikolai Voznesensky
Vyacheslav Molotov
Didahului olehVyacheslav Molotov
Digantikan olehGeorgy Malenkov
Komisar Rakyat bagi Pertahanan Soviet Union
Dalam jawatan
19 Julai 1941 – 25 Februari 1946
PremierDiri sendiri
Didahului olehSemyon Timoshenko
Digantikan olehNikolai Bulganin
selepas kekosongan
Anggota Sekretariat
Dalam jawatan
3 April 1922 – 5 Mac 1953
Anggota penuh Ke-8, Ke-9, Ke-10, Ke-11, Ke-12, Ke-13, Ke-14, Ke-15, Ke-16, Ke-17, Ke-18, Ke-19 Presidium
Dalam jawatan
8 Mac 1919 – 5 Mac 1953
Anggota Orgburo
Dalam jawatan
16 Januari 1919 – 5 Mac 1953
Butiran peribadi
LahirIoseb Besarionis dze Jugashvili
(1878-12-18)18 Disember 1878
Gori, Georgia, Kerajaan Tiflis, Empayar Rusia
Meninggal dunia5 Mac 1953(1953-03-05) (umur 74)
Kuntsevo Dacha, Daerah Kuntsevo, RSPS Rusia, Soviet Union
Tempat persemadianMakam Lenin, Moscow (9 Mac 1953 – 31 Oktober 1961)
Tembok Kremlin Necropolis, Moscow (dari 31 Oktober 1961)
KerakyatanGeorgia
Parti politikParti Komunis Soviet Union
PasanganEkaterina Svanidze (1906–1907)
Nadezhda Alliluyeva (1919–1932)
Anak-anakYakov Dzhugashvili, Vasily Dzhugashvili, Svetlana Alliluyeva
AnugerahHero of the Soviet Union (2)





Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Soviet Union
Perkhidmatan/
cawangan
Angkatan Tentera Soviet
Tahun perkhidmatan1943–1953
PangkatMarsyal Kesatuan Soviet (1943–1945)
Generalissimo Kesatuan Soviet (1945–1953)
PerkhidmatanAll (Pemerintah Tertinggi)
PertempuranPerang Dunia II

Sejarah awal sunting

Beliau dilahirkan pada 21 Disember, 1879 di Gori, Georgia. Kedua-dua ibubapanya adalah rakyat biasa peasants. Walaupun mereka tidak fasih dalam bahasa Rusia, Stalin dipaksa untuk belajar bahasa tersebut kerana ia merupakan bahasa utama di sekolahnya iaitu Gori church school yang beliau hadiri antara 1888-94. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan dianugerahkan biasiswa penuh ke Tbilisi Theological Seminary.

Semasa beliau belajar menjadi paderi, Stalin membaca bahan bacaan yang diharamkan, termasuk karya Karl Marx bertajuk "Das Kapital". Beliau kemudiannya berubah kepada kepercayaan yang baru iaitu Marxisme Rusia. Sebelum tamat pengajian, beliau telah keluar dari seminary untuk menjadi seorang pemberontak sepenuh masa.

Beliau juga Setiausaha Agung Majlis Pusat Parti Komunis Soviet Union, sebuah pangkat yang kemudian menjadi pemimpin parti. Stalin berkuasa di Kesatuan Republik Sosialis Soviet selepas ketinggalan Vladimir Lenin dan sebuah konflik antara Stalin dengan Leon Trotsky yang berakhir dengan Trotsky meninggal negeri. Pada 1930-an, Stalin bermula sebuah kempen yang digelar "Great Purge", di mana pihak yang menentang beliau.

Polisi Stalin, yang kadang-kala dipanggil Marxisme-Leninisme tetapi biasanya digelar Stalinisme, mempunyai impak kuat pada Kesatuan Republik Sosialis Soviet sampai keruntuhannya pada 1991. Beliau menumpu pada industrialisi, dan akibat polisinya, ekonomi Kesatuan Republik Sosialis Soviet setaraf dengan negara-negara lain menjelang Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, Stalin tidak mempedulikan kebajikan individu, dan polisinya menggalakkan produksi barangan seperti jentera, sambil barangan konsumer seperti pakaian tidak dibuat. Ia telah didakwa bahawa Stalin adalah yang bertanggungjawab untuk kebuluran antara 1932 dan 1934 yang menyebabkan berjuta-juta kematian di Ukraine dan tempat lain di Kesatuan Republik Sosialis Soviet.

Semasa Perang Dunia Kedua, Stalin memimpin Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan bersama dengan tentera Bersekutu mengalahkan Nazi Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, Perang Dingin antara negara yang menandatangani Perjanjian Warsaw dengan negara bukan komunis bermula. Polisi Stalin berjaya dalam penubuhan Perjanjian Warsaw selepas kematian beliau, dan juga membuat Kesatuan Republik Sosialis Soviet satu daripada hanya dua kuasa dunia. Kesatuan Republik Sosialis Soviet bertanding dengan Amerika Syarikat sampai 1991, tahun Kesatuan Soviet akhirnya runtuh.

Stalin dikenali untuk kezalimannya, dan satu sifat pemerintahan beliau adalah kultus personaliti tentangnya. Penentang beliau dipenjarakan dalam Gulag atau dibunuh oleh polis rahsia. Selepas beliau diganti oleh Nikita Krushchev, sebuah polisi "de-Stalinisasi" dimulakan.

Beliau dilahirkan dengan nama Loseb Besarionis dze Jughashvili pada 18 Disember 1878 di Gori, Georgia. Pada umur tujuh tahun, anak kepada tukang kasut ini telah terkena jangkitan sejenis cacar yang telah memberi kesan parut pada mukanya. Pada umur 10 tahun, beliau mula pergi ke sekolah gereja di mana kanak-kanak Georgia dipaksa untuk bercakap dalam bahasa Rusia.Pada umur 12 tahun, satu kemalangan melibatkan kuda muatan telah membuatkan tangan kirinya cedera dan cacat buat selama-lamanya. Pada umur 16 tahun, beliau telah menerima biasiswa untuk belajar di Kolej Georgian Orthodox. Di kolej ini juga dia memberontak menentang suruhan imperialis dan tuntutan keagamaan. Walaupun prestasinya yang cemerlang, beliau telah digugurkan dari kolej itu atas ketidak hadirannya pada peperiksaan. Menurut pihak kolej, pembuangannya disebabkan atas kegagalan beliau untuk membayar yuran.

Setelah meninggalkan kolej, beliau telah membaca tulisan Vladimir Lenin. Ini telah mempengaruhi dan memberi semangat kepada beliau, seterusnya bertekad untuk menjadi pejuang revolusi Marxist. Seterusnya pada tahun 1903, beliau telah memasuki Bolsheviks yang dimiliki Lenin. Selepas aktivitinya terdedah oleh Okhranka, beliau menjadi pejuang revolusi dan penjenayah sepenuh masa.Beliau juga telah menjadi salah satu ketua operasi Bolsheviks di Caucasus, mengendalikan angkatan berunsur ketenteraan, membangkitkan rusuhan, menyebarkan propaganda, dan meningkatkan hasil kewangan melalui rompakan, duit tebusan, dan peras ugut.

Pada musim panas 1906, Stalin telah mengahwini Ekaterina Svanidze, kemudian melahirkan anak sulungnya Yakov. Beliau membuat pengunduran sementara dari parti atas kes rompakan di mana dia telah menjadi ketua perancang ke atas serangan yang di lakukan terhadap muatan bank yang telah mengorbankan 40 orang. Stalin kemudian berhijrah ke Baku, di mana isterinya meninggal dunia disebabkan demam tifus. Di Baku, Stalin juga mengatur orang Muslim Azeris dan orang Parsi dalam sebuah parti politik,termasuk mengendalikan pembunuhan beramai-ramai Black Hundreds yang merupakan penyokong sayap kanan Tsar, selain mengarahkan kutipan wang perlindungan,meminta duit tebusan, operasi palsu dan rompakan.

Stalin kemudiannya ditangkap dan di buang negeri ke Siberia sebanyak tujuh kali, dan kebanyakannya, beliau berjaya meloloskan diri. Selepas di bebaskan dalam satu siri pembuangan beliau pada April 1912 di St Petersburg, Stalin telah menerbitkan akhbar berjudul Pravda, melalui surat khabar parti yang sedia ada. Melalui penerbitan akhbar ini, beliau menggunakan nama Stalin yang berasal dari perkataan Rusia yang bermaksud besi. Nama Stalin ini dia telah gunakan sebagai nama samaran atau nama pena dalam hasil kerjanya yang diterbitkan.

Dalam fasa pembuangannya yang terakhir, Stalin telah dikerahkan untuk memasuki angkatan tentera Rusia untuk berjuang dalam Perang Dunia Pertama namun dikategorikan tidak layak disebabkan kecedaraan yang di alaminya pada tangan kiri. Revolusi, Perang Saudara dan Perang Polish-Soviet Peranan dalam revolusi Rusia 1917.

Sekembalinya Stalin dari hukuman buang negeri, beliau ke St. Petersburg dan menyingkirkan Vyacheslav Molotov dan Alexander Shlyapnikov yang merupakan editor Pravda. Stalin kemudian menjawat kedudukan sebagai menyokong Alexander Kerensky dan kerajaan peruntukannya. Namun,sebaik sahaja Lenin memenangi persidangan parti pada April 1917, Stalin dan Pravda menggulingkan k

erajaan peruntukan. Pada persidangan tersebut, Stalin telah dilantik dalam jawatankuasa pusat Bolshevik. Selepas Lenin dalam percubaannya untuk menuntut revolusi, Stalin menolong Lenin daripada ditangkap, dan mengelakkan pertumpahan darah dengan mengarahkan Bolshevik yang telah dikepung untuk mengalah.

Stalin menyeludup masuk Lenin ke Finland dan diandaikan sebagai kepimpinan Bolshevik. Selepas para Bolshevik yang dipenjara dibebaskan untuk menolong mempertahankan St. Petersburg pada Oktober 1917, jawatankuasa pusat Bolshevik telah membuat undian atas desakan melalui pemberontakan. 7 November, melalui Smolny Institute, Stalin, Lenin dan jawatankuasa pusat,melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Kerensky yang digelar Revolusi Oktober. Kerensky meninggalkan ibu negara kemudiannya ingin menyatukan askar imperial bersama barisan hadapan Jerman. Pada 8 November, Istana Musim Sejuk telah diserbu dan para kabinet Kerensky telah ditahan. Peranan dalam Perang Saudara Rusia 1917-1919.

Ketika menyerang Petrograd,Stalin telah dilantik sebagai People's Commissar for Nationalities' Affairs. Kemudian, perang saudara telah meletus di Rusia, di antara Tentera Merah Lenin dan Tentera Putih, kumpulan yang anti-Bolsheviks. Lenin membentuk lima ahli Politburo yang termasuk Stalin dan Trotsky. Pada Mei 1918, Lenin menghantar Stalin ke bandar Tsaritsyn. Melalui sekutu barunya, Kliment Voroshilov dan Semyon Budyonny, Stalin meluaskan pengaruhnya dalam pasukan tentera.

Stalin banyak mempersoalkan keputusan Trotsky, menghukum bunuh bekas-bekas pegawai Tsarist dalam Red Army begitu juga penentang revolusi dan membakar kampung-kampung untuk mengancam para petani agar patuh dan melemahkan serangan penyamun ke atas penghantaran makanan. Mei 1919, dalam membendung jumlah rakyat yang meninggalkan, Western front, Stalin menjatuhkan hukuman kepada mereka ini sebagai pembelot dan pengkhianat.

Peranan dalam Perang Poland-Soviet, 1919-1921 Selepas kemenangan dalam Perang Saudara, Bolsheviks bertukar angin ke Eropah Tengah untuk terus menubuhkan dan meluaskan pengaruh kuasa mereka, bermula dengan Perang Poland-Soviet. Sebagai komander Barisan Selatan, Stalin ingin mengambil alih bandar di bawah kuasa Poland. Ini telah menimbulkan konflik terhadap strategi Lenin dan Trotsky yang lebih memfokuskan untuk menawan Warsaw di bahagian utara.

Ketika tentera di bawah pengaruh Trotsky sedang menghadapi komander Poland, Wladyslaw Sikorsi dalam pertempuran di Warsaw, Stalin menolak untuk memberi bantuan bala tenteranya dari Lwow (kini Lviv) kepada Trotsky. Keputusannya, kedua-dua pertempuran ini mengalami kekalahan dan Stalin telah dipersalahkan. Stalin kembali ke Moscow, di mana dia mempertahankan dirinya dan meletakkan jawatannya sebagai suruhanjaya ketenteraan. Pada persidangan ke-9 parti, pada 22 September, secara terang-terangan Trotsky mengkritik kelakuan Stalin.

Seterusnya dalam perkembangan karier Stalin, beliau telah mengganti-rugikan kehancuran pada tahun 1920. Stalin juga ingin memastikan kematian Trotsky, memberi perlindungan terhadap Lwow dalam perjanjian Nazi-Soviet atau Pakatan Molotov–Ribbentrop menjalankan hukuman mati terhadap pegawai-pegawai Angkatan Tentera Poland dalam pembunuhan beramai-ramai di hutan Katyn. Stalin mengukuhkan kuasa Soviet dengan mengambil-alih Eropah timur dan di Yalta, menuntut Lwow diserahkan oleh Poland kepada Soviet Union.

Pengaruh sunting

Beberapa buah negara berfahaman komunis telah ditubuhkan dengan sokongan oleh Stalin. Contohnya ialah Korea Utara dan Republik Rakyat China (People's Republic Of China). Stalin telah memberi sokongan kepada parti komunis di seluruh dunia untuk menyebarkan ideologi komunisme melalui persidangan Comintern pada Julai 1919.

Anugerah, pingat dan darjah kebesaran sunting

Stalin juga adalah penyandang pangkat tertinggi tentera iaitu Marsyal Kesatuan Soviet dari tahun 1943 namun pada Jun 1945 beliau dijadikan Generalisimo Kesatuan Soviet

Rujukan sunting

  • Applebaum, Anne (2003). Gulag: A History. Doubleday. ISBN 0-7679-0056-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bideleux, Robert; Jeffries, Ian (1998). A History of Eastern Europe: Crisis and Change. Routledge. ISBN 978-0-203-05024-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Boobbyer, Phillip (2000). The Stalin Era. Routledge. ISBN 0-7679-0056-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brackman, Roman (2001). The Secret File of Joseph Stalin: A Hidden Life. Frank Cass Publishers. ISBN 0-7146-5050-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brent, Jonathan; Naumov, Vladimir (2004). Stalin's Last Crime: The Plot Against the Jewish Doctors, 1948–1953. HarperCollins. ISBN 0-06-093310-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bullock, Alan (1962). Hitler: A Study in Tyranny. Penguin Books. ISBN 0-14-013564-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Conquest, Robert (1991): Stalin, Breaker of Nations. First American ed. Viking-Penguin. ISBN 0-670-84089-0
  • Fest, Joachim C. (2002). Hitler. Houghton Mifflin Harcourt. ISBN 0-15-602754-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gellately, Robert (2007). Lenin, Stalin, and Hitler: The Age of Social Catastrophe. Knopf. ISBN 1-4000-4005-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Henig, Ruth Beatrice (2005). The Origins of the Second World War, 1933–41. Routledge. ISBN 0-415-33262-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Montefiore, Simon Sebag (2004). Stalin: The Court of the Red Tsar. ISBN 0-7538-1766-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Montefiore, Simon Sebag (2007). Young Stalin. Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0-297-85068-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Murphy, David E. (2006). What Stalin Knew: The Enigma of Barbarossa. Yale University Press. ISBN 0-300-11981-X.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Overy, R. J. (2004). The Dictators: Hitler's Germany and Stalin's Russia. W. W. Norton & Company. ISBN 0-393-02030-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nekrich, Aleksandr Moiseevich; Ulam, Adam Bruno; Freeze, Gregory L. (1997). Pariahs, Partners, Predators: German-Soviet Relations, 1922–1941. Columbia University Press. ISBN 0-231-10676-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Roberts, Geoffrey (1992). "The Soviet Decision for a Pact with Nazi Germany". Soviet Studies. Taylor & Francis, Ltd. 55 (2): 57–78. doi:10.1080/09668139208411994. JSTOR 152247.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Roberts, Geoffrey (2002). "Stalin, the Pact with Nazi Germany, and the Origins of Postwar Soviet Diplomatic Historiography". 4 (4). Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Roberts, Geoffrey (2006). Stalin's Wars: From World War to Cold War, 1939–1953. Yale University Press. ISBN 0-300-11204-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Service, Robert (2004): Stalin, A Biography, Oxford, 715 pages ill. ISBN O-330-41913-7
  • Soviet Information Bureau (1948). "Falsifiers of History (Historical Survey)". Moscow: Foreign Languages Publishing House. 272848. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Department of State (1948). "Nazi-Soviet Relations, 1939–1941: Documents from the Archives of The German Foreign Office". Department of State. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Taubert, Fritz (2003). The Myth of Munich. Oldenbourg Wissenschaftsverlag. ISBN 3-486-56673-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Tucker, Robert C. (1992). Stalin in Power: The Revolution from Above, 1928–1941. W. W. Norton & Company. ISBN 0-393-30869-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wettig, Gerhard (2008). Stalin and the Cold War in Europe. Rowman & Littlefield. ISBN 0-7425-5542-9.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Tiada
Komisar Rakyat Kewarganegaraan RSPSR
1917–1923
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
Vyacheslav Molotov
Pengerusi Jemaah Menteri Soviet Union
Majlis Komisar Rakyat sehingga 1946

1941–1953
Diikuti oleh:
Georgy Malenkov
Didahului oleh
Semyon Timoshenko
Menteri Pertahanan Soviet Union
Komisar Rakyat sehingga 1946

1941–1947
Diikuti oleh:
Nikolai Bulganin
Didahului oleh
Tiada
Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Negara
1941–1945
Diikuti oleh:
Tiada
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Tiada
Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union
1922–1953
Diikuti oleh:
Nikita Khrushchev
Pegawai tentera
Didahului oleh
Tiada
Generalisimo Soviet Union
1945–1953
Diikuti oleh:
Tiada
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Adolf Hitler
Tokoh Tahunan Time
1939
Diikuti oleh:
Winston Churchill
Didahului oleh
Franklin D. Roosevelt
Tokoh Tahunan Time
1942
Diikuti oleh:
George Marshall