Darjah Kemenangan
Darjah Kemenangan (Rusia: Орден "Победa", Orden "Pobeda" ) adalah darjah kebesaran tertinggi tentera yang dikurniakan untuk khidmat bakti Perang Dunia II bagi Soviet Union, dan salah satu darjah yang jarang-jarang ditemui di dunia. Darjah ini hanya dikurniakan kepada para Jeneral dan Marsyal yang berjaya menjalankan operasi pertempuran yang melibatkan sebuah atau lebih kumpulan tentera darat dan menyebabkan "kejayaan operasi dalam rangka sebuah atau beberapa barisan yang menyebabkan perubahan radikal keadaan yang memihak kepada Tentera Merah". Dalam sejarah, ia telahpun dikurniakan sebanyak 20 kali kepada 12 orang pemimpin Soviet dan 5 orang pemimpin asing, dengan satu pembatalan. Terdapat hanya seorang penerima yang masih hidup pada tahun 2014.
Darjah Kemenangan درجه کمنڠن | |
---|---|
Орден «Победа» | |
Dianugerahkan oleh Kesatuan Soviet | |
Jenis | Anugerah kebesaran tentera, darjah kebesaran |
Dizahirkan | 8 November 1943 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Kelayakan | Marsyal atau jeneral |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 10 April 1944 |
Pelantikan terakhir | 20 Februari 1978 |
Jumlah lantikan | 20 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Order of Lenin |
Lebih rendah | Order of St. Andrew the Apostle the First-Called |
sunting · sunting di Wikidata |
Butiran bentuk
suntingDarjah ini diperbuat daripada platinum yang berbentuk bintang pecah lima dengan pancaran-pancaran emas antara bucu, berukuran 72 mm diameter. Bintang ini dipenuhi dengan 174 batu berlian seberat 16 karat (3.2 g), manakala bucu bintang diperbuat daripada batu delima sintetik (keperluan lima batu menjadi warna pakaian seragam menghalang penggunaan permata semula jadi). Di tengah bintang adalah medalion perak, berserta dinding Kremlin Moscow, Menara Spasskaya dan Makam Lenin yang digambarkan warna emas dikelilingi oleh ikatan dahan laurel dan daun oak juga berwarna emas. Laurel dan oak terikat dengan panji-panji merah. Langit di latar belakang pula bertatahkan enamel biru.
Bertentangan langit, huruf "СССР" (KRSS) berwarna emas berpusat di bahagian atas medalion, manakala perkataan "Победа" (Kemenangan) dipaparkan pada panji-panji merah di bahagian bawah. Jumlah keseluruhan berat darjah itu ialah 78g, yang terdiri daripada 47g platinum, 2g emas, 19g perak, 25 karat delima dan 16 karat berlian.
Tidak dibuat di kilang syiling, setiap Darjah dibuat di bengkel seorang tukang emas.
Bar reben
suntingReben beberapa darjah Soviet telah disatukan bagi membentuk Reben Darjah. Jumlah panjang reben ialah 44 mm dan ia kebanyakkannya disemat pada pakaian seragam tentera. Darjah-darjah berikut digambarkan dalam bentuk reben (baca dari luar hingga tengah):
- Darjah Kegemilangan (Орден Славы/Orden Slavy). Oren dengan jalur tengah hitam
- Darjah Bogdan Khmelnitsky (Орден Богдана Хмельницкого/Orden Bogdana Khmelnitskogo). Jalur biru muda
- Darjah Alexander Nevsky (Орден Александра Невского/Orden Aleksandra Nevskogo). Jalur merah gelap
- Darjah Kutuzov (Орден Кутузова/Orden Kutuzova). Jalur biru gelap
- Darjah Suvorov (Орден Суворова/Orden Suvorova). Jalur hijau
- Darjah Lenin (Орден Ленина/Orden Lenina). Jalur besar merah (bahagian tengah)
Senarai penerima
sunting# | Tarikh | Nama | Mati | Ringkasan |
---|---|---|---|---|
1 | April 10, 1944 | Georgi Zhukov | June 18, 1974 | |
2 | April 10, 1944 | Aleksandr Vasilevsky | December 5, 1977 | |
3 | April 10, 1944 | Joseph Stalin | March 5, 1953 | |
4 | March 30, 1945 | Konstantin Rokossovsky | August 3, 1968 | |
5 | March 30, 1945 | Ivan Konev | May 21, 1973 | |
6 | April 19, 1945 | Aleksandr Vasilevsky | December 5, 1977 | (2 kali) |
7 | April 26, 1945 | Rodion Malinovsky | March 31, 1967 | |
8 | April 26, 1945 | Fyodor Tolbukhin | October 17, 1949 | |
9 | May 31, 1945 | Leonid Govorov | March 19, 1955 | |
10 | May 31, 1945 | Georgi Zhukov | June 18, 1974 | (2 kali) |
11 | June 4, 1945 | Semyon Timoshenko | March 31, 1970 | |
12 | June 4, 1945 | Aleksei Antonov | June 18, 1962 | |
13 | June 5, 1945 | Bernard Montgomery | March 24, 1976 | |
14 | June 10, 1945 | Dwight D. Eisenhower | March 28, 1969 | |
15 | June 26, 1945 | Joseph Stalin | March 5, 1953 | (2 kali) |
16 | July 6, 1945 | Michael dari Romania | - | Penerima tunggal masih hidup pada 2014 |
17 | August 9, 1945 | Michał Rola-Żymierski | October 15, 1989 | |
18 | September 8, 1945 | Kirill Meretskov | December 30, 1968 | |
19 | September 9, 1945 | Josip Broz Tito | May 4, 1980 | |
20 | February 20, 1978 | Leonid Brezhnev | November 10, 1982 | Dibatalkan (selepas mati) |
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Darjah Kemenangan |