Darjah Lenin (Bahasa Rusia: Орден Ленина, Orden Lenina) ialah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh negara Kesatuan Soviet, sempena nama Vladimir I. Lenin yang merupakan pemimpin Revolusi Oktober Rusia. Darjah ini dikurniakan untuk:

  • Orang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,
  • Anggota tentera yang menjadi contoh,
  • Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan
  • Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat
Order of Lenin
Орден Ленина
Орден Ленина
Dianugerahkan oleh  Kesatuan Soviet
JenisDarjah kebesaran Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan6 April 1930
Negara Kesatuan Soviet
KelayakanOrang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,

Anggota tentera yang menjadi contoh, Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan

Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat
StatusDihapuskan
PengasasJoseph Stalin Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Pelantikan pertama23 Mei 1930
Pelantikan terakhir21 Disember 1991
Jumlah lantikan431,418
Susunan keutamaan
Lebih tinggiWira Kesatuan Soviet
Lebih rendahWira Revolusi Oktober
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dari tahun 1944 hingga 1957, sebelum kewujudan pingat khidmat lama yang tertentu, darjah ini juga digunakan untuk penganugerahan 25 tahun perkhidmatan cemerlang tentera.

Mereka yang dianugerahkan gelaran "Wira Kesatuan Soviet" dan "Wira Pekerja Sosialis" juga diberikan darjah ini sebagai sebahagian dari anugerah. Ia juga dikurniakan pada bandar raya, syarikat, kilang, wilayah, unit tentera dan kapal. Entiti korporat, perkilangan, pelbagai pusat pendidikan dan unit tentera yang menerima Darjah tersebut berhak memakai nama penuh darjah itu sebagai gelaran rasmi mereka.

Darjah ini telah dizahirkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 6 April 1930.

Pautan luar sunting