Wilayah (serapan Arab: وِلَايَة, rumi: wilāyah "pemerintahan" terbitan kata kerja وَلِيَwaliya "memerintah; menguasai; mentadbir, mengurus"[1]; bahasa Inggeris: territory) merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan di dalam satu negara. Wilayah biasanya merupakan kawasan satu bandar istimewa dalam satu negara, sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara Persekutuan Malaysia.

Perkataan wilayah juga boleh diterjemah sebagai membawa maksud yang sama dengan perkataan Province (Provinsi) bahasa Inggeris, yang mempunyai taraf yang sama dengan negeri.

Wilayah juga bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran.Wilayah juga terdiri dari dua negeri atau lebih. Disingkatkan kedudukan dan derajat "wilayah" adalah sedikit lebih besar berbanding "negeri" atau "wilayah persekutuan".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 394. ISBN 967-65-7321-3.