Wilayah Persekutuan

Wilayah yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Malaysia)

Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان, disingkatkan sebagai WP) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Wilayah Persekutuan
ولايه ڤرسكوتوان
Lokasi Wilayah Persekutuan ولايه ڤرسكوتوان
PerlembagaanKuala Lumpur
Labuan
Putrajaya
Dijadikan sebagai Wilayah PersekutuanKuala Lumpur: 1 Februari 1974
Labuan: 16 April 1984
Putrajaya: 1 Februari 2001
Disatukan di bawah Jabatan27 Mac 2004
Kerajaan
 • MenteriDr. Zaliha Mustafa
Keluasan
 • Jumlah381.65 km2 (147.36 batu persegi)
Penduduk
 (2004)
 • Jumlah1,602,388
 • Kepadatan4,198.6/km2 (10,874/batu persegi)
Poskod kebangsaan
Kuala Lumpur
50xxx ke 60xxx
68xxx
Labuan
87xxx
Putrajaya
62xxx
Kod kawasan03a
087b
Moto negeriMaju dan Sejahtera
Lagu kebangsaanWilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera
Ditadbir olehKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia
Nombor pendaftaran kenderaanW dan V1
L2
PUTRAJAYA dan F3
Laman sesawangwww.kwp.gov.my
a Kuala Lumpur dan Putrajaya
b Labuan
1 Kuala Lumpur
2 Labuan
3 Putrajaya

Sejarah sunting

Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan tarikh pada 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen.

Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Negeri Sabah (sekarang Wilayah Sabah) pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun dari kawasan Sepang, Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah disertakan dengan pembentukan semula Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). DBKL, Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam satu kontinjen tunggal yang mewakili Wilayah Persekutuan seluruhnya.

Bendera sunting

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna sehingga sekarang.

Darjah kebesaran sunting

Pautan luar sunting