Sepang
Sepang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian selatan negeri Selangor bersempadan dengan daerah Petaling di utara, Hulu Langat dan Negeri Sembilan di timur, Kuala Langat di barat dan Selat Melaka di selatan. Daerah ini berkeluasan 600 kilometer persegi
Daerah Sepang | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | سڤڠ |
• Cina Tradisional | 雪邦縣 |
• Cina Ringkas | 雪邦县 |
• Tamil | சிப்பாங் |
![]() Lokasi Daerah Sepang di Selangor | |
![]() | |
Lokasi Daerah Sepang di Malaysia | |
Koordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°EKoordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Salak Tinggi |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Sepang |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Khairi Azali bin Ibrahim[1] |
• Orang Besar Daerah | Tengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah[2] |
Luas | |
• Jumlah | 599.66 km2 (231.53 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 325,244 |
• Kepadatan | 540/km2 (1,400/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 43xxx, 47xxx, 62xxx, 63xxx, 64xxx |
Kod panggilan | +6-03-8 |
Nombor plat kenderaan | B |
Etimologi Sunting
Nama Sepang dipercayai berasal daripada nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang.[4]
Sejarah Sunting
Daerah Sepang pada asalnya sebahagian daripada daerah Kuala Langat (mukim Labu dan Sepang) dan daerah Hulu Langat (mukim Dengkil). Pada 1 Januari 1975, mukim-mukim tersebut telah digabungkan dan secara rasminya membentuk daerah baharu iaitu daerah Sepang.[4]
Pentadbiran Sunting
Daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan dibahagikan kepada tiga mukim, lima bandar dan 10 pekan:[5]
Bandar dan pekan Sunting
- Bandar Sepang
- Bandar Baru Bangi
- Bandar Baru Salak Tinggi
- Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang
- Bandar Sungai Merab
- Pekan Dengkil
- Pekan Salak
- Pekan Sungai Pelek
- Pekan Batu 1 Sepang
- Pekan Bukit Bisa
- Pekan Bukit Prang
- Pekan Dato' Bakar Baginda
- Pekan Baru Salak Tinggi
- Pekan Sungai Merab
- Pekan Tanjung Mas
Demografi Sunting
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sepang ialah seramai 325,244 orang dengan kepadatan penduduk 590 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 68 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 116:100. Terdapat 127,628 tempat kediaman dengan sebanyak 99,778 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai tiga orang dalam sebuah rumah. Lebih 233 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 83 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 201,683 |
Cina | 58,160 | |
India | 30,468 | |
Lain-lain | 2,892 | |
Bukan warganegara | N/A | 32,041 |
Agama | Jumlah | % |
---|---|---|
Islam | 221,158 | 68 |
Buddha | 52,919 | 16.3 |
Hindu | 31,214 | 9.6 |
Kristian | 10,544 | 3.2 |
Lain-lain | 4,612 | 1.4 |
Tidak beragama | 2,933 | 0.9 |
Tidak diketahui | 1,864 | 0.6 |
Pengangkutan Sunting
Sejajar dengan pembangunan di daerah ini, laluan masuk ke Sepang telah bertambah, di antaranya South Klang Valley Expressway (SKVE), Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Di samping itu, terdapat juga laluan keretapi Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.
Infrastruktur Sunting
Di sekitar daerah Sepang, terdapat 22 masjid, 51 surau, 26 kuil, 13 tokong dan empat gereja bagi keperluan ibadat masyarakat setempat. Bagi keperluan perubatan, terdapat sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Serdang, empat klinik kesihatan dan sembilan klinik desa. Bagi keperluan pendidikan, terdapat 59 buah sekolah yang terdiri daripada 48 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah serta 29 institusi pengajian tinggi. Terdapat juga tujuh balai polis dan empat balai bomba sekitar daerah.[7][8]
Rujukan Sunting
- ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Carta Organisasi Jabatan". www.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Pejabat Orang Besar Daerah Sepang". www.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Keluasan". www2.selangor.gov.my.
- ^ a b "Sejarah Sepang - Majlis Perbandaran Sepang". www.mpsepang.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
- ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Pendidikan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
- ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Kemudahan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
Pautan luar Sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sepang |