Hulu Langat
Daerah Hulu Langat[4] merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :-
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut;
- Daerah Petaling di sebelah barat;
- Daerah Sepang di sebelah barat daya;
- Negeri Pahang di sebelah timur laut;
- Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.
Hulu Langat | |
---|---|
Daerah Hulu Langat | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | دايره هولو لاڠت |
• Cina | 乌鲁冷岳县 |
• Tamil | உலு லங்காட் |
![]() Lokasi Hulu Langat di Selangor | |
Lokasi Hulu Langat di Malaysia | |
Koordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°EKoordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Bandar Baru Bangi |
Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Pembandaran Kajang (Selatan) Majlis Pembandaran Ampang Jaya (Utara) |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Zul-Kefli@Zulkefli Khalid[1] |
Luas | |
• Jumlah | 829.44 km2 (320.25 batu persegi) |
Populasi (2010)[3] | |
• Jumlah | 1,067,744 |
• Kepadatan | 1,300/km2 (3,300/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 43xxx, 55xxx, 56xxx, 68xxx |
Kod panggilan | +6-03-4, +6-03-8, +6-03-9 |
Nombor plat kenderaan | B |
SejarahSunting
Hulu Langat mungkin mengambil sempena nama 'langat' yang kemudiannya ditambahkan perkataan "hulu" atau "ulu" kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor, lalu menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan, dan kemudiannya membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.
Lihat juga: Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat
PendudukSunting
Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik Melayu lain iaitu suku Jambi, Mendailing ,sedikit Jawa, dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut.
Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di kawasan Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi (Jambi) tiba dengan ramainya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantin atau Seremban melalui Sungai Ujong untuk dieksport ke Kuala Sungai Langat & Kuala Sungai Klang. Laluan Sungai Klang dan Sungai Langat dianggap tidak selamat akibat berleluasanya aktiviti perlanunan.
Terdapat tentera laut orang-orang Melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka, akibat dari perang saudara di Kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat Raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggungjawab secara langsung membawa kemasukan Residen British dan kongsi gelap Cina ke Selangor).
Kebanjiran buruh asing warga Cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.
Daerah Hulu LangatSunting
Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu
- Mukim Ampang
- Mukim Beranang
- Mukim Cheras
- Mukim Ulu Langat
- Mukim Ulu Semenyih
- Mukim Semenyih
- Mukim Kajang.
Bilangan kampunng: 72 buah Penduduk Daerah Hulu Langat telah bertambah dengan pesatnya dari setahun ke setahun :- 1980 : 188,370 orang 1990 : 413,900 orang 2010 : 1,156,600 orang
Bilangan penduduk mengikut kaum :
- Melayu : 586,700 orang
- Cina : 355,800 orang
- India : 113,800 orang
- Lain-lain : 11,500 orang
- Bukan warganegara : 88,800 orang[5]
Bandar dan pekanSunting
- Bandar Cheras
- Bandar Ulu Langat
- Bandar Kajang
- Bandar Semenyih
- Bandar Ampang
- Bandar Country Height
- Bandar Balakong
- Bandar Baru Bangi
- Bandar Batu 9, Cheras
- Bandar Batu 18, Semenyih
- Bandar Batu 26, Beranang
- Pekan Beranang
- Pekan Kacau
- Pekan Tarun
- Pekan Bangi Lama
- Pekan Batu 18, Ulu Langat
- Pekan Batu 23, Sungai Lalang
- Pekan Batu 26, Beranang
- Pekan Bukit Sungai Raya
- Pekan Cheras
- Pekan Desa Raya
- Pekan Dusun Tua Ulu Langat
- Pekan Kampong Pasir, Batu 14, Semenyih
- Pekan Kampong Sungai Tangkas
- Pekan Rumah Murah Sungai Lui
- Pekan Semenyih
- Pekan Simpang Balak
- Pekan Sri Nanding
- Pekan Sungai Kembong Beranang
- Pekan Sungai Lui
- Pekan Sungai Makau
Pembahagian Kawasan Pilihan RayaSunting
Parlimen
- Sebahagian Ampang (kawasan persekutuan) YB Hajah Zuraida Kamarudin
- Pandan (kawasan persekutuan) YB Dato' Seri Dr.(MD) Wan Azizah Wan Ismail
- Hulu Langat (kawasan persekutuan) YB Hasanuddin Mohd Yunus
- Bangi (kawasan persekutuan) YB Dr Ong Kian Ming
DUN
- Sebahagian Bukit Antarabangsa (kawasan negeri) YB Dato' Seri Azmin Ali
- Sebahagian Lembah Jaya (kawasan negeri) YB Haniza Mohamed Talha
- Pandan Indah (kawasan negeri) YB Ir Izham Hashim
- Teratai (kawasan negeri)
- Dusun Tua (kawasan negeri)
- Semenyih (kawasan negeri)
- Kajang (kawasan negeri)
- Sungai Ramal (kawasan negeri)
- Balakong (kawasan negeri)
Sekolah di Mukim Hulu LangatSunting
- Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Km.16, Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90741377, Telefon : 03-90741377
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Rashidah binti Ismail
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choon Hwa, Batu 18, Jalan Dusun Tua 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90211288, Telefon : 03-90211288
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Ho Yeng Chew
- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Km 17, Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90765243, Telefon : 03-90755143
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Nazirah binti Mohd. Nordin
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batu 14, Batu 14, 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90213744, Telefon : 03-90213744
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Ewe Saw Beng
- Sekolah Kebangsaan Tun Abd Aziz Majid, Km 22 Jalan Ampang 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90212641, Telefon : 03-90212641
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Salmah binti Salleh
- Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali, Km 27 Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90214572, Telefon : 03-90214572
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Nor Azmi bin Ahmad Marshid
- Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Pejabat Pos Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90211367, Telefon : 03-90211367
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Masirah binti Rahmat
- Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi, Batu 19 Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90212404, Telefon : 03-90212404
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Zuraidah binti Shaari
- Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Km 33, Kampung Sungai Lui 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90214327, Telefon : 03-90214327
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Noor Azmah binti Abdul Rauf
- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Bt 14, Pejabat Pos Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90211332, Telefon : 03-90214452
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Hani binti Hussain
- Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90214678, Telefon : 03-90214678
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Che Sham binti Ismail
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding, Km 17, Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat
- Telefon : 03-90756715, Telefon : 03-90755602
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Noorizan binti Mohammed
RujukanSunting
- ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Langat Carta Organisasi Utama". www2.selangor.gov.my.
- ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Langat Latar Belakang". www2.selangor.gov.my.
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor". Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Dicapai pada 16 November 2012.
- ^ http://statistics.gov.my/portal/download_Stats_Negeri/files/State/2010/Selangor/06Penduduk.pdf
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hulu Langat |