Pahang

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Pahang (Jawi: ڨهڠ) atau nama penuhnya Pahang Darul Makmur (Jawi: ڤهڠ دار المعمور‎) ialah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, negeri Pahang bersempadan dengan Kelantan di utara; Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat; Johor di selatan; dan Terengganu dan Laut China Selatan di timur.[2]

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ڨهڠ دار المعمور
Pahang Darul Makmur
Bendera Pahang Lambang Pahang
Bendera Lambang
Lagu negeri: Lagu Negeri Pahang
Lokasi Pahang
Lokasi Pahang
   Pahang di    Malaysia
Ibu negeri Kuantan
Bandar diraja Pekan
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Barisan Nasional (UMNO) (MIC) Pakatan Harapan (DAP) (PKR)
 - Sultan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
 - Pemangku raja Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
 - Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail
Sejarah  
 - Kesultanan Pahang 1470 
 - Kesultanan Pahang Moden 1882 
 - Menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895 
 - Penaklukan Jepun 1942 
 - Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 35,964 km²
Populasi
 - banci 2018 1,675,000[1]
 - Kepadatan 42/km²
Kod panggilan kebangsaan 09a
05b
03c
Poskod kebangsaan 26xxx hingga 28xxx
Huruf pertama plat kenderaan C
Laman sesawang: www.pahang.gov.my
a Pahang tidak termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting
b Tanah Tinggi Cameron
c Tanah Tinggi Genting

Negeri ini diceritakan mendapat nama dari sungai Pahang diduduki orang Jakun sekitarnya yang mana tertumbangnya sebatang pokok mahang besar di pertemuan dengan tempat disebut Pahang Tua kini.[3] Gelaran "Darul Makmur" dari ungkapan bahasa Arabnya دَار المَعْمُور‎‎dār ul-ma`mūr bermaksud "tempat perlindungan yang menyubur/panjang umur".[4]

Geografi Sunting

Pahang terdiri daripada 12 daerah:[5]

Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja. Bandar utama yang lain termasuk Kuala Lipis, Tanah Rata, Kuala Rompin dan Temerloh. Genting Highlands, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.

Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 ialah seperti berikut:

  • Melayu: 989,473 (76.82%}
  • Cina: 228,043 (17.7%)
  • India: 64,419 (4.98%)
  • Lain-lain: 6,442 (0.5%).

Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:

Tanah tinggi Sunting

Semenanjung Malaysia merentangi telerang kuarza yang kaya dan yang dikaitkan dengan banjaran gunung di tengah. Hutan hujan meliputi kebanyakan tanah tinggi, tetapi cenderung bersifat lebih nipis dengan lebih pokok daun luruh. Paku-pakis biasa ditemui disebabkan kelembapan yang tinggi dan kabut yang meresap di kawasan ini.

Terdapat banyak ladang teh di kawasan Cameron Highlands yang terletaknya di barat. Kawasan ini adalah tertinggi di tanah besar, dan iklimnya cukup serdehana untuk mempunyai variasi suhu yang berlainan disepanjang tahun. Kawasan ini juga dikenali sebagai pembekal utama bagi kekacang dan sayur-sayuran kepada kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Genting Highlands juga dikenali sebagai padang permainan Malaysia. Ia mengandungi kasino tunggal di Malaysia, taman tema, dan banyak hotel. Diletaknya 40 minit daripada Kuala Lumpur melalui lebuh raya, Genting Highlands dimajukan oleh Lim Goh Tong yang telah membayangkan sebuah destinasi cuti tepi bukit untuk sesiapa yang hendak merehatkan diri daripada kesibukan bandar raya. Sempadan Genting Highlands merentangi kedua-dua negeri Pahang dan Selangor.

Bukit Fraser pernah diguna oleh British sebagai tempat cuti sewaktu musim panas. Oleh sebab jalan ke Bukit Fraser cuma mempunyai satu lorong, lalu lintas dihadkan kepada satu arah pada waktu yang tertentu. Kini, Bukit Fraser merupakan sebuah kampung kecil dan destinasi cuti dengan bangunan-bangunan yang bersenibentuk British.

Gua Sunting

Terdapat dua buah gua menarik sebagai destinasi pelancongan iaitu:

Hutan hujan Sunting

Taman Negara, iaitu taman yang terbesar di Malaysia, terletaknya di utara negeri Pahang. Ia mengandungi banyak binatang terancam ataupun binatang yang jarang dijumpai seperti cipan, kancil, harimau dan harimau bintang.

Hutan hujan merangkumi dua pertiga kawasan negeri ini, dan Gunung Tahan yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Oleh sebab ia terletak berdekatan khatulistiwa, hutan hujan di Malaysia adalah yang tertua di dunia: lebih kurang 130 juta tahun.

Tasik Sunting

Dua buah tasik yang termasyhur di Malaysia terletak di Pahang, iaitu:

Tasik Bera merupakan sebidang tapak Ramsar yang mustahak kerana persekitaran gambut air tawarnya yang mengandungi pelbagai flora dan fauna. ("Ramsar" bermaksud "Senarai Tanah Lembap Ramsar" yang dipersetujui melalui "Konvensyen Tanah Lembap" yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Terdapatnya 147 ahli konvensyen dengan 1524 tapak tanah lembap yang berjumlah 129.2 juta hektar dalam senarai Ramsar.) Orang asli Semelai tinggal di kawasan ini dan meneruskan cara kehidupan tradisionalnya melalui pemburuan, penangkapan ikan dan penggunaan sumber persekitaran semula jadi.

Tasik Cini telah dikaitkan dengan sebuah legenda mengenai seekor naga yang dipercayai tinggal di tasik ini. Juga terdapat sebutan bahawa sebuah bandar raya terhilang di dalam tasik. Tasik Cini adalah masyhur bagi bunga teratainya yang berkembangan, dan baru-baru ini telah menjadi kontroversi kerana salah pengurusan pemajuan pelancongan yang menyebabkan kematian pokok-pokok dan pencemaran air.

Air terjun Sunting

Antara air terjun yang termasyhur di Malaysia terletak di Negeri Pahang, iaitu:[7]

Kawasan pinggir laut Sunting

Negeri yang bergunung-ganang ini mendatar ke arah pinggir laut, dan di sini terletaknya Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapatnya banyak pulau di luar pesisir, termasuknya Pulau Tioman dengan terumbu karangnya. Terdapatnya juga pantai indah yang terbentang dari Kuantan ke arah Terengganu dan juga dari Kuantan sampai ke arah Mersing, Johor. Diantara pantai peranginan yang terkenal di Negeri Pahang ialah:-

Daerah Kuantan:-

Daerah Pekan:-

  • Pantai Cheruk Paloh
  • Pantai Kuala Pahang
  • Pantai Batu 16
  • Pantai Nenasi

Daerah Rompin:-

  • Pantai Rantau Panjang
  • Pantai Pulau Lang
  • Pantai Kuala Pontian
  • Pantai Janglau Pantai
  • Pantai Kuala Tanjung Gemuk
  • Pantai Kuala Rompin

Daerah Temerloh:- Tiada Pantai Peranginan sebab daerah ini tidak bersempadan dengan laut.

Daerah Bentong :- Tiada Pantai Peranginan sebab daerah ini tidak bersempadan dengan laut.


Industri perikanan tradisional masih terdapat di pantai. Keropok ikan digemari orang tempatan dan industri tradisional merangkumi pemprosesan ikan kering dan makanan laut serta keropok lekor yang termashyur terutama daerah Kuantan.

Ekonomi Sunting

Industri dan eksport utama Pahang tertumpu kepada pengeluaran kayu-kayan tropika disebabkan adanya hutan yang luas. Walau bagaimanapun, kemerosotan pokok-pokok matang yang diakibatkan oleh penebangan intensif telah menyebabkan keperlahanan dan pengamalan dalam perhutanan

Produk perikanan juga merupakan sumber pendapatan yang utama, khususnya bagi komuniti-komuniti di garis pinggir laut negeri yang panjang. Ikan kering dan ikan masin merupakan keistimewaan di sini.

Selain itu, Produk perikanan di sepanjang Sungai Pahang ialah Ikan Sangkar terutama ikan Patin dan Talapia rasanya enak, isi lembut dan paling utama tidak hanyir. Ianya popular di Daerah Temerloh, Jerantut, Maran, Bera dan Pekan. Ikan sangkar ini ialah salah satu penyumbang ekonomi kepada penternak, pemborong, penjual makanan ikan, pengusaha restoran dan kedai makan di sekitar daerah-daerah ini. Malah pasaran Ikan Sangkar ini telah mendapat tempahan dan pemintaan mengalakkan di restoran-restoran terkemuka Lembah Klang, Genting Highlands, Johor Bahru malah negara jiran Singapura.

Raub di bahagian tengah Pahang ialah operasi perlombongan emas tunggal yang menguntungkan tetapi rizabnya telah habis dan lombong-lombongnya telah ditutup. Baru-baru ini, teknologi baru telah menyebabkan pengekstrakan menguntungkan semula dan operasi telah bermula semula.

Sungai Lembing pada zaman kegemilangan merupakan sebuah pusat besar bagi perlombongan syaf timah.

Pelombong menggali terowong bawah tanah untuk mendapat bijih timah dan meleburkannya menjadi jongkong. Sekarang, timah tidak lagi dilombong, dan kebanyakan lombong terbanjir. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang hampir luput dengan prospek yang agak sedikit kecuali pelancongan berdasarkan sejarah perlombongannya.

Kebanyakan industrinya tertumpu kepada produk berasaskan kayu serta pemprosesan petrokimia. Pelabuhan Kuantan adalah salah satu daripada pelabuhan di pantai timur yang paling sibuk dan jaringan pengangkutannya memudahkan penghantaran barangan yang pantas.

Pelancongan masih merupakan sumber pendapatannya yang terbesar dengan sumber semula jadinya yang besar untuk menarik pelawat ke hutan Taman Negara, Pulau Tioman dan Genting Highlands.

Bangunan tertinggi di Pahang 1979-2023 Sunting

Tahun Imej Nama Ketinggian Tingkat Lokasi
1979–1996
 
Kompleks Teruntum 87m 22 Kuantan
1996–2001
 
Amber Court 92.08m 23 Genting Highlands
2001–2017
 
First World Hotel 154.4m 37 Genting Highlands
2017–2023
 
Grand ION Delemen 224.5m 42 Genting Highlands
2023–Sekarang
 
Grand ION Majestic 253m 50 Genting Highlands

Sejarah Sunting

Terdapat buktinya bahawa puak-puak nomad tinggal di Pahang pada Zaman Mesolitik. Pada zaman yang lebih moden, lapisan timah dan mas di Sungai Tembeling menarik pedagang laut dari Empayar Srivijaya. Pahang merangkumi kebanyakan daripada bahagian selatan Semenanjung Melayu pada abad ke-8 dan ke-9.

Selepas kejatuhan Empayar Srivijaya pada kira-kira 1000, Pahang dituntut mula-mulanya oleh Siam, dan kemudiannya oleh Kesultanan Melaka. Pahang diserang oleh pihak Portugis, Belanda, dan Aceh pada sebahagian besar abad ke-16. Pada masa itu, raja-rajanya sering terbunuh, kebanyakan daripada penduduknya dibunuh ataupun diperhambakan, dan ekonominya hancur. Selepas kejatuhan Aceh pada pertengahan abad ke-17, Pahang digabungkan dengan Johor. Walau bagaimanapun, sultan-sultan Pahang yang berketurunan daripada wangsa Melaka dan Wangsa Bendahara Johor memerintahkan negeri itu lebih kurang secara berterusan sejak 1470, dan sebahagian besar autonominya beransur-ansur memulih.

Dari 1857 hingga 1863, Pahang mengalami perang saudara di antara kedua-dua anakanda Sultan. Perang itu tamat setelah Wan Ahmad memenangi peperangan tersebut. Wan Ahmad dimasyurkan sebagai Sultan Ahmad Muazzam Shah pada tahun 1882 dan ditabalkan pada 1884. Pada tahun 1888, British telah memaksanya menandatangani sebuah perjanjian yang membawa kawalan negeri itu di bawah Residen British.

Pada 1895, Pahang bersama-sama dengan Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memasuki Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan kemudiannya menjadi Malaysia pada 1963.

Kebudayaan Sunting

Kebudayaan masyarakat Pahang amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat melayu. Pada zaman sebelum kemerdekaan, seni silat merupakan antara aktiviti seni yang menarik minat anak-anak muda. Hinggalah negeri Pahang terkenal kerana memiliki ramai pendekar dan pahlawan hebat seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Datuk Bahaman, Panglima Muda Jempul,Pendekar Mat Arif dan ramai lagi yang nama mereka telah dipadam oleh British dalam sejarah. Selain itu, dalam aktiviti kesenian juga orang-orang Pahang telah lama pandai bermain Dikir Pahang.

Suatu ketika dahulu, persembahan wayang kulit pernah bertapak di negeri Pahang dimana ianya dikenali sebagai Wayang Pahang. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Pahang.

Politik Sunting

Kerajaan negeri Sunting

Sultan Pahang merupakan ketua negeri seperti yang ditetapkan Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri Pahang. Dewan ini melantikkan ahli Dewan utuk membentukkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.

Kerajaan tempatan Sunting

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Di antara Kerajaan Tempatan yang terdapat dalam Negeri Pahang ini ialah :

Pemerintah Pahang Sunting

Gelaran Tempoh Nama Sultan
Raja Bendahara I 1777–1802 Tun Abdul Majid II bin Tun Abbas
Raja Bendahara II 1802-1803 Tun Muhammad II bin Tun Abdul Majid II
Bendahara Paduka Raja 1803–1806 Tun Koddie II bin Tun Abdul Majid II
Bendahara Siwa Raja 1806–1847 Tun Ali bin Tun Koddie
Bendahara Seri Maharaja 1847–1863 Tun Muhammad Tahir bin Tun Ali
Bendahara Seri Maharaja 1863-1881 Tun Ahmad*
Sultan 16 Ogos 1881 - 13 April 1909 Sultan Ahmad al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Tun Ali*
Sultan 13 April 1909 - 19 Jun 1917 Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Muazzam Shah
Sultan 19 Jun Jun 1932 - 22 Jun 1932 Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Muazzam Shah
Sultan 22 Jun 1932 - 7 Mei 1974 Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah Shah
Sultan 7 Mei 1974 - 11 Jan 2019 Sultan Ahmad Shah al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah
Sultan 11 Jan 2019 - kini Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustapa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah al-Musta'in Billah

[8]

  • Tun Ahmad mengubah gelaran Bendahara kepada Sultan pada 16 Ogos 1881 dan bermulalah era kesultanan Pahang yang baru[9]

Penduduk terkenal Sunting

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  2. ^ (lihat peta)
  3. ^ Linehan, W. (1936, edisi cetakan semula 1974). History of Pahang. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 2.
  4. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 257. ISBN 967-65-7321-3.
  5. ^ [1] Diarkibkan 2007-02-08 di Wayback Machine
  6. ^ "Pembentukan daerah Kuala Krau di fasa akhir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
  7. ^ "SENARAI TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI DI NEGERI PAHANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
  8. ^ Windstedt, R.O. (1932). "Early Rulers of Perak, Pahang and Acheh". Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society X part I
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2011-03-14.

Pautan luar Sunting