Nombor plat kenderaan Malaysia
Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia merupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
AHYSunting
Pada ketika itu,[bila?] mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Kebanyakan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah oleh penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Apabila nombor plat kenderaan Malaysia diperkenalkan, ia bermula menurut negeri yang memiliki paling banyak kenderaan pada masa tersebut. Hal ini menjadikan negeri Perak sebagai negeri terawal dengan (Plat A), dan dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) lalu diikuti oleh Pahang (Plat C).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Awalan huruf platSunting
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
- A = Perak
- B = Selangor
- C = Pahang
- D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T - Timur).
- E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
- EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
- ES: Sandakan
- ET: Tawau
- ED: Lahad Datu
- EU: Keningau
- EK: Kudat
- EL: Labuan
- F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
- G = Gagasan 1Malaysia
- H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
- HA : Perak
- HB : Selangor
- HC : Pahang
- HD : Kelantan
- HJ : Johor
- HK : Kedah
- HL : Labuan
- HM : Melaka
- HN : Negeri Sembilan
- HP : Pulau Pinang
- HQ : Sarawak
- HS : Sabah
- HT : Terengganu
- HW : Kuala Lumpur
- J = Johor
- K = Kedah
- KV = Langkawi
- L = Labuan
- M = Melaka
- N = Negeri Sembilan
- P = Pulau Pinang
- Q = Sarawak
- R = Perlis
- S = Sabah (ditukar daripada E)
- SA, SAA, SAB, SAC, SY: Kota Kinabalu
- SB: Beaufort
- SD: Lahad Datu
- SK: Kudat
- SS, SSA, SM: Sandakan
- ST, STA, SW: Tawau
- SU: Keningau
- T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
- V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
- W = Kuala Lumpur (wqn
- Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
- ZA - ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
- ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
- ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
- JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
Nombor Plat KhasSunting
- Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
- PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
- Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
- Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
- Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
- Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
- Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
- PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
- NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
- LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
- Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
- Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
- BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
- SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
- X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
- G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
- 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
- Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
- TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' oleh kerajaan negeri Terengganu
- GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
- Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
- VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
- GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
- SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
- PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
- RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
- MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 'Sayangi Malaysiaku'.
- SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
- GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
- G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
- T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
- NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
- A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
- NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.
- Y : Hanya diekeluarkan untuk Yayasan Nur Jauhar yang di asaskan oleh Tun Juhar dan Toh Puan Hajah Norlidah
Nombor Plat Kenderaan TerkiniSunting
- Sehingga 18 Januari 2021
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| ||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
| ||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
| ||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|