Muka taip

Dalam tipografi, rupa huruf[1] atau muka taip (Bahasa Inggeris: typeface) adalah satu set glif berkoordinat yang direka dengan paduan bergaya tertentu. Sebuah muka taip selalunya terdiri daripada aksara huruf, angka, dan tanda baca; ia juga mungkin menyertakan ideogram dan simbol, atau mengandungi kesemuanya contohnya simbol-simbol matematik atau kartografi. Pengungkapan ini pada kebiasaannya bertindih dengan fon atau pasuan yang mana mempunyai maksud yang berbeza sebelum penerbitan atas meja diperkenalkan. Kedua-dua istilah ini sekarang pada hakikatnya adalah seerti apabila berbincang tentang topografi digital. Satu perbezaan wajar yang masih wujud antara font dan muka taip adalah sebuah fon boleh mewakili satu ahli khas bagi sebuah keluarga taip seperti roman, tebal, atau taip condong, berkemungkinan dalam saiz tertentu, manakala muka taip mewakili penampilan visual atau gaya, berkemungkinan daripada sebuah set fon yang berkaitan. Sebagai contoh, sebuah muka taip seperti Arial mungkin menyertakan fon roman, tebal, dan condong.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Asiah Sarji (2009). Kamus Komunikasi Korporat. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 41–42.