Bahagian Sibu

bahagian pentadbiran Sarawak

Bahagian Sibu ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi).[2] Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016.[3] Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[4] Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.[1]

Bahagian Sibu
Lokasi Bahagian Sibu di Sarawak
Lokasi Bahagian Sibu di Sarawak
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
Pusat pentadbiranSibu
Daerah
Kerajaan
 • ResidenCharles Siaw
Luas
 • Jumlah8,278.30 km2 (3,196.27 batu persegi)
Populasi
 (2016)[3]
 • Jumlah303,300
 • Kepadatan37/km2 (95/batu persegi)

KerajaanSunting

Terdapat tiga kerajaan tempatan dalam Bahagian Sibu:

PendudukSunting

Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 303,300 orang. Daripada jumlah tersebut, 154,100 orang adalah terdiri dari lelaki dan 149,200 adalah perempuan.[3] Penduduk dalam Daerah Sibu terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Cina dan Iban merupakan penduduk-penduduk majoriti dengan keramaian 117,300 orang bagi Cina dan 116,800 orang bagi Iban, diikuti dengan Melayu dengan jumlah 27,900 orang, Melanau 16,400 orang dan Bidayuh 2,100 orang.[3] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 4,200 orang, sementara bukan bumiputera seperti bangsa India dan lain-lain adalah seramai 2,100 orang.[3] Bahagian Sibu juga mencatatkan kira-kira 16,400 orang penduduk yang terdiri dari bukan warganegara.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b Boon, Peter (8 Januari 2018). "Charles Siaw is new Sibu Resident". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Julai 2018.
  2. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ a b c d e f "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  4. ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.

Pautan luarSunting