Buka menu utama

Wikipedia β

Pemandangan di jetty Sibu.

Sibu ialah salah satu bandar di Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut.

Isi kandungan

PendudukSunting

Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut anggaran 2010, jumlah penduduk di Bandar Sibu adalah seramai 257,000 orang.[

Daya tarikanSunting

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh.

Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Antara tempat menarik di Sibu juga ialah Taman Jublee Bukit Aup. Di sini terletaknya kolam ikan terbesar di Sibu. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan. Di sini juga merupakan tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan berumur.

Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik (Lake Garden) Permai menjadi tempat berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati aksi-aksi menarik bot kawalan jauh di sini.

MakananSunting

Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.

Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.

Bagi yang beragama Islam terutamanya untuk pelancong, terdapat kedai-kedai makanan Islam di Sibu. Kedai-kedai ini berada di pusat bandar atau di kampung-kampung berdekatan dengan bandar Sibu.

Bandaraya KembarSunting

Sibu telah menjalin hubungan Bandaraya Kembar (Sister City) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Pautan luarSunting