Melayu
laman nyahkekaburan
Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:
- Bangsa Melayu, iaitu sebutan daripada kumpulan etnik-etnik beradat Melayu, melingkupi:
- Orang Melayu Indonesia, etnik Melayu di Indonesia
- Orang Melayu Malaysia, etnik Melayu di Malaysia
- Orang Melayu Sri Lanka, etnik Melayu di Sri Lanka.
- Orang Melayu Singapura, sejarah dan penjelasan kumpulan etnik Melayu di Singapura.
- Orang Melayu Cape, kumpulan etnik atau komuniti di Afrika Selatan
- Orang Melayu Thai, etnik Melayu di Thailand.
- Orang Melayu Cocos, etnik Melayu di Kepulauan Cocos (Keeling), Australia.
- Bahasa Melayu, merupakan bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama kepada orang yang mendiami di pesisir Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan pesisir Kalimantan. Manakala Pulau Jawa (kecuali Betawi), Pulau Bali, Pulau Sulawesi dan lain lain di Nusantara memiliki bahasa Ibunda masing masing yang sangat berbeza dengan sebahagian orang orang Semenanjung Tanah Melayu dan pesisir Sumatera. Bahasa Melayu mempunyai loghat yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu yang berbahasa ibunda melayu, dan secara letak geografis administrasinya iaitu seperti Melayu riau Indonesia, Melayu medan Indonesia, melayu sambas Indonesia Kalimantan, melayu Pontianak Kalimantan Indonesia dll, Penuturan bahasa melayu dikategorikan sebagai Malayo-Polynesia yang juga kategorikan sebagai Rumpun-bahasa Austronesia. Bahasa Melayu yang mudah difahami adalah Bahasa Melayu di Indonesia ,Malaysia, Singapura dan Brunei juga loghat dan dialek Melayu di Malaysia seperti Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak , Kedah, Sabah, dan Sarawak. Manakala Bahasa Melayu di Indonesia telah banyak bercampur Bahasa Indonesia.
- Geografi
- Alam Melayu, gelaran lain bagi Asia Tenggara bagian Semenanjung, Kepulauan Riau, Sumatera termasuk Minangkabau Sumatera Barat, Borneo/Kalimantan iaitu Brunei, Kalimantan Barat Sambas, Pontianak, Mempawah, Kalimantan Selatan Banjar, Kalimantan Timur Kutai dan Kalimantan Utara Bulungan.
- Kepulauan Melayu, atau Nusantara kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austroasiatik, Austronesia dan juga nama lain bagi Indonesia . Ia juga merujuk pada geografi bukan kepada suku atau bangsa, sama istilah untuk Benua Sunda/Tanah besar Sunda, sudah tentu Semenanjung, Sumatera, Pulau Jawa, Bali, Borneo/Kalimantan yang bersatu itu tidak dihuni hanya oleh orang suku Sunda, Benua Sunda menjadi Kepulauan Sunda setelah menjadi kepulauan.
- Semenanjung Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu, sebuah semenanjung utama di Asia Tenggara yang merangkumi sebahagian kecil selatan Myanmar, selatan Thailand, dan keseluruhan Malaysia Barat.
- Tanah Melayu, nama lain bagi Semenanjung Tanah Melayu
- Tanah Melayu British, kawasan Tanah Melayu yang dijajah dan dinaungi British zaman penjajahan, yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu
- Kerajaan Melayu, sebuah kerajaan Buddha yang berpusat di Sumatera dan terletak di kawasan Asia Tenggara.
- Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dan Brunei, namun tidak digunakan di Indonesia dan Singapura.