Kelantan

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم) atau nama pendeknya Kelantan (sebutan tempatan: Klatè, Dengari/klɑːˈtɛ/) merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 15,040 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM7,985 pada tahun 2006, iaitu kira-kira sebahagian kecil daripada negeri kaya lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.[8] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM13,593 pada 2017.[9]

Kelantan
Klatè
Kelantan Darul Naim
کلنتن دار النعيم
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiکلنتن
 • Tulisan Thaiกลันตัน (Klạntạn)
กือลาแต (Kụ̄x lātæ)
 • Tulisan Cina吉兰丹 atau 吉蘭丹
(Jí lán dān)
Nama panggilan: Negeri Cik Siti Wan Kembang
Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cogan kata: "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن‎
Lagu: Selamat Sultan
   Kelantan di    Malaysia
Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000
Ibu negeriKota Bharu
Bandar dirajaKubang Kerian
Kerajaan
 • JenisParlimen Islamik & Raja berperlembagaan
 • Al-SultanMuhammad V
 • Menteri BesarMohd Nassuruddin Daud (PN-PAS)
Keluasan
 • Jumlah15,040 km2 (5,810 batu persegi)
Aras tertinggi2,183 m (7,162 ft)
Penduduk
 (2021)[2]
 • Jumlah1,812,300
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
 • Kumpulan etnik
96.6% Melayu
2.5% Cina
0.3% India
0.6% lain-lain
 • Demonim
Oghe Klaté
Sek Klaté
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • Pertuturan
Penubuhan
 • Dibawah Kerajaan Pattani[3]1650
 • Naungan Siam[3]November 1786
 • Kesultanan Kelantan moden[4]1800
 • Diserahkan kepada British[4]9 Julai 1909
 • Pendudukan Jepun[4]8 Disember 1941
 • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[5]1 Februari 1948
 • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[6]31 Ogos 1957
 • Membentuk Persekutuan Malaysia[7]16 September 1963
Poskod kebangsaan
15xxx hingga 18xxx
Kod panggilan09
Kod ISO 3166MY-03
Pendaftaran kenderaanD
IPM (2019)0.779 (tinggi) (ke-13)
KDNK (2021)RM25.8 bilion
KDNK per kapita (2021)RM14,683
Laman sesawangwww.kelantan.gov.my

Berdasarkan pada Statistik Penduduk Suku ke-4 2019, Kelantan mempunyai seramai 2,000,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar iaitu sebanyak 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% daripada penduduk Kelantan beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%. Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai peratus penduduk Melayu yang tinggi selain Terengganu iaitu sebanyak 95% berbanding negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung.

Asal usul nama sunting

 
Peta Mao Kun pada abad ke-17 dari Wubei Zhi yang berdasarkan peta abad ke-15 Zheng He yang menunjukkan muara sungai Kelantan (吉蘭丹港)

Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok gelam (Melaleuca leucadendra). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Namun teori yang lebih tepat mengatakan nama Kelantan berasal daripada perkataan "kolam tanah".[10]

Perkataan "kolam tanah" dipercayai berasal daripada perkataan India iaitu Kolaan Thana atau Kolaam Thana yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan.

Gelaran Darul Naim yang diberikan kepada Negeri Kelantan bermaksud "Negeri/Kediaman yang menyenangkan". Perkataan "Darul" berasal daripada perkataan Arab iaitu "دار" yang bermaksud rumah atau kediaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "Naim" jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu ianya bermakna menyenangkan.

Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama panggilan Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.[11] Kelantan juga pada ketika dahulu dikenali sebagai Paris of Malaya (Tanah Melayu Paris) kerana keruntuhan sosial dan aktiviti pelacuran yang terkenal di Tanah Melayu ketika itu, namun istilah itu lenyap apabila digantikan dengan fahaman Islam yang dibawa oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1990 dan Kelantan sejak itu digelar "Serambi Mekah" dibawah pentadbiran PAS bersama slogan "Membangun Bersama Islam" hingga kini.

Sejarah sunting

Sejarah awal sunting

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah.[12][13] Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Khmer, Srivijaya, Majapahit dan Siam.[14][15] Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Baginda Sultan Iskandar, Kelantan mengasaskan Empayar Majapahit II yang berpusat di Kota Mahligai. Nama sebenar baginda ialah Kemas Jiwa. Baginda pernah berkahwin dengan Ratu Suhita, pemerintah Majapahit (1427-1447) dan baginda dianugerahkan seorang puteri. Di Majapahit. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.

Kesultanan Melayu Kelantan sunting

Pada 1499, Kelantan telah menjadi negeri bawahan Kesultanan Melaka.[16] Legenda Cik Siti Wan Kembang dikatakan telah memerintah Kelantan dari abad ke-16 hingga ke-17. Dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Konfederasi Patani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Long Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang mempunyai penduduk terbanyak serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan juga pertikaian,seperti yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

 
Beribu-ribu orang berbondong-bondong ke jalan raya Kota Bharu untuk menyaksikan Perarakan Burung Petala pada tahun 1933.

Setelah kematian Long Muhammad yang tidak mempunyai anak mencetuskan satu lagi perang saudara di kalangan penuntut takhta. Anak saudaranya dan anak kepada Long Tan (Temengggong), Long Senik Mulut Merah, berjaya mengatasi bapa saudaranya dan sepupunya dan menaiki takhta pada tahun 1835 sebagai Sultan Muhammad II.

Sultan Muhammad II memanfaatkan pakatan longgarnya dengan Siam untuk membentuk negeri Kelantan moden, berpusat di kubu barunya di tebing timur sungai Kelantan, yang menjadi Kota Bharu pada tahun 1844.

Penjajahan British sunting

Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Kedatangan tentera Jepun sunting

Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.

Persekutuan sunting

Kelantan menjadi sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Pentadbiran sunting

Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri[17]. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).[18]

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar Kelantan sekarang ialah Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS). Kerajaan Kelantan juga mempunyai Bendahara dan Temenggung.

Bahagian Pentadbiran sunting

 
Peta pembahagian jajahan Kelantan

Kelantan terbahagi daripada 11 jajahan yang mana ianya diketuai oleh ketua jajahan.[19] Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Latar belakang politik sunting

 
bendera kerajaan PAS

Kelantan telah diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 1990. Ia kini merupakan salah satu daripada tiga negeri Malaysia yang diperintah oleh PAS selepas pilihan raya 2018, diikuti dengan Terengganu dan Kedah. Hampir kesemua ahli PAS adalah Melayu Islam, begitu juga kira-kira 95% penduduk Kelantan.

Negeri Kelantan hampir sinonim dengan PAS, kerana Kelantan telah berada di bawah pemerintahan PAS selama dua tempoh yang panjang. (Terengganu yang berjiran juga pernah berada di bawah pemerintahan PAS dua kali, tetapi untuk tempoh yang singkat [1959–1962 dan 1999–2004].) Tempoh pertama pemerintahan PAS di Kelantan bermula dua tahun selepas merdeka, pada 1959, dan berlangsung selama 18 tahun ( 1959–1977); tempoh semasa adalah selama 28 tahun dan semakin bertambah (1990- ). Pada November 1977, darurat di Kelantan telah diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan berikutan krisis politik dan keganasan jalanan. Pilihan raya berlaku tidak lama selepas darurat yang dimenangi oleh UMNO.

Selama dua tempoh pemerintahan PAS, apabila gabungan Barisan Nasional memerintah negeri itu, hanya kira-kira 12 tahun (11 Mac 1978 hingga 21 Oktober 1990). Pada Pilihan Raya Umum 1990, PAS kembali dengan kemenangan besar, memenangi kesemua 39 kerusi Dun dan 13 Parlimen. Kemenangan itu dicapai melalui gabungan pimpinan PAS, yang dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihan Raya Umum berikutnya pada 1995, PAS menang sekali lagi, walaupun dengan majoriti yang berkurangan. PAS menang besar pada 1999, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemarahan orang Melayu terhadap layanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pegawai kerajaan negara yang lain. Bagaimanapun, PAS hampir-hampir kehilangan kawalan ke atas Kelantan, mengekalkannya dengan hanya majoriti 1 kerusi, pada tahun 2004, apabila Barisan Nasional, di bawah kepimpinan baharu Abdullah Badawi selepas persaraan Tun Mahathir, menang secara besar-besaran secara nasional. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum Malaysia 2008, PAS memperoleh semula majoriti dua pertiga kerusi di DUN.

Geografi sunting

Iklim sunting

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 28 °C.

Demografi penduduk sunting

Anggaran Penduduk Di Kelantan Mengikut Etnik (2023)

  Bumiputera (94.60%)
  Cina (2.38%)
  India (0.25%)
  Lain-lain (0.60%)
  Bukan warganegara (2.17%)

Rujukan: Jabatan Perangkaan Malaysia

Anggaran penduduk mengikut kumpulan etnik (2023)[20]
Etnik Bilangan
Bumiputera 1,757,200
Cina 44,300
India 4,700
Lain-lain 11,000
Bukan warganegara 40,300
Jumlah 1,857,600*
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1980893,753—    
19911,207,684+35.1%
20001,313,014+8.7%
20101,539,601+17.3%
20211,899,700+23.4%
Source:[21]

Bilangan penduduk Kelantan mengikut jajahan.[22]

Kedudukan Jajahan Bendera Lambang Bilangan penduduk (2021)
1 Kota Bharu     562,400
2 Pasir Mas     231,900
3 Tumpat     181,700
4 Bachok     158,900
5 Tanah Merah     152,400
6 Pasir Puteh     137,400
7 Kuala Krai     105,900
8 Machang     102,900
9 Gua Musang     102,500
10 Jeli     55,600
11 Lojing -   10,700

Ekonomi dan budaya sunting

Budaya sunting

Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah didominasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkhla (Senggora).

Di bawah perjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.

Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kebudayaan Kelantan yang unik, Mak Yong diiktiraf oleh UNESCO. Bentuk teater purba ini dicipta oleh masyarakat Melayu Malaysia menggabungkan lakonan, muzik vokal dan instrumental, gerak isyarat dan pakaian rumit. Khususnya kepada kampung-kampung Kelantan di barat laut Malaysia, di mana tradisi itu berasal, Mak Yong dilakukan terutamanya sebagai hiburan atau untuk tujuan ritual yang berkaitan dengan amalan penyembuhan.[23][24]

Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan. Kini, masyarakat semakin mengenali dan mengetahui khasiat budu. Di samping itu, nasi kerabu juga popular di negeri Kelantan. Hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai makanan lain yang enak di negeri Kelantan antaranya nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi kapit, nasi air, laksam, kuih akok, kuih talam, ayam percik dan ketupat sotong.[25][26]

Bahasa sunting

Penduduk di Kelantan kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini merupakan loghat daripada bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut Terengganu.

Tarikan utama sunting

  • Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu.[27]
  • Taman Negara - Terletak di Wilayah Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir.[28]
  • Wat Machimmaram Sitting Buddha - Salah satu sitting buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Kampung Jubakar Darat,Tumpat
  • Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.[29]
  • Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.[30]
  • Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.[31]
  • Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.[32]
  • Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini.[33]
  • Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru. Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan ianya merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra [34]
  • Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan.[35]
  • Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu.[36]
  • Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.[37]
  • Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah - masjid ini terletak di Mukim Pulau Gajah, Pengkalan Chepa. Menariknya, masjid ini mempunyai Kombinasi hiasan dan binaan masjid yang dipertontonkan dibawa khas dari pelbagai negara. Antaranya, pintu utama masjid ini diimport dari Yaman, dua tiang yang berwarna hijau di mimbar masjid pula dari Maghribi, set geduk dari Indonesia, lampu gantung dari India dan paip yang unik untuk berwuduk pula diimport dari Turki.[38]

Penduduk terkenal sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 24 January 2011.
  2. ^ "Bilangan Penduduk dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan Mengikut Negeri Malaysia". Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2020.
  3. ^ a b http://studentsrepo.um.edu.my/835/5/BAB_2.pdf
  4. ^ a b c Ismail, Hafawati (2015). Kuih Dan Manisan Kelantan: Langkah Demi Langkah. ISBN 9789678605694.
  5. ^ "Federation of Malaya is inaugurated – Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ "Official Portal of Malaysia National Archives". Arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018. Dicapai pada 2018-08-18.
  7. ^ "Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia". www.arkib.gov.my.
  8. ^ http://umkeprints.umk.edu.my/209/1/Paper%202.pdf
  9. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  10. ^ http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/malaysia_2017/files/basic-html/page84.html
  11. ^ http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=70639
  12. ^ https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA21&lpg=PA21&dq=penemuan+penempatan+awal+di+kelantan&source=bl&ots=YcpMGrT2a1&sig=BdVPKJdusnQQ8OWPQsdl5o3_SXQ&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwjxh_b27-3cAhWOfH0KHVusB0o4ChDoATAAegQIABAB#v=onepage&q=penemuan%20penempatan%20awal%20di%20kelantan&f=false
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2018-08-15.
  14. ^ https://books.google.com.my/books?id=4ZBvBgAAQBAJ&pg=PT46&lpg=PT46&dq=Early+Kelantan+had+links+to+the+Funan+Kingdom,+the+Khmer+Empire,+Sri+Vijaya,+Majapahit+and+Siam&source=bl&ots=HqoWjr44eU&sig=_5o9oCbexBtD0Ikk6JWZjf2xrMw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiCwfvZ--3cAhWPWX0KHRmCB8IQ6AEwBHoECAYQAQ#v=onepage&q=Early%20Kelantan%20had%20links%20to%20the%20Funan%20Kingdom%2C%20the%20Khmer%20Empire%2C%20Sri%20Vijaya%2C%20Majapahit%20and%20Siam&f=false
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2018-08-15.
  16. ^ https://ir.unimas.my/19842/1/Seni%20ukir%20keris%20di%20negeri%20Kelantan%20(24%20pages).pdf
  17. ^ "UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.
  18. ^ "CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan. Dicapai pada 23 December 2018.
  19. ^ "11 PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN NEGERI KELANTAN". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  20. ^ "Population Quick Info, Jabatan Perangkaan Malaysia".
  21. ^ Kelantan population
  22. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 January 2013. Dicapai pada 2012-06-17.CS1 maint: archived copy as title (link)
  23. ^ https://ich.unesco.org/en/RL/mak-yong-theatre-00167
  24. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690
  25. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20111017/281745561151202
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2018-08-15.
  27. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  29. ^ https://www.thestar.com.my/metro/focus/2017/08/28/this-is-the-default-headline/
  30. ^ Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
  31. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  32. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120421/pl_01/Jambatan-gantung-di-Gunung-Stong-menjadi-daya-tarikan Diarkibkan 2018-08-18 di Wayback Machine.
  33. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2018-08-18.
  34. ^ http://bm.therakyatpost.com/rakyat-gallery/pemandangan-senja-masjid-al-ismaili/[pautan mati kekal]
  35. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/pantai-bisikan-bayu-beach-of-whispering-breeze
  36. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/handicraft-village-and-craft-museum
  37. ^ https://soscili.my/4-nama-tempat-kat-malaysia-yang-ditukar-nama-dan-kenapa/
  38. ^ https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/481917/masjid-ar-rahman-sulam-keunikan-seni-bina-melayu-islam

Pautan luar sunting