Kuala Krai
Koordinat: 5°32′20″N 102°12′01″E / 5.5390°N 102.2002°E
Kuala Krai merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang,Manik Urai dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.
Kuala Krai كوالا كراي | |
---|---|
![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Luas | |
• Jumlah | 2,287.10 km2 (883.05 batu persegi) |
Penduduk (2014) | |
• Jumlah | 132,400 [1] |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod kawasan | 09 |
Laman web | www.mdkkrai.gov.my |
Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai bagi kawasan utara jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong bagi kawasan selatan jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan).
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
PendidikanSunting
Terdapat beberapa institusi pendidikan di Kuala Krai:[2]
- Open University Malaysia (OUM)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuala Krai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh
- Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Darussalam Sungai Peria
- Sekolah Menengah Ugama Syukriah Bukit Sireh
- Sekolah Menengah Ugama Falahiah Sungai Sok
- Maahad Rahmaniah Kuala Krai
- Sekolah Kebangsaan Lata Rek
- Sekolah Kebangsaan Peria
- Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai / Kolej Vokasional Kuala Krai
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai
- Kolej RISDA
- Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil
- Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1
Pasaraya dan Pusat Beli-belahSunting
- Pasaraya Econjaya Kuala Krai
- Zon Ria
- ECO RM2
- Ceria 99
- Gedung Ten Ten
- Ceria Hari-Hari
- 7 Eleven
- Zon Cerah
- Pasaraya PKT Guchil
- Pasaraya Pantai Timor Kuala Krai
- Pasaraya Jaya Gading Bukit Sireh
- Mr. DIY Bukit Sireh
- Kedai Rakyat 1 Malaysia
- Pasar Besar Kuala Krai
- Happy Home
- Pusat Pakaian Hari-Hari
KemudahanSunting
- Stesen Bas SKMK Kuala Krai
- Hentian Teksi Kuala Krai
- Dataran Peladang (Hentian Bas Ekspres)
- KFC Kuala Krai
- Marrybrown Kuala Krai
- Pizza Hut
- Secret Recipe
- Haji Din Satay
- Hotel Damar
- Damar Inn
- Mikraj Hotel
- Rest Inn
- Hotel Al Saif
- Gold Hotel
- Pusat Meteorologi Kuala Krai
Hospital Kuala Krai yang baru bernilai RM 286 juta sedang dalam pembinaan. Ianya dijangka siap pada Mei 2017. Apabila siap kelak, hospital ini akan dijadikan hospital rujukan di bahagian Kelantan Selatan seperti Gua Musang, Machang dan Tanah Merah. Hospital ini merupakan hospital kerajaan pakar pertama Malaysia dan hospital ketiga terbesar di Kelantan. Hospital ini terletak 7 km dari pusat bandar Kuala Krai, berada bersebelahan jalan raya utama Kuala Krai/Gua Musang.
Bank-bankSunting
- Maybank
- Easy RHB
- Bank Rakyat
- Agro Bank
- Public Bank
- Bank Islam
- Bank Simpanan Nasional
- Ar Rahnu YaPEIM Kuala Krai
- Tabung Haji
Tempat Rekreasi dan Tempat MenarikSunting
- Air Terjun Lata Rek
- Taman Tasik Krai
- Taman Chintawangsa
- Taman Burung
- Kampung Lemang Manik Urai ( Berderetan gerai-gerai lemang di tepi jalan)
- Air Terjun Lata Berangin
- Air Terjun Jelawang
- Gua Ikan
- Gunung Stong
- Jambatan Sultan Ismail
- Pusat Kraftangan
- Galeri Kuala Krai
- Tangga Krai
- Lata Chenulang
Mukim-mukimSunting
Bandar & PekanSunting
- Bandar Kuala Krai
- Bandar Guchil
- Bandar Baru Kuala Krai
- Bandar Baru Bukit Sireh
- Pekan Laloh
- Pekan Mengkebang
- Pekan Dabong
- Pekan Manek Urai
Kampung-kampung di Kuala KraiSunting
- Pasir Gajah
- kuala pertang
- Kampung Chenulang
- Kampung Enggong
- Padang 9
- Tualang
- Telekong
- Keroh
- Bukit Sireh
- Bedal
- Kuala Nal
- Batu Jong
- Sungai Durian
- Batu Balai
- Kenor
- Mengkebang
- Pahi
- Peria
- Sungai Pas
- Chuchuh Puteri
- Sungai Sok
- Manek Urai
- Manjur
- Karangan
- Pemberian
- Bahagia
- Latarek
- Bukit Budu
- Sungai Rek (Lela Jasa)
- Sungai Sam
- Laloh
- Sungai Tias
- Slow Temiang
- Slow Mengkuang
- Kuala Gris
- Dabong
- Jelawang
- Kemubu
- Biak
GaleriSunting
RujukanSunting
- Jabatan Penerangan Daerah Kuala Krai Diarkibkan 2011-10-26 di Wayback Machine