Terengganu

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Terengganu (Jawi: ترڠݢانو دار الإيمان, sebutan tempatan: Tranung) atau nama penuhnya Terengganu Darul Iman ialah sebuah kesultanan dan negeri di Malaysia. Bandar pesisir pantai Kuala Terengganu, yang terletak di muara Sungai Terengganu, merupakan ibu negeri, bandar diraja juga bandar terbesar di Terengganu. Antara bandar dan pekan utama lain termasuklah Jerteh, Kuala Dungun, Chukai, Kuala Berang, Marang dan Permaisuri. Dengan keluasan 13,035 kilometer persegi dan populasi lebih 1.2 juta orang pada tahun 2023, Terengganu merupakan negeri ketujuh terbesar dan ke-10 paling berpenduduk di Malaysia. Terengganu, bersama-sama dengan Kelantan, Putrajaya dan Perlis, merupakan antara negeri yang paling homogen di Malaysia, di mana hampir 95% penduduknya berbangsa Melayu, dengan dialek, budaya, sejarah dan tradisinya yang tersendiri.

Terengganu
Tranung
Ganu (Kelantan-Pattani)
Terengganu Darul Iman
ترڠݢانو دار الإيمان
Transkripsi lain
 • Jawiترڠݢانو
 • Cina登嘉楼 (ringkas)
登嘉樓 (tradisional)
Nama panggilan: Negeri Penyu
Cogan kata: Maju, Berkat dan Sejahtera
Lagu: Selamat Sultan
سلامت سلطان
   Terengganu di    Malaysia
Koordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°E / 4.750; 103.000
Ibu negeriKuala Terengganu
Bandar dirajaKuala Terengganu
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan berparlimen
 • SultanSultan Mizan Zainal Abidin
 • Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar (PAS)
Keluasan
 • Jumlah13,035 km2 (5,033 batu persegi)
Aras tertinggi1,519 m (4,984 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah1,149,440
 • Kepadatan88/km2 (230/batu persegi)
 • Kumpulan etnik
 • Demonim
Oghang Tranung Ughaong Tranung
Oré Besut/Ore Ganu (di daerah Besut)
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • Pertuturan
Sejarah
 • Penubuhan Kesultanan1725
 • Jajahan SiamAbad ke-19
 • Kawalan British1909
 • Pendudukan Jepun1942
 • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu1948
 • Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
 • Pembentukan Malaysia16 September 1963
Poskod
20xxx hingga 24xxx
Kod panggilan09
Kod ISO 3166MY-11
Pendaftaran kenderaanT
IPM (2019)0.300 (tinggi) (ke-11)[3]

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, Pahang di barat dan selatan, serta Laut China Selatan di timur. Terengganu secara geografinya terbahagi kepada kawasan pedalaman kurang berpenduduk dan bergunung-ganang (dikenali sebagai Tanah Tinggi Terengganu dengan puncak tertingginya ialah Gunung Lawit yang berketinggian 1,519 meter) yang merangkumi kawasan dari sempadan Kelantan ke daerah Kemaman, dan sebahagian besar kawasannya yang terdiri daripada daratan pantai rata yang menempatkan majoriti penduduk negeri ini. Terengganu terkenal dengan garis pantainya yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan antara yang terbersih di Malaysia.[4] Banyak pulau terkenal di Malaysia yang terletak di negeri ini seperti Pulau Perhentian, Kapas, Redang, dan juga Pulau Bidong yang pernah menempatkan ribuan pelarian Vietnam sekitar tahun 1970-an.

Etimologi

sunting

Terdapat beberapa teori berbeza mengenai asal usul nama Terengganu. Satu teori mengaitkan asal nama Terengganu dengan perkataan "terang ganu" yang bermaksud 'pelangi cerah' dalam Bahasa Melayu.[5] Satu lagi kisah yang dikatakan asalnya diceritakan oleh Sultan Omar, Sultan Terengganu kesembilan, yang mengisahkan tentang sekumpulan pemburu dari Pahang yang mengembara dan memburu di kawasan yang kini merupakan selatan Terengganu. Salah seorang pemburu itu ternampak sebuah taring besar terbaring di atas tanah. Pemburu yang lain bertanyakan kepadanya, apakah haiwan yang memiliki taring seperti itu. Pemburu itu yang tidak mengetahui mana-mana haiwan yang memiliki taring itu, hanya menjawab 'taring anu' yang bermaksud taring sesuatu. Mereka kemudiannya kembali ke Pahang dengan hasil buruan, bulu dan kayu cendana yang banyak, lantas menarik perhatian penduduk lain. Mereka bertanyakan kepada pemburu itu, di manakah tempat mereka mendapatkan hasil yang banyak itu. Pemburu itu kemudiannya menjawab tanah taring anu, yang kemudiannya berubah menjadi Terengganu.[5] Terengganu pernah disebut sebagai Trangkanu (Thai: ตรังกานู) oleh Siam semasa di bawah pentadbiran mereka. Orang Terengganu pula selalunya menyebut Terengganu sebagai Tranung atau Ganu dengan huruf G sering dititikberatkan.[6]

Sejarah

sunting
 
Batu Bersurat Terengganu. Mengandungi inskripsi bertulisan Jawi yang berkisarkan undang-undang tempatan berasaskan Syariah.

Zaman Prasejarah

sunting

Penempatan manusia mungkin telah wujud di Terengganu seawal 16 ribu tahun yang lalu sewaktu zaman Paleolitik, dibuktikan dengan penemuan rangka manusia di Gua Bewah, Hulu Terengganu pada 2009. Rangka yang digelar sebagai Orang Bewah (Bewah Man) itu telah dianalisis sebagai rangka manusia moden tertua pernah dijumpai di Malaysia, 5,000 tahun lebih tua daripada rangka yang ditemui di Perak.[7]

Zaman Hindu-Buddha

sunting

Kedudukan Terengganu di tepi Laut China Selatan memastikan keberadaannya di laluan perdagangan sejak zaman dahulu. Dalam atlas kedua Ptolemy iaitu Geografi, Terengganu dirujuk sebagai sama ada Perimula, Kole Polis atau Tharra. Laporan bertulis terawal yang menyebut nama Terengganu ialah daripada rekod para pedagang dan pelaut China pada awal abad ke-6. Sewaktu awal zaman Hindu-Buddha, Terengganu dikenali sebagai Tan-Tan yang berpusat di lokasi yang kini disebut sebagai Kuala Telemung. Ia merupakan sebuah kerajaan kuno kecil yang berada di bawah pengaruh Langkasuka, sebuah kerajaan yang berpusat di Kedah atau Patani pada abad pertama. Pada abad ketujuh, dinasti Langkasuka yang pernah memerintah Terengganu digantikan dengan kerajaan baharu Srivijaya. Di bawah pengaruh Srivijaya, Terengganu telah berdagang secara meluas dengan kerajaan lain di Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Campa, Empayar Khmer, Majapahit dan China.

Permulaan era moden

sunting

Terengganu merupakan negeri Melayu pertama yang menerima Islam, dibuktikan dengan Batu Bersurat Terengganu bertulisan Arab yang ditemui di Kuala Berang. Tarikh tertulis yang tidak lengkap akibat kerosakan pada batu itu boleh dibaca sebagai beberapa tarikh dalam jangka masa sekitar tahun 702 hingga 789 H (1303 hingga 1387 M).[8] Terengganu telah menjadi negeri naungan Melaka, namun kuasa autonominya mula berkembang dengan munculnya Kesultanan Johor-Riau. Pada tahun 1710, kerajaan Ayutthaya telah menakluk Terengganu. Namun ketika Johor bersedia untuk menangkis serangan ke atas wilayah lindungannya, tentera Ayutthaya melencong untuk melawan serangan Vietnam di Kemboja.[9] Di akhir dinasti Johor-Melaka pada tahun 1699, Terengganu menjadi pembekal utama lada kepada pedagang China dan perahu, walaupun kerajaan ini hanya mempunyai 500 askar dan tiada armada. Selepas dikalahkan dalam perang saudara Johor pada 1718, Sultan Abdul Jalil IV dari Johor telah berpindah ke Terengganu. Baginda menubuhkan sebuah kerajaan saingan dan menganugerahkan gelaran penting kepada pemimpin tempatan, menarik Terengganu ke barisan hadapan politik Melayu.[10]

 
Peta Mao Kun daripada Wubei Zhi yang berasal daripada peta penunjuk arah Zheng He abad ke-15 menampilkan Terengganu (丁架路) di bahagian atas kiri.

Terengganu muncul sebagai sebuah kesultanan bebas pada 1724. Sultan pertama ialah Tun Zainal Abidin, adinda kepada bekas sultan Johor, dan Johor berpengaruh kuat dalam politik Terengganu sepanjang abad ke-18. Namun, dalam Tuhfat al-Nafis, penulisnya, Raja Ali Haji menyatakan bahawa pada tahun 1725, Tun Zainal Abidin ditabal sebagai sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, di bawah pemerintahan sultan Johor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tradisi lisan pula menyatakan bahawa Tun Zainal Abidin telah ditabal sebagai sultan oleh Ratu Patani.[11]

Pelayar Scotland, Alexander Hamilton terkenal dengan beberapa rekod lawatannya ke Terengganu pada tahun 1719 dan 1720.[12]

Pada tahun 1741, Sultan Sulaiman menabalkan Sultan Mansur sebagai pemerintah Terengganu. Pemerintahan baginda dari 1741 hingga 1793 tampil dengan usaha baginda membentuk pakatan Melayu yang kuat bagi melawan pengaruh Bugis yang semakin meningkat. Baginda meluaskan kuasanya ke atas Kelantan yang sedang berpecah dan melemah pada 1764, dengan kemuncaknya ketika putera baginda dikahwinkan dengan puteri Kelantan. Sumber Eropah pada waktu itu memuji pentadbiran baginda yang terurus, dan baginda juga sangat dihormati oleh rakyatnya.[13]

Pada abad ke-19, di bawah pemerintahan Sultan Omar, Terengganu telah menjadi negeri naungan kerajaan Rattanakosin, dan menghantar ufti yang digelar bunga mas setiap tahun. Baginda dikenali sebagai seorang sultan yang taat, yang menggalakkan perdagangan dan kestabilan kerajaan. Terengganu terus makmur, dan sebahagian besarnya ditinggalkan sendirian oleh penguasa di Bangkok, tidak seperti Kelantan dan Patani.[14] Tempoh ini juga menyaksikan kewujudan kerajaan Besut Darul Iman, wilayah naungan Terengganu.

Era moden

sunting

Termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909 menyaksikan kekuasaan dan pemerintahan ke atas Terengganu telah beralih dari Siam ke Britain. Seorang Penasihat British kepada Sultan telah dilantik pada 1919, dan Terengganu kemudiannya menjadi salah satu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Perjanjian itu kemudiannya telah mencetuskan pelbagai pemberontakan pada 1922 dan 1925 sebelum mencapai kemuncak pada Mei 1928, di mana tercetusnya Pemberontakan Tani yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Pemberontakan ini kemudiannya berjaya dihalang oleh British.[15]

Sewaktu Perang Dunia Kedua, Jepun telah menduduki Terengganu dan menyerahkan kedaulatannya kepada Thailand, bersama-sama dengan Kelantan, Kedah dan Perlis. Setelah kekalahan Jepun, British menubuhkan semula kawalannya di negeri-negeri Melayu termasuklah Terengganu. Terengganu menjadi ahli dalam Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1947. Persekutuan itu kemudiannya berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, dengan Terengganu merupakan salah satu negerinya. Pada tahun 1963, Terengganu menjadi salah satu ahli dalam persekutuan baharu, Malaysia yang dibentuk hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Setelah berdekad di bawah pentadbiran Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mula mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1999, menjadikan Terengganu negeri kedua di Malaysia diperintah oleh Parti Islam (yang pertama ialah Kelantan). Barisan Nasional kembali mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2004, dan terus memerintah sehingga tahun 2018. Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya kembali semula memerintah Terengganu sehingga kini.

Geografi

sunting
 
Pemandangan Tasik Kenyir

Terengganu terletak di timur Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, Pahang di selatan dan Laut China Selatan di timur. Negeri ini mempunyai jumlah keluasan kira-kira 13,035 km2 (5,033 bt2), menjadikannya negeri ketujuh terbesar di Malaysia. Ciri-ciri topografinya berkisarkan dari daratan berparas rendah di timur dan secara beransur-ansur menjadi lebih berbukit dan bergunung-ganang ke arah barat. Sempadan barat negeri ini dipadankan dengan Banjaran Pantai Timur yang turut menempatkan titik tertinggi negeri ini, iaitu Gunung Lawit yang berketinggian 1,519 meter. Banjaran ini menjadi kawasan tadahan air utama bagi sistem perairan negeri, di mana ia juga menempatkan Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia dan berfungsi sebagai takungan air utama negeri. Di kawasan perairan negeri ini pula terletaknya beberapa pulau yang menjadi pusat peranginan terkenal dalam negara seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

Kerajaan

sunting

Perlembagaan negeri

sunting

Perlembagaan negeri Terengganu mula berkuat kuasa pada 1911 dan digelar sebagai "Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu". Perlembagaan ini digubal sewaktu pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Perlembagaan ini mengandungi 53 fasal yang menggariskan pemerintahan, perundangan dan aspek keagamaan Terengganu.

Sultan Terengganu

sunting
 
Istana Syarqiyyah, istana utama Sultan Terengganu.

Sultan merupakan pemerintah berpelembagaan dan ketua negeri bagi negeri Terengganu. Perlembagaan negeri ini menyatakan bahawa Sultan ialah pemerintah yang memiliki segala kuasa pemerintahan dan merupakan ketua kepada semua pangkat dalam kerajaan dan wilayah Terengganu, ketua agama Islam dan sumber kepada segala gelaran dan anugerah kehormat dalam negeri ini. Baginda juga memegang kuasa eksekutif negeri ini. Sultan terkini yang memerintah Terengganu ialah Sultan Mizan Zainal Abidin yang bertakhta sejak 1998. Istana Syarqiyyah merupakan istana utama Sultan Terengganu yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Antara istana lain termasuklah Istana Maziah, Istana Badariah dan Istana Nur Nadhirah.

Perundangan dan eksekutif

sunting
 
Bangunan Wisma Darul Iman yang merupakan lokasi persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Badan perundangan utama bagi negeri Terengganu ialah Dewan Undangan Negeri manakala kuasa eksekutif dipegang oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kedua-dua badan tersebut diketuai oleh Sultan sebagai ketua utama. Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan sebuah badan unikameral yang terdiri daripada 32 orang ahli. Setiap ahli dewan ini dipilih dari setiap kawasannya dalam pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Dewan ini mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang negeri. Kesemua 32 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu yang terkini dianggotai oleh ahli Perikatan Nasional, menjadikannya satu-satunya negeri satu parti di Malaysia.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pula dianggotai 11 orang yang terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri dalam kalangan parti yang memegang majoriti Dewan. Majlis ini diketuai oleh Menteri Besar yang juga merupakan ketua kerajaan negeri. Menteri Besar dilantik oleh Sultan dalam kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan. Menteri Besar Terengganu yang terkini ialah Ahmad Samsuri Mokhtar dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

 
Gabungan Ketua parti/gabungan Status Kerusi
Pilihan raya 2023 Semasa
     Perikatan Nasional Ahmad Samsuri Mokhtar Kerajaan 32 32
Majoriti kerajaan 32 32

Undang-undang Syariah telah dilaksanakan di negeri Terengganu, di mana orang Islam sahaja tertakluk di bawah undang-undang ini. Pada tahun 2002, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang membenarkan hukuman rotan, potong tangan, rejam dan salib. Namun, enakmen ini tidak dikuatkuasakan kerana had yang ditetapkan dalam Akta 355.[16]

Pecahan pentadbiran

sunting

Terengganu dibahagikan kepada lapan daerah, 99 mukim dan tujuh pihak berkuasa tempatan. Setiap daerah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan yang tersendiri, kecuali daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang ditadbir satu pihak berkuasa tempatan yang sama. Pihak berkuasa tempatan di Terengganu terdiri daripada sebuah majlis bandaraya, dua majlis perbandaran dan empat majlis daerah.[17][18]


Daerah di Terengganu
Daerah Populasi
(2020)[19]
Keluasan
(km2)[18]
Pusat Mukim
  Besut 154,168 1,233.678 Kampung Raja 19
  Dungun 158,130 2,735.031 Kuala Dungun 13
  Hulu Terengganu 69,881 3,874.626 Kuala Berang 10
  Kemaman 215,582 2,535.599 Chukai 17
  Kuala Terengganu 229,781 210.215 Kuala Terengganu 21
  Marang 116,605 666.543 Marang 8
  Setiu 59,651 1,304.363 Bandar Permaisuri 7
  Kuala Nerus 145,642 397.521 Bandar Al-Wathiqu Billah 4


Pendidikan

sunting

Negeri ini mempunyai 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu:

Ekonomi

sunting

Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu.[20] Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya ECER, tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah

Demografi

sunting

Anggaran Penduduk Di Terengganu Mengikut Etnik (2023)

  Bumiputera (95.6%)
  Cina (2.1%)
  India (0.17%)
  Lain-lain (0.20%)
  Bukan warganegara (2.84%)

Rujukan: Jabatan Perangkaan Malaysia

Anggaran penduduk mengikut kumpulan etnik (2023)[21]
Etnik Bilangan
Bumiputera 1,147,000
Cina 2,240
India 2,100
Lain-lain 2,300
Bukan warganegara 34,400
Jumlah 1,209,400*

Bilangan penduduk Terengganu mengikut daerah.

Daerah Populasi 2010
1 Kuala Terengganu 343,284
2 Kemaman 171,383
3 Dungun 154,932
4 Besut 140,952
5 Marang 97,857
6 Hulu Terengganu 72,052
7 Setiu 55,517
Jumlah 1,035,977
Agama di Terengganu - 2010[22]
agama peratusan
Islam
  
95.9%
Buddha
  
1.8%
Hindu
  
0.2%
Kristian
  
0.2%
Tiada agama atau lain agama
  
0.2%

Menurut bancian tahun 2010, populasi beragama di Terengganu adalah 95.9% Islam, 1.8% Buddha, 0.2% Hindu, 0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut agama lain atau tiada agama.

Budaya

sunting

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut khepok getey/lekor). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan dan kuih tradisional yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Agar-agar kering, Akok Berlauk, apam hitam manis, apit-apit, asam gumpal, kuih tahi itik, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bingka Nyior, Belebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih tepung kapur, Apam Dewa, Apam Kuah, Beluda dan banyak lagi.

Tarikan utama

sunting
  • Masjid Kristal - Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[23]
  • Pantai Batu Buruk - Kawasan pantai seluas 100 meter dan sejauh 50 meter dari darat yang ditandakan dibuka untuk aktiviti riadah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4 petang hingga 7 malam.[24]
  • Bukit Puteri - Destinasi bersejarah terkenal di negeri ini dan menjadi tumpuan pelancong apabila mereka singgah di Pasar Besar Kedai Payang.[25]
  • Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Penduduk terkenal

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2010. Dicapai pada 24 January 2011.
  2. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ "| Human Development Reports". hdr.undp.org.
  4. ^ "Terengganu has longest, cleanest beach: Malaysia Book of Records | New Straits Times". 25 Ogos 2015.
  5. ^ a b "Data asas dan sejarah ringkas negeri Terengganu Darul Iman". jutr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2007. Dicapai pada 21 Mac 2007.
  6. ^ "Cara menyebut Terengganu mengikut orang tempatan". Blogspot. 6 Julai 2010.
  7. ^ "Bewah Man yet to go home".
  8. ^ Nicholas Tarling, penyunting (25 Januari 1993). The Cambridge History of SouthEast Asia, Volume 1. Cambridge University Press. m/s. 514. ISBN 978-0521355056.
  9. ^ Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (2001). A History of Malaysia (ed. 2). University of Hawaii Press. m/s. 82. ISBN 9780824824259.
  10. ^ Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (2001). A History of Malaysia (ed. 2). University of Hawaii Press. m/s. 88. ISBN 9780824824259.
  11. ^ Ooi Keat Gin (2017). Historical Dictionary of Malaysia. Rowman & Littlefield. m/s. 430. ISBN 9781538108857.
  12. ^ Sheppard, M. C. ff (1949). "A Short History of Trengganu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 22 (3 (149)): 1–74. ISSN 2304-7550. JSTOR 41560096.
  13. ^ Andaya, Barbara Watson (1982). A history of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). New York: St. Martin's Press. m/s. 85. ISBN 978-0-312-38120-2.
  14. ^ Andaya, Barbara Watson (1982). A history of Malaysia. Martin's Press. m/s. 121.
  15. ^ Timah Hamzah (1981). Pemberontakan Tani 1928 di Trengganu: satu kajian ketokohan dan kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 80.
  16. ^ "Terengganu sedia laksana hudud tunggu isyarat persekutuan". berita.pas.org.my.
  17. ^ "Pihak Berkuasa Tempatan". Portal | Terengganu Darul Iman. Dicapai pada 2025-07-10.
  18. ^ a b "Draf RSNT 2050 (Kajian Semula)" (PDF). Kerajaan Terengganu. 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mei 2022. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  19. ^ Department of Statistics Malaysia, 2020.
  20. ^ [1]
  21. ^ "Population Quick Info, Jabatan Perangkaan Malaysia".
  22. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2012.CS1 maint: unrecognized language (link) p. 13
  23. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170825/282952450323227
  24. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pantai-batu-burok-mula-dibuka-8211-mb-1.277415
  25. ^ http://www.sinarharian.com.my/rencana/kubu-pertahanan-bukit-puteri-1.652850

Pautan luar

sunting