Bunga mas

Bunga mas (Jawi: بوڠا مس‎), merupakan ufti yang dihantar tiga tahun sekali kepada Raja Siam dari wilayah jajahannya di Tanah Melayu, khususnya, Terengganu, Kelantan, Kedah, Patani, Perak , Nong Chik, Yala dan Ra-ngae.[1] Ufti ini mengandungi dua buah pokok kecil yang diperbuat daripada emas dan perak, disertakan dengan barang-barang mewah seperti senjata, kain dan hamba abdi.[2]

Sebuah pokok emas yang merupakan sebahagian daripada "bunga mas"

Antara sebab pemberian ufti ini adalah; pemerintah Kedah pada abad ke-17 menganggap ia sebagai token persahabatan; dan Raja Siam pula mengaggap ia sebagai pengiktirafan terhadap kekuasaan mereka.[2]

Walau bagaimanapun, amalan ini berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dimana empat negeri di bawah Siam diserahkan kepada Inggeris.

RujukanSunting

  1. ^ Cyril Skinner (1983). A Malay Mission to Bangkok during the reign of Rama II, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, [1]
  2. ^ a b Leonard Y. Andaya, Barbara Watson Andaya (1984). A History of Malaysia, ISBN 0312381212, pp.65-68