Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Besut di utara, daerah Hulu Terengganu di barat, daerah Kuala Nerus di selatan, daerah Kuala Terengganu di tenggara dan Laut Cina Selatan di timur. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 55,517 orang (2010). Bandar Permaisuri ialah ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini. Bandar-bandar utama lain di Setiu adalah Sungai Tong dan Chalok.

Setiu
ستيو
Bendera Setiu
Bendera
Mohor rasmi bagi Setiu
Mohor
Nama samaran: Setiu Daerah Pertanian
Moto: Perkhidmatan Cemerlang, Masyarakat Sejahtera
Pembahagian Mukim dalam daerah Setiu.
Pembahagian Mukim dalam daerah Setiu.
Pembahagian Mukim dalam daerah Setiu.
Setiu yang terletak di Malaysia
Setiu
Setiu
Lokasi Dalam Malaysia
Koordinat: 5°31′0″N 102°46′0″E / 5.51667°N 102.76667°E / 5.51667; 102.76667
Negara  Malaysia
Negeri  Terengganu
Parlimen P.034  Setiu
Dewan Undangan Negeri N.05 Jabi, N.06 Permaisuri, N.07 Langkap, N.08 Batu Rakit
Pembentukan 1 Januari 1985
Kerajaan
 - Yang Di Pertua, Majlis Daerah Setiu Tuan Haji Samiun Bin Salleh
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 55,517
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC)
Laman web: http://www.mds.terengganu.gov.my
Fail:Bandar Permaisuri Terengganu.jpeg
Bandar Permaisuri yang menjadi nadi utama daerah Setiu sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti setempat


Sejarah sunting

Asal-Usul Nama Setiu sunting

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).

Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.

Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduknya yang belajar daripadanya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.

Pembentukan Daerah Setiu sunting

Menurut rekod Arkib Negara menunjukkan sempadan Daerah Negeri Terengganu telah berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu. Dalam tahun 1921 Negeri Terengganu telah dibahagikan kepada lapan daerah iaitu Kemasik, Paka, Kerteh, Dungun, Marang, Kuala Berang, Setiu dan Besut. Pada tahun 1923 Daerah Negeri ini berubah sekali lagi tetapi masih kekal dengan lapan Daerah dimana Daerah Kemaman telah diwujudkan dan Daerah Setiu dihapuskan. Namun begitu dalam tahun 1935 Daerah Negeri ini dibahagikan semula dan dijadikan sepuluh Daerah yang dikenali Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Merang, Setiu dan Besut. Dalam tahun yang sama satu persidangan mengenai sempadan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan persidangan tersebut dikenali sebagai 'Christmas Conference' yang mana tujuannya untuk menyusun semula sempadan daerah. Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut:-

Daerah Kemaman dan Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman.

Daerah Dungun dan Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun.

Daerah Merang, Batu Rakit dan Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu.

Daerah Besut dan Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut.

Perubahan sempadan ini dibuat ialah kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan Daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu.

Demografi sunting

Penduduk Setiu mengikut statistik Banci Penduduk Malaysia tahun 2010 adalah seramai 55,517 orang. Daripada jumlah itu kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar iaitu seramai 54,214 orang , diikuti Cina 125 orang, Bumiputera Lain 31 orang, India 12 orang dan Lain-lain 23 orang. Daripada keseluruhan penduduk daerah Setiu juga, 54,405 orang adalah Warganegara Malaysia manakala selebihnya 1,112 orang adalah Bukan Warganegara Malaysia. Pecahan penduduk mengikut jantina pula, 28,133 orang adalah lelaki manakala 27,384 orang adalah perempuan.

Bahasa sunting

Majoriti penduduk Setiu menggunakan bahasa Kelantan sebagai bahasa ibunda, dengan minoriti menggunakan bahasa Terengganu dialek Pesisir yang sama dengan daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Akan tetapi di pendalaman Setiu terutama sekali di mukim Hulu Nerus, beberapa buah kampung disana menggunakan bahasa Terengganu dialek Hulu atau lebih dikenali sebagai "bahasa Kuala Berang" sebagai bahasa ibunda. Bahasa Malaysia piawai, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab juga diajarkan di sekolah-sekolah di dalam daerah tersebut.

Mukim di Setiu sunting

1)- Chalok
2)- Guntung
3)- Hulu Nerus
4)- Hulu Setiu
5)- Merang
6)- Pantai
7)- Tasik

Setiu merupakan salah satu Daerah daripada lapan Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985. Daerah ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Nerus di Selatan, Hulu Terengganu di Barat dan Besut di Utara. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).[1]

Geografi sunting

 
Lokasi daerah Setiu dalam negeri Terengganu, Malaysia.

Setiu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dalam negeri Terengganu. Kedudukan daerah Setiu dalam negeri Terengganu adalah di bahagian utara negeri ini, bersempadan dengan daerah Besut di utara, Hulu Terengganu di sebelah barat dan selatan, manakala sempadan di sebelah tenggara adalah daerah baru di Terengganu iaitu Kuala Nerus yang sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu. Namun begitu, Setiu masih lagi bersempadan dengan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kerana daerah Kuala Nerus masih dibawah pentadbiran (PBT) yang sama dengan daerah Kuala Terengganu.

Bahagian timur daerah ini adalah Laut China Selatan dengan kawasan persisiran pantai yang landai, hutan pantai dipenuhi dengan pohon rhu, nipah dan hutan paya bakau. Terdapat juga beberapa buah pulau iaitu Pulau Bidong, Pulau Gemia, dan Pulau Lang Tengah. Kedudukan Pulau Redang secara geografinya adalah berada paling hampir dengan daerah Setiu tetapi telah dijadikan sebahagian daripada mukim dalam daerah Kuala Terengganu. Terdapat kawasan dataran tanah pamah dan gambut yang luas di sebelah timur daerah ini, kebanyakannya telah di tebus guna untuk aktiviti pertanian komersial.

Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di timur daerah Setiu. Berkeluasan 23,000 hektar, ia terdiri daripada lapisan hutan riparian tebing sungai, paya gambut, paya bakau, lagun air payau dengan tumbuhan dan pulau-pulau pasir, katil rumput laut dan pantai berpasir.

Di Malaysia, hanya tanah lembap di daerah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.

Kawasan berbukit bukau dan bercerun mendominasi sebahagian besar daerah Setiu di bahagian barat. Disini terdapatnya kawasan hutan hujan tropika yang masih dijaga dengan baik, menjadi kawasan tadahan hujan dan hulu sungai kepada beberapa batang sungai.

Ekonomi sunting

Pertanian adalah industri utama di daerah Setiu yang mempunyai dataran tanah pamah dan gambut yang luas untuk diusahakan. Tanah jenis Aluvium ini sangat sesuai untuk aktiviti pertanian dan perladangan. Diantara tanaman komersial yang diusahakan di Setiu adalah tembakau, tembikai, kelapa, buah naga, roselle, vanila, gajus, nenas, jarak dan pelbagai jenis sayur, kebanyakan tanaman jenis ini diusahakan di sebelah timur daerah ini kerana kesesuaian tanah di kawasan itu. Setiu juga mendapat jolokan sebagai periuk nasi negeri Terengganu bersama sama dengan daerah Besut kerana terdapatnya jelapang Padi yang diusahakan secara meluas di sini, penanaman padi boleh dijumpai di Kampung Bukit Layat, Kampung Jelapang, Kampung Banggol, Kampung Tasek dan Kampung Bukit Kemudu. Terusan dibina bagi mengairi sawah padi.

Bagi menjamin keselamatan makanan negara, Projek Agropolitan Besut-Setiu di Langkap, Setiu yang dibangunkan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dilancarkan, projek membabitkan penternakan Biri-biri jenis Dorper secara komersial dan sistematik. Projek Agropolitan Besut-Setiu dilaksanakan atas tanah seluas 236 hektar merangkumi penempatan peserta, kemudahan asas, kawasan penanaman rumput Napier, kawasan padang ragut dan kandang bagi 4,680 ekor ternakan (setakat September 2013).

Perladangan kelapa sawit dan getah adalah komoditi utama yang diusahakan di Setiu. Kebanyakan ladang ini adalah diusahakan dan dibangunkan oleh pihak seperti Felda, RISDA, dan TDM iaitu syarikat perladangan milik kerajaan negeri Terengganu. Bagi menampung kapasiti pengeluaran hasil ladang di sini, kilang kelapa sawit telah dibina di Sungai Tong dan Felda Chalok, terdapat juga sebuah kilang pemprosesan getah asli di Felda Chalok Barat.

Pelancongan sunting

Fail:Terrapuri Setiu Terengganu.jpeg
Kampung Budaya Terrapuri di Setiu yang menonjolkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Terengganu yang unik dan kaya dengan seni ukiran kayu.

Daerah Setiu mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang menjadi aset untuk menarik kedatangan pelancong ke sini. Di sebelah timur daerah ini adalah persisiran pantai terbentang luas dengan Laut China Selatan yang membiru serta ditambah pula dengan beberapa gugusan pulau tropika yang kaya dengan variasi pelbagai spesis hidupan marin yang pastinya menjadi syurga kepada peminat selam skuba, khazanah laut ini dipulihara rapi dengan sesetengah kawasan terumbu karang diwartakan sebagai taman laut termasuk membina beberapa tukun tiruan untuk mengalakkan pembiakan populasi hidupan marin. Dataran hutan pantai dengan tanah beris putih yang terdapat di hampir separuh keluasan daerah ini juga bukan sahaja sesuai untuk pertanian malah turut menjadi tarikan kepada peminat sukan Ekuistrian atau berkuda dari dalam dan luar negara untuk menerokai trek bentuk muka bumi disini pula. Setiap tahun pelbagai kejohanan kuda lasak diadakan disini seperti Sultan Mizan Cup dan kejohanan peringkat dunia World Endurance Championship. Geografi di sebelah barat daerah ini adalah lebih berbukit bukau yang mengunjur kearah Tanah Tinggi Terengganu yang menjadi hulu sungai kepada beberapa batang sungai utama seperti Sungai Setiu, Sungai Nerus, Sungai Chalok, Sungai Bari, dan Sungai Merang dimana terdapatnya beberapa jeram, lata dan air terjun yang indah di tengah hutan belantara yang masih belum terusik oleh pencemaran, tempat seperti ini sesuai untuk sukan reakreasi air seperti kayak atau sekadar berkunjung untuk beriadah. Diantara destinasi kunjungan popular di Setiu adalah :-

  1. Pulau Redang
  2. Pulau Bidong
  3. Pulau Gemia
  4. Pulau Lang Tengah
  5. Terengganu International Endurance Park(TIEP)
  6. Lata Payung
  7. Lata Changkah
  8. Pantai Rhu Sepuluh
  9. Gunung Tebu
  10. Laguna Setiu, Setiu Wetland
  11. Kampung Budaya Terrapuri

Lihat juga sunting

P 034 Setiu sunting

Parlimen Setiu merupakan sebuah Kerusi Parlimen yang terletak di dalam Negeri Terengganu,Malaysia,Dan Ahli Parlimen Setiu sejak PRU 14 ialah YB Shaharizukirnain Abdul Kadir dari PAS

Rujukan sunting

  1. ^ "Maklumat Daerah". Pejabat Daerah Setiu. Dicapai pada 11 April 2012.

Pautan luar sunting