Daerah

jenis pembahagian pentadbiran, di beberapa negara

Daerah (Jawi: داءيره) ialah sejenis bahagian pentadbiran yang terdapat di sesetengah negara yang diuruskan oleh pemerintah tempatan. Di seluruh dunia, kawasan-kawasan yang dikenali dengan "daerah" (atau "districts", "distrik" juga "da'irah") mempunyai pelbagai dari segi saiz, merentasi rantau atau kaunti, beberapa perbandaran, bahagian kecil dari perbandaran, daerah sekolah atau daerah politik.

Penamaan

sunting

Perkataan "daerah" ialah serapan perkataan Arab: دَائِرَة, rumi: dā'irah yang bermaksud "lingkaran; bulatan" yang merupakan terbitan kata kerja Arab: دَارَ, rumi: dāra yang bermaksud "berputar; berpusing".[1]

Bagi perkataan Inggeris "district" pula ialah sebuah kata pinjaman daripada bahasa Perancis.[2] Ia datang dari perkataan Latin Zaman Pertengahan districtus–"melakukan keadilan, menahan pesalah".[3] Paling awal diketahui penggunaannya bagi bahasa Inggeris ialah pada 1611, dalam karya ahli leksikografi Randle Cotgrave.[2]

Mengikut negara atau wilayah

sunting

Afghanistan

sunting

Di Afghanistan, daerah (Persian / Pashto: ولسوالۍ Wuleswali) ialah bahagian kecil dari provinsi. Terdapat hampir 400 buah daerah di negara tersebut.

Australia

sunting

Daerah pilihan raya digunakan dalam pilihan raya negeri. Daerah-daerah ini juga pernah digunakan di beberapa negeri sebagai unit kadastral bagi hak milik tanah. Sesetengah menggukannya sebagai daerah menumpang. New South Wales mempunyai beberapa jenis daerah berbeza yang digunakan pada abad ke-21.

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 145. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b "district (n.)". Oxford English Dictionary. December 2024. doi:10.1093/OED/7108775299. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-07-27. Dicapai pada 2025-05-13.
  3. ^ "district". Dictionary.com Unabridged (Online). n.d. Dicapai pada 2025-05-13.