Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar[2] dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
ديوان بندارايا كوتا كينبالو

DBKK
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Datuk Dr. Hj. Sabin bin Samitah
Ketua Pengarah
Sr. Lifred Wong
Tempat persidangan
No 1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu, Sabah.
Laman sesawang
www.dbkk.sabah.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

MPKK dinaik taraf ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000. Sejak itu, ia diterajui oleh seorang ketua bergelar Datuk Bandar.[2] Kota Kinabalu dahulunya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK), namun MPKK telah dinaik taraf menjadi DBKK. Kawasan pentadbiran meliputi 351 kilometer persegi, ia merangkumi sub-daerah, serta pekan-pekan kecil yang lain. Kawasan-kawasan seperti Tanjung Aru, Kepayan, Luyang, Likas, Inanam, Menggatal, Telipok dan Sepanggar juga terletak dibawah kendalian DBKK. Donggongon dan Putatan pula berada dibawah pengelolaan Majlis Perbandaran Penampang.

Senarai Datuk Bandar Kota Kinabalu

sunting
# Nama Tahun khidmat Catatan
1 Datuk Abdul Ghani Rashid Februari 2000 - 2005 Merupakan bekas Presiden MPKK sebelum dilantik dan seorang pesara Tentera Darat Malaysia yang berpangkat Brigedier Jeneral.
2 Datuk Iliyas Ibrahim 2005 - 2011 Merupakan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah sebelum dilantik.
3 Datuk Abidin Madingkir 2011 - 2016 Merupakan bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri sebelum dilantik dan penyandang pertama yang berketurunan Kadazan-Dusun.
4 Datuk Yeo Boon Hai @ Arling bin Ukau 2016 - 2018 Merupakan bekas Ketua Pengarah DBKK sebelum dilantik dan penyandang berbangsa Cina tunggal, beliau juga Ketua Pengarah DBKK pertama untuk dilantik ke jawatan ini.
5 Datuk Nordin Siman 2018 - 2020 Merupakan bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam negeri dilantik ke jawatan ini dan penyandang kedua berketurunan Kadazan-Dusun.
6 Datuk Noorliza Awang Alip Januari 2021 - Disember 2023 Merupakan bekas Ketua Pengarah DBKK sebelum dilantik dan Ketua Pengarah DBKK kedua dilantik ke jawatan ini.

Merupakan Datuk Bandar wanita pertama bagi DBKK.

7 Datuk Dr. Hj. Sabin Samitah Januari 2024 - kini Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri yang pertama dari Sabah dan berbangsa Kadazan-Dusun untuk menyandang jawatan tersebut.

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ a b Izawan Abdullah (29 Disember 2020). "Noorliza, wanita pertama dilantik menjadi Datuk Bandar Kota Kinabalu". HMetro. Dicapai pada 30 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)