Datuk bandar

(Dilencongkan dari Datuk Bandar)

Datuk Bandar merupakan pegawai tertinggi atau ketua pentadbiran di sesebuah bandar atau bandar raya.

Datuk bandar mengikut negara sunting

Malaysia sunting

Di Malaysia, sebelum tahun 1978, segala bentuk urusan pentadbiran datuk bandar tertakluk di bawah arahan Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Namun, selepas penyusunan semula kabinet baru pada pertengahan 1978, bidang kuasa datuk bandar tertakluk di bawah arahan Kementerian Wilayah Persekutuan.[1]

Indonesia sunting

Jawatan wali kota dipilih oleh rakyat di kota setempat dalam satu pasangan secara langsung. Dalam konteks pemerintahan daerah berautonomi di Indonesia, jawatan wali kota adalah setaraf dengan bupati, iaitu ketua kabupaten. Pada dasarnya, wali kota memiliki tugas dan kuasa untuk menyelenggarakan daerah berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan bersama Dewan Perwakilan Rakyat Daerah sesebuah kota itu.

Singapura sunting

Gelaran "datuk bandar" lazim diberi untuk ketua badan Majlis Pembangunan Masyarakat dibahagi-bahagikan dalam Singapura yang sendirinya suatu negara kota pulau.

Rujukan sunting

  1. ^ Carian "datuk bandar", Istilah Malaysia. PRPM DBP. Capaian 2011-02-21.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.