Kabupaten
Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia |
---|
Peringkat Provinsi |
Peringkat Kabupaten/Kota |
Peringkat Kecamatan |
Peringkat Kelurahan/Desa |
Lain-lain |
sunting |
Kabupaten boleh disamaertikan dengan daerah dalam bahasa Melayu. Kabupaten diguna secara meluas di Indonesia. Kabupaten diketuai oleh seorang ketua daerah / pegawai daerah / datuk bandar yang digelar bupati. Kabupaten, bersama-sama dengan kota merupakan pecahan daripada provinsi.
Etimologi sunting
Perkataan kabupaten merupakan serapan dari kata dalam bahasa Jawa, iaitu ꦏꦧꦸꦥꦠꦺꦤ꧀ (kabupatén), yang berasal dari kata ꦧꦸꦥꦠꦶ (bupati) yang diberi konfiks ka-an dan setaraf dengan kata "kebupatian" (ke- + bupati + -an) dalam morfologi Bahasa Indonesia.[1] Kata bupati sendiri berasal dari kata dalam bahasa Sanskrit, iaitu भूपति (bhūpati), yang bermakna "tuan tanah" atau "raja".
Sejarah sunting
Walaupun penggunaan kata kabupaten ketika ini digunakan di seluruh daerah di Indonesia, tetapi, perkataan ini dahulunya hanya digunakan di pulau Jawa dan Pulau Madura sahaja. Pada zaman penjajahan Hindia Belanda, perkataan kabupaten dikenali dengan nama regentschap, yang Terjemahan literal ialah daerah seorang regent (residen) atau wakil kerajaan yang setaraf dengan wilayah provinsi. Pembagian daerah di wilayah kabupaten di Indonesia ketika ini merupakan warisan dari zaman kerajaan penjajah Hindia Belanda[2].