Buka menu utama

Gampong ialah sebuah unit pentadbiran wilayah di Aceh, Indonesia. Gampong berada di bawah Mukim (istilah "Mukim" hanya digunakan di wilayah Aceh dan takrifnya berlainan daripada di Malaysia). Gampong wujud bagi menguruskan hal-hal masyarakat setempat berlandaskan asal-usul dan adat istiadat penduduk setempat.

Gampong tidak terletak di bawah Sagoe Cut (Kecamatan), kerana Sagoe Cut merupakan sebahagian daripada peringkat daerah Sagoe (Kabupaten) atau Kota sedangkan Gampong bukan sebahagian peringkat daerah. Berlainan dengan Kelurahan, Gampong mempunyai hak mengatur wilayahnya yang lebih luas, namun sebuah gampong dapat diubah statusnya menjadi kelurahan.