Jawa (Jawa: ꦗꦮ Jåwå, Jawi: جاوا, Pegon: جاوه, bahasa Sunda: ᮏᮝ, bahasa Madura: Jhâbâ) ialah nama sebuah pulau yang termasuk ke dalam Kepulauan Sunda Besar di Indonesia. Pulau ini termasuk pulau terbesar di Indonesia.

Jawa
جاوا
Nama asli:
ꦗꦮ (Jawa)
ᮏᮝ (Sunda)
Topografi Jawa
Geografi
LokasiIndonesia
Koordinat7°29′30″S 110°00′16″E / 7.49167°S 110.00444°E / -7.49167; 110.00444Koordinat: 7°29′30″S 110°00′16″E / 7.49167°S 110.00444°E / -7.49167; 110.00444
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Luas129,904 km2 (50,156 bt2)
Kedudukan luaske-13
Aras tertinggi3,676 m (12,060 ft)
Puncak tertinggiSemeru
Pentadbiran
WilayahBanten,
Daerah Ibu Kota Istimewa Jakarta,
Jawa Barat,
Jawa Tengah,
Jawa Timur,
Daerah Istimewa Yogyakarta
Penempatan terbesarJakarta (pop. 10,562,088)
Demografi
Populasi151.6 juta (2020)
Pop. density1,121 /km2 (2,903 /sq mi)
Kumpulan etnikJawa (termasuk Tengger, Samin, Osing, Banyumasan, Cirebon),
Sunda (termasuk Banten, Baduy, Cirebon),
Betawi,
Madura,
Melayu

Pulau Jawa di Indonesia yang mempunyai kawasan seluas 126,700 km persegi mempunyai 146 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 1 160 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa ialah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).

Pentadbiran sunting

Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibu kota:

Geografi sunting

Semula jadi sunting

Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatra di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan ialah Pulau Krismas.

Jawa hampir keseluruhannya berasal daripada gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang daripada tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan ia merupakan gunung berapi yang pernah aktif.

Penduduk sunting

Ibu negara Indonesia, Jakarta terletak di Jawa. Pusat kebudayaan pulau Jawa ialah bandar Surakarta dan Yogyakarta. Borobudur merupakan binaan Buddha berbentuk piramid yang terletak berhampiran Yogyakarta.

Kebudayaan sunting

  • Bahasa Jawa merupakan bahasa bagi 100,000,000 juta orang di seluruh Indonesia, dipertuturkan di tengah dan timur Jawa
  • Bahasa Sunda merupakan bahasa bagi 35,000,000 orang di sebelah barat Jawa ketiga.
  • Bahasa Melayu dialek Betawi dipertuturkan di Jakarta.
  • Bahasa Madura diperuntukkan di bahagian Jawa Timur.
  • Muzik Gamelan (Diguna oleh Suku Jawa dan Suku Sunda)
  • Muzik Angklung (Suku Sunda sebagai pencipta instrumen muzik Angklung)
  • Di Malaysia, suku kaum Jawa juga adalah sebahagian dari etnik berstatus Bumiputera di Sabah dan rumpun Melayu di Semenanjung Malaysia yang wujud sejak ribuan tahun dahulu. Walaupun mengamalkan corak budaya Melayu dan beragama Islam, namun amalan kebudayaan Jawa masih diamalkan sehingga hari ini.

Gunung-gunung di Jawa sunting