Borneo

pulau ketiga terbesar terletak di Asia Tenggara; terbahagi kepada tiga negara iaitu negara Brunei; Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia)

Borneo (Jawi: بورنيو) ialah pulau ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di Asia.[2] di kelilingi oleh Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera,Kepulauan Jawa,Sulawesi dan negara Filipina.Pulau Borneo ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu negara Malaysia-Sabah dan Sarawak, Brunei, dan negara Indonesia di bahagian Kalimantan.

Pulau Borneo بورنيو
Topografi Borneo
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat01°N 114°E / 1°N 114°E / 1; 114Koordinat: 01°N 114°E / 1°N 114°E / 1; 114
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Luas743,330 km2 (287,000 bt2)
Kedudukan luasKe-3
Aras tertinggi4,095 m (13,435 ft)
Puncak tertinggiGunung Kinabalu
Pentadbiran
DaerahBelait
Brunei-Muara
Temburong
Tutong
Penempatan terbesarBandar Seri Begawan (pop. ~50,000)
ProvinsiKalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Timur
Kalimantan Selatan
Kalimantan Utara
Nusantara
Largest settlementSamarinda (pop. 842,691)
Wilayah Persekutuan dan NegeriSabah
Sarawak
Labuan
Largest settlementKuching (pop. 617,886)
Demografi
Populasi21,258,000 (16,625,796 adalah penduduk Kalimantan di Indonesia)[1] (2014)
Pop. density28.59 /km2 (74.05 /sq mi)
Kumpulan etnik
Dayak: (Ahe), Banjar, Barito, Benuaq, Berawan, Bidayuh, Bisaya, Bukitan, Dumpas, Dusun, Iban, Iban Mualang, Iban Embaloh, Ida'an, Illanun, Kadazan, Kayan, Kedayan, Kelabit, Kendayan, Kenyah, Kejaman, Kwijau, Lun Bawang, Lun Dayeh, Lotud, Maloh, Mangka'ak, Maragang, suluk Melanau, Minokok, Murut, Ngaju, Penan, Punan Ba, Rajang, Rumanau, Rungus, SulukSelakau, Sepan, Taman, Tambanuo, Tanjung, Tidong, Ukit
Bajau, Belait, Melayu Brunei, Melayu Sarawak, Cina

Pulau Borneo dibahagi secara politik antara tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia. Kira-kira 73% pulau ini ialah wilayah Indonesia. Dua negeri Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak meliputi kira-kira 26% kawasan pulau ini manakala Brunei, yang dikelilingi Sarawak, meliputi lebih kurang 1% kawasan tanah Borneo atau Kalimantan. Borneo atau Kalimantan mempunyai hutan hujan yang paling tua di dunia.

Etimologi sunting

Pulau ini mempunyai banyak nama berlainan. Di peringkat antarabangsa, pulau ini disebut sebagai Borneo. Borneo ini diambil daripada nama Negara Brunei Darussalam, yang ketika dulu menguasai pulau tersebut, dan dipanggil Borneo oleh pihak Eropah ketika Zaman Penjelajahan. Nama Brunei mungkin berpunca dari perkataan Sanskrit 'váruṇa' (वरुण), yang bermaksud "air" ataupun Varuna, nama dewa hujan Hindu. Penduduk di Indonesia memanggil pulau tersebut Kalimantan, yang berpunca dari perkataan Sanskrit Kalamanthana, yang bermaksud "pulau cuaca bakar" (untuk menerangkan tentang cuacanya yang panas dan lembap).[3]

Tetapi, terdapat juga sumber yang mengatakan nama Borneo adalah diambil dari nama Bo-Ni atau Puni. Seperti yang terdapat di catatan Cina 977M yang menyebut Hiangta of Puni (pantai Barat Borneo) menulis kepada kerajaan China. Puni merupakan salah satu sukukata dari Bahasa Iban yang bermaksud Kempunan.

Puni adalah kepercayaan kaum Iban sejak zaman-berzaman. Perkataan Puni yang digunapakai oleh Kerajaan Puni boleh dikaikan dengan maksud Kempunan dengan penemuan keris di tenggara Kalimantan yang terdapat inskripsi tulisan (Sekarang keris ini berada di Museum Leiden) Keris ini cukup berbeza dengan keris Jawa pada umumnya, terbuat dari baja dari bilah hingga gagangnnya. Tulisan digagang ini kemudian diketahui adalah tulisan India yang jika dibaca tidak memiliki makna namun hanya sebuah bentuk rajah lipan.

Puni dan lipan adalah sangat berhubungkait dalam kepercayaan kaum iban. Dimana orang Puni berisiko disengat Lipan.

Sejarah sunting

Dalam abad ke-14, Pulau Borneo diperintah oleh Kesultanan Brunei tetapi tidak keseluruhan dan hanya di persisiran pantai Hal ini kerana di kawasan pedalaman banyak suku etnik Dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti ngayau. Orang Eropah kali pertama tiba di Borneo pada abad ke-19.[4] Pada abad ke-19, Sarawak telah diambil alih oleh seorang pelayar Inggeris yang bernama Sir James Brooke. Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitaran Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching. Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo. Namun begitu, ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila namun pihak gerila telah gagal menyerang balas.

Geografi sunting

 
Gunung Kinabalu ialah titik, puncak dan gunung tertinggi di Borneo.

Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Pulau ini ialah pulau terbesar di Kepulauan Melayu, dengan luas 743,330 kilometer persegi (287,000 bt2). Di sebelah barat Borneo ialah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, di sebelah selatan ialah Jawa, di sebelah timur ialah Sulawesi, dan di sebelah timur laut ialah Filipina.

Titik tertinggi Borneo ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di atas permukaan laut. Puncak ini ialah puncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara, yang juga menjadikan Borneo pulau ketiga tertinggi di dunia.

Sistem sungai yang terbesar ialah Kapuas di Kalimantan Barat. Dengan panjang 1,143 km (710 bt), sungai ini ialah sungai terpanjang di Indonesia. Sungai terpanjang Malaysia, iaitu Sungai Rajang, terletak di Sarawak dan panjangnya 562.5 km (349.5 bt). Sungai-sungai besar yang lain ialah Barito di Kalimantan Selatan sepanjang 880 km (550 bt) dan Mahakam di Kalimantan Timur sepanjang 980 km (610 bt).

Borneo mempunyai sistem gua yang ketara. Sebagai contoh, Gua Air Jernih di Taman Negara Mulu mempunyai salah satu sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia. Contoh lain ialah Gua Rusa, yang dianggap sebagai salah satu gua terbesar di dunia, merupakan tempat bagi lebih daripada tiga juta kelawar dan mempunyai longgokan guano yang lebih tinggi daripada 100 meter (330 ka).[5]

Bandar terbesar sunting

Berikut ialah senarai kawasan bandar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun oleh The World Gazetteer.[6][7]

Peringkat Bandar Populasi Negara
1 Kuching, Sarawak 632,505 Malaysia
2 Banjarmasin, Kalimantan Selatan 598,518 Indonesia
3 Kota Kinabalu, Sabah 543,765 Malaysia
4 Pontianak, Kalimantan Barat 466,090 Indonesia
5 Sandakan, Sabah 453,759 Malaysia
6 Balikpapan, Kalimantan Timur 453,575 Indonesia
7 Bandar Seri Begawan 388,190 Brunei (ibu negara)
8 Samarinda, Kalimantan Timur 356,034 Indonesia
9 Tawau, Sabah 354,243 Malaysia
10 Miri, Sarawak 257,305 Malaysia
11 Sibu, Sarawak 180 000 Malaysia
12 Victoria, Labuan 83,100 Malaysia

Pentadbiran sunting

 
Kawasan berwarna kuning terang: Kalimantan (Indonesia), hijau: Brunei, jingga: Sabah dan Sarawak (Malaysia).

Pulau Borneo dibahagikan secara pentadbiran oleh tiga negara:

Negeri dan Wilayah Persekutuan
atau Provinsi
Ibu negeri Bahagian negara Luas
km²
Luas
%
Populasi
Banci 2000 1)
Populasi
%
Brunei Bandar Seri Begawan Kesultanan bebas 5,770 0.77 569,000 2.1
Sarawak Kuching Malaysia 124,450 16.6 2,012,616 12.4
Sabah Kota Kinabalu Malaysia 73,619 9.8 2,449,389 15.1
Labuan 2) Victoria Wilayah Persekutuan
Malaysia
92 0.01 70,517 0.4
Kalimantan Barat Pontianak Indonesia 146,760 19.5 4,034,198 24.9
Kalimantan Tengah Palangkaraya Indonesia 152,600 20.3 2,985,240 18.4
Kalimantan Selatan Banjarmasin Indonesia 37,660 5,0 1,857,000 11.5
Kalimantan Utara Tanjung Selor Indonesia 71,176 - 524,526 -
Kalimantan Timur Samarinda Indonesia 210,985 28.1 2,455,120 15.2
Borneo Kuching 3) 3 negara 751,936 100.0 16,196,924 100.0

1) Brunei: Banci Penduduk 2001
2) Sesungguhnya tidak terletak di Borneo, tetapi di pulau-pulau berhampiran pantai (2.5 km dari pulau utama Borneo)
3) Bandar terbesar

Ekologi sunting

 
Pokok Periuk Kera (Nepenthes villosa), spesies endemik di Taman Negara Kinabalu, Borneo.

Borneo sangat kaya dengan biodiversiti dibandingkan dengan kebanyakan kawasan lain (MacKinnon et al. 1998). Terdapat sekitar 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies Dipterocarpaceae), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo (MacKinnon et al. 1998). Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo ialah satu-satunya habitat alam yang tersisa untuk Orang Utan Borneo yang terancam pupus. Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesies endemik hutan, umpamanya Gajah Asia, Badak Kerbau Borneo, Harimau Dahan Borneo, Musang Hitam Pudar dan Cecadu Dayak. Sebagai salah satu tempat yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di bumi, World Wildlife Fund telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tidak tertandingi.[8] Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sehingga Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.

Pulau ini secara sejarah meliputi hutan tropika yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia. Selain itu, ladang kelapa sawit dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga sangat hancur oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula daripada upaya penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan, dan selanjutnya juga dilanjutkan oleh musim kemarau El Niño yang sangat kering selama tempoh itu.

Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan di Jawa, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan. Pokok-pokok ditebang dan ladang-ladang dibuka, walaupun dengan hasil kesuburan tanah dihilangkan dan hakisan berlaku kerana tanah terbuka hanyut tersapu oleh hujan tropika.

Demografi sunting

Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Dayak, Murut, Kadazan, Rungus Lun Bawang Kedayan (Brunei), dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.

Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai. Penduduk yang terutama terdiri daripada kumpulan suku Dayak, Cina dan bangsa Melayu. Orang-orang Cina yang membentuk 29% daripada penduduk Sarawak dan 17% daripada penduduk Kalimantan Barat,[9] awalnya berhijrah dari China tenggara.[10] Majoriti penduduk di Kalimantan beragama Islam atau animisme. Sekitar 15% Dayak beragama Kristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19. Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat suku Penan, yang beberapanya masih mengutamakan amalan pemburu-pengumpul dalam mencari sumber rezeki mereka. Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan kecil dapat dijumpai suku Bajau[11], yang sejak lama bertempat tinggal berdekatan laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad car rental iran Due to poverty they are usually poor in health and suffer from a multivitamin deficiency and And they make their home from Baneh. Di barat laut Borneo, kumpulan suku Dayak terbesar ialah Iban dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  2. ^ Senarai pulau di dunia mengikut keluasan
  3. ^ https://books.google.com.my/books?id=h_x9e3LtUfYC&pg=PT30&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
  4. ^ Ibbotson, Ross (2014). The History Of Logging In North Borneo. Kota Kinabalu: Opus Publications. m/s. 1. ISBN 978-983-3987-50-4.
  5. ^ BBC-TV: Planet Earth
  6. ^ Helders, Stefan. "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-03. Dicapai pada 2008-12-27.
  7. ^ Helders, Stefan. "Indonesia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-03. Dicapai pada 2008-12-27.
  8. ^ AP. "Poisonous Chameleon Snake Discovered". CNN via Meta religion. Dicapai pada 2010-10-5. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  9. ^ "Province of West Kalimantan, Indonesia Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine". Guangdong Foreign Affairs Office.
  10. ^ "The world's successful diasporas". Management Today. April 3, 2007.
  11. ^ "Bajau Laut". Sea Gypsies. 29 March 2017.

Bacaan lanjutan sunting

  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1981) b): Acacia mangium. Updated information on seed collection, handling and germination testing. Occasional Tech. and Scientific Notes, Seed Series No.5, Forest Research Centre, web: Sepilok Diarkibkan 2009-05-17 di Wayback Machine, Sandakan, Sabah, Malaysia.
  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1982): Seed handling practices: four fast-growing hardwoods...Malaysian Forester Vol 45, No.4: 534-547.
  • (Inggeris) Ghazally Ismail et al. (eds.) Scientific Journey Through Borneo Series. Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan. 1996-2001.
  • (Inggeris) Gudgeon, L. W. W. British North Borneo. Adam and Charles Black, London (an early well-illustrated book on "British North Borneo", now known as Sabah), 1913.
  • (Inggeris) MacKinnon K, Hatta G, Halim H, Mangalik A. The ecology of Kalimantan. Oxford University Press, London. 1998.
  • (Inggeris) K M Wong & C L Chan. "Mt Kinabalu: Borneo's Magic Mountain." Natural History Publications, Kota Kinabalu. 1998.
  • (Inggeris) Mel White: " Borneo's moment of truth", National Geographic Magazine, November 2008.
  • (Inggeris) John Mathai. 2010. "Hose's Civet: Borneo's mysterious carnivore". Nature Watch 18/4: 2–8.

Pautan luar sunting

  • (Inggeris)Environmental Profile of Borneo - Latar belakang mengenai Borneo, termasuk sejarah alam dan sosial, statistik penyahhutanan, dan berita pemuliharaan.
  • (Inggeris)BorneoColours.com - Perjalanan berasaskan masyarakat kawasan, pengetahuan dan laman berita dan perkhidmatan rangkaian sosial.
  • (inggeris) menggonsikan artifak digunakan di Borneo - borneo antique and artifact