Buka menu utama

Wikipedia β

Orang utan merupakan tiga spesies mawas ekstan yang berasal dari Indonesia dan Malaysia. Orang utan kini hanya terdapat di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Tergolong dalam genus Pongo, orang utan pada mulanya dikira satu spesies. Sejak 1996 ia terbahagi kepada dua spesies, iaitu orang utan Borneo (P. pygmaeus, dengan 3 subspesies) dan orang utan Sumatera (P. abelii). Pada November 2017 dilaporkan bahawa spesies ketiga telah dikenal pasti, iaitu orang utan Tapanuli (P. tapanuliensis).[1][2][3]

Orang utan
Orang Utan, Semenggok Forest Reserve, Sarawak, Borneo, Malaysia.JPG
Pengelasan saintifik s
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Synapsida
Kelas: Mamalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Hominidae
Subkeluarga: Ponginae
Genus: Pongo
Lacépède, 1799
Jenis spesies
Pongo pygmaeus
Lacépède, 1799 (Simia satyrus Linnaeus, 1760)
Spesies

Pongo pygmaeus
Pongo abelii
Pongo tapanuliensis
Pongo hooijeri

Orangutan range.png
Taburan tiga spesies ekstan
Sinonim

Faunus Oken, 1816
Lophotus Fischer, 1813
Macrobates Billberg, 1828
Satyrus Lesson, 1840

Perbandingan genom menunjukkan bahawa orang utan Tapanuli berpisah daripada spesies Sumatera kira-kira 3.4 juta tahun dahulu. Orang utan Tapanuli berpisah dari orang utan Borneo jauh lebih lewat, iaitu sekitar 670,000 tahun dahulu. Orang utan merupakan satu-satunya ahli yang masih wujud dalam subkeluarga Ponginae yang merangkumi spesies-spesies seperti tiga spesies pupus dalam genus Gigantopithecus, termasuklah primat paling besar yang dikenali iaitu Gigantopithecus blacki. Leluhur subkeluarga Ponginae berpisah dari salasilah mawas utama di Afrika pada 16 hingga 19 juta tahun dahulu lalu terserba ke dalam Asia.

Orang utan adalah mawas besar yang paling arboreal (memanjat pokok) dan banyak menghabiskan masa dalam pokok. Bulunya merah gelap, berbanding dengan bulu coklat hitam yang lazim terdapat pada cimpanzi dan gorila. Jantan dan betina jauh berbeza dari segi besar dan rupa badan. Jantan dewasa dominan mempunyai kelepak pipi (cheek flap) yang tebal serta membuat jeritan lantang untuk menarik betina dan menakutkan lawan. Jantan muda tiada ciri-ciri begini dan menyerupai betina dewasa. Orang utan adalah mawas yang paling gemar hidup bersendirian dengan hubungan sosial yang terutamanya antara ibu dan anak kecil yang hidup bersama selama dua tahun pertama. Makanan utama orang utan ialah buah-buahan, tetapi ia juga makan daun, kulit kayu, mahu, serangga dan juga telur burung. Ia boleh hidup lebih 30 tahun di hutan mahupun dalam tawanan.

Orang utan antara primat yang paling cerdas, dengan menggunakan pelbagai alat-alat canggih serta membina sarang tidur yang teliti daripada dahan ranting dan daun setiap malam. Orang utan banyak dikaji untuk kemampuan belajar, malah mungkin dapat membentuk budaya tersendiri dalam populasi. Kajian lapangan terhadap orang utan dimulakan oleh ahli primatologi Birutė Galdikas. Ketiga-tiga spesies orang utan dikira terancam genting. Antara ancaman terhadap populasi orang utan liar termasuk pemburuan haram, kemusnahan habitat dan perdagangan haiwan peliharaan haram. Terdapat beberapa pertubuhan pemuliharaan dan rehabilitasi yang berdedikasi terhadap kemandirian orang utan liar.

Isi kandungan

EtimologiSunting

Perkataan orang utan nyata sekali berasal dari bahasa Melayu. Perkataan "orang utan" diserapkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai orang utan (kadangkala dieja orangutang).

Kali pertama orang Barat mengakui penggunaan nama orang utan bagi mawas Asia ini ialah tabib Belanda Jacobus Bontius pada 1631 menerusi karangan Historiae naturalis et medicae Indiae orientalis (Sejarah alam dan perubatan Hindia Timur) yang menyatakan bahawa beliau diberitahu oleh orang Melayu bahawa mawas ini mampu bercakap tetapi berat mulut "melainkan dipaksa".[4] Nama "orang utan" muncul dalam beberapa deskripsi zoologi Nusantara dalam bahasa Jerman pada abad ke-17. Barangkali perkataan "orang utan" didatangkan kepada ilmuwan Barat daripada loghat Banjar.[5]

Cribb et al. (2014) berhujah bahawa catatan Bontius tidak memaksudkan mawas tetapi manusia yang mengalami suatu penyakit tenat (barangkalinya kretinisme) malah penggunaan kata "orang utan" itu disalah erti oleh Nicolaes Tulp, orang pertama yang menyiarkannya dalam bahan bacaan.[6]

Perkataan "orang utan" mula-mula disebut dalam bahasa Inggeris pada tahun 1691 dieja orang-outang, malah ejaan yag berakhir dengan -ng daripada -n terdapat dalam banyak bahasa. Ejaan ini masih digunakan dalam bahasa Inggeris hingga kini tetapi kini dikira salah.[7][8][9] Kehilangan "h" dari "utan" dan perubahan dari -n ke -ng menandakan bahawa perkataan ini masuk bahasa Inggeris daripada bahasa Portugis.[5] Pada 1869, ahli alamiah British Alfred Russel Wallace, salah seorang pencipta teori evolusi moden, menerbitkan catatan beliau mengenai hidupan liar Malaysia: The Malay Archipelago: The Land of the Orang-Utan and the Bird of Paradise (Kepulauan Melayu: Bumi Orang Utan dan Burung Cenderawasih).[4]

Nama genus Pongo datang daripada catatan abad ke-16 oleh Andrew Battel, seorang kelasi Inggeris yang ditahan oleh Portugis di Angola yang memerikan dua ekor "raksasa" seakan manusia yang bernama Pongo dan Engeco. Kini dipercayai bahawa yang dihuraikan beliau itu ialah gorila, tetapi pada abad ke-18, istilah orang utan dan pongo digunakan bagi semua mawas besar. Lacépède menggunakan istilah Pongo bagi genus orang hutan selepas ahli botani Jerman Friedrich von Wurmb menghantar rangka dari Nusantara ke Eropah.[10]

Taksonomi dan genetikSunting

Ketiga-tiga spesies orang utan adalah ahli yang tinggal dalam subkeluarga Ponginae. Subkeluarga ini juga merangkumi genus-genus pupus yang berikut: Lufengpithecus yang pernah hidup di China dan Thailand 2–8 jtd, dan Sivapithecus yang pernah hidup di India dan Pakistan 12.5–8.5 jtd. Mawas-mawas ini barangkali hidup di persekitaran yang lebih kering dan nyaman daripada orang utan sekarang. Khoratpithecus piriyai yang pernah hidup di Thailand 5–7 mya, dipercayai merupakan saudara terdekat orang utan. Primat terbesar yang dikenali, Gigantopithecus, juga ahli Ponginae yang hidup di China, India dan Vietnam dari 5 jtd hingga 100,000 tahun dahulu.[11]:50

Dalam superkeluarga Hominoidea, ungka berpecah pada awal Miosen (dari 19.7 hingga 24.1 jtd, menurut bukti molekul) dan orang utan pula berpecah dari salasilah mawas besar Afrika dalam 15.7 hingga 19.3 jtd.[12](Fig. 4)

Taksonomi genus Pongo[13] Filogeni superkeluarga Hominoidea[14](Fig. 4)
 Hominoidea
   
   
   
   

 manusia (genus Homo)


   

 cimpanzi (genus Pan)



   

 gorila (genus Gorilla)



   

 orang hutan (genus Pongo)



   

 ungka (keluarga Hylobatidae)



Sejarah taksonomi orang utanSunting

 
Orang utan di Zoo Negara Malaysia

Orang utan mula-mula dihuraikan secara saintifik pada 1760 dalam Systema Naturae oleh Linnaeus sebagai Simia satyrus.[15] Populasi di kedua-dua pulau digolongkan sebagai spesies berasingan apabila P. abelii dihuraikan oleh Lesson pada 1827.[16] Kemudian P. abelii terletak di bawah P. pygmaeus, mula-mula sebagai sinonim, kemudian pada 1985 sebagai subspesies.[17] Pada 1996, P. abelii dikembalikan ke taraf spesies,[18][19]:53 dan tiga populasi berbeza di Borneo ditingkatkan kepada subspesies. Populasi yang kini tersenarai sebagai P. p. wurmbii mungkin lebih dekat kepada orang utan Sumatera daripada lain-lain spesies orang utan Borneo. Jika disahkan, abelii akan dijadikan subspesies bagi P. wurmbii (Tiedeman, 1808).[20]

Walau apapun, tempat jenis P. pygmaeus belum ditentusahkan sepenuhnya dan mungkin daripada poplasi yang kini digelar P. wurmbii (jika begitu maka P. wurmbii akan jadi sinonim junior bagi P. pygmaeus, sementara salah satu nama yang kini dianggap sinonim junior bagi P. pygmaeus akan mengambil keutamaan untuk takson Borneo barat laut).[20] Mengelirukan lagi, nama P. morio di samping juga beberapa sinonim junior yang diusulkan[21] mungkin jadi sinonim junior bagi subspesies P. pygmaeus, maka populasi Borneo timur tertinggal tanpa nama.[20]

Tahun 2017 cukup menggemparkan dengan dihuraikannya spesies ketiga, P. tapanuliensis, dari Sumatera di selatan Tasik Toba yang lebih rapat dengan spesies Borneo, P. pygmaeus daripada spesies jiran Sumatera, P. abelii.[22]

Rekod fosilSunting

Beberapa fosil yang diperikan di bawah nama P. hooijeri telah ditemui di Vietnam, dan banyak subspesies fosil telah diperikan di beberapa tempat di Asia Tenggara. Tidak diketahui sama ada ia milik P. pygmaeus atau P. abelii mahupun spesies yang berbeza sekali.[23]

GenomikSunting

 
Orang utan jantan Borneo, Sumatera dan Tapanuli

Genom orang utan Sumatera telah dijujukkan pada Januari 2011.[24][25] Selepas manusia dan cimpanzi, orang utan Sumatera menjadi spesies mawas ketiga yang dijujukkan genomnya, kemudian diikuti pula oleh spesies Borneo. Kepelbagaian genetik didapati lebih rendah dalam orang utan Borneo (P. pygmaeus) daripada spesies Sumatera (P. abelii) biarpun jumlah spesies Borneo enam ke tujuh kali ganda banyaknya spesies Sumatra.[25]

Perbandingan ini menunjukkan bahawa kedua-dua spesies ini bercapah kira-kira 400,000 tahun dahulu, lebih lewat daripada yang disangka dahulu. Malahan genom orang utan didapati berevolusi lebih perlahan daripada DNA cimpanzi dan manusia.[25] Sebelum ini, orang utan disangka bercapah 2.9–4.9 jtd.[26](Fig. 4) Para penyelidik berharap agar data ini dapat menolong penggiat pemuliharaan untuk menyelamatkan mawas yang terancam di samping juga berguna untuk mendalamkan lagi kefahaman terhadap penyakit genetik manusia.[25] Orang utan Borneo mempunyai 48 kromosom diploid.[27]

Akan tetapi, perbandingan jujukan nukleus DNA dari tahun 2017 menunjukkan bahawa orang utan Tapanuli bercapah dari orang utan Sumatera kira-kira 3.4 juta tahun dahulu,[28][29] dan daripada orang utan Borneo jauh lebih lewat iaitu sekitar 670,000 tahun dahulu.[28] Orang utan berpindah dari Sumatera ke Borneo kerana pulau-pulau ini pernah terhubung oleh jambatan darat sebagai anggota Sundaland ketika zaman glasier resen apabila paras laut jauh lebih rendah. Taburan kini orang utan Tapanuli disangka dekat dengan tempat di mana orang utan leluhur mula-mula memasuki bumi Indonesia kini dari tanah besar Asia.[28]

Anatomi dan fisiologiSunting

Orang utan mempunyai badan yang sasa, tekuk yang tebal, lengan yang panjang dan kuat, kaki yang bengkok dan tidak mempunyai ekor. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan dan kulitnya hitam. Orang utan Sumatera mempunyai warna bulu yang lebih cerah dan tidak setebal bulu orang utan Borneo.[30] Muka orang utan kebanyakkannya tidak berbulu kecuali di bahagian dagu yang biasanya mempunyai janggut, terutama sekali orang utan jantan.[31]

Jantan dewasa mempunyai kelepak pipi yang besar[32]:14 untuk menunjukkan kekuasaan terhadap jantan-jantan lain. Kelepak pipi ini terdiri daripada tisu berlemak dan disokong oleh perototan muka.[33] Kantung kerongkong jantan dewasa membolehkannya untuk membuat jeritan lantang.[32]:14 Jantan dan betina besar bezanya; betina biasanya berdiri 115 cm (3 ft 9 in) dengan berat sekitar 37 kg (82 lb), sementara jantan dewasa berkelepak pipi berdiri 136 cm (4 ft 6 in) dengan berat 75 kg (165 lb).[34] Orang utan jantan mencapai rentang lengan kira-kira 2 m (6.6 ft).[35]:14

Tangan orang utan serupa dengan tangan manusia; ada empat anak jari panjang dengan ibu jari yang boleh tentang (opposable thumb). Akan tetapi, susunan sendi dan tendon dalam tangan orangb utan menjadikan dua adaptasi yang penting bagi memanjat-manjat dan melompat-lompat pokok. Jari-jari melengkung ketika kendur, maka pegangan bercangkuk apabila menggantung.[36]:301 Tanpa menggunakan ibu jari pun, anak-anak jari dan tangan dapat memegang objek kecil dengan ketat dengan merehatkan hujung jari ke dalam tapak tangan, menjadikan genggaman berkunci ganda.[36]:301

Kakinya pula ada empat anak jari dan sebatang ibu jari besar boleh tentang.[35]:15 Orang utan boleh memegang dengan tangan dan kaki.[35]:14 Jari tangan dan kaki semuanya melengkung, oleh itu dapat mencengkam dahan dengan baik. Sendi pinggulnya sama mudah lentur dengan sendi bahu dan lengan, maka orang utan kurang sekatan menggerak-gerakkan batang kaki daripada manusia.[35]:15 Orang utan berjalan dengan genggam tangan sedangkan cimpanzi dan gorila pula dengan buku tangan.[37]

Ekologi dan kelakuanSunting

Orang utan hidup di hutan primer dan sekunder lama, khususnya hutan pokok ara dan paya gambut. Semua spesies terdapat di kawasan gunung dan paya rendah. Orang utan Sumatera hidup setinggi 1500 m, sementara orang utan Borno setakat 1000 m.[38] Lain-lain habitat termasuk padang rumput, sawah, kebun, hutan sekunder muda, dan tasik cetek.[39] Orang utanlah jenis mawas besar yang paling banyak hidup dalam pokok.

Orang utan menghabiskan harinya dengan makan, rehat dan berpindah-randah. Mula-mula ia makan selama 2–3 jam pada waktu pagi. Ia berehat pada waktu tengah hari dan bersiar-siar pada lewat petang. Apabila malam tiba, ia mula menyiapkan sarang untuk tidur.[38] Orang utan tidak berenang biarpun pernah dicatatkan bermandi air.[40] Pemangsa utama orang utan ialah harimau belang, diikuti harimau dahan, anjing hutan dan buaya.[38] Ketiadaan harimau di Borneo mungkin adalah sebab orang utan Borneo sering terdapat di tanah daripada saudara Sumatera.[41]

PemakananSunting

 
Biarpun juga makan daun, serangga dan telur burung, makanan utama ialah buah-buahan

Orang utan merupakan pencari makan yang oportunis, dengan corak pemakanan yang berubah dari bulan ke bulan.[42] 65–90% pemakanannya terdiri daripada buah-buahan, terutamanya buah yang isinya bergula atau berlemak. Buah pokok ara sering dimakan dan senang dipetik dan dihadam. Hutan dipterokarp tanah panah digemari kerana banyak buah-buahan. Spesies Borneo mengambil sekurang-kurangnya 317 jenis makanan termasuk daun muda, pucuk, kulit kayu, serangga, madu dan telur burung.[43][42] Orang utan di Sumatera sekali-sekala makan kongkang.[44]

Kajian sedekad terhadap sampel urin dan tinja di Projek Konservasi Orang Utan Gunung Palung di Kalimantan Barat menunjukkan bahawa orang utan melahirkan anak ketika dan selepas musim puncak buah-buahan (itu pun bukan setiap tahun), ketika ia makan pelbagai buah-buahan sebanyak 11,000 kalori sehari. Pada musim kurang buah, ia mana apa sahaja buah-buahan yang ada di samping kulit kayu dan daun sebanyak 2,000 kalori sehari sahaja. Di samping tempoh laktasi lama, orang utan pun panjang selang beranak.[45]

Orang utan disangka merupakan satu-satunya penyebar benih bagi sesetengah spesies tumbuhan termasuklah spesies memanjat Strychnos ignatii yang mengandungi alkaloid striknina yang beracun.[46] tetapi tidak nampak kesan pada orang utan selain pengeluaran ludah berlebihan.[47][48]

Orang utan pun diperhatikan makan tanah dan batu. Ada tiga sebabnya: untuk menambah zat mineral, untuk mengambil mineral tanah liat yang boleh menyerap bahan toksik; atau untuk merawat penyakit seperti cirit-birit.[49] Orang utan juga menggunakan tumbuhan dari genus Commelina sebagai penawar keradangan.

PergaulanSunting

 
Orang utanlah mawas besar yang paling kurang bergaul, tetapi individu sering berinteraksi.

Orang utan hidup lebih bersendiri daripada mawas besar yang lain. Kebanyakan jalinan sosial berlaku antara betina dewasa dan anak yang bergantung tetapi cerai susu. Jantan dewasa dan remaja berdikari kedua-dua jantina cenderung untuk hidup bersendirian.[50] Masyarakat orang utan terdiri daripada individu penetap (resident) dan pepindah (transient) tanpa mengenira jantina. Betina penetap hidup bersama anak-anak dalam kawsasan tinggal yang bertindan dengan betina dewasa lain yang mungkin sanak-saudara. Kawasan tinggal betina baik satu mahupun banyak terangkum jua dalam kawasan kediaman seekor jantan penetap yang menjadi teman mengawan utama semua betina yang terlibat.[51]

Pepindah jantan mahupun betina berjalan jauh.[50] Orang utan selalunya berjalan sendirian, tetapi juga berjalan secara berkumpulan kecil ketika usir hampir dewasa, namun kelakuan ini tamat apabila masuk dewasa. Struktur sosial orang utan boleh dikatakan "bersendirian tetapi bergaul". Interaksi sesama betina dewasa ada yang mesra, saling menghindari mahupun bermusuhan. Jantan penetap boleh bertindan kawasan kediaman dan oleh itu sering melayan satu sama lain seperti musuh.[51]

Ketika berpencar, betina cenderung untuk tinggal di kawasan kediaman yang bertindan dengan ibunya, tetapi nampaknya tiada jalinan istimewa antara si betina muda dan ibu.[52] Jantan berpencar lebih jauh daripada ibu dan memasuki fasa pepindah yang kekal sehingga jantan itu dapat mencabar dan menewaskan seekor lagi jantan penetap yang berkuasa daripada kawasan tinggalnya.[53] Jantan dewasa menguasai jantan remaja/hampir dewasa.[54]

Orang utan penetap mahupun pepindah berkumpul di pokok buah-buahan besar untuk makan. Buah-buahan itu selalunya banyak, maka kuranglah persaingan dan semua individu dapat bergaul.[51] Orang utan juga membentuk kumpulan kecil untuk berpindah-randah antara sumber makanan.[53] Juga selalu terjadinya jantan dewasa "memperbinikan" (consortship) betina.[51]

KomunikasiSunting

Orang utan berkomunikaso dengan pelbagai bunyi. Jantan membuat teriakan lantang untuk menarik betina mahupun mengingkatkan jantan lain.[55] Jantan mahupun betina akan cuba menakuti rakan-rakan sama spesies dengan teriakan yang garau dan berderum-derum.[56] Orang utan yang diganggu memuncungkan bibir untuk menyedut udara, membuat bunyi "kucupan memekik". Bayi yang tergugat membuat bunyi siut-siut. Orang utan juga diketahui meniup dengan lidah terjulur.[56]

SarangSunting

 
Orang utan membina sarang lengkap dengan "bantal", "selimut", "katil bertingkat" dan "atap".

Orang utan membina sarang yang khusus untuk kegunaan siang mahupun malam. Sarang ini dibina dengan teliti; orang utan muda belajar daripada mencontohi binaan ibu. Sebenarnya, pembinaan sarang adalah punca utama orang utan muda meninggalkan ibu buat pertama kali. Mulai usia enam bulan, orang utan berlatih membuat sarang dan mencapai kemahiran menjelang umur tiga tahun.[57]

Pembinaan sarang malam dilakukan mengikuti turutan langkah. Mula-mula dipilihnya pokok yang sesuai. Orang utan berkira memilih pokok biarpun banyak spesies pokok yang digunakan. Kemudian, sarang dibina dengan mengikat-ikat dahan sebagai dasar. Setelah siapnya dasar, orang utan melengkungkan dahan kecil berdaun kepada dasar untuk dijadikan "tilam". Akhirnya, orang utan menenunkan hujung dahan ke dalam tilam untuk menstabilkan sarang. Di samping itu, sarang orang utan boleh ada ciri-ciri tambahan seperti "bantal", "selimut', "atap" dan "katil bertingkat".[57]

Pembiakan dan pembesaran anakSunting

Jantan mencapai kematangan pada umur sekitar 15 tahun, apabila testikelnya cukup turun dan dapat membiak. Akan tetapi, ia menunjukkan perkembangan tergencat dengan tidak tumbuh kelepak pipi, kantung kerongkong mahupun jeritan lantang sehingga umur dalam 15 hingga 20 tahun.[58] Perkembangan ciri-ciri ini amat bergantung pada ketiadaan jantan penetap.[59]

Jantan boleh tumbuh kelepak pipi dengan pantas sekali. Jantan berkelepak lain sekali strategi mengawan daripada jantan tanpa kelepak. Yang berkelepak menarik betina yang estrus (datang bulan) dengan teriakan yang kuat.[60] Teriakan itu boleh membantutkan perkembangan jantan muda.[61] Yang tidak berkelepak pergi ke sana-sini untuk mencari betina yang estrus dan sekali jumpa, ia akan bersetubuh dengan paksaan. Biarpun kedua-dua taktik berhasil,[60] betina lebih gemar pada jantan berkelepak dan meminta perlindungan daripada jantan yang tidak berkelepak.[62] Jantan penetap boleh "memperbinikan" betina selama berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas bersetubuh.[60]

 
Bayi hidup berpaut pada ibu selama empat bulan.

Orang utan betina mengovum buat kali pertama pada umur 5.8–11.1 tahun; makin banyak lemak badan makin awal jadinya.[58] Seperti mawas besar lain, orang utan betina masuk tempoh mandul ketika usia remaja iaitu selama 1–4 tahun.[58] Betina juga mempunyai kitaran haid 22 hingga 30 hari. Bunting selama 9 bulan, betina melahirkan anak sulung pada umur 14 hingga 15 tahun.[58]

Orang utan betina berselang lapan tahun antara kelahiran, yang terlama dalam kalangan mawas besar.[58] Berbeza dengan primat lain, orang utan jantan nampaknya tidak melakukan infantisid. Ini mungkin kerana ia tidak pasti akan menjadi bapa kepada anak akan datang seseekor betina kerana betina itu tidak terus mengovum semula selepas kematian anak.[63]

Orang utan jantan jarang sekali terlibat dalam membesarkan anak yang rata-rata dijaga dan dipergaulkan oleh betina. Selalunya ada anak besar untuk membantu ibu mempergaulkan anak.[64] Orang utan bayi amat bergantung pada ibu pada dua tahun pertama. Si ibu akan membawa anak berjalan-jalan, memberi makan dan menemaninya tidur sama sarang.[58] Untuk empat bulan pertama, si anak dibawa pada perut tanpa sekali-kali dilepaskan. Dalam bulan-bulan berikutnya, si anak kurang meluangkan masa bersama ibu.[64]

Apabila mencapai umur dua tahun, anak orang utan lebih pandai memanjat dan akan berjalan-jalan merentas pokok berpegang tangan dengan kawan-kawan.[64] Orang utan muda dalam umur dua ke lima tahun akan mula menjauhi ibu sekali-sekala.[58] Anak orang utan bercerai susu sekitar umur empat tahun. Orang utan remaja bergaul dengan teman sebaya sambil kekal berhubun dengan ibu.[58] Biasanya, orang utan hidup selama lebih 30 tahun di hutan mahupun dalam tawanan.[65]:14

KecerdasanSunting

Orang utan antara primat yang cerdas sekali. Banyak eksperimen menunjukkan bahawa ia dapat menyelesaikan masalah kehilangan barang nyata (internal displacement) dengan strategi berepresentasi.[66] Selain itu, Zoo Atlanta mempunyai komputer skrin sentuh yang digunakan oleh dua ekor orang utan Sumatera dalam simpanannya untuk bermain. Saintis berharap agar data yang dikumpul akan membantu penyelidik untuk mengetahui corak-corak pergaulan seperti sama ada mawas itu mempelajari kelakuan secara kaedah cuba-cuba ataupun meniru dan oleh itu menjurus kepada strategi pemuliharaan yang baharu.[67]

Kajian 2008 ke atas dua ekor orang utan di Zoo Lepizig menunjukkan bahawa orang utan boleh menggunakan "kesalingan berkira" (calculated reciprocity) yang melibatkan penimbangan untung rugi bertukar buah tangan dan mengikuti hal ini sepanjang masa. Orang utan adalah spesies bukan manusia pertama yang dicatatkan berbuat demikian.[68] Orang utan mahir sekali membina sarang. Ia membina sarang setiap malam dalam hanya lima ke enam minit serta memilih dahan-dahan yang diketahui boleh menanggung berat badan dirinya.[69]

Penggunaan alatSunting

 
Orang utan tawanan boleh menggunakan objek buatan manusia dengan cara-cara kreatif yang tersendiri.

Penggunaan alat oleh orang utan diperhatikan oleh ahli primatologi Birutė Galdikas dalam populasi bekas tawanan.[70] Selain itu, dilaporkannya pembuatan dan penggunaan alat-alat canggih daripada populasi orang utan di Suaq Balimbing (Pongo abelii) pada 1996.[71] Orang-orang utan ini membangunkan set peralatan untuk kegunaan mencari makanan yang terdiri daripada alat-alat mengeluarkan serangga untuk digunakan di liang pokok, serta alat mengeluarkan benih daripada buah-buahan berkulit keras. Orang utan menyelaraskan alat-alatnya mengikut sifat kerja yang sedang dilakukan, dan keutamaan diberikan kepada penggunaan alat-alat pegangan mulut.[72] Keutamaan ini juga didapati dalam kajian eksperimen terhadap orang utan (P. pygmaeus) dalam tawanan.[73]

Ahli primatologi Carel P. van Schaik dan ahli antropologi biologi Cheryl D. Knott melanjutkan kajian terhadap penggunaan alat oleh populasi orang utan liar dengan membandingkan variasi penggunaan alatan antara setempat berkenaan pengolahan buah apa-apa (Neesia). Orang-orang utan Suaq Balimbing (P. abelii) didapati mahir menggunakan alat mengeluarkan serangga dan benih berbanding orang utan liar.[74][75] Para saintis berhujah bahawa perbezaan ini adalah dari segi budaya, di mana orang utan di Suaq Balimbing hidup dalam kelompok berbanyak dan oleh itu lebih toleran bergaul; ini menyebabkan kedaan baik untuk penyaluran sosial.[74] Bukti lanjut bahawa orang utan yang lebih bergaul lebih mungkin menunjukkan kelakuan berbudaya datang daripada kajian terhadap kelakuan membawa daun orang utan bekas tawanan yang dipulihkan di pulau Kaja di Borneo.[76]

Orang utan liar (P. pygmaeus wurmbii) di Tuanan, Borneo, dilaporkan menggunakan alat untuk komunikasi berbunyi.[77] Ia menggunakan daun-daun untuk melantangkan lagi teriakan "kucupan memekik". Mawas ini boleh menggunakan kaedah penguatan ini untuk memperdaya pendengar untuk menyangka bahawa orang utan ialah haiwan yang lebih besar.[77]

Pada 2003, para pengkaji dari enam buah tapak kajian lapangan orang utan berasingan yang menggunakan skema pengekodan kelakuan yang sama membandingkan kelakuan orang utan dari setiap tapak.[78] Mereka mendapati bahawa setiap populasi orang utan masing-masing berkelakuan berbeza. Bukti menunjukkan bahawa perbezaannya adalah dari segi budaya; pertama, makin jauh jarak maka makin jauh bezanya, menunjukkan berlakunya difusi budaya, dan kedua, makin banyak bergaul maka makin banyaklah repertoir budaya orang utan. Kesimpulannya, pergaulan memudahkan penyebaran budaya.[78]

Kemungkinan keupayaan berbahasaSunting

Kajian terhadap keupayaan orang utan menggunakan lambang dan isyarat dijalankan dari 1973 hingga 1975 oleh ahli zoologi Gary L. Shapiro dengan Aazk, seekor orang utan betina muda di Fresno City Zoo (kini Chaffee Zoo) di Fresno, California. Digunakannya teknik-teknik oleh ahli psikologi David Premack, yang menggunakan token plastik untuk mengajarkan kemahiran berbahasa kepada Sarah si cimpanzi.[79] Shapiro terus mengkaji keupayaan berbahasa dan belajar oleh orang utan bekas tawanan di Taman Negara Tanjung Puting di Kalimantan dari 1978 hingga 1980.[80]

Pada ketika itu, Shapiro mengajar orang utan bekas tawanan untuk mempelajari dan menggunakan isyarat dengan mengikut teknik-teknik ahli psikologi R. Allen Gardner dan Beatrix Gardner, yang mengajar Washoe si cimpanzi pada akhir 1960-an. Dalam satu-satunya kajian perisyaratan yang pernah dijalankan di dalam persekitaran semula jadi mawas besar, Shapiro membela seekor orang utan betina mua bernama Princess yang mempelajari hampir 40 isyarat (mengikut kriteria pembelajaran isyarat oleh ahli psikologi Francine Patterson bersama Koko si gorila), serta melatih Rinnie, seekor orang utan betina dewasa yang lepas bebas, yang mempelajari hampir 30 isyarat dalam tempoh dua tahun.[80] Untuk kajian disertasi, Shapiro mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran isyarat oleh empat ekor orang utan muda dalam tempoh 15 bulan.[81]

Orang utan dan manusiaSunting

 
Lukisan kayu "Orang utan diserang Dayak" oleh Joseph Wolf.

Orang utan sudah ribuan tahun dikenali oleh masyarakat pribumi Sumatera dan Borneo. Ada kaum-kaum yang memburu mawas ini untuk makanan dan perhiasan, dan ada juga yang melarang pemburuan orang utan.[82]:66 Di tengah Borneo, adanya kepercayaan tradisional bahawa memandang muka orang utan membawa nasib malang. Ada pula cerita rakyat bahawa orang utan menculik dan mengawan dengan manusia,[82]:68 apalagi kisah-kisah pemburu digoda oleh orang utan betina.[82]:71

Orang Eropah mula sedar akan kewujudan orang utan seawal abad ke-17.[82]:68 Penjelajah Eropah di Borneo banyak memburu orang utan pada abad ke-19.[82]:65 Deskripsi persis orang utan pertama dilakukan oleh ahli anatomi Belanda Petrus Camper, yang memerhatikan orang utan dan pernah membedah beberapa spesimen.[82]:64

Tidak banyak yang diketahui tentang kelakuan mawas ini hinggalah kajian lapangan oleh Birutė Galdikas,[83] yang menjadi tokoh berwibawa dalam ilmu orang utan.[84] Sewaktu tiba di Borneo, Galdikas menetap di sebuah pondok binaan kulit kayu dan atap jerami di tapak yang digelarnya Camp Leakey berdekatan tepi Laut Jawa.[84] Mengharungi pelbagai pancaroba, beliau menetap di situ selama 30 tahun lalu menjadi pembela nasib orang utan yang lantang memperjuangkan pemeliharaan habitat hutannya yang kian terjejas oleh pembalakan, penanaman kelapa sawit, perlombongan emas dan kebakaran hutan yang tidak semula jadi.[84]

Usaha-usaha pemuliharaan Galdikas bukanlah sekadar kata-kata, malah banyak bertumpukan pemulihan bagi banyak anak orang utan yatim piatu yang diserahkan kepada jagaan beliau.[84] Galdikas dibilang sebagai salah seorang "Leakey's Angels", di samping Jane Goodall dan Dian Fossey.[85] Menurut Tabung Alam Sedunia, orang utan Borneo kehilangan setengah daripada jumlah habitat sejak 1994.[86]

Sebuah cerita rakyat yang sering dilafazkan dalam budaya Sumatera dan Borneo adalah bahawa orang utan jantan menunjukkan tarikan seksual terhadap perempuan manusia, malah boleh bersetubuh dengan mereka secara paksaan.[87] Satu-satunya laporan serius (sungguhpun anekdot) tentang kejadian sedemikian ialah laporan Galdikas bahawa tukang masaknya diperkosa oleh orang utan jantan.[88] Namun begitu, orang utan berkenaan dibesarkan secara tawanan dan mungkin mengalami kecelauran identit spesies, malah persetubuhan paksa adalah kelaziman mengawan bagi orang utan pangkat rendah.[87]

Seekor orang utan betina diselamatkan dari sebuah rumah pelacuran di Desa Kareng Pangi, Kalimantan Tengah pada 2003.[89][90] Orang utan berkenaan dicukur dan dirantaikan untuk tujuan seksual.[90][91] Semenjak dilepaskan, orang utan yang diberi nama Pony ini tinggal bersama Yayasan Borneo Orangutan Survival[89] dan dipergaulkan semula untuk hidup bersama orang utan lain.[89]

Taraf di sisi undang-undangSunting

Pada Disember 2014, Argentina menjadi negara pertama yang mengiktiraf hak undang-undang seekor primat selain manusia dengan memutuskan bahawa seekor orang utan bernama Sandra di Zoo Buenos Aires mesti dipindahkan ke tempat perlindungan Brazil untuk mendapat "kebebasan separa atau terkawal". Biarpun pejuang hak asasi haiwan mentafsirkan keputusan itu sebagai berkenaan bagi semua spesies haiwan dalam tawanan, namun pakar-pakar perundangan menganggap keputusan itu hanya berkenaan bagi mawas hominid atas dasar keserupaan genetik dengan manusia.[92]

PemuliharaanSunting

Satus pemuliharaanSunting

 
Pembasmian hutan untuk penanaman kelapa sawit di Indonesia. 80% pembalakan Indonesia dilakukan secara haram kerana penguatkuasaan yang lemah serta gejala rasuah yang parah.[93]

Spesies Sumatera dan Borneo adalah terancam genting[94][95] mengikut Senarai Merah IUCN bagi mamalia, dan kedua-duanya tersenarai dalam Apendiks I CITES.[94][95] IUCN menganggarkan pada 2016 bahawa terdapat sekitar 100,000 ekor orang utan yang hidup liar (pada 1973 ada 288,500 ekor), malah populasinya dijangka merosot lagi kepada takat 47,000 ekor menjelang 2025.[96]

Populasi orang utan Borneo merosot sebanyak 60% dalam 60 tahun yang lepas, dan diunjukan merosot lagi sebanyak 82% dalam 75 tahun. Taburannya berpecah-belah di seluruh Borneo, malah sudah hapus sama sekali di beberapa wilayah, termasuklah tenggara.[95] Populasi terbesar yang masih wujud terdapat di hutan sekitar Sungai Sabangau, tetapi persekitaran ini pun terancam.[97]

Populasi orang utan Sumatera merosot sebanyak 80% dalam 75 tahun.[94] Spesies ini kini hanya terdapat di bahagian utara Sumatera, dengan kebanyakan populasinya menduduki Ekosistem Leuser.[94] Pada lewat Mac 2012, sebuah populasi yang pernah besar di Sumatera utara dilaporkan diancam oleh kebakaran hutan dan mungkin terhapus sama sekali dalam beberapa minggu.[98]

Anggaran tahun 2000 hingga 2003 mendapati bahawa 7,300 ekor orang utan Sumatera[94] dan 45,000 hingga 69,000 orang utan Borneo[95] masih hidup liar. Kajian 2007 oleh pemerintah Indonesia mencatatkan jumlah populasi orang utan liar sebanyak 61,234 ekor, 54,567 daripadanya di pulau Borneo pada 2004. Jadual yang berikutnya memaparkan pecahan jumlah orang utan mengikut spesies dan subspesies daripada laporan ini dan juga laporan terkini (bagi P. tapanuliensis):[99][100]

Nama saintifik Nama am Kawasan Anggaran
Pongo abelii Orang utan Sumatera Sumatera 6,667
Pongo tapanuliensis Orang utan Tapanuli Sumatera (kawasan Danau Toba) <800
Pongo pygmaeus Orang utan Borneo Borneo
P. p. morio Orang utan Borneo Timur Laut Sabah 11,017
P. p. morio Orang utan Borneo Timur Laut Kalimantan Timur 4,825
P. p. wurmbii Orang utan Borneo Tengah Kalimantan Tengah >31,300
P. p. pygmaeus Orang utan Borneo Barat Laut Kalimantan Barat dan Sarawak 7,425

Pada awal 2000-an, habitat orang utan merosot secara mendadak disebabkan pembalakan dan kebakaran hutan di samping pemecahan populasi oleh pembinaan jalan raya.[94][95] Satu faktor utama ketika itu adalah penukaran sebahagian besar hutan tropika kepada dusun kelapa sawit untuk memenuhi permintaan antarabangsa. Minyak sakit digunakan untuk tujuan masakan, kosmetik, mekanik dan biodiesel.[95] Pemburuan juga satu masalah utama[94][95] d samping perdagangan haiwan peliharaan haram.[94][95]

Orang utan boleh dibunuh untuk memperoleh daging atau ubat tradisional mahupun untuk melindungi tanaman. Tulang orang utan diperdagangkan secara senyap di kedai-kedai bones are secretly traded in souvenir shops in several cities in Kalimantan, Indonesia.[101] Ibu orang utan dibunuh supaya anak-anaknya dapat dijual sebagai haiwan peliharaan, dan banyak anak ini mati tanpa pertolongan ibunya.[102] Sejak 2004, beberapa orang utan peliharaan dirampas oleh pihak berkuasa tempatan dandihantar ke pusat pemulihan.[95]

Pada Mei 2017, sekumpulan aktivis Yayasan Borneo Orangutan Survival menyelamatkan seekor orang utan balar (albino) dari kurungan di sebuah kampung terpencil di Kapuas Hulu di Kalimantan. Menurut sukarelawan BOSF, orang utan balar jarang sekali ditemui – dalam setiap 10,000 ekor hanya ada satu. Inilah orang utan balar pertama yang ditemui oleh pertubuhan tersebut selama 25 tahun bergiat.[96][103]

Pada November 2017, para penyelidik menemui bukti genetik bagi spesies baru orang utan iaitu Pongo tapanuliensis yang hanya ditemui di hutan Batang Toru di Sumatera, Indonesia. Dianggarakn bahawa terdapat kurang daripada 800 ekor, maka orang utan Tapanuli adalah mawas besar yang paling terancam.[104]

Pusat dan pertubuhan pemuliharaanSunting

 
Pengkaji orang utan Birutė Galdikas menyampaikan buku tentang orang utan.

Ada beberapa buah pertubuhan yang berusaha untuk menyelamatkan, memulihkan dan memperkenalkan semula orang utan ke dalam alam liar. Yang besar sekali ialah Yayasan Borneo Orangutan Survival yang ditubuhkan oleh ahli pemuliharaan Willie Smits. Diaudit oleh sebuah syarikat juruaudit multinasional.[105] ia menjalankan beberapa projek besar seperti Program Rehabilitasi Nyaru Menteng yang ditubuhkan oleh ahli pemuliharaan Lone Drøscher Nielsen.[106][107]

Pusat-pusat pemuliharaan lain yang terdapat di Indonesia termasuklah yang ada di Taman Negara Tanjung Puting dan Taman Negara Sebangau di Kalimantan Tengah, Kutai di Kalimantan Timur, Taman Negara Gunung Palung di Kalimantan Barat, dan Bukit Lawang di Taman Negara Gunung Leuser di sempadan Aceh-Sumatra Utara.

Di Malaysia, kawasan pemuliharaan orang utan termasuklah Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang di Sarawak, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok berdekatan Sandakan di Sabah.[108] Pusat-pusat pemuliharaan orang utan di luar negara asal orang utan pula termasuk Persatuan Zoologi Frankfurt, Orangutan Foundation International (yang ditubuhkan oleh Birutė Galdikas)[109] dan Australian Orangutan Project.[110]

Pertubuhan-pertubuhan pemuliharaan seperti Orangutan Land Trust berganding bahu dengan industri minyak sawit untuk meningkatkan kemampanan serta menggalakkan industri untuk menubuhkan pusat pemuliharaan bagi orang utan[111] dengan berusaha untuk menyatukan pelbagai pemegang kepentingan untuk mencapai pemuliharaan spesies dan habitatnya.[112]

RujukanSunting

  1. ^ Nater, A.; Mattle-Greminger, M. P.; Nurcahyo, A.; Nowak, M. G.; dll. (2017-11-02). "Morphometric, Behavioral, and Genomic Evidence for a New Orangutan Species". Current Biology. doi:10.1016/j.cub.2017.09.047. 
  2. ^ Cochrane, Joe (2 November 2017). "New Orangutan Species Could Be the Most Endangered Great Ape". The New York Times. Dicapai 3 November 2017. 
  3. ^ http://www.bbc.com/news/science-environment-41848816
  4. ^ a b Dellios, Paulette (2008). "A lexical odyssey from the Malay World". Journal of Pidgin and Creole Languages. 23 (1). 
  5. ^ a b Mahdi, Waruno (2007). Malay words and Malay things: lexical souvenirs from an exotic archipelago in German publications before 1700. Frankfurter Forschungen zu Südostasien. 3. Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 170–181. ISBN 978-3-447-05492-8. 
  6. ^ Cribb, Robert; Helen Gilbert & Helen Tiffin (2014). Wild Man from Borneo: a cultural history of the orangutan. University of Hawai'i Press. ISBN 978-0-8248-3714-3. 
  7. ^ "Orangutan". alphadictionary.com. Dicapai 20 December 2006. 
  8. ^ Peter Tan (October 1998). "Malay loan words across different dialects of English". English Today. 14 (4): 44–50. doi:10.1017/S026607840001052X. 
  9. ^ Cannon, Garland (1992). "Malay(sian) borrowings in English". American Speech. 67 (2): 134–162. doi:10.2307/455451. JSTOR 455451. 
  10. ^ Groves, Colin (2002). Taylor, Andrea B.; Goldsmith, Michele L., para penyunting. "A history of gorilla taxonomy" (PDF). Gorilla Biology: A Multidisciplinary Perspective. Cambridge University Press. 3: 15–34. doi:10.2277/0521792819. 
  11. ^ Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  12. ^ Israfil, H.; Zehr, S. M.; Mootnick, A. R.; Ruvolo, M.; Steiper, M. E. (2011). "Unresolved molecular phylogenies of gibbons and siamangs (Family: Hylobatidae) based on mitochondrial, Y-linked, and X-linked loci indicate a rapid Miocene radiation or sudden vicariance event" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 58 (3): 447–455. doi:10.1016/j.ympev.2010.11.005. PMC 3046308 . PMID 21074627. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 10 May 2012. 
  13. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.), penyunting. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 183–184. ISBN 0-801-88221-4. 
  14. ^ Israfil, H.; Zehr, S. M.; Mootnick, A. R.; Ruvolo, M.; Steiper, M. E. (2011). "Unresolved molecular phylogenies of gibbons and siamangs (Family: Hylobatidae) based on mitochondrial, Y-linked, and X-linked loci indicate a rapid Miocene radiation or sudden vicariance event" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 58 (3): 447–455. doi:10.1016/j.ympev.2010.11.005. PMC 3046308 . PMID 21074627. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 10 May 2012. 
  15. ^ Cribb, Robert; Helen Gilbert & Helen Tiffin (2014). Wild Man from Borneo: a cultural history of the orangutan. University of Hawai'i Press. ISBN 978-0-8248-3714-3. 
  16. ^ Lesson, René-Primevère (1827). Manuel de mammalogie ou Histoire naturelle des mammifères (dalam bahasa French). Paris: Roret, Libraire. 
  17. ^ Groves, C. P.; Holthuis, L. B. (1985-12-31). "The nomenclature of the Orang Utan". Zoologische Mededelingen. 59 (31): 411–417. Dicapai 2017-11-07. 
  18. ^ Xu, X.; Arnason, U. (1996). "The mitochondrial DNA molecule of sumatran orangutan and a molecular proposal for two (Bornean and Sumatran) species of orangutan". Journal of Molecular Evolution. 43 (5): 431–437. doi:10.1007/BF02337514. 
  19. ^ Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  20. ^ a b c Bradon-Jones, D.; Eudey, A. A.; Geissmann, T.; Groves, C. P.; Melnick, D. J.; Morales, J. C.; Shekelle, M.; Stewart, C. B. (2004). "Asian primate classification" (PDF). International Journal of Primatology. 25: 97–164. doi:10.1023/B:IJOP.0000014647.18720.32. 
  21. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.), penyunting. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 183–184. ISBN 0-801-88221-4. 
  22. ^ Nater, A.; Mattle-Greminger, M. P.; Nurcahyo, A.; Nowak, M. G.; dll. (2017-11-02). "Morphometric, Behavioral, and Genomic Evidence for a New Orangutan Species". Current Biology. doi:10.1016/j.cub.2017.09.047. 
  23. ^ Schwartz, J.H.; Vu The Long; Nguyen Lan Cuong; Le Trung Kha; Tattersall, I. (1995). "A review of the Pleistocene hominoid fauna of the Socialist Republic of Vietnam (excluding Hylobatidae)". Anthropological Papers of the American Museum of Natural History (76): 1–24. 
  24. ^ Locke, D. P.; Hillier, L. W.; Warren, W. C.; Worley, K. C.; Nazareth, L. V.; Muzny, D. M.; Yang, S. P.; Wang, Z.; Chinwalla, A. T.; Minx, P.; Mitreva, M.; Cook, L.; Delehaunty, K. D.; Fronick, C.; Schmidt, H.; Fulton, L. A.; Fulton, R. S.; Nelson, J. O.; Magrini, V.; Pohl, C.; Graves, T. A.; Markovic, C.; Cree, A.; Dinh, H. H.; Hume, J.; Kovar, C. L.; Fowler, G. R.; Lunter, G.; Meader, S.; Heger, A. (2011). "Comparative and demographic analysis of orang-utan genomes". Nature. 469 (7331): 529–533. doi:10.1038/nature09687. PMC 3060778 . PMID 21270892. 
  25. ^ a b c d Singh, Ranjeet (4 January 2011). "Orang-utans join the genome gang". Nature. doi:10.1038/news.2011.50. Dicapai 27 January 2011. 
  26. ^ Israfil, H.; Zehr, S. M.; Mootnick, A. R.; Ruvolo, M.; Steiper, M. E. (2011). "Unresolved molecular phylogenies of gibbons and siamangs (Family: Hylobatidae) based on mitochondrial, Y-linked, and X-linked loci indicate a rapid Miocene radiation or sudden vicariance event" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 58 (3): 447–455. doi:10.1016/j.ympev.2010.11.005. PMC 3046308 . PMID 21074627. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 10 May 2012. 
  27. ^ Sharshov, Alexander. "Orangutan". Chromosomal Homologies Between Human and Animals. Institute of Cytology and Genetics, SB RAS Novobrisk. Dicapai 28 January 2011. 
  28. ^ a b c Nater, A.; Mattle-Greminger, M. P.; Nurcahyo, A.; Nowak, M. G.; dll. (2017-11-02). "Morphometric, Behavioral, and Genomic Evidence for a New Orangutan Species". Current Biology. doi:10.1016/j.cub.2017.09.047. 
  29. ^ Wright, Stephen (2017-11-02). "Frizzy-haired, smaller-headed orangutan may be new great ape". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai 2017-11-03. 
  30. ^ "Orangutan Anatomy Page". Red-ape.co.uk. Dicapai 3 July 2009. 
  31. ^ Cawthon Lang KA (13 June 2005). "Primate Factsheets: Orangutan (Pongo) Taxonomy, Morphology, & Ecology". Dicapai 12 October 2007. 
  32. ^ a b Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  33. ^ Winkler, L. A. (1989). "Morphology and relationships of the orangutan fatty cheek pads". American Journal of Primatology. 17 (4): 305–19. doi:10.1002/ajp.1350170405. 
  34. ^ Groves, Colin P. (1971). "Pongo pygmaeus". Mammalian Species. 4. doi:10.2307/3503852. 
  35. ^ a b c d Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  36. ^ a b Schwartz, Jeffrey (1988). Orang-utan Biology. USA: Oxford University Press. ISBN 0-19-504371-5. 
  37. ^ Schwartz, Jeffrey (1987). The Red Ape: Orangutans and Human Origins. Cambridge, MA: Westview Press. m/s. 286. ISBN 0-8133-4064-0. 
  38. ^ a b c Cawthon Lang KA (13 June 2005). "Primate Factsheets: Orangutan (Pongo) Taxonomy, Morphology, & Ecology". Dicapai 12 October 2007. 
  39. ^ Galdikas, Birute M.F. (1988). "Orangutan Diet, Range, and Activity at Tanjung Puting, Central Borneo". International Journal of Primatology. 9 (1): 1–35. doi:10.1007/BF02740195. 
  40. ^ Kuliukas, A. (2001). Bipedal Wading in Hominoidae past and present (PDF) (Tesis). University College London. 
  41. ^ van Schaik, C.; MacKinnon, J. (2001). "Orangutans". dalam MacDonald, D. The Encyclopedia of Mammals (edisi 2nd). Oxford University Press. m/s. 420–23. ISBN 0-87196-871-1. 
  42. ^ a b Galdikas, Birute M.F. (1988). "Orangutan Diet, Range, and Activity at Tanjung Puting, Central Borneo". International Journal of Primatology. 9 (1): 1–35. doi:10.1007/BF02740195. 
  43. ^ Cawthon Lang KA (13 June 2005). "Primate Factsheets: Orangutan (Pongo) Taxonomy, Morphology, & Ecology". Dicapai 12 October 2007. 
  44. ^ "Orangutan Ecology | Orangutan Foundation International". Orangutan.org. Dicapai 2017-07-24. 
  45. ^ Asrianti, Tifa (4 July 2011). "For orangutans, less food means lowered fertility". The Jakarta Post. Dicapai 26 May 2012. 
  46. ^ Rijksen, H. D. (December 1978). "A field study on Sumatran orang utans (Pongo pygmaeus abelii, Lesson 1827): Ecology, Behaviour and Conservation". The Quarterly Review of Biology. 53 (4): 493. doi:10.1086/410942. JSTOR 2826733. 
  47. ^ Simon, Verne A. (2010). Adaptations in the Animal Kingdom. Xlibris Corporation. m/s. 102. ISBN 1-4500-3364-4. 
  48. ^ Walker, Matt (28 July 2008). "Wild orangutans treat pain with natural anti-inflammatory". New Scientist. Dicapai 26 May 2012. 
  49. ^ Highfield, Roger (1 April 2008). "Science: Monkeys were the first doctors (Telegraph.co.uk)". The Daily Telegraph. London. Dicapai 20 May 2010. 
  50. ^ a b Teboekhorst, I; Schürmann, C; Sugardjito, J (1990). "Residential status and seasonal movements of wild orang-utans in the Gunung Leuser Reserve (Sumatera, Indonesia)". Animal Behaviour. 39 (6): 1098–1109. doi:10.1016/S0003-3472(05)80782-1. 
  51. ^ a b c d Cawthon Lang KA (13 June 2005). "Primate Factsheets: Orangutan (Pongo) Taxonomy, Morphology, & Ecology". Dicapai 9 February 2012. 
  52. ^ Singleton, I; van Schaik, CP (2002). "The Social Organisation of a population of Sumatran orang-utans". Folia Primatol. 73 (1): 1–20. doi:10.1159/000060415. PMID 12065937. 
  53. ^ a b Delgado, RA Jr.; van Schaik, CP (2000). "The behavioral ecology and conservation of the orangutan (Pongo pygmaeus): a tale of two islands". Evol Anthro. 9 (1): 201–18. doi:10.1002/1520-6505(2000)9:5<201::AID-EVAN2>3.0.CO;2-Y. 
  54. ^ Fox, EA. (2002). "Female tactics to reduce sexual harassment in the Sumatran orangutan (Pongo pygmaeus abelii)". Behav Ecol Sociobiol. 52 (2): 93–101. doi:10.1007/s00265-002-0495-x. 
  55. ^ Utami, SS; Goossens, B; Bruford, MW; de Ruiter, JR; van Hooff, JARAM (2002). "Male bimaturism and reproductive success in Sumatran orangutans". Behav Ecol. 13 (5): 643–52. doi:10.1093/beheco/13.5.643. 
  56. ^ a b "Vocal Repertoire". Orang Utan Republik Foundation. Diarkibkan daripada asal pada 2011-09-14. Dicapai 17 March 2012. 
  57. ^ a b Didik, Prasetyo; Ancrenaz, Marc; Morrogh-Bernard, Helen C.; Atmoko, S. Suci Utami; Wich, Serge A. & van Schaik, Carel P. (2009). "Nest building in orangutans". dalam Wich, Serge A.; Atmoko, S. Suci Utami & Setia, Tatang Mitra. Orangutans: geographic variation in behavioral ecology and conservation. Oxford University Press. m/s. 270–275. ISBN 978-0-19-921327-6. 
  58. ^ a b c d e f g h Cawthon Lang KA (13 June 2005). "Primate Factsheets: Orangutan (Pongo) Taxonomy, Morphology, & Ecology". Dicapai 9 February 2012. 
  59. ^ Schürmann, CL; Hooff, JARAM (1986). "Reproductive strategies of the orangutan: new data and a reconsideration of existing sociosexual models". Int J Primatol. 7 (3): 265–87. doi:10.1007/BF02736392. 
  60. ^ a b c Utami, SS; Goossens, B; Bruford, MW; de Ruiter, JR; van Hooff, JARAM (2002). "Male bimaturism and reproductive success in Sumatran orangutans". Behav Ecol. 13 (5): 643–52. doi:10.1093/beheco/13.5.643. 
  61. ^ Delgado, RA Jr.; van Schaik, CP (2000). "The behavioral ecology and conservation of the orangutan (Pongo pygmaeus): a tale of two islands". Evol Anthro. 9 (1): 201–18. doi:10.1002/1520-6505(2000)9:5<201::AID-EVAN2>3.0.CO;2-Y. 
  62. ^ Fox, EA. (2002). "Female tactics to reduce sexual harassment in the Sumatran orangutan (Pongo pygmaeus abelii)". Behav Ecol Sociobiol. 52 (2): 93–101. doi:10.1007/s00265-002-0495-x. 
  63. ^ Beaudrot, LH; Kahlenberg, SM; Marshall, AJ (2009). "Why male orangutans do not kill infants". Behavioral Ecology and Sociobiology. 63 (11): 1549–1562. doi:10.1007/s00265-009-0827-1. PMC 2728907 . PMID 19701484. 
  64. ^ a b c Munn C; Fernandez M (1997). "Infant development". dalam Carol Sodaro. Orangutan species survival plan husbandry manual. Chicago: Chicago Zoological Park. m/s. 59–66. OCLC 40349739. 
  65. ^ Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  66. ^ Deaner, RO; van Schaik, CP; Johnson, V. (2006). "Do some taxa have better domain-general cognition than others? A meta-analysis of nonhuman primate studies" (PDF). Evol Psych. 4: 149–196. 
  67. ^ Turner, Dorie (12 April 2007). "Orangutans play video games (for research) at Georgia zoo". Dicapai 12 April 2007. 
  68. ^ Dufour, V.; Pelé, M.; Neumann, M.; Thierry, B.; Call, J. (2008). "Calculated reciprocity after all: computation behind token transfers in orang-utans". Biol. Lett. 5 (2): 172–75. doi:10.1098/rsbl.2008.0644. 
  69. ^ "Orangutan Sangat Cerdas Soal Konstruksi". 17 April 2012. 
  70. ^ Galdikas, BMF (1982). "Orang-Utan tool use at Tanjung Putting Reserve, Central Indonesian Borneo (Kalimantan Tengah)". Journal of Human Evolution. 10: 19–33. doi:10.1016/S0047-2484(82)80028-6. 
  71. ^ van Schaik, CP; Fox, EA; Sitompul, AF. (1996). "Manufacture and use of tools in wild Sumatran orangutans – implications or human evolution". Naturwissenschaften. 83 (4): 186–188. doi:10.1007/BF01143062. PMID 8643126. 
  72. ^ Fox EA, Sitompul AF, van Schaik CP. (1999). "Intelligent tool use in wild Sumatran orangutans". In: Parker S, Mitchell RW and Miles HL (eds.) The Mentality of Gorillas and Orangutans. Cambridge, UK : Cambridge University Press. pp. 99–116, ISBN 978-0-521-03193-6.
  73. ^ O'Malley, RC; McGrew, WC. (2000). "Oral tool use by captive orangutans (Pongo pygmaeus)". Folia Primatol. 71 (5): 334–341. doi:10.1159/000021756. PMID 11093037. 
  74. ^ a b van Schaik, Carel P.; Knott, Cheryl D. (2001). "Geographic variation in tool use onNeesia fruits in orangutans". American Journal of Physical Anthropology. 114 (4): 331–342. doi:10.1002/ajpa.1045. PMID 11275962. 
  75. ^ van Schaik, CP; Van Noordwijk, MA; Wich, SA. (2006). "Innovation in wild Bornean orangutans (Pongo pygmaeus wurmbii)". Behaviour. 143 (7): 839–876. doi:10.1163/156853906778017944. 
  76. ^ Russon, AE; Handayani, DP; Kuncoro, P; Ferisa, A. (2007). "Orangutan leaf-carrying for nest-building: toward unraveling cultural processes". Animal Cognition. 10 (2): 189–202. doi:10.1007/s10071-006-0058-z. PMID 17160669. 
  77. ^ a b Hardus, ME; Lameira, AR; van Schaik, CP; Wich, SA. (2009). "Tool use in wild orang-utans modifies sound production: a functionally deceptive innovation?". Proceedings of the Royal Society B. 276 (1673): 3689–3694. doi:10.1098/rspb.2009.1027. PMC 2817314 . PMID 19656794. 
  78. ^ a b van Schaik, CP; Ancrenaz, M; Borgen, G; Galdikas, B; Knott, CD; Singleton, I; Suzuki, A; Utami, SS; Merrill, M.; dll. (2003). "Orangutan cultures and the evolution of material culture". Science. 299 (5603): 102–105. doi:10.1126/science.1078004. PMID 12511649. 
  79. ^ Shapiro, G. L. (1975). Teaching linguistics concepts to a juvenile orangutan. California State University. Unpublished Masters Thesis.
  80. ^ a b Shapiro, G. L. (1982). "Sign acquisition in a home-reared/free-ranging orangutan: Comparisons with other signing apes". American Journal of Primatology. 3 (1–4): 121–29. doi:10.1002/ajp.1350030111. 
  81. ^ Shapiro, G. L. (1985). Factors influencing the variance in sign learning performance by four juvenile orangutans (PDF) (Tesis). University of Oklahoma. 
  82. ^ a b c d e f Payne, J; Prundente, C (2008). Orangutans: Behavior, Ecology and Conservation. New Holland Publishers. ISBN 0-262-16253-9. 
  83. ^ de Waal, Frans (January 1995). "The Loneliest of Apes". The New York Times. Dicapai 26 February 2012. 
  84. ^ a b c d Galdikas-Brindamour, Birutė (October 1975). "Orangutans, Indonesia's "People of the Forest"". National Geographic Magazine. 148 (4). m/s. 444–473. 
  85. ^ MacClancy, J.; Fuentes, A. (2010). Centralizing Fieldwork: Critical Perspectives from Primatology, Biological, and Social Anthropology. Berghahn Books. m/s. 6–7. ISBN 978-1-84545-690-0. 
  86. ^ "Bornean Orangutan – Pongo pygmaeus pygmaeus". WWF. Dicapai 13 March 2014. 
  87. ^ a b van Schaik, Carel (2004). Among Orangutans: Red Apes and the Rise of Human Culture. Harvard University Press. m/s. 88. 
  88. ^ Wrangham, Richard W; Peterson, Dale (1996). Demonic males : apes and the origins of human violence. Boston: Houghton Mifflin. m/s. 137. ISBN 978-0-395-69001-7. 
  89. ^ a b c "Pony's New Life – BOS Foundation". 
  90. ^ a b "The Horrifying Story Of A Sex Slave Orangutan". 
  91. ^ "Orang-utan rescue in the heart of Borneo". Worldwide Wildlife Fund. 2005. 
  92. ^ Emiliano Giménez (December 23, 2014). "Argentine orangutan granted unprecedented legal rights". 
  93. ^ Riskanalys av glas, järn, betong och gips 29 March 2011. s.19–20 (Suec)
  94. ^ a b c d e f g h Templat:IUCN2010.4
  95. ^ a b c d e f g h i Ancrenaz, M.; Gumal, M.; Marshall, A.J.; Meijaard, E.; Wich , S.A. & Husson, S. (2016). "Pongo pygmaeus". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2016: e.T17975A17966347. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T17975A17966347.en. Dicapai 24 December 2017. 
  96. ^ a b Brenna, Lorenzo. "Lifegate". 
  97. ^ Cheyne, S. M.; Thompson, C. J.; Phillips, A. C.; Hill, R. M.; Limin, S. H. (2007). "Density and population estimate of gibbons (Hylobates albibarbis) in the Sabangau catchment, Central Kalimantan, Indonesia". Primates. 49 (1): 50–56. doi:10.1007/s10329-007-0063-0. PMID 17899314. 
  98. ^ "Fires threaten Sumatran orangutans". Al Jazeera. Dicapai 30 March 2012. 
  99. ^ "Orangutan Action Plan 2007–2017" (PDF) (dalam bahasa Indonesian). Government of Indonesia. 2007. m/s. 5. Dicapai 1 May 2010. 
  100. ^ http://www.bbc.com/news/science-environment-41848816
  101. ^ "Stop orangutan skull trade". antaranews.com. 7 September 2011. Dicapai 16 January 2012. 
  102. ^ Patricia L. Miller-Schroeder (2004). Orangutans. The Untamed World. m/s. 64. ISBN 1-55388-049-8. Dicapai 7 July 2009. 
  103. ^ "National Geographic". 
  104. ^ Reese, April (2 November 2017). "Newly discovered orangutan species is also the most endangered". Nature News. Dicapai 3 November 2017. 
  105. ^ "About BOS Foundation". Samboja lodge. Dicapai 25 March 2012. 
  106. ^ "10 Years: Nyaru Menteng 1999–2009" (PDF). Orangutan Protection Foundation. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-02-15. 
  107. ^ "Ny projektledare på Nyaru Menteng". savetheorangutan.se. 26 January 2012. 
  108. ^ "Sepilok Orang Utan Sanctuary". Tourism Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 2011-04-05. Dicapai 30 December 2011. 
  109. ^ Martinelli, D. (2010). A Critical Companion to Zoosemiotics: People, Paths, Ideas. Springer. m/s. 218–219. ISBN 978-90-481-9248-9. 
  110. ^ "Tax Deductible Organisations (Register of Environmental Organisations)". Australian Department of the Environment and Water Resources. Diarkibkan daripada asal pada 2007-02-10. Dicapai 16 January 2014. 
  111. ^ Butler, R.A. (20 August 2009). "Rehabilitation not enough to solve orangutan crisis in Indonesia". mongabay.com. 
  112. ^ Marusiak, J. (28 June 2011). "New deal for orangutans in Kalimantan". Eco-Business.com. 

Pautan luarSunting