Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah (Jawi: حكاية عبدالله )[nota 1] merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849.[1] Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisar tentang realisme.[2]
Karya ini diklasifikasikan sebagai autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19.[3] Ia menceritakan sekilas zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura, dan acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.[1]
Nota
sunting- ^ Juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir (1849), Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1880)
Rujukan
sunting- ^ a b L. F. Brakel (Author), M. Balfas (Author), M. Taib Bin Osman (Author), J. Gonda (Author), B. Rangkuti (Author), B. Lumbera (Author), H. Kahler (Author) (1997). Literaturen (Asian Studies). Brill Academic Publishers. m/s. 143 & 144. ISBN 978-9004043312.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. m/s. 116. ISBN 1-57607-770-5.
- ^ Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (1984). A History of Malaysia. Lonndon: Palgrave Macmillan. m/s. 313. ISBN 0-333-27672-8, 0-333-27672-8 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan).
Pautan luar
sunting- Hikayat Munsyi Abdullah Diarkibkan 2009-08-28 di Wayback Machine
- Salinan edisi pertama "Hikayat Abdullah" di BookSG, Lembaga Perpustakaan Negara Singapura
- (Inggeris)MCP Hikayat Abdullah bibliography
- (Inggeris) Terjemahan Hikayat Abdullah dalam bahasa Inggeris. Diarkibkan 2008-05-22 di Wayback Machine
Senarai Kesusasteraan Melayu |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |