Abdullah Abdul Kadir Munshi

Penulis, penterjemah dan guru

Abdullah bin Abdul al Kadir (1796-1854) (Arab/Jawi: عبد الله بن عبد القادر 'Abd Allāh bin 'Abd al-Qādir) juga dikenali sebagai Munshi Abdullah, merupakan seorang penulis Tanah Melayu yang berketurunan campuran. Beliau merupakan seorang munshi terkenal di Singapura yang lahir di Melaka dan telah meninggal dunia di Jeddah, sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah.

Abdullah Abdul Kadir
عبد الله عبد بن القادر
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
Info kelahiranAbdullah bin Abdul Kadir
1796
Melaka, Melaka Belanda
Kematian1854 (berumur 57–58)
Jeddah, Empayar Uthmaniyah
PekerjaanPenulis, penterjemah dan guru
TempohAbad ke-19
GenreBukan cereka
SubjekSejarah Tanah Melayu

Munshi Abdullah terkenal sebagai seorang penulis Melayu yang terpelajar,[1] salah seorang pelopor huruf bahasa Melayu terhebat[2] dan juga dikenali sebagai Bapa Sastera Bahasa Melayu Moden.[3]

Istilah Munshi membawa maksud “guru” ataupun “pendidik”. Cicit kepada pedagang Arab Hadrami,[4] Munshi Abdullah juga berketurunan Tamil dan sedikit berketurunan Melayu.[5]  Oleh kerana latar belakang etnik dan agama beliau, Munshi Abdullah digelar Jawi Peranakan ataupun Jawi Pekan oleh orang Melayu.

Munshi Abdullah telah mengikuti jejak kerjaya bapanya sebagai penterjemah dan guru kepada pegawai-pegawai kolonial di Kepulauan Melayu, yang majoritinya orang British dan Belanda.

J.T. Thomson, seseorang yang telah hidup sezaman dengan Abdullah telah menggambarkan beliau: “Menurut fisiognomi, beliau adalah seorang orang Tamil daripada selatan Hindustan: badannya sedikit membongkok, kurus, bertenaga, berkulit perang, mukanya bujur, hidung tinggi dan sebelah mata menjuling ke luar sedikit. Beliau menggayakan pakaian biasa yang dipakai orang Tamil Melaka. Seluar Acheh, sarong bercorak kotak, baju cetak, kopiah empat segi dan sandal. Beliau mempunyai semangat dan kebanggaan orang Arab, ketabahan dan kehalusan orang Hindu – namun, beliau hanya orang Melayu dari segi bahasa dan simpatinya terhadap negara.[6]

KehidupanSunting

Munshi Abdullah lahir pada Ogos 1796 di Kampung Pali (kini dikenali sebagai Kampung Ketek) di Bandaraya Melaka kepada ibu bapa berketurunan Tamil dan Yaman. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik lelaki. Kesemua abang beliau telah meninggal dunia sewaktu bayi.[7] Munshi Abdullah sering sakit dan dijaga dengan baik oleh ibunya. Bagi menuruti adat resam orang Melayu pada zaman itu, beliau telah dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana dikatakan kanak-kanak yang  mempunyai imuniti yang lemah terhadap penyakit perlu dijaga oleh orang yang selain ibu bapanya. Munshi Abdullah mengkritik amalan adat resam tersebut, seperti yang tercatat dalam Hikayat Abdullah.[8] Beliau telah menjadi seorang guru ataupun munshi, bermula dengan mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar India dalam garison Melaka. Kemudian, beliau mengajar bahasa Melayu kepada para mubaligh dan ahli perniagaan British dan Amerika Syarikat. Munshi Abdullah juga menjadi petugas di Negeri-Negeri Selat. Beliau menjadi jurutulis dan penyalin bagi Sir Stamford Raffles, kemudian menjadi penterjemah kitab Injil dan teks lain untuk London Missionary Society pada tahun 1815.  Beliau juga telah bekerja dengan American Board of Missions.[9]

Abdullah berlayar ke Mekah dari Singapura pada tahun 1854 dengan niat untuk menyempurnakan ibadah Haji beliau. Setibanya beliau di Mekah, beliau meninggal dunia akibat penyakit taun sebelum sempat menyempurnakan ibadah beliau, lebih kurang antara tarikh 8 Mei dan 18 Mei 1854.[10] Beliau berusia 59 tahun ketika beliau meninggal dunia. Salah satu karya Munshi Abdullah yang kurang dikenali, Kisah pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Mekah, mencatatkan pengalaman beliau sewaktu dalam perjalanan ke Mekah. Terdapat beberapa kontroversi mengenai waktu dan lokasi sebenar beliau meninggal dunia, sesetengah sejarawan berpendapat bahawa Munshi Abdullah telah meninggal dunia sebelum sempat sampai ke Mekah, di Jeddah pada bulan Oktober 1854 ketika berusia 58 tahun.[11][12]

KaryaSunting

Kerjaya Munshi Abdullah di dalam bidang penulisan bermula apabila seorang mubaligh bernama Alfred North,[13] menggalakkan beliau untuk menulis sebuah autobiografi, selepas membaca kisah pelayaran Abdullah di sepanjang pantai timur Tanah Melayu.[9]  Antara karya-karya penting milik beliau adalah Hikayat Abdullah (autobiografi), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (kisah perjalanan beliau ke Kelantan untuk kerajaan) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah (sebuah naratif ziarah beliau ke Mekah 1854). Karya beliau telah menjadi inspirasi kepada generasi penulis pada masa hadapan dan menjadi titik permulaan peringkat awal peralihan daripada  kusasteraan Melayu klasik kepada Melayu moden.[2]

Hikayat Abdullah merupakan karya sastera utama Munshi Abdullah. Ia telah siap pada tahun 1843[9]  dan seterusnya diterbitkan pada tahun 1849,[14]  menjadikan karya tersebut salah satu teks sastera Melayu pertama yang diterbitkan secara komersial. Kepengarangan Abdullah terserlah di dalam teks ini dan kandungannya disampaikan dalam bahasa Melayu kontemporari yang ringkas. Tidak seperti karya-karya sastera Melayu klasik biasa yang mengandungi cerita-cerita fantasi dan legenda, karya milik Abdullah adalah realistik.[15]  Buku tersebut kekal sebagai sebuah rujukan yang boleh dipercayai dan mempunyai maklumat yang tepat mengenai sejarah awal Melayu sehingga ke hari ini.

Abdullah dikenali sebagai pengkritik setia sistem politik Melayu iaitu kerajaan. Karya beliau, Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan mengandungi nasihat beliau kepada pemerintah-pemerintah Melayu dan perbandingan antara sistem pemerintahan British dan sistem pemerintahan oleh pemerintah Melayu.[16]

Abdullah berhujah bahawa sistem kerajaan ini merugikan orang-orang Melayu, kerana ia telah mengekang peningkatan sosial orang Melayu. Sultan Melayu telah disifatkan sebagai seseorang yang mementingkan diri sendiri, tidak mengambil berat terhadap rakyatnya sendiri, sehinggakan mereka telah dilayan seperti binatang, bukannya manusia.

Idea mengenai kemodenan dan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam masyarakat Melayu datang daripada idea dan kritikan pedas beliau terhadap sistem pemerintahan Melayu kuno iaitu kerajaan. Di bawah sistem kerajaan, orang Melayu kekurangan pendidikan dan menyebabkan mereka mudah ditindas. Tanpa pendidikan, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mempersoalkan ketidakadilan yang dilakukan keatas mereka dan tidak mampu mengambil inisiatif untuk melaksanakan perubahan bagi memperbaiki kehidupan mereka.

Walaupun kecaman beliau mungkin telah ditokok-tambah, dakwaan Munshi Abdullah bukan dibuat secara tidak berasas. Beliau dianggap sebagai wartawan Tanah Melayu pertama oleh ramai pihak, menggantikan sastera Melayu yang dipenuhi dengan cerita-cerita rakyat dan legenda dengan huraian sejarah yang tepat.

Senja hidupSunting

Abdullah bertolak dari Singapura dalam suatu pelayaran ke Mekah pada tahun 1854 untuk mengerjakan ibadah haji di sana.[17] Dalam pelayaran inilah beliau menulis catatan pengalamannya sepanjang perjalanan dengan judul Kisah pelayaran sampai ke Mekah. Beliau meninggal dunia akibat kolera tidak lama selepas memulakan ibadat hajinya antara 8 dan 18 Mei 1854 pada usia 59 tahun.

Ada juga sejarawan yang berhujah beliau sendiri diamati tidak sempat tiba di Mekah bahkan meninggal di Jeddah bulan Oktober 1854.[18][19]

PenulisanSunting

 
Hikayat Abdullah dalam tulisan jawi

Nahu bahasa MelayuSunting

Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan, malahan beliau juga menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa tersebut.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Hikayat-hikayat dikarangSunting

Dalam riwayat penceritaan diri beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional.

Banyak antara karya beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.[20] Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan paling utama antara karya pengulasan ini dengan adanya tulisan memberi nasihat terbuka kepada para raja Melayu. Dalam hikayat ini, beliau membuat perbandingan diperhati antara sistem raja Melayu dengan sistem jajahan British;[21] beliau turut menulis hujahan bahawa sistem kerajaan terbawa mengekang pembangunan masyarakat yang utama dalam kalangan orang Melayu kerana sifat Sultan yang diperhatikan berperwatakan mementingkan diri daripada rakyat kebanyakan atau jelata yang dilayan sejauh bagaikan haiwan. Maka, Abdullah berpendapat ketindasan yang dilakukan ke atas rakyat ini tidak dapat dibendung melainkan dengan pendidikan sebaiknya diberikan kepada masyarakat Melayu

PeninggalanSunting

Sebuah patung arca beliau telah didirikan bersama dengan beberapa tokoh tempatan Singapura di Raffles’ Landing berhampiran Sungai Singapura bagi memperingati dua abad penubuhan Singapura moden pada tahun 2019.[22][23]

Tempat-tempat  yang dinamakan sempena nama beliau

Senarai karyaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ford, R. Clyde (July 1899), "Malay Literature", Popular Science Monthly, 55: 379–381
  2. ^ a b James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. p. 71. ISBN 978-0-86840-598-8
  3. ^ World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. p. 1218.
  4. ^ Emily Hahn (2007). Raffles of Singapore – A Biography. READ BOOKS. p. 124. ISBN 978-1-4067-4810-9
  5. ^ Ainslie Thomas Embree (1988). Encyclopedia of Asian History. Macmillan Publishers. pp. 6. ISBN 978-0-684-18619-1
  6. ^ bin Abdul Kadir, Abdullah (1986). The Autobiography of Abdullah bin Abdul Kadir (1797-1854). Translated by Hill, A.H. Singapore: Oxford University Press. p. 5. ISBN 978-0195826265
  7. ^ The Autobiography of Munshi Abdullah
  8. ^ Hikayat Abdullah
  9. ^ a b c Hoiberg, Dale H., ed. (2010). "Abdullah bin Abdul Kadir". Encyclopædia Britannica. Vol. I: A-ak Bayes (15th ed.). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. pp. 23. ISBN 978-1-59339-837-8
  10. ^ Ché-Ross, Raimy (2000). "Munshi Abdullah's Voyage to Mecca: a preliminary introduction and annotated translation". Indonesia and the Malay World. 28 (81): 182. doi:10.1080/713672763. S2CID 162579224
  11. ^ A. Wahab Ali (2004). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. p. 82. ISBN 978-983-2620-32-7
  12. ^ Khair Abdul Salam & Zulkifli Khair (2007). Cerita-cerita motivasi untuk ibadah haji dan umrah. Pts publications. p. 86. ISBN 978-983-3372-46-1
  13. ^ "Alfred North | American missionary". Encyclopedia Britannica. Retrieved 7 October 2019
  14. ^ L. F. Brakel; M. Balfas; M. Taib Bin Osman; J. Gonda; B. Rangkuti; B. Lumbera; H. Kahler (1997). Literaturen (Asian Studies). Brill Academic Publishers. p. 143 & 144. ISBN 978-90-04-04331-2
  15. ^ Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. p. 116. ISBN 978-1-57607-770-2
  16. ^ Siti 68-517-5 (2010). Malay Literature of the 19th Century. Institut Terjemahan Negara Malaysia. p. 116
  17. ^ Ché-Ross, Raimy (2000). "Munshi Abdullah's Voyage to Mecca: a preliminary introduction and annotated translation". Indonesia and the Malay World. 28 (81): 182.
  18. ^ A. Wahab Ali (2004). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. m/s. 82. ISBN 978-983-2620-32-7.
  19. ^ Khair Abdul Salam; Zulkifli Khair (2007). Cerita-cerita motivasi untuk ibadah haji dan umrah. Pts publications. m/s. 86. ISBN 978-983-3372-46-1. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  20. ^ Exhibitions.nlb.gov.sg (n.d.). AKSARA-The Passage of Malay Scripts. [dalam talian] Dipetik daripada: http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/4/gallery-4-p1.html Diarkibkan 2009-01-23 di Wayback Machine [Dicapai pada: 15 Jun 2013].
  21. ^ Siti 68-517-5 (2010). Malay Literature of the 19th Century. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 116.
  22. ^ "Sang Nila Utama, pioneers join Stamford Raffles along Singapore River". Channel NewsAsia. 6 January 2019. Archived from the original on 4 January 2019
  23. ^ "4 arca baru hiasi tepian Sungai S'pura bagi memperingati tokoh-tokoh pembangunan negara" (in Malay). Berita Mediacorp. 1 April 2019. Retrieved 11 August 2020
  24. ^ "Menelisik Karya Munshi Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-09. Dicapai pada 2011-10-24.