Laluan Persekutuan Malaysia 5

Laluan Persekutuan 5 atau Jalan Persekutuan 5 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan yang menyelusuri sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.[3] Jalan persekutuan sepanjang 655.85 kilometer (408 bt) bermula dari Jelapang, Perak di sebelah utara sehingga ke Skudai, Johor di selatan.[4]

Laluan Persekutuan 5
Maklumat laluan
Panjang655.8 km (407.5 mi)
Wujud1887[1]–kini
SejarahSiap pada 1988[2]
Simpang utama
Hujung utaraJelapang, Perak
Persimpangan utamaJALAN
Tabliczka AH2.svg AH2 Laluan Persekutuan 1
Jalan Kukup
Laluan Persekutuan 96
Laluan Persekutuan 50
Jalan Parit Yusuf
Laluan Persekutuan 24
Laluan Perskutuan 23
Lebuh AMJ
Jalan Merlimau-Jasin
Laluan Persekutuan 19
Laluan Persekutuan 141
Laluan Persekutuan 140
Laluan Persekutuan 139
Laluan Persekutuan 138
Lebuhraya Teluk Kemang
Laluan Persekutuan 53
Laluan Persekutuan 2
Jalan Meru
Laluan Persekutuan 54
Laluan Persekutuan 69
Laluan Persekutuan 58
Jalan Iskandar Shah
Pintasan Lumut
Laluan Persekutuan 60
LEBUH RAYA
E29 Lebuhraya Seremban–Port Dickson
E6 Tabliczka AH2.svg AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
E30 Tabliczka AH141.svg AH141 Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru
E32 Lebuhraya Pantai Barat
Hujung selatanSkudai, Johor
Lokasi
Destinasi
utama
Lumut
Teluk Intan
Sabak Bernam
Kuala Selangor
Klang
Port Dickson
Melaka
Muar
Batu Pahat
Pontian Kechil
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Latar belakang laluan sunting

Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kuala Selangor) (kiri) dan Jambatan Sultan Ismail (Muar)(kanan), dua jambatan utama di sepanjang Jalan Persekutuan 5

Jalan Persekutuan 5 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan lain ialah Jalan Persekutuan 1 dan 3.[3] Lebuh raya FT5 juga adalah yang terpendek di antara ketiga-tiga lebuh raya tulang belakang tersebut. Secara amnya, seebahagian besar jajaran Jalan Persekutuan 5 melalui sepanjang kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.[5]

Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 5 terletak di Skudai, Johor, di persimpangannya dengan Jalan Persekutuan 1, jalan raya utama di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Ia bermula sebagai sebuah lebuh raya timur-barat dari Skudai ke Pontian Kechil. Bermula dari Pontian Kechil, ia menjadi jalan raya pantai barat utama di Semenanjung Malaysia.[5] Di Batu Pahat, jalan FT5 membentuk sebahagian Jalan Batu Pahat-Kluang dari Bulatan Banang sehingga ke Persimpangan Gunung Soga, tetapi ditanda sebagai FT5; Jalan Batu Pahat-Kluang hanya menggunakan kod laluan FT50 bermula daripada Persimpangan Gunung Soga sehingga ke Kluang dan Mersing. Di Persimpangan Gunung Soga, jalan FT5 dilencongkan ke Jalan Peserai FT5 yang membentuk Jalan Muar-Batu Pahat FT5 ke Parit Jawa.[6] Di Parit Jawa, laluan FT5 dilencongkan ke Jalan Abdul Rahman FT5 ke Muar, di mana ia melalui tiga bulatan (Bulatan Khalidi, Bulatan Sulaiman dan Bulatan Bentayan) sebelum laluan FT5 dilencongkan sekali lagi ke Jalan Bakri FT5 di Bulatan Bentayan, yang berterusan sebagai Jambatan Sultan Ismail FT5 dan Jalan Kesang FT5.[7]

Di Persimpangan Parit Bunga, laluan FT5 sekali lagi dilencongkan ke kiri sebagai Lebuh AMJ FT5. Di Persimpangan Kesang, laluan FT5 dilencongken ke Jalan Melaka-Muar FT5 dua lorong, sementara kod laluan Lebuh AMJ bertukar kepada FT19. Jalan Muar-Melaka FT5 berakhir di Persimpangan Duyong di mana ia bertindan dengan Lebuh AMJ FT19 hingga ke Persimpangan Semabok, di mana laluan FT5 dilencongkan ke Jalan Semabok FT5.[8] Di Bandaraya Melaka, Jalan Persekutuan 5 melalui kota sesat yang terdiri daripada jalan-jalan lama sebelum ia berterusan sebagai Jalan Tengkera FT5 yang merupakan sebahagian Jalan Melaka-Port Dickson FT5.[9] Jalan Melaka-Port Dickson FT5 berakhir di Lukut, di mana jalan FT5 dihalakan ke Jalan Sepang FT5, sementara jalan itu sendiri berterusan sebagai Jalan Seremban-Port Dickson FT53.[5]

Di Sepang, Jalan Persekutuan 5 dihalakan ke Jalan Morib FT5. Di Morib, laluan tersebut dilencongkan sebanyak dua kali ke Jalan Kelanang FT5 dan seterusnya Jalan Sultan Alam Shah FT5 ke Banting. Di Banting, jalan FT5 dihalakan ke Jalan Langat FT5 ke Klang.[5] Di Klang, ia bertindan dengan Jalan Persekutuan 2 di Jalan Jambatan Kota FT2/FT5 dari Persimpangan Bulatan Simpang Lima sehingga ke Persimpangan Bulatan Simpang Tujuh, di mana Jalan Persekutuan 5 dilencongkan ke Jalan Kapar FT5 yang membentuk sebahagian Jalan Klang-Teluk Intan FT5, sementara Jalan Jambatan Kota berterusan sebagai Lebuhraya Persekutuan Laluan 2.[10]

Di Batu 5, Jalan Klang-Teluk Intan FT5 dekat Batak Rabit, Jalan Persekutuan 5 dihalakan ke Jambatan Sultan Yusuf FT5 ke Sitiawan, sementara Jalan Klang-Teluk Intan bertukar kod laluannya kepada FT58. Bermula dari Sitiawan, Perak sehingga ke penamat sebelah utara di Ipoh, Jalan Persekutuan 5 tidak lagi menjadi jalan raya pantai barat; peranannya diambil alih oleh Jalan Persekutuan 60 dan Jalan Persekutuan 1. Dari Sitiawan, Jalan Persekutuan 5 dilencongkan buat kali terakhir ke Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5 ke penamat sebelah utara di Jelapang dekat Ipoh, di mana jalan tersebut dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan Jalan Kuala Kangsar FT1 melalui Jalan Jelapang A1.[5]

Sejarah sunting

Jalan Persekutuan 5 bermula sebagai sebatang jalan raya pendek dari Bandaraya Melaka ke Merlimau, dibina pada tahun 1887.[1] Lebih kurang sedekad kemudian, sebatang lagi jalan dari Ipoh ke Lumut dibina, menampilkan Jambatan Bota yang menyeberangi Sungai Perak.[6][11] Pada tahun 1911, kerajaan negeri Johor bekerjasama dengan kerajaan penjajah British untuk membangunkan satu rangkaian jalan raya dari Johor Bahru ke Batu Pahat dan Muar.[12] Hasilnya, Jalan Batu Pahat-Kluang-Mersing siap pada tahun 1919,[13] di mana jajaran dari Bulatan Banang ke Persimpangan Gunung Soga membentuk sebahagian jajaran Jalan Persekutuan 5.[6]

Jajaran seterusnya yang disiapkan ialah Jalan Muar-Batu Pahat FT5, siap pada tahun 1929. Pada masa yang sama, Jalan Melaka-Merlimau turut disambung sehingga ke Muar. Juga siap pada masa yang sama ialah Jalan Melaka-Port Dickson FT5, yang merupakan sambungan kepada Jalan Seremban-Port Dickson yang siap lebih awal pada tahun 1910.[14] Pada tahun 1939, jajaran jalan raya pantai di Selangor dari Klang ke Sepang dan dari Klang ke Teluk Anson juga dibuka kepada pengguna jalan raya. Jalan Skudai-Pontian FT5 dan Jalan Batu Pahat-Pontian FT5 juga siap pada tahun yang sama.[6][15]

Pada tahun 1967, jambatan lama Bota FT5 roboh akibat banjir besar, mengakibatkan laluan perhubungan antara Ipoh dengan Lumut terputus sepenuhnya. Hasilnya, sebuah jambatan pengganti yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Idris Shah II FT5 dibina dengan jumlah kos RM3.1 juta.[16] Jambatan Sultan Idris Shah II FT5 baharu siap pada tahun 1973 dan dibuka kepada lalu lintas pada Februari 1973.[17]

Juga pada tahun 1967, dua buah jambatan di Muar dan Batu Pahat dibuka kepada lalu lintas sebagai jambatan tol. Dibiayai oleh pinjaman sejumlah RM9 juta daripada Chase Manhattan Bank, kerajaan persekutuan memulakan pembinaan kedua-dua jambatan pada tahun 1965 dan siap pada awal 1967. Jambatan di Muar dinamakan sebagai Jambatan Sultan Ismail.[18] Dua plaza tol didirikan di Tanjung Agas dan Peserai.[6] Namun, berikutan beberapa siri tunjuk perasaan oleh pengguna jalan raya, kadar tol diturunkan pada tahun 1971, sebelum kutipan tol dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 1975.[18]

Pada tahun 1970, Jambatan Kuala Selangor FT5 dicadangkan pembinaannya.[19] Namun, projek tersebut mencetuskan kontroversi berikutan kegagalan kontraktor asal untuk menyiapkannya.[20] Akibatnya, satu tender baharu dibuka pada tahun 1976 untuk mendapatkan kontraktor baharu untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Kuala Selangor yang terbengkalai. Sementara itu, kerja-kerja pembinaan Jambatan Sabak Bernam dimulakan pada tahun 1977.[21] Jambatan Kuala Selangor Bridge FT5, bersama-sama Jambatan Sabak Bernam FT5, siap pada tahun 1980. Jambatan di Kuala Selangor dinamakan sebagai Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[20]

Jajaran terakhir yang disiapkan ialah jajaran Teluk Intan-Sitiawan. Dinamakan sebagai Projek Jalan Raya Pantai Barat Sungai Perak-Lumut, jajaran terakhir Jalan Persekutuan 5 ini dibina sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kelima.[22] Projek tersebut termasuklah Jambatan Sultan Yusuf FT5 sepanjang 1.3 km, yang merupakan jambatan terpanjang di sepanjang Jalan Persekutuan 5. Sebelum jambatan tersebut dibina, penduduk kampung di seberang Sungai Perak seperti Telok Selandang dan Kampung Lekir terpaksa menggunakan khidmat feri sungai yang dikendalikan oleh ladang kelapa sawit berhampiran.[23] Pembinaan Jambatan Sultan Yusuf bermula pada April 1986 dengan kos sejumlah RM27 bagi keseluruhan projek jalan raya tersebut.[22] Jambatan tersebut siap pada tahun 1988 dan dibuka kepada lalu lintas pada 17 November 1988, sekaligus melengkapkan keseluruhan jajaran lebuh raya FT5.[2]

Jalan Persekutuan 5 kekal digunakan sebagai laluan utama pengembara serta sebagai laluan ke tempat kerja di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan tidak terjejas langsung oleh kewujudan Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2, memandangkan jalan FT5 terletak jauh daripada lebuh raya ekspres E1 dan E2, di samping kenyataan bahawa jalan FT5 melalui kawasan berpenduduk ramai di Semenanjung Malaysia. Hasilnya, banyak jajaran jalan FT5 dinaik taraf sama ada sebagai lebuh raya kembar atau lebuh raya super four.[6] Misalnya, Jalan Klang-Teluk Intan dinaik taraf sebagai lebuh raya super four, manakala Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5, Jalan Langat FT5 dan Lebuhraya Pontian FT5 kesemuanya dinaiktaraf kepada lebuh raya kembar, untuk membolehkannya mengendalikan kadar aliran trafik yang semakin meningkat.

Pada 25 Mei 2015, Lebuhraya Pantai Barat E32 yang sudah lama dinanti-nantikan dimulakan pembinaannya setelah tertangguh banyak kali.[24] Lebuh raya capaian terkawal sepanjang 233 km dari Changkat Jering ke Banting ini dibina sebagai laluan pantai alternatif bagi Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2 yang menjadi sesak semasa musim cuti dan perayaan. Namun, pembinaan lebuh raya tersebut mencetuskan satu lagi kontroversi, kerana jajaran Tanjung Karang-Hutan Melintang dan Teluk Intan-Lekir akan menggunakan jajaran Jalan Persekutuan 5 sedia ada, sekaligus mencabuli piawaian lebuh raya ekspres capaian terkawal yang ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), maka lebuh raya yang siap nanti akan membahayakan nyawa penduduk kampung tempatan serta pengguna lebuh raya.[25] Hasilnya, Kementerian Kerja Raya Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menilai semula jajaran lebuh raya tersebut, terutamanya di sepanjang jajaran Tanjung Karang-Hutan Melintang.[26]

Senarai persimpangan sunting

Km Keluar Persimpangan Ke Catatan
Sempadan Johor Darul Takzim
Sempadan Daerah Johor Bahru
SKUDAI-PONTIAN KECHIL lihat juga LEBUHRAYA SKUDAI-PONTIAN
Sempadan Johor Bahru-Pontian
PONTIAN KECHIL SELATAN
  Kukup
  Kukup Golf Resort
Pulau Kukup
 J111 Tanjung Piai
Pertukaran
Jambatan Sungai Pontian Kechil
PONTIAN KECHIL BARAT
Kawasan Pontian dan Pejabat Tanah
TIMUR
 J112 Jalan Wan Hussein
Simpang empat
Masjid Daerah Pontian
Jambatan Sungai Pontian Besar
Jalan Parit Sikom TIMUR LAUT
 J115 Kampung Kayu Ara Pasong
Persimpangan T
Kampung Api-Api
Kampung Pulai Sebatang
Kampung Jawa
Sungai Ayer Baloi
AYER BALOI TIMUR LAUT
 J118 FELDA Bukit Batu
 J118 Ayer Bemban
>      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Kampung Parit Panjang
Jelutong
Kampung Parit Haji Ahmad
Jambatan Sungai Sanglang
Sanglang
Kampung Parit Tengah
Kampung Parit Marjunit
Jambatan Sungai Pinggan
BENUT SELATAN
Bandar Benut
Jeti ke Pulau Pisang
UTARA
  Simpang Renggam
>      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Simpang empat
Jambatan Sungai Benut
Sempadan Pontian-Batu Pahat

Pekan Tampok UTARA
 J117 Parit Botak
SELATAN
 J164 Tampok Laut
Simpang empat
Kampung Sungai Merlong
Kampung Tengah
Kampung Sungai Bagan
Kampung Sungai Kluang
Rengit UTARA
 J120 Jalan Jaya Diri
FELDA Ulu Rengit
Persimpangan T
Jambatan Sungai Rengit
Kampung Ceruk @ Parit Botak TIMUR LAUT
 J9 Jalan Parit Hamid-Parit Botak
Parit Botak
Parit Hamid
Parit Raja
Ayer Hitam
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Jalan Parit Kemang TIMUR
 J122 Jalan Parit Kemang
Parit Botak
Persimpangan T
Taman Senggarang
Senggarang UTARA
 J127 Jalan Bukit Batu
Persimpangan T
Koris
Jalan Bukit Kelicap BARAT LAUT
 J207 Jalan Bukit Kelicap
Persimpangan T
Taman Kelicap
Jalan Bukit Kelicap TENGGARA
 J207 Jalan Bukit Kelicap
Persimpangan T
Kampung Asrakal
Jalan Sungai Suloh BARAT
 J124 Jalan Sungai Suloh
Kampung Minyak Beku
Persimpangan T
Banang Golf and Country Resort
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
Bulatan Banang
BARAT DAYA
 J17 Jalan Minyak Beku
Kampung Minyak Beku

BARAT
Pejabat Daerah dan Tanah Batu Pahat
Bulatan
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
Gunung Soga
TIMUR
  Ayer Hitam
  Kluang
    AH18 Mersing
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
The Summit Batu Pahat
UTARA
 J13 Jalan Tongkang Pechah
Tongkang Pechah
Parit Sulong
Yong Peng
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Simpang empat
Jambatan Sungai Batu Pahat
  Plaza Restoran dan Rehat Batu Pahat        
Nasi Briyani Mat Shah Batu Pahat
Bahagian utara
Jambatan Parit Keliling Sungai Batu Pahat
The Southern Hospital   Bahagian selatan
Peserai
Simpang Lima UTARA
 J19 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong
Parit Sulong
Yong Peng
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Jalan Sungai Nibong TIMUR
 J129 Jalan Sungai Nibong
Kampung Sungai Nibong
Persimpangan T
Semerah
باتو ڤاهت
Batu Pahat

Sempadan daerah Batu Pahat-Muar

موار
Muar

Semerah
  Kawasan Rekreasi Sungai Sarang Buaya  
Jambatan Sungai Sarang Buaya
Pekan Baru Parit Yusuf UTARA
  Jalan Parit Yusuf
Parit Sulong
Pagoh
Yong Peng
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Sungai Balang
Sungai Sudah
Sungai Gerisek UTARA
 J-- Jalan Sungai Gerisek
Kampung Sungai Gerisek
Air Panas Gerisek

Selatan
 J-- Jalan Tanjung Tohor
Tanjung Tohor
Simpang empat
Kampung Seri Menanti
Parit Bulat
Parit Pechah
Parit Jamil TIMUR
 J-- Jalan Parit Jamil
Kampung Parit Jamil
Persimpangan T
Parit Jawa UTARA
 J131 Jalan Bukit Mor
Bukit Mor
Bakri

BARAT LAUT
 J31 Jalan Parit Jawa
Parit Bakar
Simpang empat
Parit Keliling Parit Jawa Kampung Parit Jawa Laut
  Medan Asam Pedas Parit Jawa
Persimpangan T penjuru
Parit Unas
Tokong Cina Parit Unas
Parit Ahmad BARAT DAYA
 J59 Jalan Joned
Parit Ahmad Laut
Persimpangan T
Parit Bakar TIMUR LAUT
 J132 Jalan Parit Bakar
Parit Bakar Darat
Persimpangan T
Parit Raja
Parit Sakai UTARA
  Pintasan Muar
Jambatan Kedua Muar
  Melaka
  Tangkak
  Segamat
 J32 Pagoh
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Pintu Gerbang Bandar Maharani

موار
بندر مهاراني، بندر دراج
Muar
Bandar Maharani, Bandar Diraja

Parit Haji Baki TIMUR LAUT
Jalan Sultan Ibrahim
 J31 Jalan Temenggong Ahmad
Stadium Sultan Ibrahim
Terminal Teksi dan Bas

BARAT DAYA
Jalan Parit Haji Baki
 J59 Jalan Joned
Simpang empat
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Khalidi
BARAT LAUT
Jalan Abdul Rahman
Tanjung Emas
Rumah Rehat
Memorial Tun Dr Ismail

BARAT DAYA
Jalan Khalidi
 J59 Jalan Joned
Bulatan
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Jubli Intan
TIMUR
Jalan Ibrahim
Tanjung Emas
Rumah Rehat
Memorial Tun Dr Ismail

BARAT LAUT
Jalan Sulaiman
Pusat Bandar
Bangunan Sultan Abu Bakar
Istana Tanjung
Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) daerah Muar



BARAT DAYA
 J31 Jalan Temenggong Ahmad
Parit Jawa
Parit Bakar
|| ||Bulatan

Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Bentayan
TIMUR
  Jalan Bakri
  Bakri
  Parit Sulong
  Yong Peng
Bulatan
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Jalan Abdullah
BARAT DAYA
Jalan Abdullah
Pusat Bandar
Tanjung Emas
Rumah Rehat
Bangunan Sultan Abu Bakar
Istana Tanjung
Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Simpang empat
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Jalan Maharani-Jalan Salleh
TIMUR
 J24 Jalan Salleh
Labis
Pagoh
Bukit Pasir
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Simpang empat
موار
بندر مهاراني، بندر دراج
Muar
Bandar Maharani, Bandar Diraja

Jambatan Sungai Muar
Jambatan Sultan Ismail
Mula/Tamat jambatan
موار
Muar

Jambatan Sungai Muar
Jambatan Sultan Ismail
Sempadan daerah Muar-Tangkak

تڠكق
Tangkak
Jambatan Sungai Muar
Jambatan Sultan Ismail
Mula/Tamat jambatan
Masjid Sultan Ismail, Muar (Masjid Kedua Muar)
Jambatan Parit Keliling Sungai Muar
تنجوڠ اڬس
Tanjung Agas
Kawasan Perindustrian Tanjung Agas Kawasan Perindustrian Tanjung Agas
Bandar Baru Tanjung Agas
Pasar Raya Besar Giant Muar
Arah Muar
Kilang ST Microelectronics
(sebelum ini dikenali sebagai STS Thompson)
Kilang ST Microelectronics
(sebelum ini dikenali sebagai STS Thompson)
Persimpangan T
  Kawasan Rehat dan Perkhidmatan Tanjung Agas       Arah Melaka
Tanjung Agas BARAT DAYA
Jalan Seri Tanjung Indah 1
Kampung Kenangan Tanjung Agas

TIMUR LAUT
Jalan Perindustrian
Kawasan Perindustrian Tanjung Agas
Simpang
KIP Mart
Tanah Perkuburan Islam Tanjung Agas
SMS Muar BARAT DAYA
Jalan Tiong Batu
Kampung Kenangan Tun Syed Nasir

TIMUR LAUT
Sekolah Menengah Sains Muar (SMS Muar)
Simpang empat
تنجوڠ اڬس
Tanjung Agas
Jambatan Parit Haji Osman
  Kawasan Rehat dan Perkhidmatan Tanjung Agas       Arah Muar
Jalan Kesang Laut BARAT
 J134 Jalan Kesang Laut
Kesang Laut
Persimpangan T
ڤاريت بوڠا
Parit Bunga
Parit Bunga
Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga
Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga
Parit Bunga-Kesang lihat juga   Lebuh AMJ
Kesang   Lebuh AMJ

BARAT LAUT
Malacca City
Alor Gajah
Jasin
Persimpangan T
  Kawasan Rekreasi Kesang
(sebelah Johor)
        V
تڠكق
Tangkak
Johor Darul Takzim
Sempadan daerah Ledang

Jambatan Sungai Kesang
Sempadan Johor-Melaka

Melaka
Sempadan daerah Jasin
  Kawasan Rekreasi Kesang
(sebelah Melaka)
        V
Sungai Rambai UTARA
 M14 Jalan Merlimau Darat
Parit Perawas
Persimpangan T
Parit Putat UTARA
 M19 Jalan Parit Putat
Parit Putat
Persimpangan T
Pelabuhan Perdagangan Barter Melaka Pelabuhan Perdagangan Barter Melaka Persimpangan T
Jalan Permatang Tulang SELATAN
 M117 Jalan Permatang Tulang
Permatang Tulang
Persimpangan T
Sebatu  M117 Jalan Permatang Tulang

UTARA
Pekan Pasir

SELATAN
Permatang Tulang
Simpang empat
Kampung Ayer Tawar UTARA
 M115 Jalan Merlimau Pasir
Merlimau Pasir
Batu Gajah
Persimpangan T
Jalan Pahlawan UTARA
 M113 Jalan Pahlawan
Merlimau Pasir
Persimpangan T
Jalan Serkam Pantai SELATAN
 M108 Jalan Serkam Pantai
Serkam Pantai
Solok Pantai
Penghulu Nattar's House
Persimpangan T
Merlimau UTARA
 M25 Jalan Merlimau-Jasin
Jasin
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Jambatan Sungai Merlimau
Taman Merlimau Jaya
Rumah Rehat Merlimau
Merlimau TIMUR
 M14 Jalan Merlimau Darat
Merlimau Darat
Persimpangan T
Kawasan Perindustrian Merlimau Persimpangan T
Sempang SELATAN
 M111 Jalan Sempang Pantai
Sempang Pantai
Persimpangan T
Tedong
Serkam UTARA
 M109 Jalan Tiang Dua
Tiang Dua
Bemban
Jasin

SELATAN
 M108 Jalan Serkam Pantai
Serkam Pantai
Medan Ikan Bakar Serkam
Simpang empat
Jalan Bemban UTARA
 M109 Jalan Tiang Dua
Tiang Dua
Bemban
Jasin
Persimpangan T
Jalan Pulai Pantai SELATAN
 M169 Jalan Pulai Pantai
Pulai Pantai
Persimpangan T
Jalan Serkam Pantai SELATAN
 M108 Jalan Serkam Pantai
Serkam Pantai
Terminal Feri Serkam  
(Feri ke Pulau Besar)
Persimpangan T
Masjid Umbai
Makam Sultan Ali Johor
Masjid Umbai
Makam Sultan Ali Johor
Tapak bersejarah
Terminal Feri Umbai
Medan Ikan Bakar Umbai
  V Persimpangan T
Umbai UTARA
 M105 Jalan Paya Dalam
Paya Dalam
Tiang Dua
Persimpangan T
Jambatan Sungai Umbai
Sempadan daerahJasin-Melaka Tengah

Medan Ikan Bakar Umbai   V Persimpangan T
Pernu
Teluk Mas Taman Teluk Mas
Sekolah Tahanan Henry Gurney
Simpang empat
Kampung Teluk Mas
Kampung Teluk Mas UTARA
 M103 Jalan Sempang Bugis
Kampung Sempang Bugis
Kampung Bukit Batu
Kampung Balik Bukit
Persimpangan T
Taman Emas BARAT DAYA
Jalan Emas
Taman Emas
Persimpangan T
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodziah
  Hentian Sebelah Telok Mas        
Gerai kraf
Sempang Bugis UTARA
 M103 Jalan Sempang Bugis
Kampung Sempang Bugis
Kampung Bukit Batu
Kampung Balik Bukit
Persimpangan T
Jambatan Sungai Punggur
Jalan Padang Temu SELATAN
 M100 Jalan Padang Temu
Padang Temu
Bandar Hilir
Pusat Bandar Melaka
Dataran Portugis
Tempat Bersejarah Melaka
(Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Persimpangan T
Kampung Alai
Kandang UTARA
  Ayer Molek
  Bemban
  Jasin
Persimpangan T
Jambatan Sungai Duyung
Duyung   Lebuh AMJ

TENGGARA
Muar
Batu Pahat
Jasin
Persimpangan T
Bandar Melaka-Duyung lihat juga   Lebuh AMJ
Bandar Melaka
Semabok
UTARA
Jalan Ayer Leleh
Bukit Serindit

SELATAN
Lorong Bukit Senjuang
Banda Hilir
Kubu St John
Tempat Bersejarah Melaka
(Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Simpang empat
Bandar Melaka
Bandar Melaka
Kota Laksamana
Kampung Tengkera Masjid Tengkera
Jalan Syed Abdullah Aziz TENGGARA
  Jalan Syed Abdullah Aziz
Melaka Raya
Padang Temu
Muar
Tempat Bersejarah Melaka
(Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Persimpangan T
Klebang UTARA
 M8 Klebang Highway
Alor Gajah
Batu Berendam
Persimpangan T
Klebang Beach   V
Jalan Pokok Mangga UTARA
 M5 Jalan Pokok Mangga
Pokok Mangga
Persimpangan T
Kampung Balang Tiga UTARA
 M7 Jalan Pulau Gadong
Pulau Gadong
Alor Gajah
Batu Berendam
Persimpangan T
Jalan Bukit Rambai UTARA
 M9 Jalan Bukit Rambai
Bukit Rambai
Persimpangan T
Tanjung Kling BARAT DAYA
  Jalan Pantai Dusun-Tanjung Kling
Pelabuhan Beruas
Stesen Janakuasa Tanjung Kling
Pantai Kundor
Pantai Dusun
Pantai Puteri
Makam Hang Tuah
Persimpangan T
Tangga Batu TIMUR
  Jalan Tangga Batu
Bukit Rambai
Batu Berendam
Alor Gajah
Persimpangan T
Jalan Pantai Kundor BARAT
  Jalan Pantai Kundor
Pantai Kundor
Pantai Dusun
Pantai Puteri
Persimpangan T
Penapisan Minyak Petronas
Sungai Udang BARAT
Jalan Kem Terendak
Kem Tentera Terendak
Persimpangan T
Sempadan daerah Melaka Tengah-Alor Gajah

Lebuh SPA TIMUR
  Lebuh SPA
  Paya Rumput
  Alor Gajah
  Ayer Keroh
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Akademi Latihan RELA Corps
Kawasan Hutan Rekreasi Sungai Udang  
Pusat Latihan Peperangan Khas Sungai Udang
Hutan Latihan Tentera Sungai Udang
Kem Tentera Sungai Udang
Taman Masjid Tanah
Kampung Solok Duku
Jalan Padang Kambing BARAT
Jalan Padang Kambing
Padang Kambing
Pengkalan Balak
Tanjung Bidara
Persimpangan T
Jambatan Sungai Solok Duku
Kampung Solok Duku
Masjid Tanah
Masjid Tanah UTARA
 M155 Jalan Kampung Ayer Limau
Brisu
Lubuk China
Persimpangan T
Masjid Tanah
Jalan Londang
BARAT DAYA
 M157 Jalan Londang
Pengkalan Balak
Tanjung Bidara
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)  
Persimpangan T
Masjid Tanah TIMUR
  Lendu
  Alor Gajah
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Kampung Tengah
Taman Tamby Chik Karim
Kampung Jeram BARAT
  Kuala Sungai Baru
  Port Dickson
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)  
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Persimpangan T
Ramuan China Besar
Ramuan China Kechil SELATAN
 M161 Jalan Ramuan China-Kuala Sungai Baru
Kuala Sungai Baru
Persimpangan T
Kampung Teluk Berembang
Kampung Pengkalan Paoh TIMUR
 M10 Jalan Simpang Ampat
Brisu
Simpang Ampat
Alor Gajah
Tampin
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Lubuk China
Lubuk China TIMUR
 M131 Jalan Lubuk China
Titian Bitangor
Brisu
Bulatan
Melaka
Sempadan daerah Alor Gajah

Jambatan Sungai Rembau bridge
Sempadan Melaka-Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus
Sempadan daerah Rembau

Jalan Titian Akar TIMUR LAUT
 N103 Jalan Titian Akar
Kampung Titian Akar
Persimpangan T
Kampung Semin TIMUR LAUT
 N12 Jalan Kota
Kota
Rembau
Persimpangan T
Jalan Lubuk Kuali SELATAN
 N116 Jalan Lubuk Kuali
Lubuk Kuali
Kampung Sungai Timun
Persimpangan T
Kampung Pengkalan Durian
Sempadan daerah Rembau-Port Dickson

Jalan Pedas-Linggi UTARA
 N9 Jalan Pedas-Linggi
Rembau
Pedas
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Linggi UTARA
 N7 Jalan Rantau
Ayer Kuning
Rantau
Seremban
Persimpangan T
Jambatan Sungai Linggi
Pengkalan Kempas
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Batu Bersurat Pengkalan Kempas
Makam Ulama Sheikh Ahmad Makhtum
 
Tapak bersejarah
Persimpangan T
Kampung Sungai Raya SELATAN
 N143 Jalan Kampung Sungai Raya
  Kuala Sungai Baru
  Melaka
  Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Persimpangan T
Pasir Panjang
Pasir Panjang
Pintasan Teluk Kemang UTARA
Pintasan Teluk Kemang
  Sua Betong
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru

SELATAN
Eagle Ranch Resort
Persimpangan T
Royal Palm Springs Resort SELATAN
Persiaran Palm Springs
Royal Palm Springs Resort
Persimpangan T
Resort dan Pusat Konvensyen Primaland Port Dickson
Jambatan Sungai Menyala
Jalan Baru Teluk Pelanduk UTARA
Jalan Baru Teluk Pelanduk
Taman Politeknik
Politeknik Port Dickson  
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Kampung Baru Teluk Pelanduk
Kampung Tanjung Pelanduk Rumah Rakyat Teluk Pelanduk
Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan
MES Greysands PDRM
Kompleks Peranginan Bank Negara Malaysia
Brunwell / Anexxe
Bunga Raya dad Seri Mesra
Banglo EPF (KWSP)
Persimpangan T
Pusat Latihan Kor Armor Diraja Pusat Latihan Kor Armor Diraja
Methodist Centre Port Dickson (PDMC)
Persimpangan T
Jalan Tanjung Tuan BARAT DAYA
 N167 Jalan Tanjung Tuan
Pantai Cermin  
Tanjung Biru  
Pusat Latihan Rejimen Artileri Diraja

Tanjung Tuan (Melaka)
(Cape Rachado)
Kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Rumah Api Tanjung Tuan
Persimpangan T
Kolej Tentera Darat Kolej Tentera Darat
Pusat Latihan Pengaman Malaysia (MPTC)
Persimpangan T
Taman Politeknik TIMUR
Jalan Politeknik 10
Taman Politeknik
Politeknik Port Dickson  
Pintasan Teluk Kemang
  Sua Betong
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Teluk Kemang
Teluk Kemang
Bandar Baru Teluk Kemang
Bandar Baru Teluk Kemang Persimpangan T
Bulatan Sunggala TIMUR LAUT
  Lebuhraya Sua Betong-Sunggala
  Sua Betong
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Bulatan
Port Dickson
Bandar Tentera Darat

Kolej Kejururawatan Port Dickson
Bandar Baru Sunggala Bandar Baru Sunggala Persimpangan T
Hospital Port Dickson  
Port Dickson Golf and Country Club
Perdana Condo Resort
Marina Bay Port Dickson
Kem Tentera Port Dickson
Selesa Beach Resort
  Kawasan Rehat dan Perkhidmatan Si Rusa       V
Kelab Yacht Diraja Port Dickson
Kem Tentera Port Dickson
Jalan Sungai Menyala TIMUR
 N8 Jalan Sungai Menyala
Rantau
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru

Port Dickson, Bandar Tentera Darat
Padang Kawad Tentera Darat Malaysia
Kem Tentera Port Dickson
Muzium Tentera Darat Malaysia
Perkuburan Tentera Darat Malaysia
Persimpangan T
Port Dickson
Bandar Tentera Darat

Port Dickson
(Bandar Pantai Negeri Sembilan)

Jambatan Sungai Si Rusa
Si Rusa Pantai
Hotel Seri Malaysia
Bagan Pinang Pantai
Corus Beach Resort Corus Beach Resort
Apartment Paradise Lagoon
Jalan Esso TIMUR
Jalan Esso
Penapisan Minyak Esso
Persimpangan T
Port Dickson (Selatan) BARAT LAUT
Jalan Dato' Haji Abdul Samad (Jalan Pantai)
Pusat Bandar
PD Waterfront City

TIMUR
Jalan Shell
Penapisan Minyak Shell
Simpang empat
Selatan Port Dickson-Utara Port Dickson lihat juga
Pintasan Port Dickson
Port Dickson (Utara) BARAT DAYA
  Jalan Seremban
Pusat Bandar
Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar
Simpang empat
Port Dickson
(Bandar Pantai Negeri Sembilan)

Loji Janakuasa Port Dickson Sime Darby
Jambatan Sungai Lukut Kechil
Jalan Kampung Kuala Lukut BARAT LAUT
 N159 Jalan Kampung Kuala Lukut
Kampung Kuala Lukut
Simpang empat
Lukut Kota Lukut
Muzium Lukut
 
Persimpangan T
Lukut Makam Diraja Selangor (Makam Raja Jumaat)
Lukut
Klinik Kesihatan Lukut
Jalan Seremban-Port Dickson TIMUR LAUT
  Seremban
  Mambau
    Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Seremban
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Persimpangan T
Tanah Perkuburan Cina Lukut
Jambatan Sungai Lukut Besar
Kampung Baharu Tanah Merah BARAT
 N4 Jalan Kampung Chuah
Kampung Chuah
Kuala Lukut
Persimpangan T
Estet Tanah Merah
Jalan Kampung Chuah BARAT
 N4 Jalan Kampung Chuah
Kampung Chuah
Kuala Lukut
Persimpangan T
Tanah Merah
Estet Tanah Merah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Sempadan daerah Port Dickson

Jambatan Sungai Sepang
Sempadan Negeri Sembilan-Selangor

Selangor Darul Ehsan
Sempadan daerah Sepang

Sepang UTARA
 B48 Jalan Dengkil-Sepang
Dengkil
Salak Tinggi
Nilai
      AH2 Kuala Lumpur
      AH2 Johor Bahru
  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  
Litar Sepang F1
Persimpangan T
Jalan Hulu Chuchoh BARAT LAUT
 B119 Jalan Hulu Chuchoh
Kampung Hulu Chuchoh
Persimpangan T
Sungai Pelek
Jalan Bagan Lalang SELATAN
 B--- Jalan Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang
Persimpangan T
Jalan Hulu Chuchoh BARAT LAUT
 B119 Jalan Hulu Chuchoh
Kampung Hulu Chuchoh
Persimpangan T
Estet Tanjung Tumbok
Sempadan daerah Sepang-Kuala Langat

Tanjung Sepat UTARA
 B120 Jalan Kampung Darat Bali
Kampung Darat Bali
Persimpangan T
Kampung Darat Bali UTARA
 B120 Jalan Kampung Darat Bali
Kampung Darat Bali
Persimpangan T
Jalan Kampung Batu Lapan UTARA
 B323 Jalan Kampung Batu Lapan
Kampung Batu Lapan
Persimpangan T
Jalan Ibrahim Merican TIMUR LAUT
 B121 Jalan Ibrahim Merican
Kanchong Darat
Banting
Persimpangan T
Kampung Kanchong Laut
Jalan Kampung Tali Air UTARA
 B--- Jalan Kampung Tali Air
Kampung Tali Air
Persimpangan T
Morib Golf and Country Club
Morib Pantai Morib
  V
Tugu Peringatan Pendaratan Morib
Persimpangan T
Tongkah
Simpang Jugra BARAT LAUT
 B59 Jalan Kelanang
Bandar Jugra
Istana Bandar
Masjid Alaeddin
Makam Sultan Abdul Samad
Persimpangan T
Jalan Kanchong TENGGARA
 B121 Jalan Kanchong
Kanchong Laut
Tanjung Sepat

SELATAN
 B--- Jalan Kampung Tali Air
Kampung Tali Air
Simpang empat
Kampung Kanchong Darat
Kampung Kanchong Darat Tugu Badminton Keluarga Sidek
Kampung Kanchong Darat TIMUR
 B123 Jalan Sungai Lang
Kampung Sungai Kelambu
Pusat Angkasa Negara (Angkasa)
Simpang empat
Banting BARAT LAUT
 B58 Jalan Sultan Abdul Samad
Jugra
Permatang Pasir
Istana Bandar
Masjid Alaeddin
Makam Sultan Abdul Samad
Persimpangan T
Banting-Klang lihat juga Lebuhraya Klang-Banting
Klang lihat juga   Jalan Jambatan Kota
Kapar-NKSB     Pintasan Selat Klang Utara
BARAT
Port Klang
Bandar Sultan Sulaiman
Tanjung Harapan
TIMUR
Shah Alam
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Simpang empat
Kapar-NNKSB BARAT
      AH141 Pintasan Selat Klang Utara
Port Klang
Bandar Sultan Sulaiman
Tanjung Harapan
Persimpangan T
Kapar-NNKSB TIMUR
      AH141 Pintasan Selat Klang Utara
Shah Alam
Kuala Lumpur
Persimpangan T
Jalan Haji Sirat TIMUR
 B4 Jalan Haji Sirat
Meru
Persimpangan T
Taman Kapar Indah
Sementa BARAT
 B-- Jalan Sementa
Kampung Sementa
Persimpangan T
Kampung Perepat
Kuarters Kakitangan TNB
Kapar TIMUR
  Jalan Perindustrian Kapar-Meru
Meru
Persimpangan T
Jambatan Sungai Kapar
Kapar
Jalan Sementa BARAT
 B--- Jalan Sementa
Kampung Sementa
Persimpangan T
Jalan Tok Muda BARAT
 B--- Jalan Tok Muda
Kampung Tok Muda
Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Kuarters Kakitangan TNB
Persimpangan T
Sempadan daerah Klang-Kuala Selangor

Sungai Janggut
Sungai Sembilang
Jeram BARAT
 B107 Jalan Pantai Jeram

TIMUR
 B104 Jalan Simpang 3 Jeram
Simpang empat
Rantau Panjang Beach   V Persimpangan T
Kuala Sungai Buloh TIMUR
 B104 Jalan Sasaran
Persimpangan T
Jambatan Sungai Buloh
Kuala Sungai Buloh Sungai Buloh Fish Market Persimpangan T
Api-Api
Taman Selesa
Assam Jawa TIMUR
  Kuala Lumpur
  Sungai Buloh
  Ijok
Persimpangan T
Taman Raja Udang
Kampung Tengah
Taman Rhu
Kampung Baharu
Pasar Raya Besar TESCO Kuala Selangor
Kuala Selangor BARAT
Bandar baru Kuala Selangor
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Masjid Sultan Ibrahim
Hutan Simpan Bakau Kuala Selangor

TIMUR
 B33 Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya
Bestari Jaya (Batang Berjuntai)
Rawang
Universiti Industri Selangor (UNISEL)  
Kelip-kelip Kampung Kuantan
Simpang empat
Kuala Selangor Pusat bandar lama
Bukit Melawati
Persimpangan T
Jambatan Sungai Selangor
Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pasir Penambang
Jalan Bukit Belimbing UTARA
 B37 Jalan Bukit Belimbing
Bukit Belimbing
Persimpangan T
Kampung Belimbing
  Medan Ikan Masin Kuala Selangor
(Fish salt stalls)
  Persimpangan T
Jalan Tanjung Karang-Bestari Jaya TIMUR
 B42 Jalan Tanjung Karang-Bestari Jaya
Bestari Jaya (Batang Berjuntai)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)  
Persimpangan T
Tanjung Karang Hospital Tanjung Karang  
Jambatan Sungai Tengi
Tanjung Karang Stesen Bas Tanjung Karang Persimpangan T
Jajaran bersambungan dengan     (arah utara)
Jajaran bersambungan dengan   (arah selatan)

Kampung Parit Empat
Sempadan daerah Kuala Selangor-Sabak Bernam

Sekinchan
Kampung Pasir Panjang TIMUR
 B110 Jalan Pasir Panjang
Persimpangan T
Sungai Burong
Jalan Pasir Panjang TIMUR
 B110 Jalan Pasir Panjang
Persimpangan T
Kampung Simpang Lima BARAT
 B--- Jalan Sungai Haji Dorani
Kampung Sungai Haji Dorani
Simpang empat
Kampung Sungai Limau BARAT DAYA
 B53 Jalan Lama Kuala SelangorR
Persimpangan T
Jalan Sabak Bernam-Hulu Selangor TIMUR
 B44 Jalan Sabak Bernam-Hulu Selangor
Sungai Panjang
Tanjung Malim
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN UTARA
Bukit Kayu Hitam
Ipoh
Kuala Lumpur
Persimpangan T
Sungai Besar BARAT
Jalan Sungai Limau Dua

TIMUR
 B51 Jalan Lembaga Padi Negara
Simpang empat
Kampung Tebok Pulai BARAT LAUT
 B55 Jalan Sungai Ayer Tawar
Bagan Nakhoda Omar
Sungai Ayer Tawar
Taman Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (Pantai Bagan Nakhoda Omar)

TENGGARA
Jalan Angkasa
Kampung Parit Enam
Simpang empat
Kampung Batu Tiga Puluh Sembilan
Sabak BARAT LAUT
Jalan Menteri
Pusat bandar Sabak
Masjid Jamek Sultan Hishamuddin
Waterfront Sabak Bernam
Muzium Sabak Bernam
Simpang empat
Sabak TENGGARA
Jalan Hospital
Hospital Tengku Ampuan Jemaah  
Persimpangan T
Sabak BARAT
 B53 Jalan Raja Chulan
Pusat bandar Sabak
Masjid Jamek Sultan Hishamuddin
Waterfront Sabak Bernam
Muzium Sabak Bernam
Simpang empat
U-Turn
  Sabak
  Tanjung Karang
  Kuala Selangor
U-turn
Start/End of dual carriageway
Selangor Darul Ehsan
Sempadan daerah Sabak Bernam

Jambatan Sungai Bernam
Sempadan Selangor-Perak

Perak Darul Ridzuan
Sempadan daerah Hilir Perak

Jajaran bersambungan dengan     (arah utara)
Jajaran bersambungan dengan   (arah selatan)

Kampung Teluk Kerdu
Kampung Tanjung Buloh
Estet Hutan Melintang
Hutan Melintang-WCE
BARAT
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Sitiawan
Teluk Intan
TIMUR
  Klang
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Sabak Bernam
Kuala Selangor
Klang
Pertukaran persimpangan
Simpang Empat Hutan Melintang BARAT
  Sabak Bernam
Kuala Selangor
Klang
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Sitiawan
Teluk Intan
Sabak Bernam
Klang
TIMUR
  Jalan Bagan Datoh
Bagan Datoh
SELATAN
 A123 Jalan Hutan Melintang
Hutan Melintang
Simpang empat
Jendarata
Jajaran bersambungan dengan     (arah utara)
Jajaran bersambungan dengan   (arah selatan)

Batak Rabit TIMUR LAUT
  Teluk Intan
  Bidor
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN UTARA
Bukit Kayu Hitam
Ipoh
Kuala Lumpur
UTARA
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Sabak Bernam
Kuala Selangor
Klang
Persimpangan simpang empat
  Plaza Restoran dan Rehat Jambatan Sultan Yusuf   V      
Jambatan Sungai Perak
Jambatan Sultan Yusuf
Jambatan Bagan Datuk (Jambatan Sultan Nazrin Shah) TIMUR LAUT
 A--- Bagan Datuk
Persimpangan T
Estet Kota Setia
Kampung Matang Guntong BARAT DAYA
 A145 Jalan Kota Setia
Kota Setia
Persimpangan T
Jambatan Sungai Mengkuang
Kampung Sungai Ranggam UTARA
Kampung Sungai Mengkuang
Persimpangan T
Sungai Dedap bridge
Sempadan daerah Hilir Perak-Perak Tengah

Jalan Ulu Dedap TIMUR LAUT
 A18 Jalan Ulu Dedap
Kampung Ulu Dedap
Pasir Salak
Bota
Kompleks Bersejarah Pasir Salak
Persimpangan T
Kampung Sijagob
Kampung Parit Jerman
Sempadan daerah Perak Tengah-Manjung

Kampung Kayan
Jajaran bersambungan dengan     (arah utara)
Jajaran bersambungan dengan   (arah selatan)

Jambatan Sungai Tiram
Lekir-WCE TIMUR
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Klang
Ayer Tawar
Beruas
Taiping
Persimpangan T
Laluan kenderaan bertar

Laluan kenderaan berkonkrit

Laluan kenderaan berkonkrit

Laluan kenderaan bertar

Parit Besar Sitiawan
Pintasan Sitiawan BARAT LAUT
  Pintasan Sitiawan
  Changkat Jering
  Taiping
  Pantai Remis
  Damar Laut
  Seri Manjung
  Lumut
  Pangkor Island
  Teluk Batik
Teluk Rubiah
  Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut
Hospital Seri Manjung  
Loji Janakuasa Manjung
TIMUR
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Klang
Ayer Tawar
Beruas
Taiping
Persimpangan simpang empat
Kampung Koh BARAT
 A176 Jalan Pasir Panjang
Seri Manjung
Hospital Seri Manjung  
Manjung power plant
Teluk Rubiah

TIMUR
 A125 Jalan Pekan Gurney
Pekan Gurney
Simpang empat
Sitiawan
Sitiawan UTARA
 A177 Jalan Kampung Acheh
Kampung Acheh
  Pintasan Dinding
Damar Laut
Pantai Remis
Kuala Kangsar
Taiping

BARAT
  Jalan Iskander Shah
  Seri Manjung
  Lumut
  Pulau Pangkor
  Teluk Batik
  Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut
Simpang empat
Sitiawan UTARA
  Jalan Lapangan Terbang Sitiawan
Lapangan Terbang Sitiawan  
Kampung Serdang
Kampung Deralik
Sitiawan Timur BARAT
  Pintasan Lumut
  Lumut
  Pantai Remis
  Pulau Pangkor
  Teluk Batik
  Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut
Persimpangan T
Sitiawan Utara-WCE BARAT
    LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Klang
Ayer Tawar
Beruas
Taiping
Persimpangan T
Lumut-Ipoh lihat juga Lebuhraya Ipoh-Lumut

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  2. ^ a b "New bridge to open tomorrow". New Straits Times. 1988-11-16. Dicapai pada 2015-11-16.
  3. ^ a b "Kenali rangkaian laluan tulang belakang negara kita". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-11-01. Dicapai pada 2015-11-18.
  4. ^ Statistik Jalan (Edisi 2013). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 2013. m/s. 16–64. ISSN 1985-9619. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ a b c d e Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. m/s. 78–82. ISBN 978-983-44278-2-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ a b c d e f "Sejarah lengkap Jalan Persekutuan 5". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-11-16. Dicapai pada 2015-11-18.
  7. ^ "Jelajah Maharani Part 2: Menjejak Laluan Persekutuan 5 di Muar". Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-03-22. Dicapai pada 2015-11-18.
  8. ^ "Jelajah Maharani Part 3: Lebuh AMJ FT19". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2012-03-22. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Melaka Bandaraya Bersejarah Bahagian 3: Menjejak Jalan Persekutuan 5 melalui kota sesat bandar lama Melaka". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-06-30. Dicapai pada 2015-11-18.
  10. ^ "Nilai-Klang Part 2: Jalan Langat FT5". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-03-21. Dicapai pada 2015-11-18.
  11. ^ Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ Johore Annual Report 1911
  13. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  14. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  15. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  16. ^ "Penyata Rasmi Parlimen: Dewan Negara - Parlimen Keempat, Penggal Pertama" (PDF). Parlimen Malaysia. 1975-07-23. Dicapai pada 2015-11-16.
  17. ^ "Penyata Rasmi Parlimen: Dewan Rakyat - Parlimen Ketiga, Penggal Kedua" (PDF). Parlimen Malaysia. 1972-08-23. Dicapai pada 2015-11-16.
  18. ^ a b "Jambatan Sultan Ismail Muar". Muzium Muar (dalam bahasa Malay). 2013-04-16. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Dewan Rakyat - Aturan Urusan Mesyuarat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1973-04-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  20. ^ a b "Dewan Rakyat - Aturan Urusan Mesyuarat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1980-12-02. Dicapai pada 2015-11-16.
  21. ^ "Dewan Rakyat - Parlimen Keempat, Penggal Pertama" (PDF). Parlimen Malaysia. 1986-03-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  22. ^ a b "Dewan Rakyat - Parlimen Keenam, Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1986-03-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  23. ^ Lee Ah Chai (1988-12-15). "Bridge of mixed blessings". New Straits Times. Dicapai pada 2015-11-16.
  24. ^ Sayed Hiesham Idris (2014-05-26). "Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2015-11-16.
  25. ^ "Majlis pecah tanah Lebuhraya Pantai Barat (WCE) E32". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-05-26. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Jajaran Lebuh Raya Persisir Pantai Barat dinilai semula". Utusan Malaysia. 2014-06-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-19. Dicapai pada 2015-11-16.

Lihat juga sunting