Batu Pahat
- Rencana ini mengenai daerah. Untuk rencana tentang bandar sahaja, sila lihat Batu Pahat (bandar).
Batu Pahat (Jawi:باتو ڤاهت) merupakan sebuah daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah ini ialah satu daripada sepuluh daerah di Johor.
Batu Pahat باتو ڤاهت | |
---|---|
Daerah di Malaysia | |
![]() Daerah Baru Pahat di Johor | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Bandar Batu Pahat (Bandar Penggaram) |
Kerajaan | |
• Pegawai Daerah | Tuan Haji Zulkiflee Bin Haji Abbas http://pdnj.johor.gov.my/profil/pd-batupahat/profil_pegawai_daerah |
Luas | |
• Jumlah | 1,872.56 km2 (723.00 batu persegi) |
Populasi (2013) | |
• Jumlah | 819,800 |
• Kepadatan | 440/km2 (1,100/batu persegi) |
Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.
Sejarah سجارهSunting
Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin Perang.
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.[1] Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[2]
Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.
Demografi ديموڬرافيSunting
Batu Pahat terbahagi kepada dua zon utama iaitu zon barat dan zon timur. Antara pekan-pekan yang terletak di dalam zon barat ialah Rengit, Senggarang, Tongkang Pechah, Sri Gading, Semerah, Parit Raja dan Bandar Penggaram.
Manakala zon timur pula merupakan kawasan seperti Yong Peng, Parit Sulong, Sri Medan, Parit Ya’ani, Lan Lee, Kangkar Baru dan Air Hitam.[5]
Penduduk Melayu sebanyak 63.8 peratus, Cina 29.7 peratus, 1.6 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 4.7 peratus bukan warganegara.[6]
Daerah Batu Pahat mempunyai penduduk seramai 750,058 penduduk tempatan (2012). Penduduk terbanyak terdapat di daerah ini adalah di Mukim Simpang Kanan dengan lebih daripada 411,862 orang dan paling kurang padat ialah penduduk Bagan dengan penduduk hanya 6,692 orang.
Orang Cina (52%) tertumpu di Bandar Penggaram dan Yong Peng manakala bahagian lain di Batu Pahat terdiri daripada majoritinya orang Melayu (46%). India dan lain-lain sebanyak (2%) kurang terdapat di Batu Pahat, yang bekerja di ladang getah atau sebagai peniaga.
Kumpulan dialek orang Cina di Batu Pahat adalah berbeza:
- Bandar Penggaram- terutamanya orang Hokkien dan Teochew, diiikuti Hakka.
- Yong Peng- terutamanya Fuzhou dan Hokkien.
Pembahagian pentadbiran dan kawasan ڤمبهاڬين ڤنتادبيران دان كاوسنSunting
Pekan di Batu Pahat ڤكن د باتو ڤاهتSunting
Daerah Batu Pahat mempunyai 14 pekan iaitu :
- Sri Gading
- Parit Raja
- Ayer Hitam
- Yong Peng
- Parit Yaani
- Sri Medan
- Tongkang Pechah
- Parit Sulong
- Semerah
- Senggarang
- Rengit
- Simpang Lima
- Minyak Beku
- Bukit Pasir
Mukim di Batu Pahat مقيم د باتو ڤاهتSunting
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :
- Mukim Lubok (Mukim I)
- Mukim Bagan (Mukim II)
- Mukim Peserai (Mukim III)
- Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
- Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
- Mukim Linau (Mukim VI)
- Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
- Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
- Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
- Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
- Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
- Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
- Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
- Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)
Kerajaan Tempatan كراجأن تمڤتنSunting
Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP). Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur msing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.
Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah bandar raya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Setar dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandar raya.
Penduduknya seramai 417,458 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 210,132 dan perempuan 207,326 orang,ketika itu.(2008)
Bandar baru di Batu Pahat بندر بارو د باتو ڤاهتSunting
Selain terdapat taman-taman perumahan, Batu Pahat yang semakin pesat membangun ini turut mempunyai bandar-bandar baru yang penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Antara bandar baru yang dimaksudkan ialah :
- Bandar Putera Indah
- Pura Kencana
- Evergreen Height
- Taman Universiti
- Taman Mutiara Perdana
- Taman Gading Emas
Kebudayaan كبودايانSunting
Kesenian كسنينSunting
Lagu Joget Batu Pahat لاڬو جوڬيت باتو ڤاهتSunting
- Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
- Batu Pahat Daerah Makmur
- Sungai Mengalir Ke Kuala
- Dari Simpang Kanan Dan Kiri
- DiHulu Sungai Kampunglah Medan
- Parit Sulong, Pekan Nan Indah
- Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
- Semerah Letak Di Utara
Korus
- Bandar Penggaram Tempat Berniaga
- Ramai Yang Membeli Belah Disana
- Pisang Salai Di Parit Raja
- Air Hitam, Tempat Pelancong
- Gunung Banang Tinggi Mengawan
- Nampaklah Dari Bukit Soga
- Istana Hinggap Sultan Johor
- Raja Adil Daerah Makmur
- Sri Gading Utuh Terbina
- Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
- Minyak Beku Batu Di Pahat
- Nama Diberi Sempenanya
- Dahulu Kala Ia Dibuka
- Oleh Dato' Bentara Luar
- Satu Haribulan Januari
- Satu Lapan Sembilan Empat
Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)
Makanan ماكننSunting
"Mee Bandung" "مي بندوڠ"Sunting
Mee Bandung Batu Pahat yang terletak di Gerai Makan Odeon berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Mee rebus dan nasi lemak مي ربوس دان ناسي لمقSunting
Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.
Mee Racun مي راچون
Mee yang dimasak bersama sos pedas dan air rebusan daging kambing. Mee racun menggunakan bahan-bahan seperti mee kuning, kentang, telur goreng, dan daging kambing.
Asam pedas اسم ڤدسSunting
Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menawarkan asam pedas pelbagai jenis ikan seperti di:
- Yana Asam Pedas Batu Pahat (Jalan Syahbandar/Taman Flora Utama)
- Asam Pedas Pak Ali (Jalan Syahbandar)
- Asam Pedas Mak Limah (Jalan Rogayah)
- Gerai Asam Pedas Ibu (Persimpangan Jalan Parit Jalil, Parit Sulong)
Nasi Bariani ناسي بريياني
- Teratak Noor Bariani - Restoran ini terletak di Batu 4, Jalan Kluang berhadapan dengan Masjid Jamek Sri Beroleh dan bersebelahan dengan Shell
Tempat makan menarik تمڤت ماكن مناريقSunting
- Teratak Noor Bariani - Restoran ini terletak di Batu 4, Jalan Kluang berhadapan dengan Masjid Jamek Sri Beroleh dan bersebelahan dengan Shell
- Restoran Ceria Maju - Restoran ini terletak di Jalan Rahmat bersebelahan dengan Pejabat Pos Batu Pahat.
- Restoran Madinat Hadramawt - Lokasi restoran ini terletak di Jalan Jelawat Taman Banang berdepan dengan Bank Muamalat dan berdekatan dengan stesen minyak Caltex.
- Restoran Asam Manis - Terletak Jalan Setia Jaya 2 83000 Batu Pahat, Johor. Pelbagai jenis makanan disediakan.
- The Windmill Station - Beralamat 25 & 27 Jalan Murni 11, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor.
- Daddy Village - Restoran ini beralamat di no 18 & 20 Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat.[7]
- Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima
Pendidikan ڤنديديقنSunting
Tokoh توكوهSunting
Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan Batu Pahat.
Politik ڤوليتيكSunting
Pakatan Harapan
- Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
- Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Kulai
- Teng Chang Khim (邓章钦)- Bekas speaker DUN Selangor (2008-2013)
- Boo Cheng Hau (巫程豪) - ADUN Skudai, Johor
- Gan Peck Cheng (颜碧贞) - ADUN Penggaram, Johor
- Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
- Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
Barisan Nasional
- Dato Onn Jaafar - Pengasas UMNO pada 1946.
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Ketiga Malaysia, anak lelaki Dato' Onn Jaafar
- Dato' Seri Hishammuddin Hussein - Ahli Parlimen Sembrong, Johor sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, anak lelaki kepada Tun Hussein Onn
- Dr Chua Soi Lek - Bekas Menteri Kesihatan Malaysia / Presiden MCA
- Chua Tee Yong (蔡智勇) - Ahli Parlimen Labis dan juga anak lelaki kepada Chua Soi Lek
Wakil Rakyat واكيل رعيتSunting
- Ahli Parlimen Batu Pahat - Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon (PKR)
- Adun Penggaram - Gan Peck Cheng (DAP)
- Adun Senggarang - A Aziz Ismail (BN-UMNO)
- Adun Rengit - Ayub Jamil (BN-UMNO)
- Ahli Parlimen Parit Sulong - Datuk Noraini Ahmad (BN-UMNO) - Pengerusi Matrade
- Adun Sri Medan - Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-UMNO) - Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor
- Adun Semerah - Mohd Ismail Roslan (BN-UMNO)
- Ahli Parlimen Sri Gading- Datuk Ab Aziz Kaprawi (BN-UMNO) - Timbalan Menteri Pengangkutan
- Adun Parit Raja - Puan Sri Azizah Zakaria (BN-UMNO) - Isteri Speaker Johor
- Adun Parit Ya'ani - Aminolhuda Hassan (AMANAH)
- Ahli Parlimen Ayer Hitam - Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (BN-MCA) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
- Adun Semarang - Datuk Samsol Bari Jamal - (BN-UMNO) - Pengerusi Lembaga Nanas Malaysia
- Adun Yong Peng - Chew Peck Choo (DAP)
Ahli perniagaan اهلي ڤرنياڬانSunting
- Datuk Sosilawati Lawiya - Jutawan kosmetik
- Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
- Lee Kim Yew - Pengerusi Country Heights Group
Pahlawan ڤهلاونSunting
- Mohd Salleh bin Abdul Karim - Dikenali juga dengan panggilan Kiyai Salleh - Pemimpin Tentera Selempang Merah yang menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
Selebriti/Artis سلبريتي/ارتيسSunting
- Najwa Latiff- Penyanyi
- Yana Shamsuddin - Pelakon berasal dari Yong Peng
- Malik Noor - Ahli Bina Badan, Pelakon (Berasal dari Kg. Sri Gading)
- Sazali Samad - Ahli Bina Badan
Lain-lain لاين٢Sunting
- Lee Kuan Yew - Perdana Menteri Singapura Pertama (dibesarkan di Batu Pahat dan pernah bersekolah di SMK Tinggi Batu Pahat, namun fakta sebenar telah dipadam oleh pemerintah Singapura untuk menghilangkan kaitannya dengan negara Malaysia.
- Tun Sardon Haji Jubir (19 Mac 1917 - 14 Disember 1985) merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975. Dilahirkan di Rengit, Batu Pahat.
Perkhidmatan ڤرخدمتنSunting
Pengangkutan ڤڠڠكوتنSunting
Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.
Pengangkutan awam ڤڠڠكوتن عوامSunting
Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Ia ialah:
- Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
- Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam)
- Keretapi berkelajuan tinggi (Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat)[8]
Syarikat Bas Antarabandar شريكت بس انتارابندر
1. Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
- Terminal Batu Pahat ke Kluang
2. Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
- Terminal Batu Pahat ke Benut
- Terminal Batu Pahat ke Sg Suloh/Sg Ayam/Minyak Beku
- Terminal Batu Pahat ke Hospital Batu Pahat/Taman Soga
3. Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
- Terminal Batu Pahat ke Muar
- Terminal Batu Pahat ke Yong Peng
4. Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd http://www.majujc.com.my/
- Terminal Batu Pahat ke Tongkang Pecah
- Terminal Batu Pahat ke Simpang Lima
5. Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd
- Terminal Batu Pahat ke Parit Raja
6. Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd http://handalindah.com.my/latest.php
- Terminal Batu Pahat ke Ayer Hitam
7. Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd
- Terminal Batu Pahat ke Sri Medan
8. Syarikat S&S Sdn Bhd
Terminal Batu Pahat ke Kluang
Syarikat Bas Ekspres شريكت بس ايكسڤريس
- KKKL Express
- Transnasional Ekspres
- Perdana Ekspres
- Causeway Link Express
- S&S International Express
- Top Liner Ekspres
- SP Bumi Ekspres
- Sanwa Ekspres
- Cepat Ekspres
- Mayang Sari Ekspres
- Airport Coach Ekspres
Jalan
Bagi kawasan bandar pula, Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang jalan utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.
- Jalan Kluang (menghubungkan antara Batu Pahat Mall, Sri Gading, Pura Kencana, UTHM, Parit Raja, Ayer Hitam, Kluang)
- Jalan Tanjung Labuh (menghubungkan antara Senggarang, Rengit)
- Jalan Bakau Condong (menghubungkan dari persimpangan-T Jalan Kluang dan merentasi Sungai Batu Pahat melalui Peserai)
- Jalan Bukit Pasir (menghubungkan antara Taman Bukit Pasir, Tongkang Pechah, Parit Sulong, Yong Peng)
- Jalan Tan Swee Hoe (menghubungkan antara Taman Setia Jaya 2, Taman Flora Utama, Carrefour Batu Pahat, Square One Shopping Mall)
- Jalan Peserai (menghubungkan antara Sungai Batu Pahat melalui Semerah, Muar, Melaka)
Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama هوسڤيتل دان ڤوست ڤنجاڬان كصيحتن اوتامSunting
- Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
- Putra Specialist Hospital
- Pantai Specialist Hospital
- KPJ Mutiara Gading (dijangka beroperasi pada 2017)
- Klinik Kesihatan Batu Pahat
Tempat menarik تمڤت مناريقSunting
Dataran Penggaram داتارن ڤڠڬارامSunting
Dataran Penggaram telah dibina semasa sambutan seratus tahun bandar Batu Pahat. Ketika itu, ia ialah sebuah kolam air pancut. Pada tahun 2001, sebuah tugu yang menggambarkan batu dipahat telah dibina di tengah kolam air pancut itu dan dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor ketika itu, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar. Ia menjadi tempat utama untuk sambutan yang besar seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika waktu petang dan malam. Terdapat juga pasar malam yang mengelilingi dataran pada waktu malam. Pada tahun 2016, Dataran Penggaram telah diubahsuai dengan penambahan nama Batu Pahat daripada tulisan khat jawi dan lampu yang menarik menjadikan Dataran Penggaram berwarna warni serta dapat menambahkan lagi pengunjung yang datang ke Batu Pahat.[9][10]
Perigi Batu Pahat ڤريڬي باتو ڤاهتSunting
Perigi Batu Pahat ialah tempat yang mempunyai sebuah perigi dimana tempat itu diberi nama. Terletak di pantai Minyak Beku, pelawat dibenarkan melawati pantai tersebut untuk melihat sebahagian besar sejarah bandar Batu Pahat.[11]
Taman Rekreasi Tasik Y تامن ريكرياسي تاسيق وياSunting
Taman Rekreasi Tasik Y ialah sebuah kawasan tasik buatan manusia yang menyerupai huruf Y. Disana, terdapat kawasan taman permainan, gerai jualan, tempat makan dan minuman dan trek berjalan dan berjoging.
Hutan Lipur Soga Perdana هوتن ليڤور سوڬ ڤردانSunting
Hutan Lipur Soga Perdana ialah hutan simpan dimana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti menaiki tangga, berjalan dan berjoging hingga ke puncak bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.Terdapat sebuah pondok telah dibina di pengakhiran trek berjalan dan berjoging. Diatas sana, terdapat sebuah pemandangan yang menarik di seluruh bandar Batu Pahat. Jika berjalan atau berjoging ketika turun kebawah, terdapat sebuah kolam air yang datang dari bukit ini. Hutan ini seluas 49.3 hektar dimana 10 hektar akan dimajukan dan dilengkapi kemudahan asas bagi faedah pelawat.
BP Walk بي ڤي ولقSunting
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Ayer Hitam pada waktu malam.
Benteng بينتيڠSunting
"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular ialah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).
Pantai Minyak Beku ڤنتاي ميڽق بكوSunting
Pantai Minyak Beku ialah tempat terkenal dengan aktiviti memancing dan menikmati angin yang damai di kawasan laut.[12]
Pantai Punggur, Rengit ڤنتاي ڤوڠڬور، رڠيتSunting
Pantai Rekreasi Punggor ialah pantai yang menawarkan persekitaran yang tenang bagi mereka yang inginkan tempat untuk beristirahat dan suka akan aktiviti memancing di pantai. Pantai ini bertempat di kampung bernama Punggor dan sangat popular bagi mereka yang ingin berehat, berkelah, memancing dan bersiar-siar. Pantai rekreasi ini terletak 30 km ke selatan dari Bandar Batu Pahat.[13] Ia terletak di Rengit.
Pelancongan dan riadah ڤلنچوڠن دان ريادهSunting
- Galeri Dato' Onn
- Memorial Peperangan Dunia Kedua Parit Sulong (Peperangan Jepun/Tentera Komanwel)
- Taman Tema Kanak-kanak (The Summit) - pertama dalam bangunan
- Menara Jam Batu Pahat
- Bandar Seramik Ayer Hitam
- Bandar Jajan Parit Raja
- Taman Botani Sri Medan
- Kampung Parit Tengah, Rengit (Ladang Nanas terbesar di Asia)
- Pantai Sungai Lurus, Senggarang
- Pantai Seri Wawasan,Simpang Lima
- Hentian Mahkota Pantai Parit Simen
- 2000 Complex
Hotel هوتيلSunting
- Crystal Inn Hotel
- Hotel Novo Park
- 7 Days Express Hotel The Boutique Hotel
- Golden Pearl Hotel
- Minyak Beku Agrotourism Resort
- B & S Hotel
- Pelican Hotel
- The Katerina Hotel
- Pinetree Hotel
- The Landmark Hotel
Bangunan bersejarah باڠونن برسجارهSunting
- Balai Polis Trafik IPD Batu Pahat
- Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat
- Bangunan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat
- Mahkamah Seksyen/Majistret Batu Pahat
- Pejabat Pos Batu Pahat
- Pejabat Kesihatan Batu Pahat
- Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd. Khalid
- Bangunan lama Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
- Bangunan lama Jabatan Kastam Diraja Batu Pahat
- Bangunan Wisma Sejarah Batu Pahat
- Bangunan Kelab Bersejarah Batu Pahat
- Sekolah Tinggi Batu Pahat
- Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
- Sekolah Menengah Kebangsaan(P)Temenggong Ibrahim
- Masjid Dato Bentara Luar
- Surau India Batu Pahat
- Rumah-rumah Kedai
- Stesen Bas Lama Batu Pahat (Jalan Omar)
Lain-lain لاين٢Sunting
Terdapat Pusat membeli-belah,pasar raya dan borong yang terkenal di daerah ini
- Tesco Parit Raja
- The Summit Batu Pahat
- BP Mall (ke-4 terbesar di Johor)
- Square One Mall
- ÆON BiG Batu Pahat
- Cowboy (dihadapan IPGTHO)
- The Store (Jalan Rogayah)
- The Store (Jalan Zabedah)
- Pacific Hypermarket (BP Mall)
- Parkson (Square One)
- Pasaraya Target (The Summit)
- Econsave (Yong Peng)
- Nirwana Maju (Banang Height)
- Nirwana Maju (Yong Peng)
- Super One (Peserai)
- Eng Hiap Seng (Rengit)
- Welward (Parit Raja)
- Worldcome (Ayer Hitam)
Panggung wayang
- Big Cinemas (BP Mall)
- MBO Cineplax (Square One)
Restoran makanan segera (Fast Food)
- Kentucky Fried Chicken (KFC)
- Jalan Rogayah
- Jalan Tan Swee Hoe (Buka 24 Jam/Pandu Lalu)
- Jalan Bukit Pasir (Buka lewat malam)
- Aeon Big Shopping Mall
- Batu Pahat Mall
- Yong Peng
- Rengit
- Parit Raja
- Ayer Hitam
- Parit Sulong
- McDonald's
- Jalan Tan Swee Hoe (24 Jam/Pandu Lalu)
- Parit Raja (24 Jam/Pandu Lalu)
- Pizza HuT
- The Summit Batu Pahat
- Batu Pahat Mall
- Parit Raja (Pizza Hut Delivery)
- Jalan Bukit Pasir
- Marrybrown Fried Chicken
- Jalan Rogayah
- Ayer Hitam
- A&W - Petronas Jalan Rahmat
- Burger King - Jalan Jelawat
- Subway - Old Street
- Buskin Robbin - Petronas Jalan Tan Swee Hoe
- Domino's Pizza - Jalan Tan Swee Hoe
- Sushi King - Batu Pahat Mall
- Chicken Rice Shop - Batu Pahat Mall
- Starbucks - Jalan Tan Swee Hoe
Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000, Seven 7 dan banyak lagi
Perkhidmatan Utiliti, Telekomunikasi, Bank dan Kewangan ڤرخدمتن اوتيليتي، تيليكومونيقاسي، بڠك دان كواڠنSunting
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Ibu Pejabat - Jalan Bakau Chondong
- Cawangan Kecil - Yong Peng
- Unit Servis dan Kerosakan (Jalan Mohd Khalid)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- Ibu Pejabat - Jalan Mohd Salleh
- TM Point - Jalan Rahmat
- TM Point - Batu Pahat Mall
- TM Point - Yong Peng
- TM Point - Parit Raja (Taman Universiti)
- Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) - Jalan Bakau Chondong
- Celcom Axiata Sdn Bhd (Celcom) - Batu Pahat Mall
- Digi Telecommunication Sdn Bhd (DIGI)
- Digi Store - Jalan Rahmat
- Digi Store Express - Taman Bukit Pasir
- Digi Store Express - Batu Pahat Mall
- Maxis Telecommunication Sdn Bhd (Maxis) - Batu Pahat Mall
- Apple Store & Services
- Batu Pahat Mall
- Square One Shopping Mall
- Samsung Technologies (Samsung Centre & Services) - Batu Pahat Mall
- Bank Simpanan Nasional (BSN) - Jalan Mohd Akil, Yong Peng, Parit Raja, Parit Sulong, Rengit, Senggarang
- Maybank - Jalan Zabedah, Jalan Rahmat, Jalan Bukit Pasir, Yong Peng, Rengit, Square One Shopping Mall
- CIMB Bank - Jalan Rahmat, Taman Flora Utama, Parit Raja
- RHB Bank - Jalan Rahmat, Jalan Tan Swee Hoe (RHB Islamic), Yong Peng
- Hong Leong Bank - Taman Bukit Pasir, Jalan Rahmat, Yong Peng
- Alliance Bank - Taman Bukit Pasir, Taman Mutiara (Jalan Kluang)
- Am Bank - Jalan Rahmat, Jalan Rogayah, Yong Peng
- Standard Chartered - Taman Bukit Pasir
- HSBC Bank - Jalan Rahmat
- Bank Rakyat - Taman Maju, Parit Raja
- Bank Muamalat - Taman Bukit Pasir
- Public Bank - Jalan Bakau Chondong, Parit Raja
- Affin Bank Berhad - Taman Bukit Pasir, Ayer Hitam
- Agro Bank - Taman Makmur, Rengit
- Kuwait Finance House - Taman Flora Utama
- Bank Islam - Jalan Rahmat
- Lembaga Tabung Haji (TH) - Jalan Timah Sari, Parit Raja
- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) - Taman Maju
- AEON Credit - Square One Shopping Mall
- MBSB - Taman Flora Utama
Infrastruktur اينفراستروكتورSunting
Batu Pahat mempunyai 3 Laluan Persekutuan iaitu laluan persekutuan 1, 5 dan 50.Ketika itu,ketiga-tiga laluan tersebut mempunyai dua lorong.Pada 2002, laluan persekutuan 50 dinaik taraf menjadi 4 lorong daripada 2 lorong.Batu Pahat juga mempunyai sebuah hospital daerah, sebuah Ibu Pejabat Polis daerah, dan dua buah balai bomba.Terdapat banyak sekolah rendah dan sekolah menengah dibina di pekan dan ditepi Jalan Kluang.MRSM dan SM Sains Batu Pahat dibina untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi dan mudah untuk masuk universiti di dalam dan luar negara
Kemudahan كموداهنSunting
Kemudahan Polis كموداهن ڤوليسSunting
Bagi menjaga keselamatan penduduk bandar dan pekan, Batu Pahat mempunya sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah yang dibina di Jalan Suasa.Batu Pahat juga mempunyai 10 buah Balai Polis iaitu Balai Polis Sri Gading, Balai Polis Parit Raja, Balai Polis Ayer Hitam, Balai Polis Yong Peng, Balai Polis Sri Medan, Balai Polis Tongkang Pechah, Balai Polis Parit Sulong, Balai Polis Semerah, Balai Polis Senggarang dan Balai Polis Rengit.Terdapat beberapa buah pondok polis iaitu Pondok Polis Parit Yaani,Pondok Polis Minyak Beku dan Pondok Polis Kangkar Bharu
Kemudahan Bomba كموداهن بومباSunting
Batu Pahat mempunyai dua buah balai bomba iaitu yang baru terletak di Jalan Timah Sari manakala yang lama terletak di Jalan Mohd. Khalid.Dengan dua buah Balai bomba tersebut ia dapat memberi perkhidmatan kepada seluruh penduduk daerah Batu Pahat dan dilengkapi dengan 2'bay', bilik sedia dan pejabat pentadbiran.Terdapat juga balai bomba yang dibina di pekan Ayer Hitam, Yong Peng dan Rengit.
Kemudahan Pos كموداهن ڤوسSunting
Bersesuaian dengan peranannya yang terletak di pusat bandar, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Rahmat. Ia dibina pada tahun 1930 dan menyediakan perkhidmatan pos diseluruh daerah Batu Pahat. Terdapat beberapa cawangan Pos Malaysia di pekan Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng, Tongkang Pechah, Kg. Kenangan Dato Onn, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit. Di samping itu, terdapat sebuah mini pos di Parit Yaani.
Kemudahan Kesihatan كموداهن كصيحتنSunting
Bagi kemudahan kesihatan, Batu Pahat mempunyai sebuah Hospital Daerah yang terletak Jalan Kolam Air yang dilengkapi dengan lebih 300 katil untuk kemudahan pesakit. Batu Pahat juga mempuyai klinik kesihatan yang dibina di bandar Batu Pahat, Kg. Kenangan Dato Onn, Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng, Parit Yaani, Sri Medan, Tongkang Pechah, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit.
- Hospital Sultanah Nora Ismail
- Hospital Pantai Batu Pahat
- Hospital Pakar Putra
- KPJ Mutiara Gading (sedang dibina)
Kemudahan Jabatan-Jabatan Kerajaan كموداهن جابتن٢ كراجأنSunting
Kemudahan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan sememangnya diutamakan. Lantaran itu sebuah Bangunan Gunasama Persekutuan dibina di Jalan Suasa yang menempatkan 10 agensi-agensi kerajaan yang berlainan fungsi.
Jabatan-jabatan kerajaan tersebut ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Perindustrian dan Perusahaan, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Hal Ehwal Orang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bim Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Pejabat Pembahagi Harta Pusaka. Dengan penyatuan jabatan-jabatan di bawah satu bumbung ini, penduduk Batu Pahat tidak perlu lagi bersusah payah untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang ditempatkan di beberapa tempat seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, RISDA, Jabatan Kastam, Jabatan Kerja Raya, Mahkamah dan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tidak dilupakan juga kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat yang merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan kemajuan daerah ini. Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail menempatkan dua jabatan kerajaan yang lain iaitu Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah.
Industri Pembuatan dan Pemprosesan ايندوستري ڤمبواتن دان ڤمڤروسيسنSunting
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik yang kedua terbesar di Johor. Ia turut dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat lebih 300 kilang tekstil dan pakaian. Selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara, Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.
Lihat juga ليهت جوڬSunting
Rujukan رجوكنSunting
- ^ 83000 batu pahat, johor » Interesting BP Info
- ^ Perpustakaan Negara Malaysia
- ^ Perpustakaan Negara Malaysia
- ^ "Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 11. Dicapai pada 9 September 2012.
- ^ Nafas baharu Bandar Penggaram.
- ^ Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (Laporan). Department of Statistics, Malaysia. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf.
- ^ Tempat makan di Batu Pahat
- ^ "Greater Kuala Lumpur - EPP 3: Connecting to Singapore via a high speed rail system".
- ^ Tugu Batu Pahat
- ^ Tugu Batu Pahat
- ^ Kisah daripada sebuah perigi. Utusan Malaysia, 24 Oktober 2015
- ^ Pantai Minyak Beku
- ^ Pantai Rekreasi Punggor
Pautan luar ڤاوتن لوارSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Batu Pahat |
- Panduan pelancongan Batu Pahat dari Wikivoyage
- Majlis Perbandaran Batu Pahat
- Batu Pahat Portal Online dengan peta, berita, peristiwa dan filem
- 7 Tempat Menarik Di Batu Pahat Mesti Pergi