Yong Peng ialah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.

Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Mohor rasmi Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahBatu Pahat
Penubuhan1950
Majlis Daerah1979
Pentadbiran
 • Yang DipertuaHj. Mohd Khir Johari Hj. Salleh
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah29,046
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
837xx
Laman sesawanghttp://www.mdyongpeng.gov.my

Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.

Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.

Pentadbiran sunting

 
Majlis Daerah Yong Peng

Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng[3] (MDYP, dahulu dikenali sebagai '"Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.

Makanan sunting

Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.

Rujukan sunting

  1. ^ Peta lokasi Yong Peng
  2. ^ "Laman web Kerajaan Johor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-08. Dicapai pada 2007-05-01.
  3. ^ http://www.mdyongpeng.gov.my/home

Pautan luar sunting