Durian
Durian (Jawi: دورين ) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio.[1] Buah yang dihasilkan ini bersaiz besar, beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuh duri, daripada duri-duri kulit buah inilah durian mendapat namanya.[2] Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah".[3] Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 sm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 paun). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.
Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Semenanjung Melayu serta pulau-pulau Filipina, Sumatera dan Borneo, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur memerikan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.
Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.
Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan jenis daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan.[4][5] Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan.[4] Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran.
Spesies
suntingPokok durian bersaiz besar, dengan ketinggian 25–50 meter (80–164 kaki) mengikut spesies.[6] Daunnya malar hijau, berbentuk eliptik ke oblong dan 10–18 cm (4–7 in) panjang. Bunganya terhasil dalam gugusan tiga hingga tiga puluh di dahan besar dan juga batang, dengan setiap bunga mempunyai kaliks (sepal) dan lima (jarang empat atau enam) ranggi. Durian boleh berbunga dan berbuah sekali atau dua kali setahun, bergantung kepada spesies, kultivar dan lokasi. Pokok ini lazimnya boleh berbuah selepas 4-5 tahun. Buahnya boleh tergantung dari sebarang cabang, dan akan masak kira-kira tiga bulan selepas pendebungaan. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) garis pusat, dan seberat 1 hingga 3 kilogram (2–7 lb).[6] menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian.
Selain Durio zibethinus, lapan spesies lain yang dikenal pasti boleh dimakan ialah D. dulcis, D. grandiflorus, D. graveolens, D. kutejensis, D. lowianus, D. macrantha, D. oxleyanus dan D. testudinarum.[7] Bagaimanapun, masih ada banyak spesies yang tidak dikumpul dan dikaji buahnya dengan teliti, jadi mungkin ada lagi spesies lain yang buahnya boleh dimakan.[6]
Durian, khususnya D. zibethinus, didebungakan secara terbuka, dan dengan itu menunjukkan banyak kepelbagaian dalam warna dan bau buah, saiz biji dan isi, dan fenologi pokok. Nama spesies zibethinus merujuk kepada musang kesturi, Viverra zibetha. Terdapat perselisihan sama ada nama ini, yang diberikan oleh Linnaeus, merujuk kepada sifat musang ini yang sangat sukakan durian sehingga buah ini digunakan sebagai umpan menangkapnya, atau kepada bau durian yang seperti bau musang kesturi.[8]
Bunga durian besar dan berbulu dengan nektar banyak, dan mengeluarkan bau bermentega, masam dan berat. Ciri ini biasa untuk bunga yang didebungakan oleh spesies tertentu kelawar yang memakan nektar dan debunga.[9] Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 1970-an, durian didebungakan hampir sepenuhnya oleh kelawar buah gua (Eonycteris spelaea).[6] Namun, satu kajian 1996 menunjukkan dua spesies, D. grandiflorus dan D. oblongus, didebungakan oleh burung Arachnothera (Nectariniidae) manakala satu lagi spesies, D. kutejensis, didebungakan oleh lebah tualang dan burung selain kelawar.[10]
Kultivar
suntingSetelah beberapa abad, pelbagai jenis kultivar durian hasil daripada pembiakan vegetatif telah muncul di Asia Tenggara. Dahulunya ditanam dengan keputusan campur daripada biji pokok yang menghasilkan buah berkualiti tinggi, kultivar kini dibiakkan dengan perlapisan, penetutan, atau lebih lazim, melalui pencantuman, termasuk cantuman tunas, venir, potongan, tanggam atau U kepada kecambah pokok penanti yang dipilih secara rawak. Kultivar berlainan dapat dibezakan setakat tertentu melalui kepelbagaian dalam bentuk buah, seperti bentuk duri.[6] Penggemar durian menyukai kultivar tertentu, menaikkan harganya di pasaran.[11]
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99 (Kop Kecil), D158 (Kan Yao), D159 (Mon Thong) dan D197 (Raja Kunyit). Nombor D diberikan untuk membezakan mereka daripada "piawaian" jenis liar. Setiap kultivar memiliki rasa dan bau berlainan.
Lebih 300 kultivar durian wujud di Thailand.[4] Mon Thong paling dicari secara komersil disebabkan isinya yang sederhana manis dan penuh berkrim dengan bau yang tidak begitu kuat dan biji kecil. Manakala Chanee yang terbaik daripada segi tahan jangkitan oleh Phytophthora palmivora. Selain dua kultivar ini, Kan Yao, Ruang dan Kradum juga ditanam secara komersil skala besar.[12] Di Malaysia pula, terdapat sekurang-kurangnya 199 klon durian yang telah didaftarkan[13][14] dan banyak kultivar baik dikenalpasti melalui pertandingan tahunan dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Di Vietnam, proses sama turut dilakukan melalui pertandingan anjuran Institut Penyelidikan Buah Selatan. Varieti popular kini ialah D24 dan D101.[15]
Sehingga 2007, Songpol Somsri, seorang ahli sains kerajaan Thai, telah mengacuk lebih 90 klon durian bagi mencipta Chantaburi No. 1, suatu kultivar tanpa bau cirinya.[16] Satu hibrid lain, Chantaburi No. 3, mengeluarkan bau lebih kurang tiga hari selepas dipetik, membolehkan penghantaran tanpa bau dan pada masa sama memuaskan penggemar yang sukakan bau sengit itu.[16] Pada 22 Mei 2012, dua lagi kultivar tanpa bau dari Thailand, Longlaplae dan Linlaplae, ditunjukkan kepada umum oleh Yothin Samutkhiri, gabenor wilayah Uttaradit di mana kultivar ini dibangunkan.[17]
Ada satu klon durian yang memang tidak berduri semula jadi. Klon tersebut ialah D172. Ia didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 17 Jun 1989. Durian ini diberi nama "Durian Botak" dan berasal dari Muar, Johor.[18] Sebelum itu, durian tanpa duri juga pernah dijumpai di Bandar Davao, Filipina pada 1960-an.[6] Ini berbeza daripada durian yang sisiknya dikikis semasa muda, dengan itu menghalang pertumbuhan duri.[6] Terbaharu di Indonesia pula, Pusat Penelitian Durian Universitas Brawijaya melaporkan kewujudan durian tanpa duri dari Kasembon, Malang. Satu lagi kultivar adalah dari Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.[19]
Taburan
suntingDurian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia,[6] meskipun ia boleh tumbuh dalam sebarang cuaca yang serupa. Durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1500 – 2500 mm setahun.[20] Ia merupakan pohon tropika dan berhenti membesar apabila suhu harian purata jatuh ke bawah 22 °C (72 °F).[7][21]
Pusat kepelbagaian ekosistem untuk durian ialah kepulauan Borneo, di mana banyak buah spesies Durio seperti D. zibethinus, D. dulcis, D. graveolens, D. kutejensis, D. oxleyanus dan D. testudinarum dijual di pasar tempatan. Di Brunei, D. zibethinus tidak ditanam kerana pelanggan lebih menyukai spesies lain seperti D. graveolens, D. kutejensis dan D. oxleyanus. Bersama dengan spesies lain seperti D. testudinarum dan D. dulcis, kepelbagaian ini mewakili kepelbagaian genetik yang kaya.[22]
Walaupun durian tidak berasal dari Thailand, negara itu ialah pengeksport penting durian, menanam 781,000 tonne (769,000 long ton; 861,000 short ton) daripada 1,400,000 tonne (1,400,000 long ton; 1,500,000 short ton) keluaran dunia pada 1999, yang mana 111,000 tonne (109,000 long ton; 122,000 short ton) daripadanya dieksport ke Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Kanada.[12][23] Ini diikuti Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya menghasilkan sekitar 265,000 tonne (261,000 long ton; 292,000 short ton). Pada 1999, 35,000 tonne (34,000 long ton; 39,000 short ton) keluaran Malaysia dieksport.[23] Kawasan utama penanaman secara komersil Malaysia adalah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.[21] Chanthaburi di Thailand setiap tahun mengadakan Pesta Durian Sedunia pada awal Mei. Wilayah ini bertanggungjawab mengeluarkan separuh keluaran durian Thailand.[24][25] Di Filipina, pusat pengeluaran durian adalah di Daerah Davao di kepulauan Mindanao. Pesta Kadayawan merupakan perayaan tahunan menonjolkan durian di Bandar Davao. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Sri Lanka, Caribbean, Florida, Hawaii, Papua New Guinea, Polinesia, Madagaskar, selatan China (pulau Hainan), utara Australia (Queensland) dan Singapura.
Durian diperkenalkan ke Australia pada awal 1960-an dan bahan klon diperkenalkan pada 1975. Lebih 30 klon D. zibethinus dan enam spesies Durio telah sampai ke Australia.[26] China merupakan pengimport utama, membeli 65,000 tonne (64,000 long ton; 72,000 short ton) pada 1999, diikuti Singapura dengan 40,000 tonne (39,000 long ton; 44,000 short ton) dan Taiwan dengan 5,000 tonne (4,900 long ton; 5,500 short ton). Pada tahun yang sama, Amerika Syarikat mengimport 2,000 tonne (2,000 long ton; 2,200 short ton), kebanyakannya beku, manakala Komuniti Eropah mengimport 500 tonne (490 long ton; 550 short ton).[23]
Durian merupakan tumbuhan bermusim. Di Semenanjung Malaysia dan Singapura, musim durian lazimnya adalah dari April hingga September mengikut tempat, yang berbetulan dengan musim manggis.[21] Harga durian boleh dikatakan mahal berbanding buah lain. Sebagai contoh, di Singapura, permintaan besar kultivar kualiti tinggi seperti D24, Sultan, dan Mao Shan Wang menyebabkan harga jualan antara S$8 hingga S$15 (RM19 hingga RM$35) per kilogram.[11] Dengan berat purata 1.5 kilogram (3.3 lb), kos sebiji durian adalah antara S$12 hingga S$22 (RM28 hingga US$51).[11] Bahagian "isi" yang boleh dimakan adalah bahagian selaput buah yang hanya sekadar 15-30% jisim buah tersebut.[27] Ramai pelanggan di Singapura bagaimanapun sanggup berbelanja sehingga S$75 (RM175) untuk sekitar enam biji bagi dikongsi bersama keluarga.[11]
Durian ketika musimnya boleh ditemui di pasar raya utama Jepun, manakala di dunia Barat, durian terdapat di sesetengah pasar raya bagi memenuhi kehendak masyarakat Asia Timur.
Rasa dan bau
suntingRasa dan bau durian yang lain daripada yang lain menyebabkan ramai orang melahirkan pandangan yang ghairah dan berbagai-bagai, daripada yang tahu menikmati kepada yang amat jijik. Menulis pada 1856, ahli alamiah British Alfred Russel Wallace menerangkan rasa durian:
Lima sel di dalamnya berwarna putih-sutera, dan dipenuhi oleh isi pejal berwarna putih kuning, dengan kira-kira tiga biji setiap sel. Isi itu ialah bahagian yang boleh dimakan, dan rasa dan kekonsistenannya tidak dapat diperikan. Kastard penuh lemak berperisa badam boleh memberikan idea yang betul, namun sekali-sekala ada hembusan perisa yang mengingatkan pada krim keju, sos bawang, wain syeri, dan hidangan janggal lain. Kemudian ada kelicinan berglutin lemak pada isi yang tidak dimiliki apa-apa yang lain, namun menambah keistimewaannya. Walaupun ia tidak berasid atau manis atau berjus; ia dengan sendirinya telah sempurna, dan tidak memerlukan mana-mana kualiti ini. Ia tidak meloyakan atau menyebabkan kesan buruk lain, dan lebih banyak anda makannya lebih kurang anda hendak berhenti. Malah sebenarnya, memakan Durian ialah suatu perasaan baharu yang berbaloi belayar ke Timur bagi mengalaminya.[28][a]
Wallace sendiri menceritakan bahawa pada mulanya dia keberatan mencuba disebabkan aromanya, "Saya mula merasa durian di Melaka, tetapi durian yang saya dapati atas tanah di Borneo dan makan di luar rumah begitu sedap dan saya serta-merta menjadi pemakan durian."[29][30] Beliau memetik seorang pengembara dari 1599:[b] "ia begitu sedap sekali dan mengatasi buah-buahan lain di dunia ini, menurut mereka yang pernah merasanya." Beliau memetik penulis lain: "Bagi mereka yang tidak mengenalinya, pada mulanya ia berbau seperti bawang busuk, namun sebaik sahaja selepas mereka merasanya mereka lebih menyukainya daripada semua makanan lain. Orang tempatan memberinya gelaran mulia, menyanjungnya, dan menulis puisi mengenainya."[29]
Sementara Wallace sekadar mengingatkan bahawa "bau buah yang masak memang pada mulanya tidak menyenangkan", penerangan kemudian oleh orang barat adalah lebih grafik. Novelis British Anthony Burgess menulis bahawa memakan durian adalah "seperti memakan blancmange raspberi manis dalam tandas".[31] Walaupun telah mencuba makanan yang boleh dikatakan lebih aneh, chef Andrew Zimmern, pengacara Bizarre Foods, tidak dapat menghabiskan seulas durian yang dicubanya, disebabkan ketidaktoleransian beliau terhadap rasa kuatnya. Beliau membandingkan rasanya dengan "bawang lembik yang sama sekali busuk".[32] Anthony Bourdain, pencinta durian, menceritakan pertemuannya dengan buah itu: "Rasanya cuma boleh diperikan sebagai...tidak dapat diperikan, sesuatu yang anda akan sama ada suka atau benci. ...Nafas anda akan berbau seperti anda telah berkucupan lidah dengan nenek anda yang telah meninggal."[33] Perbandingan lain bau durian telah dibuat dengan musang kesturi, kumbahan, muntah lama, semburan skunk dan kapas bedah telah digunakan.[34]
Penerangan yang pelbagai terhadap bau durian mungkin mempunyai banyak kaitan dengan keragaman bau durian itu sendiri. Durian daripada spesies atau klon berbeza boleh memiliki aroma yang amat berbeza; sebagai contoh, durian merah (D. dulcis) memiliki perisa karamel mendalam dengan bau turpentin manakala durian isi-merah (D. graveolens) mengeluarkan haruman badam panggang.[35] Antara kelainan D. zibethinus, kelainan Thai lebih manis rasanya dan kurang berbau berbanding keluaran Melayu.[6] Tahap masak buah itu juga memberi kesan kepada rasanya.[6] Tiga analisis saintifik komposisi aroma durian — dari 1972,[36] 1980, dan 1995 — semuanya menjumpai campuran sebatian meruap termasuk ester, keton, dan sebatian sulfur berlainan, dengan tiada persetujuan sebatian mana yang paling bertanggungjawab terhadap bau tersendiri itu.[6]
Bau yang kuat ini boleh dikesan sehingga setengah batu jauh oleh haiwan. Antara haiwan yang berselera dengan durian ialah tupai, kancil, babi, orang utan, gajah, dan malah harimau yang karnivor.[37][38] Sementara sesetengah haiwan ini hanya memakan isi dan meninggalkan bijinya, ada yang menelan dengan bijinya sekali dan kemudian mengumuhnya di tempat lain, menyebarkan biji durian ke situ.[39] Kulit keras berduri buah ini mungkin menghalang haiwan kecil; namun haiwan besar berkemungkinan membawa biji durian jauh daripada pokok induknya.[40]
Walaupun terkenal di kalangan penduduk tempatan, disebabkan baunya yang kuat, durian dilarang untuk dibawa ke sesetengah tempat, seperti ke dalam kabin pesawat penerbangan, sistem pengangkutan transit awam dan hotel di Asia Tenggara.[41][42]
Pemilihan
suntingMenurut Larousse Gastronomique, durian boleh dimakan apabila kulitnya mula merekah.[43] Bagaimanapun, waktu paling sesuai memakan durian masak itu berbeza-beza mengikut kawasan di Asia Tenggara dan spesies. Sesetengah spesies tumbuh tinggi dan hanya boleh dikutip apabila buahnya jatuh sendiri ke tanah, manakala kebanyakan kultivar D. zibethinus dipotong daripada pokoknya dan dibiarkan masak sementara menanti dijual. Sesetengah orang di selatan Thailand sukakan durian yang lebih muda ketika tekstur isinya masih rangup dan baunya tidak begitu kuat. Sementara itu di utara Thailand, lebih ramai orang sukakan buah yang lembut dan harum. Di Malaysia dan Singapura pula, kebanyakan pelanggan mahukan buah yang benar-benar masak dan beraroma dan malah mungkin membiarkan durian itu terus masak selepas kulitnya telah merekah. Dalam keadaan ini, isinya menjadi penuh berkrim dan sedikit memabukkan,[34] manakala aromanya begitu ketara dan rasanya sangat kompleks.
Bagi penggemar yang selalu memakan durian, mereka lazimnya mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik. Namun kepelbagaian pilihan terhadap kemasakan durian menjadikannya sukar membuat ungkapan am tentang ciri-ciri durian yang "baik". Buah yang jatuh dari pokok akan terus masak selama dua hingga empat hari; isi yang masih tidak dimakan selepas lima atau enam hari akan dianggap bermutu rendah kerana terlebih ranum sehingga berubah rasa, membusuk dan penampilan yang tidak menarik terhadap buah durianranum dan tidak lagi sedap.[4] Mutu buah pokok durian juga boleh menyusut kerana dijangkiti penyakit pokok sehingga mendatangkan gejala yang sama sampai penampilan buah durian juga kelihatan tidak menarik.[44] Nasihat biasa bagi seorang pembeli durian yang membeli di pasar ialah untuk memeriksa kualiti tangkai atau gagang yang akan mulai kering selepas terpisah dari pokok: tangkai yang besar dan pejal ialah satu tanda kesegaran.[45] Ada pekedai yang tidak bermoral yang akan cuba membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian. Disebabkan kepopularan Kan Yao, penjual jalanan kadangkala menjual jenis kurang elok dengan tangkai panjang kepada pelanggan yang tidak menyangka.[45] Satu lagi nasihat lazim bagi peminat yang menggemari buah yang isinya kering dan matang ialah menggoncang buah tersebut dan memasang telinga bagi bunyi atau getaran biji bergerak. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah.[46]
Selain itu, ada beberapa lagi panduan yang boleh dipakai:[46][47]
- Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana lazimnya durian jenis ini memiliki isi yang kering dan manis. Selain itu, duri yang tumpul juga memudahkan durian dibuka.
- Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, baunya dengan merapatkan durian ke hidung. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.
- Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.
- Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa. Cari garisan pangsa. Garisan pangsa itu akan jelas kelihatan pada kulit buah apabila sudah matang.
Memilih buah yang tepat amat penting apabila penjual menjual buah "seperti itu" tanpa dibuka. Masa kini ialah lumrah untuk penjual membuka buah dan menjual bahagian dalam yang boleh dimakan. Dengan sebegini, melihat atau merasa bahagian boleh dimakan telah menjadikan teknik pemilihan kurang penting.[48]
Pemilihan durian di ladang adalah mudah. Buah dari pohon yang sama secara umumnya mempunyai ciri-ciri yang serupa. Lazimnya buah di ladang masak dan jatuh dari pokok, jadi kemasakan buah bukanlah sesuatu pekara yang dibimbangkan.[49][48]
Membuka
suntingSecara umumnya, membuka buah durian agak sukar, terutamanya yang belum cukup masak.[50][51] Akan tetapi, kebanyakan penjual akan membuka buah sebagai satu perkhidmatan apabila pembeli telah bersetuju membelinya. Sebaliknya, buah durian yang telah dibuka siap-siap dan diletakkan dalam bungkusan boleh dibeli di pasar raya. Bagaimanapun, buah durian yang dibuka perlu dimakan dalam tempoh waktu beberapa jam sahaja kerana buah yang dibuka tidak tahan lama. Apabila isi telah mula berair, buah durian kehilangan rasanya dan tidak lagi sedap. Supaya tahan lama, isi durian perlu disimpan di dalam peti sejuk.[52][53]
Buah durian boleh dibuka secara berhati-hati dengan menggunakan peralatan yang biasa terdapat di rumah, seperti pisau dan kain.[52] Pemeriksaan kulit luar buah akan mendedahkan "garis" di sepanjang permukaan di mana duri durian tersusun dalam baris lurus di sebalik duri lain yang kelihatan bertaburan secara rawak pada permukaan buah. Umumnya terdapat sehingga lima garis sepanjang permukaan buah durian, menunjukkan kewujudan lima pangsa.[52]
Bahagian tangkai durian sepatutnya diterbalikkan dan garisan urat sepatutnya tertumpu satu titik sekitar di bawah buah. Dengan perlahan, jolok hujung pisau ke dalam titik ini. Kemudian gelongsorkan sedikit mata pisau di sepanjang "garis" yang telah dikenal pasti sebelum ini dan ungkilkan. Gunakan sarung tangan atau kain buruk yang tebal untuk memegang buah durian dengan sebelah tangan, sementara sebelah yang lain melakukan tugasan ini.[52][54]
Apabila kulit buah durian telah pun terbuka kepada dua bahagian, isi di dalam boleh dimakan. Bahagian ruas selebihnya boleh ditolak dengan menggunakan tapak tangan untuk menolak pada bingkai kulit durian pada bahagian yang bertentangan. Ia boleh membantu untuk mengoyakkan hujung kulit durian sedikit pada sepanjang pusat titik tengah sebelum melakukan ini.[52][54]
Bagi durian untuk dieksport pula, lazimnya buah yang muda dan belum masak digunakan. Buah sebegini kulitnya keras dan pangsanya belum kelihatan. Oleh itu, mesin pemotong durian hidraulik boleh digunakan.[55]
Sejarah
suntingDurian telah dikenali dan dimakan di Asia Tenggara sejak zaman prasejarah lagi.[56][57], tetapi cuma baru dikenali dunia barat selama kira-kira 600 tahun. Rujukan Eropah terawal yang diketahui ialah rekod Niccolò de' Conti, yang mengembara ke Asia Tenggara pada abad ke-15.[58] Da Conti menulis dalam Latin: "Mereka (orang Sumatera) memiliki sejenis buah hijau yang dipanggil durian, sebesar tembikai. Di dalamnya ada lima benda seperti oren panjang, dan berupa mentega tebal, dengan paduan beberapa rasa."[59] Pakar perubatan Portugis Garcia de Orta memerikan durian dalam Colóquios dos simples e drogas da India yang diterbitkan pada 1563. Pada 1741, Herbarium Amboinense oleh ahli botani Jerman Georg Eberhard Rumphius diterbitkan, memberikan penerangan paling terperinci dan tepat durian bagi lebih seabad. Genus Durio memiliki taksonomi kompleks yang telah melihat pembuangan dan penambahan banyak spesies sejak ia dicipta oleh Rumphius.[7] Semasa tahap awal kajian taksonominya, terdapat sedikit kekeliruan antara durian dan durian belanda (Annona muricata), kerana kedua-dua spesies ini berkulit duri hijau.[58][60] Pada abad ke-18, Johann Anton Weinmann menganggap durian termasuk dalam Castaneae kerana buahnya hampir serupa dengan berangan kuda (Aesculus hippocastanum).[58]
D. zibethinus diperkenalkan ke Ceylon oleh Portugis pada abad ke-16 dan diperkenalkan semula banyak kali selepas itu. Ia telah ditanam di Amerika namun terbatas kepada taman botani. Anak benih pertama dihantar dari Taman Botani Diraja, Kew, ke Dominika pada 1884.[61]
Di Asia Tenggara, durian telah ditanam selama beberapa kurun di kampung-kampung, barangkali sejak awal abad ke-18, dan secara komersil sejak pertengahan abad ke-20.[6] Dalam My Tropic Isle, ahli alamiah Australia Edmund James Banfield menceritakan, pada awal abad ke-20, seorang rakan di Singapura menghantar kepadanya biji durian, yang ditanam dan dijaga beliau di pulau tropikanya di persisiran utara Queensland.[62]
Pada 1949, ahli botani British E. J. H. Corner menerbitkan The Durian Theory, or the Origin of the Modern Tree. Teori beliau ialah sebaran biji benih oleh haiwan (melalui perut) muncul sebelum sebarang kaedah sebaran biologi lain, dan leluhur primitif spesies Durio merupakan pengamal kaedah penyebaran ini yang terdahulu, khususnya durian meriah (D. dulcis) yang merupakan contoh buah primitif pokok berbunga.
Sejak awal 1990-an, permintaan domestik dan antarabangsa durian di sekitar ASEAN telah meningkat tinggi, sebahagiannya disebabkan peningkatan kemakmuran Asia.[6]
Kegunaan dan ciri
suntingMasakan
suntingSelain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh digunakan bagi memberi rasa kepada pelbagai jenis manisan seperti air batu campur, bubur, dodol, jem,[21] lempuk,[63] dan di zaman moden, aiskrim, kuih bulan, kopi kapucino dan susu kocak.[64] Ais durian ialah pencuci mulut yang popular di Indonesia, dijual di gerai tepi jalan di kota-kota, terutamanya di Jawa. Pulut durian atau ketan durian juga popular di musim durian di Indonesia dan Malaysia. Di Sabah, durian merah digoreng dengan bawang dan cili dan dihidangkan sebagai hidangan sampingan.[65] Durian isi merah secara tradisinya ditambah ke dalam sejenis sup ikan air tawar.[3] Ikan brengkes ialah ikan yang dimasak dalam sos durian, makanan tradisional di Sumatera.[66] Secara tradisi, kuih Bolen Bandung dibuat daripada pisang dan keju. Namun hari ini, terdapat juga Bolen durian. Isi durian kering boleh dijadikan kerepek.[67]
Durian boleh diawet dengan kedua-dua gula (misalnya lempok) dan garam (misalnya tempoyak). Tempoyak ialah sejenis pekasam yang diperbuat daripada isi durian tertapai, biasanya daripada durian berkualiti rendah yang kurang sesuai dimakan terus atau durian yang tidak dapat dihabiskan.[68] Tempoyak boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi atau dibuat gulai. Sambal tempoyak terkenal di Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Di Thailand, durian selalunya dimakan segar dengan pulut, dan bongkah pes durian dijual di pasar, namun kebanyakan pes itu dilancung dengan labu.[4] Durian muda boleh dimasak sebagai sayur kecuali di Filipina, di mana hanya durian manis yang dimakan. Apabila durian dilumat dengan garam, bawang dan cuka, ia dipanggil "boder".[69] Biji durian boleh dimakan jika direbus, dibakar atau digoreng, dengan tekstur yang serupa dengan keladi, tetapi lebih lekit. Di Jawa, bijinya dihiris halus dan dimasak dengan gula sebagai konfeksi. Biji yang mentah bersifat toksik dan tidak harus dimakan kerana mengandungi asid lemak siklopropena.[70]
Tunas dan daun muda durian kadangkala dimasak sebagai sayur daun. Kadangkala abu kulit yang dibakar ditambah kepada kek tertentu.[4] Ranggi bunga durian dimakan suku Batak di Sumatera Utara, Indonesia, sementara di Kepulauan Maluku kulit durian kering digunakan sebagai bahan bakar mengasap ikan atau menghasilkan produk rumah seperti talam. Manisan dan debunga durian merupakan salah satu sumber penting madu lebah, namun sifat madu tersebut tidak diketahui.[71]
-
Tempoyak
-
Pulut durian
-
Lempok durian
-
Kerepek durian
-
Aiskrim durian di Bogor
-
Gelato durian di Singapura
-
Kek perisa durian
-
Roti berinti durian
-
Lempeng durian
-
Krep durian
-
Bubur kacang hijau durian
Pemakanan dan khasiat
suntingNilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 615 kJ (147 kcal) |
Karbohidrat | 27.09 g |
- Serabut diet | 3.8 g |
Lemak | 5.33 g |
Protein | 1.47 g |
Air | 65g |
Vitamin A | 44 IU |
Tiamina (vit. B1) | 0.374 mg (33%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.2 mg (17%) |
Niasin (vit. B3) | 1.074 mg (7%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.23 mg (5%) |
Vitamin B6 | 0.316 mg (24%) |
Folat (vit. B9) | 36 μg (9%) |
Vitamin C | 19.7 mg (24%) |
Kalsium | 6 mg (1%) |
Besi | 0.43 mg (3%) |
Magnesium | 30 mg (8%) |
Mangan | 0.325 mg (15%) |
Fosforus | 39 mg (6%) |
Kalium | 436 mg (9%) |
Natrium | 2 mg (0%) |
Zink | 0.28 mg (3%) |
Kolesterol | 0mg |
Isi sahaja. Buangan: 68% (kulit dan biji) Sumber: USDA Nutrient database[72] Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Buah durian memiliki kandungan gula,[40] vitamin C, kalium dan triptofan asid amino serotoninergik yang tinggi,[73] dan menjadi sumber baik karbohidrat, protein dan lemak.[61][3] Ia disarankan sebagai sumber sihat lemak mentah oleh beberapa penyokong makanan mentah,[74][75] sementara yang lain mengelaskannya sebagai makanan glisemia tinggi, mengesyorkan pengurangan pemakanannya.[76][77] Orang yang mempunyai penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian.[78][79]
Durian dianggap sebagai makanan "panas" dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas itu.[78][80] Penawar tradisi adalah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah.[81] Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.[82]
Di Malaysia, rebusan daun dan akar durian pernah dijadikan ubat antipiretik. Rebusan ini dilumur pada dahi pesakit yang demam.[4] Penerangan paling lengkap terhadap kegunaan perubatan durian sebagai ubat ialah suatu preskripsi Melayu, dikutip Burkill dan Haniff pada 1930. Ia memberi arahan kepada pembaca supaya merebus akar Hibiscus rosa-sinensis dengan akar Durio zibethinus, Nephelium longana, Nephelium mutabile dan Artocarpus integrifolia, dan meminum air rebusan tersebut atau menuam menggunakannya.[83] Di Indonesia, kulit buah ini pun biasa dibakar dan abunya digunakan dalam ramuan untuk melancarkan haid dan menggugurkan kandungan. Abu dan air rendaman abu ini juga digunakan sebagai campuran pewarna tradisional.[84]
Satu lagi kepercayaan tempatan ialah durian memudaratkan kesihatan apabila dimakan dengan kopi[34] atau minuman beralkohol.[6] Kepercayaan mengenai alkohol ini boleh dikesan sehingga ke abad ke-18 apabila Rumphius menyatakan yang alkohol tidak patut diminum selepas memakan durian antaran ia akan menyebabkan ketidakcernaan dan nafas berbau. Pada 1929, J. D. Gimlette menulis dalam Malay Poisons and Charm Cures bahawa durian tidak boleh dimakan bersama brandi. Pada 1981, J. R. Croft menulis dalam Bombacaceae: In Handbooks of the Flora of Papua New Guinea bahawa "perasaan morbiditi" acap kali mengikuti penggunaan alkohol selepas memakan durian. Beberapa siasatan perubatan terhadap kesahan kepercayaan ini telah dijalankan dengan kesimpulan yang berbeza-beza,[6] tetapi satu kajian oleh Universiti Tsukuba mendapati kandungan sulfur buah ini yang tinggi menybabkan badan merencat aktiviti aldehid dehidrogenase, menyebabkan kekurangan 70% kebolehan mengeluarkan toksin dalam badan.[85]
Orang Jawa mempercayai durian memiliki mutu afrodisiak, dan meletakkan peraturan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dengan atau sejurus selepas durian.[34] Terdapat satu pepatah, durian jatuh sarung naik, yang merujuk kepada kepercayaan ini.[86] Amaran tentang anggapan kualiti gasang ini kemudian sampai ke Barat—ahli falsafah Swedenborg Herman Vetterling ada membuat ulasan mengenai "ciri erotik" durian pada awal abad ke-20.[87]
Pada 1920-an, Durian Fruit Products, Inc. di Bandar Raya New York melancarkan satu produk yang dipanggil "Dur-India" sebagai makanan tambahan kesihatan, berharga AS$9 bagi 12 botol, setiapnya mengandungi 63 biji pil. Pil ini dikatakan mengandungi durian dan satu spesies genus Allium dari India dan vitamin E. Syarikat tersebut menyatakan ia menyediakan "tenaga sihat lebih terpumpun dalam bentuk makanan berbanding dengan sebarang produk lain yang ada di dunia".[4]
Keselamatan
suntingDurian yang jatuh di atas kepala boleh menyebabkan kecederaan yang teruk kerana buahnya berat, berduri tajam dan boleh gugur dari tempat yang tinggi. Memakai topi keras digalakkan ketika mengutip durian. Alfred Russel Wallace menulis bahawa jarang ada kematian akibat ditimpa durian, kerana pancutan darah yang banyak akan menghalang terjadinya keradangan.[28] Papan tanda memberi amaran agar orang tidak berlengah-lengah di bawah pohon durian dapat dijumpai di Indonesia.[88] Jaring nilon atau tali anyam kuat sering digantung di antara pohon durian di ladang-ladang, dengan tiga tujuan: jaring ini membantu mengutip buah yang masak, menyelamatkan buah daripada binatang aras bumi, dan paling penting mengelakkan buah daripada menimpa manusia. Bagaimanapun, terdapat peribahasa "mendapat durian runtuh" yang bererti "keuntungan tidak dijangka dan tanpa bersusah-payah".
Kerana durinya yang tajam juga, buah durian boleh menyebabkan kecederaan ketika dibuka. Oleh itu, ia hendaklah dibuka secara berhati-hati dengan menggunakan peralatan yang sesuai, seperti pisau dan kain.[52]
Pengaruh budaya
suntingDurian digelar sebagai "Raja Buah",[3] suatu label yang boleh dikaitkan dengan rupanya yang mengagumkan dan baunya yang kuat.[89] Di tempat asalnya Asia Tenggara, durian boleh dianggap makanan harian dan digambarkan dalam media tempatan menurut tanggapan budaya di kawasan itu. Durian menjadi simbol sifat subjektif kehodohan dan kecantikan dalam filem pengarah Hong Kong Durian Durian, dan menjadi nama panggilan watak protagonis eponim komedi TV Singapura Durian King lakonan Adrian Pang.[90] Begitu juga, bangunan Esplanade yang agak pelik bentuknya sering kali dipanggil "Durian" oleh penduduk tempatan,[90] manakala "Durian Besar" ialah gelaran bagi kota Jakarta, Indonesia.[91]
Antara nama yang disumbangkan Thailand bagi nama ribut taufan Pasifik Utara Barat ialah 'Durian',[92] yang dibersarakan selepas ribut kedua dengan nama ini melanda pada 2006. Sebagai buah yang disukai banyak binatang buas, durian kadangkala menandakan aspek kehaiwanan manusia yang telah lama dilupakan, seperti dalam legenda Orang Mawas di Semenanjung Malaysia dan Orang Pendek di Sumatera, kedua-duanya didakwa menjamu selera dengan durian.[93][94] Dalam filem animasi Geng: Misteri Hantu Durian pula, terdapat makhluk ganjil yang juga sukakan durian. Banyak tempat di Asia Tenggara dinamakan bersempena buah ini, seperti Durian Tunggal dan Durian Sebatang di Malaysia, dan Sungai Durian dan Durian Besar di Indonesia.
Dalam Bahasa Melayu juga, terdapat banyak peribahasa berkenaan durian, antaranya: "Durian runtuh", "Masak durian, masak manggis" dan "Seperti mentimun dengan durian".[95]
Di Barat, durian telah menjadi sinonim dengan makanan asing berasa kuat yang ganjil atau baharu bagi orang Amerika. Durian telah ditonjolkan dalam rancangan seperti "Bizarre Foods with Andrew Zimmern", "No Reservations with Anthony Bourdain" dan sebagai ramuan dalam "Chopped".
Galeri
sunting-
Isi durian dijual secara berpaket
-
Kulit durian kering boleh diproses untuk membuat produk lain
-
Produk daripada kulit durian
-
Stesen bayaran berbentuk durian
Lihat juga
suntingNota
suntinga. ^ Wallace memberikan komen yang hampir sama dalam penerbitannya pada 1866, The Malay Archipelago: The land of the orang-utang and the bird of paradise.[96]
b. ^ Pengembara yang dipetik Wallace ialah Linschott (ejaan Wallace bagi Linschoten), yang namanya muncul berulang kali dalam gelintar Internet mengenai durian, dengan petikan-petikan tersebut berpunca kembali kepada Wallace. Dalam terjemahan tulisan Linschoten, buah ini dieja duryoen.[97]
Rujukan
sunting- ^ "Angiosperm Phylogeny Website — Malvaceae". Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 9 Apr 2013.
- ^ Sobir (2010). Bertanam Durian Unggul. Jakarta: PT Niaga Swadaya. m/s. 7. ISBN 9790024444. Dicapai pada 9 April 2013.
- ^ a b c d Heaton, Donald D. (2006). A Consumers Guide on World Fruit. BookSurge Publishing. m/s. 54–56. ISBN 1-4196-3955-2.
- ^ a b c d e f g h Morton, J. F. (1987). Fruits of Warm Climates. Florida Flair Books; republished in New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University. ISBN 0-9610184-1-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2021. Dicapai pada 5 Februari 2004.
- ^ "Hail the king of fruit – 10 types of durians from Malaysia". The Straits Times. 22 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2019. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o Brown, Michael J. (1997). Durio — A Bibliographic Review (PDF). International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI). ISBN 92-9043-318-3. Dicapai pada 20 November 2009.
- ^ a b c O'Gara, E., Guest, D. I. dan Hassan, N. M. (2004). "Botany and Production of Durian (Durio zibethinus) in Southeast Asia". Dalam Drenth, A. dan Guest, D. I. (penyunting). Diversity and management of Phytophthora in Southeast Asia. ACIAR Monograph No. 114 (PDF). Australian Centre for International Agricultural Research (ACIAR). m/s. 180–186. ISBN 1 86320 405 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Mac 2011. Dicapai pada 20 November 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Brown, Michael J. (1997). Durio — A Bibliographic Review (PDF). International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI). m/s. 2. ISBN 92-9043-318-3. Dicapai pada 2011-06-12. Lihat juga m/s. 5–6 sama ada Linnaeus atau Murray merupakan pakar yang benar bagi nama binomialnya
- ^ Whitten, Tony (2001). The Ecology of Sumatra. Periplus. m/s. 329. ISBN 962-593-074-4.
- ^ Yumoto, Takakazu (2000). "Bird-pollination of Three Durio Species (Bombacaceae) in a Tropical Rainforest in Sarawak, Malaysia". American Journal of Botany. American Journal of Botany, Jil. 87, No. 8. 87 (8): 1181–1188. doi:10.2307/2656655. JSTOR 2656655. PMID 10948003.
- ^ a b c d "ST Foodies Club — Durian King". The Straits Times. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-15. Dicapai pada 2008-07-25.
- ^ a b (Thai) "Durian Exporting Strategy, National Durian Database (กลยุทธการส่งออกทุเรียน)". Jabatan Pertanian, Thailand. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-18. Dicapai pada 2010-07-26.
- ^ "Comprehensive List of Durian Clones Registered by the Agriculture Department (of Malaysia)". Durian OnLine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-07. Dicapai pada 2006-03-05.
- ^ Zawawi, J. dan M.K. Zulkiflee. 2008. Klon durian terpilih Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. ISBN 978-9-8948-0828-9.
- ^ Teo Wan Gek (2009-06-23). "Durian lovers head north on day tours". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2009-09-19.
- ^ a b Fuller, Thomas (2007-04-08). "Fans Sour on Sweeter Version of Asia's Smelliest Fruit". New York Times. Dicapai pada 2008-11-20.
- ^ Odourless durians to hit the market Diarkibkan 2012-06-25 di Wayback Machine The Nation
- ^ Boosting Durian Productivity Diarkibkan 2013-06-16 di Wayback Machine m/s. 20. RIRDC. 2009.
- ^ "Durian Gundul (Trubus)". pertaniannusantara. 22 Feb 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 23 Mac 2014.
- ^ Bernard T., Wahyu Wiryanta. Penanaman Durian. Kuala Lumpur: Synergy Media. m/s. 15. ISBN 978-967-322-801-0.
- ^ a b c d "Durian". Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. 2013. Dicapai pada 10 April 2013.
- ^ M.B. Osman, Z.A. Mohamed, S. Idris dan R. Aman (1995). Tropical fruit production and genetic resources in Southeast Asia: Identifying the priority fruit species. International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI). ISBN 92-9043-249-7. Dicapai pada 20012-11-20. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ a b c "Committee on Commodity Problems — VI. Overview of Minor Tropical Fruits". FAO. 2001. Dicapai pada 2009-11-20. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ "World Durian Festival 2005". Thailand News — Thailand official news and information. Foreign Office, The Government Public Relations Department. 2005-06-05. Dicapai pada 2012-11-20.
- ^ "Thailand's Durian growing areas". Food Market Exchange. 2003. Dicapai pada 2012-11-20.
- ^ Watson, B. J (1983). "Durian". Fact Sheet No. 6.: Rare Fruits Council of Australia.
- ^ Brown, Michael J. (1997). Durio — A Bibliographic Review (PDF). International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI), m/s. 35. ISBN 92-9043-318-3. Dicapai pada 2013-04-10.[pautan mati kekal]
- ^ a b Alfred Russel Wallace (1856). "On the Bamboo and Durian of Borneo". Dicapai pada 2009-11-20.
- ^ a b Alfred Russell Wallace (1886). "The Malay Archipeligo: The land of the orang-utang and the bird of paradise". London: Macmillan & Co: 74. Dicapai pada 4 Jun 2010. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Mazlan Nordin (26/02/2012). "Antara raja buah dan orang Melayu paling garang". Utusan Online. Dicapai pada 3 September 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Anthony Burgess (1993, mula dicetak 1956). The Long Day Wanes: A Malayan Trilogy. W. W. Norton & Company. m/s. 68. ISBN 0-393-30943-6. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ "Bizarre Foods: Asia". Bizarre Foods with Andrew Zimmern. Musim 1. Episod 0 (rintis). 2006-11-01. Travel Channel. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) Video daripada YouTube. Dicapai 2013-03-22 - ^ "Anthony Bourdain tries out durian in Indonesia". Anthony Bourdain: No Reservations. Musim 2. Episod 12. 2006-06-19. Travel Channel. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) Video daripada YouTube. Dicapai 2013-06-29 - ^ a b c d Alan Davidson (1999). The Oxford Companion to Food. Oxford University Press. m/s. 263. ISBN 0-19-211579-0.
- ^ O'Gara, E., Guest, D. I. dan Hassan, N. M. (2004). "Occurrence, Distribution and Utilisation of Durian Germplasm". Dalam Drenth, A. dan Guest, D. I. (penyunting). Diversity and Management of Phytophthora in Southeast Asia ACIAR Monograph No. 114 (PDF). Australian Centre for International Agricultural Research (ACIAR). m/s. 187–193. ISBN 1-86320-405-9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-03-04. Dicapai pada 2008-11-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Baldry, J.; Dougan, J.; Howard, G. E. (1972). "Volatile flavouring constituents of Durian". Phytochemistry. 11 (6): 2081. doi:10.1016/S0031-9422(00)90176-6.
- ^ Kevin Mulqueen (18 Okt 2004). "In praise of the delectable durian". Telegraph. Dicapai pada 4 September 2013.
- ^ Sumatran tiger inspects durian fruit on forest floor Diarkibkan 2012-08-26 di Wayback Machine Video di Arkive.org. Dicapai 4 September 2013
- ^ Janet Marinelli (Ed.) (1998). Brooklyn Botanic Garden Gardener's Desk Reference. Henry Holt and Co. m/s. 691. ISBN 0-8050-5095-7.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ a b Harold McGee (2004). On Food and Cooking (Revised Edition). Scribner. m/s. 379. ISBN 0-684-80001-2.
- ^ Jon Winokur (Ed.) (2003). The Traveling Curmudgeon: Irreverent Notes, Quotes, and Anecdotes on Dismal Destinations, Excess Baggage, the Full Upright Position, and Other Reasons Not to Go There. Sasquatch Books. m/s. 102. ISBN 1-57061-389-3.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Rohana Mustaffa (25 Julai 2011). "Isu Duri Yang Sensitif Di Hotel 5-Bintang". BERNAMA. KPDNKK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 4 September 2013.
- ^ Montagne, Prosper (Ed.) (2001). Larousse Gastronomique. Clarkson Potter. m/s. 439. ISBN 0-609-60971-8.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Cahayono, Ir. Bambang (2011). Cara Sukses Berkebun DURIAN Impor & Lokal. Pustaka Mina Jakarta 2011. m/s. 96. ISBN 978-979-3756-72-1.
- ^ a b "Durian & Mangosteens". Prositech.com. Dicapai pada 20 November 2008.
- ^ a b "5 Tips Memilih Durian". TryMasak. 18 Apr 2011. Missing or empty
|url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Panduan Menanam Durian". Jabatan Pertanian Negeri Perak. 4 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ a b "200 tahun tidak henti berbuah". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ Ismail (1 Julai 2007). "Petani: Tanaman Durian". Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ Domanic Domba (2010). Mr. Sanuh. Pittsburgh: Dorrance Publishing. m/s. 171. ISBN 9781434941701.
- ^ Marion Bravo-Bhasin (2009). "6". CultureShock! Singapore: A Survival Guide to Customs and Etiquette. Marshall Cavendish International Asia. m/s. 166. ISBN 9789814408974.
- ^ a b c d e f Dennis Sim. "Technique of Choosing and Opening Durians". Southeast Asian Food. About.com. Dicapai pada 21 November 2013.
- ^ "Durian boleh tahan setahun dalam peti sejuk beku". mStar Online. BERNAMA. 9 Ogos 2007. Dicapai pada 21 November 2013.
- ^ a b Faith Durand (02.05.2010). "How to Open a Durian Fruit - Home Hacks". The Kitchn. Dicapai pada 21 November 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Vivian N. Pletney, penyunting (2007). Focus on Food Engineering Research and Developments. Nova Publishers. m/s. 268. ISBN 9781600218989. Dicapai pada 25 November 2013.
- ^ "Durian Info Sheet" (PDF). Genefit Nutrition. 2007. Dicapai pada 4 Disember 2013.
- ^ "D U R I A N (Bombaceae sp.)". Pemerintah Kabupaten Jombang. Dicapai pada 4 Disember 2013.
- ^ a b c Brown, Michael J. (1997). "Introduction". Durio — A Bibliographic Review (Google Books). International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI). m/s. 3-6. ISBN 92-9043-318-3. Dicapai pada 2012-06-12.
- ^ Hobson-Jobson: The Anglo-Indian Dictionary - Henry Yule, Arthur Coke Burnell Google Books
- ^ Davidson, Alan (1999). The Oxford Companion to Food. Oxford University Press. m/s. 737. ISBN 0-19-211579-0.
- ^ a b "Agroforestry Tree Database — Durio zibethinus". International Center for Research in Agroforestry. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 2009-11-20.
- ^ Banfield, E. J., (1911). My Tropic Isle. T. Fisher Unwin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-07. Dicapai pada 2008-11-20.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Saniah bt. Kormin (2006). "Development Of Durian Paste (lempuk) Processed From Frozen And Fresh Durian Puree". MARDI. Dicapai pada 23 Januari 2014.
- ^ Tracy Russell (26 Februari 2010). "Durian Smoothie Recipes and Nutrition". Incredible Smoothies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-12. Dicapai pada 24 Januari 2014.
- ^ "Traditional Cuisine". Sabah Tourism Promotion Corporation. Dicapai pada 2008-11-20.
- ^ Justine Vaisutis (2007). Indonesia (Lonely Planet Travel Guides). Lonely Planet Publications. m/s. 83. ISBN 1-74104-435-9. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Azian Aziz (23/07/2008). "FAMA perkenal kerepek durian". Utusan Online. Dicapai pada 24 Januari 2014. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Durian Recipe Gallery". Durian Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-22. Dicapai pada 2008-11-20.
- ^ Alan Davidson (2006). "D". The Oxford Companion to Food (ed. 2). Oxford University Press. m/s. 936 m/s. Unknown parameter
|nopp=
ignored (bantuan) - ^ "Question No. 18085: Is it true that durian seeds are poisonous?". Singapore Science Centre. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-20. Dicapai pada 2009-11-20.
- ^ Crane, E. (Ed.) (1976). Honey: A Comprehensive Survey. Bee Research Association. ISBN 0-434-90270-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "USDA National Nutrient Database". U.S. Department of Agriculture. Dicapai pada 2013-02-22.
- ^ Wolfe, David (2002). Eating For Beauty. Maul Brothers Publishing. ISBN 0-9653533-7-0.
- ^ Boutenko, Victoria (2001). 12 Steps to Raw Foods: How to End Your Addiction to Cooked Food. Raw Family. m/s. 6. ISBN 0-9704819-3-4.
- ^ Mars, Brigitte (2004). Rawsome!: Maximizing Health, Energy, and Culinary Delight With the Raw Foods Diet. Basic Health Publications. m/s. 103. ISBN 1-59120-060-1.
- ^ Cousens, Gabriel (2003). Rainbow Green Live-Food Cuisine. North Atlantic Books. m/s. 34. ISBN 1-55643-465-0.
- ^ Klein, David (2005). "Vegan Healing Diet Guidelines". Self Healing Colitis & Crohn's. Living Nutrition Publications. ISBN 0-9717526-1-3.
- ^ a b "Berpada-pada makan durian". myMetro. 2012/07/02. Dicapai pada 26 Januari 2014. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Anne McElroy dan Patricia K. Townsend (2003). Medical Anthropology in Ecological Perspective. Westview Press. m/s. 253. ISBN 0-8133-3821-2.
- ^ Huang, Kee C. (1998). The Pharmacology of Chinese Herbs (Edisi Kedua). CRC Press. m/s. 2. ISBN 0-8493-1665-0.
- ^ Mohd Helmi Ahmad (2012). "Pulut Durian Santan Kelapa". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada 27 Feb 2013. Missing or empty|url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Mohamed Hatta Abu Bakar (18/12/12). "Adakah Petua Hilang Panas Makan Durian?". HBI Health & Homoeopathy Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-06. Dicapai pada 26 Januari 2014. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Burkill, I.H. dan Haniff, M. (1930). "Malay village medicine, prescriptions collected". Gardens Bulletin Straits Settlements (6): 176–177.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Heyne, K. 1987. Tumbuhan Berguna Indonesia, jil. 3. Yay. Sarana Wana Jaya, Jakarta. m/s. 1341-1343.
- ^ "Durians and booze: worse than a stinking hangover". New Scientist. 2009-09-16. Dicapai pada 2009-10-15. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Alan M. Stevens (2000). A Comprehensive Indonesian-English Dictionary. Ohio University Press. m/s. 255. ISBN 0-8214-1584-0. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Herman Vetterling (2003, mula dicetak 1923). Illuminate of Gorlitz or Jakob Bohme's Life and Philosophy, Part 3. Kessinger Publishing. m/s. 1380. ISBN 0-7661-4788-6. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ Justine Vaisutis (2007). Indonesia (Lonely Planet Travel Guides). Lonely Planet Publications. m/s. 393–394. ISBN 1-74104-435-9. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Buah manggis, dipanggil "ratu buah", pula mongel dan lembut. Musim manggis berbetulan dengan musim durian dan dianggap sebagai pelengkap, dan mungkin sebab manggis mendapat gelaran itu. Bernama (26 Disember 2012). "Buah-buahan tropika bermusim baik untuk kesihatan". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Jun 2014.
- ^ a b "Uniquely Singapore – July 2006 Issue". Singapore Tourism Board. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-23. Dicapai pada 2007-07-31.
- ^ Suryodiningrat, Meidyatama (2007-06-22). "Jakarta: A city we learn to love but never to like". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2014-08-06.
- ^ "Tropical Cyclone Names". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 2007-03-10.
- ^ Lian, Hah Foong (2000-01-02). "Village abuzz over sighting of 'mawas'". Star Publications, Malaysia. Dicapai pada 2008-11-20.
- ^ "Do 'orang pendek' really exist?". Jambiexplorer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-16. Dicapai pada 2006-03-19.
- ^ "Peribahasa Melayu - Durian". Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. Dicapai pada 12 Jun 2014.
- ^ Wallace, Arthur Russel (1886), m/s. 76
- ^ Burnell, Arthur Coke & Tiele, P.A. (1885). "The voyage of John Huyghen van Linschoten to the East Indies". from the old English translation of 1598: the first book, containing his description of the East. London: Hakluyt Society: 51 (n72 dalam medan laman elektronik). Cite journal requires
|journal=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link). Teks penuh di Internet Archive.
Bacaan lanjut
sunting- Salma Idris (2010). Durio Of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). MARDI. m/s. 164. ISBN 9789679365726.
- Zawawi Jawahir & Zulkiflee Mohd. Kasiran (2008). Klon Durian Terpilih Malaysia. Penerbit UPM. m/s. 139.
- Sobir, Ph.D., Rodame M. Napitupulu. Bertanam Durian Unggul. Google Books: PT Niaga Swadaya. ISBN 9789790024441.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Durian |
- Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
- Jabatan Pertanian Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Diarkibkan 2012-02-16 di Wayback Machine