Debunga (berakar daripada kata gabungan debu bunga) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan (sel sperma). Butiran debunga mempunyai lapisan keras yang melindngi sel sperma semasa proses pemindahan dari stamen ke pistil tumbuhan berbunga atau dari kon jantan ke kon betina tumbuhan konifer. Apabila debunga tiba di pistil serasi tumbuhan berbunga, ia bercambah dan menghasilkan tiub debunga yang memindahkan sperma kepada ovul ovari pokok tersebut. Butiran individu debunga cukup kecil untuk memerlukan pembesaran bagi melihat perincian.

Imej SEM butir debunga daripada pelbagai pokok biasa: bunga matahari (Helianthus annuus), seri pagi (Ipomoea purpurea), prairie hollyhock (Sidalcea malviflora), lili oriental (Lilium auratum), evening primrose (Oenothera fruticosa) dan biji jarak (Ricinus communis)
Imej jarak dekat bunga kaktus dan stamennya
Lebah madu Eropah membawa debunga dalam bekas debunga kembali ke sarang

Struktur debungaSunting

Debunga sendiri bukan merupakan gamet jantan,[1] tetapi setiap bijian debunga menandungi sel (cuma satu sel dalam kebanyakan pohon berbunga dan beberapa dalam tumbuhan benih lain) vegetatif (tidak membiak) dan sel generatif (membiak) yang mengandungi dua jenis nukleus:

  • nukleus tiub yang menghasilkan tiub debunga; serta,
  • nukleus generatif yang membahagi kepada dua sel sperma. Kedua-dua sel ini dikelilingi dinding sel berselulosa yang dipanggil intina, dand dinding luaran sporopollenin yang bernama eksina.

Debunga dihasilkan di dalam microsporangium yang terletak pada stamen bunga angiosperma, biji kon pokok konifer atau yang seumpamanya. Butiran debunga datang dalam pelbagai bentuk (kebanyakannya berbentuk sfera), saiz serta permukaan yang bergantung kepada jenis spesies. Ada juga butiran debunga yang mempunyai sayap, seperti pada spesies pain. Butir debunga yang paling kecil, iaitu dari spesies Myosotis spp., mempunyai diameter sekecil 6 µm (0.006  mm) manakala butiran debunga bawaan angin boleh mencecah sebesar 90 hingga 100 µm.[2] Pengkajian terhadap jenis-jenis debunga (palinologi) begitu penting dalam sains-sains paleoekologi, paleontologi, arkeologi, and forensik.

Dinding debunga melindungi bahan genetik penting dalam nukelus sperma daripada sinaran matahari dan pengeringan sambil butiran tersebut bergerak dari anter ke stigma. Permukaan butiran debunga diselaputi lilin dan protein yang dihubungkan struktur unsur ukiran (sculpture elements) padanya. Dinding luaran debunga melindungi debunga daripada mengecut lalu merosakkan kandungan genetik sewaktu pengeringan berlaku; ia terdiri daripada dua lapisan iaitu tektum dan intina.

Zarah-zarah debunga barangkalinya mempunyai alur di mana orientasinya boleh membahagikan jenis debunga kepada kolpat atau sulkus. Bilangan alur atau pora yang ada pada permukaan zarah membantu para pengkaji mengklasifikasikan jenis bunga yang menghasilkan sampel debunga contoh - debunga dari tumbuhan eudikot mempunyai tiga kolpat, manakala kumpulan-kumpulan tumbuhan yang lain hanya mempunyai satu sulkus sahaja.[3][4]

PendebungaanSunting

Peredaran debunga dari organ jantan tumbuhan kepada pasangan betinanya dikenali sebagai pendebungaan. Proses ini dapat dilakukan sama ada melalui tiupan angin, di mana debunga yang terpilih cenderungnya ringan dan berkuantiti banyak, mahupun serangga, di mana debunga yang terambil cenderungnya berat, melekit dan kaya dengan protein.

Apabila sebutir zarah debunga diletakkan di atas stigma bunga dengan keadaan yang mengizinkan, butir debunga tersebut akan melepaskan tiub debunga yang menumbuh ke dalam tisu seakan struktur ovari melalui plasenta tumbuhan tersebut hinggalah ia sampai ke mikropil ovul. Sementara itu pula, nukleus generatif turut menyusul sambil ia membahagikan diri menjadi dua sel sperma yang akan tiba di destinasi mereka di hujung tiub yang terbina itu.

Hubungan dengan manusiaSunting

PenggunaanSunting

Debunga bawaan lebah selamat dimakan baik sebagai ramuan mahupun makanan sampingan; ia terdiri utama daripada karbohidrat dan kandungan protein membeza mengikut tumbuhan asal dihinggap dari 7 hingga 35 peratus.[5] Bahan ini juga terkandung dalam madu semula jadi, khususnya debunga yang menghasilkan asid kumarik-p[6] yang tidak sahaja bersifat antioksidan malah membasmi bakteria secara semulajadi.[7]

AlahanSunting

Reaksi alergi terhadap debunga sering dialami para penduduk kawasan beriklim kutub dan sederhana di mana debunga sering muncul secara bermusim; fenomena ini berkurangan di kawasan beriklim tropika. Alahan ini turut berkait dengan penyakit asma dihidapi sesetengah orang, lagi-lagi dalam persekitaran yang berubah berikutan terlandanya ribut petir (thunderstorm asthma).[8]

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Johnstone, Adam. Biology: facts & practice for A level. Oxford University Press. m/s. 95. ISBN 0-19-914766-3.
  2. ^ Pleasants, Jm; Hellmich, Rl; Dively, Gp; Sears, Mk; Stanley-horn, De; Mattila, Hr; Foster, Je; Clark, P; Jones, Gd (2001). "Corn pollen deposition on milkweeds in and near cornfields" (Free full text). Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 98 (21): 11919–24. doi:10.1073/pnas.211287498. PMC 59743. PMID 11559840. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ Kenneth R. Sporne (1972). "Some Observations on the Evolution of Pollen Types in Dicotyledons". New Phytologist. 71 (1): 181–185. doi:10.1111/j.1469-8137.1972.tb04826.x.
  4. ^ Walter S. Judd and Richard G. Olmstead (2004). "A survey of tricolpate (eudicot) phylogenetic relationships". American Journal of Botany. 91: 1627–1644. doi:10.3732/ajb.91.10.1627. (full text)
  5. ^ Sanford, Malcolm T. "Producing Pollen". Diarkib daripada yang asal pada January 13, 2007. Dicapai pada 2015-07-15., University of Florida, Institute of Food and Agricultural Sciences; citing P. Witherell, "Other Products of the Hive," Chapter XVIII, The Hive and the Honey Bee, Dadant & Sons, Inc., Hamilton, IL, 1975
  6. ^ Mao W, Schuler MA, Berenbaum MR; Schuler; Berenbaum (May 2013). "Honey constituents up-regulate detoxification and immunity genes in the western honey bee Apis mellifera". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 110 (22): 8842–6. Bibcode:2013PNAS..110.8842M. doi:10.1073/pnas.1303884110. PMC 3670375. PMID 23630255.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  7. ^ Lou, Zaixiang; Wang, Hongxin; Rao, Shengqi; Sun, Juntao; Ma, Chaoyang; Li, Jing (2012). "p-Coumaric acid kills bacteria through dual damage mechanisms". Food Control. 25 (2): 550–554. doi:10.1016/j.foodcont.2011.11.022.
  8. ^ Erbas, B.; Jazayeri, M.; Lambert, K. A.; Katelaris, C. H.; Prendergast, L. A.; Tham, R.; Parrodi, M. J.; Davies, J.; Newbigin, E. (2018-03-02). "Outdoor pollen is a trigger of child and adolescent asthma emergency department presentations: A systematic review and meta-analysis". Allergy (dalam bahasa Inggeris). 73 (8): 1632–1641. doi:10.1111/all.13407. ISSN 0105-4538. PMID 29331087.

Pautan luarSunting

[[Fail:

  Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.

Templat:Botani