Plasenta (Jawi: ڤلاسينتا, Ubt.[1]), uri (Jawi: اوري‎) atau tembuni (Jawi: تمبوني‎, juga tabuni Bru.) merupakan organ yang menghubungkan janin yang membesar ke dinding rahim untuk menyediakan nutrien penting dan bekalan udara, melaraskan suhu persekitaran untuk janin, penyahtinjaan, melawan jangkitan dalaman serta menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu.[2] Plasenta membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi-bayi yang berkembang sambil membuang sisa najis dari darah bayi. Plasenta melekat ke dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat. Plasenta adalah ciri penting mengenal pasti mamalia plasental, tetapi juga terdapat dalam beberapa haiwan bukan mamalia dengan pelbagai tahap pembangunan.[3]

Lokasi plasenta atau uri dalam perut ibu yang mengandung sekitar 5-6 bulan.

Mamalia jenis bertelur dan marsupial menghasilkan plasenta koriovitelin yang membekalkan nutrisi induk dari kantung telur sambil ia terhubung ke dinding rahim.

Peristilahan sunting

Istilah plasenta digunakan khusus dalam konteks perubatan menyerap dari perkataan bahasa Latin placenta yang bererti "kek", di mana ia pula berakar dari perkataan bahasa Yunani kuno πλακόεντα/πλακοῦντα (plakóenta/plakoúnta), dari πλακόεις/πλακούς (plakóeis/plakoús) yakni "rata, leper"[4][5] menggambarkan bentuk uri manusia yang bulat.

Perkataan uri menyerap bahasa Jawa ꦮꦸꦫꦶ wuri atau uri bermaksud "belakang" (bandingkan buri) turunan akar proto-Melayu-Polinesia *udehi bermaksud sama; ia sewarisan kata udi dasar kepada kemudian.[6] Tembuni berakar daripada buni "terselindung" (bandingkan dengan bunian).[7] Dalam kefahaman perbidanan Melayu, uri dibezakan lanjut dari tembuni di mana tembuni lebih kepada lendiran manakala uri lebih merujuk kepada selaput kulit tebal mengelilingi janin.[2]

Struktur sunting

 
Plasenta manusia yang dikeluarkan selepas kelahiran anak.

Plasenta manusia berukuran rata-rata 22 sm (9 inci) panjang dengan ketebalan sebanyak 2-2.5 sm (0.8–1 inci), dengan pusat yang tebal dan bahagian tepinya yang nipis; jisim berwarna merah gelap-kebiruan atau lembayung tua ini biasanya mempunyai berat kira-kira 500 gram (hanya lebih 1 paun). Ia menghubungkan kepada janin melalui suatu "tali pusat" yang berukurannya kira-kira 55-60 sm (22-24 inci); tali pusat ini pula mengandungi tiga saluran darah - dua arteri pusat dan satu vena pusat.[8]

Tali pusat dihubungkan ke dalam plat korionik yang membentuk pembuluh atas permukaan plasenta tercawang membentuk suatu jaringan dilindungi oleh lapisan sel nipis lalu terbentuknya suatu struktur pepohon villus. Pada badan sebelah ibu, struktur ini dikumpulkan dalam lobul dipanggil kotiledon.

Plasenta manusia biasanya terbentuk berupa suatu cakera. Ukuran plasenta antara spesies mamalia bukan manusia datang dalam berbagai-bagai ukuran berbeza.[9]

Fisiologi sunting

Pembentukan sunting

Plasenta mula terbentuk selepas tertempelnya blastosista pada endometrium atau dinding rahim ibu. Lapisan luar blastosista menjadi trofoblasta yang membentuk lapisan luar uri. Lapisan luar ini kemudiannya terbahagi kepada dua lapisan lagi: lapisan dasar sitotrofoblas dan lapisan atas sinsitiotrofoblas. Sinsitiotrofoblas adalah lapisan sel multinukleus berterusan yang meliputi permukaan uri yang terbentuk hasilnya pembezaan dan penyatuan sel-sel dasar sitotrofoblas - proses ini berterusan sepanjang pemmbentukan plasenta. Sinsitiotrofoblas (juga dikenali sebagai sinsitium) pula berfungsi sebagai bahagian penghadang bagi uri.

Plasenta membentuk sepanjang kehamilan itu berlaku. Penghasilan bekalan darah ibu untuk plasenta menjadi sempurna pada hujung trimester pertama kehamilan (kira-kira 12-13 minggu).

Kelahiran sunting

Pelupusan plasenta bermula dengan pemisahan fisiologi uri dari dinding rahim. Uri biasanya disingkirkan dari badan ibu dalam masa 15-30 minit selepas kelahiran anak.

Fungsi-fungsinya sunting

Nutrisi sunting

Itu perfusi intervillous ruang uri dengan darah ibu membolehkan pemindahan nutrien dan oksigen dari badan ibu kepada janin serta pemindahan buangan dan karbon dioksida kembali dari janin kepada bekalan darah si ibu. Pemindahan nutrien ke janin berlaku melalui pengangkutan aktif dan pasif. Sistem-sistem berpengangkutan aktif dapat mengekalkan ketepuan plasma pelbagai molekul besar yang berbeza di kedua-dua bahagian pada ibu dan janin sisi.[10] Komplikasi kesihatan yang buruk seperti diabetes atau kegemukan, boleh menyebabkan peningkatan atau penurunan tahap pengangkut nutrien dalam plasenta sehingga menyebabkan pertumbuhan atau pembantutan perkembangan dalam janin.[11]

Penyingkiran tinja sunting

Bahan buangan yang dikeluarkan dari janin seperti urea, asik urik dan kreatinin dipindahkan ke darah ibu darah melalui peresapan di dalam uri.

Pelalian sunting

Plasenta berfungsi sebagai penghadang antara ibu dan anak daripada penyebaran mikroorganisma. Bagaimanapun, kekurangan fungsi dalam uri masih boleh menyebabkan tersebarnya penyakit berjangkit dari ibu ke anak.

Hubungan dengan manusia sunting

Masyarakat Melayu menganggap uri sebagai "saudara" peneman anak dalam kandungan; sisa uri yang ditinggalkan selepas kelahiran perlu diuruskan dengan baik bagi menjaga ketenteraman anak selama tempoh pantang si ibu. Bidan atau orang yang sepengetahuan biasa akan menanam uri yang telah dibasuh bersih dari sebarang tanah sebelum ditanam bawah sebatang pokok.[12][13] Orang-orang Māori dan Hawaii turut melakukan kerja menanam atas dasar kefahaman sama terhadap hubungan uri dengan anak.[14][13]

Ada juga sesetengah budaya yang mengalakkan pemakanan uri untuk tujuan penguatan badan. Kaum wanita Cina misalnya percaya uri ini boleh dimakan secara kukus kerana penuh qi, mengalakkan penghasilan air susu, mengembalikan hormon yang hilang serta mengelakkan kebarangkalian naik angin semasa berpantang.[15]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "plasenta". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b "Proses Kehamilan", dari Anisah Barakbah (2017), m/s. 35-86.
  3. ^ Pough et al. 1992.
  4. ^ Henry George Liddell, Robert Scott, "A Greek-English Lexicon", at Perseus.
  5. ^ "placenta".
  6. ^ Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu" (PDF). Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23–43.
  7. ^ Wolff, John U. (2018). Proto-Austronesian Phonology with Glossary: Volume II (dalam bahasa Inggeris). Cornell University Press. m/s. 783. ISBN 978-1-5017-3599-8.
  8. ^ Examination of the placenta
  9. ^ Placental Structure and Classification
  10. ^ Wright, Caroline; Sibley, Colin P. (2011). "Placental Transfer in Health and Disease". The Placenta: From Development to Disease. John Wiley and Sons. m/s. 66. ISBN 9781444333664. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan) Selenggaraan CS1: Menggunakan parameter editors (link)
  11. ^ Kappen, Claudia; Kruger, Claudia. (2012). Carlos Penha-Goncalves (penyunting). "Maternal Diet Modulates Placenta Growth and Gene Expression in a Mouse Model of Diabetic Pregnancy". doi:10.1371/journal.pone.0038445. PMC 3372526. |access-date= requires |url= (bantuan)|access-date= memerlukan |url= (bantuan)
  12. ^ "Menyambut Kelahiran Bayi", dari Anisah Barakbah (2017), m/s. 231-243.
  13. ^ a b "Why eat a placenta?". BBC. 18 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2007. Dicapai pada 8 January 2008.
  14. ^ Metge, Joan. 2005. "Working in/Playing with three languages: English, Te Reo Maori, and Maori Bod Language." In Sites N.S vol. 2, No 2:83-90.
  15. ^ Falcao, Ronnie. "Medicinal Uses of the Placenta". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2008. Dicapai pada 25 November 2008.
Sumber utama
  • Anisah Barakbah (2017). Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593. Check |isbn= value: invalid character (bantuan).

Pautan luar sunting