Kon (dalam istilah botani: strobilus) merupakan organ bagi tumbuhan Pinophyta (konifer) yang mengandungi struktur pembiakan. Kon berkayu yang biasa merupakan kon betina, yang menghasilkan biji benih. Kon jantan, yang menghasilkan debunga biasanya herbaceous dan kurang menonjol walaupun apabila matang sepenuhnya. Nama "kon" terhasil dari sebab bentuk dalam sesetengah spesies menyerupai gemotri kon. Kepingan individual pada kon dikenali sebagai sisik.

Kon Pinus coulteri
Kon Aleppo Pine (Israel)

Kon jantan (microstrobilus atau kon debunga) secara struktur sama bagi semua konifer, berbeza hanya sedikit sahaja (kebanyakannya aturan sisik) dari spesies ke spesies. Menjulur keluar dari paksi tengah adalah mikrosporophylls (daun terubahsuai). Di bawah setiap microsporophyll adalah satu atau beberapa mikrosporangia (kantung debunga).

Kon betina (megastrobilus, kon biji benih, atau kon ovulate) mengandungi ovules yang, apabila disenyawakan oleh debunga, membentuk biji benih. Struktur kon betina lebih jauh berbeza antara keluarga konofer berlainan, dan sering kali penting bagi mengenal pasti kebanyak spesies konifer.

Kon betina keluarga konifer sunting

Kon Pinaceae sunting

 
Intact and disintegrated fir cones
 
Young cones of a Colorado Blue Spruce

Galeri sunting

Gambaran kon Cupressus melalui tomografi komputer mikro sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting