Buka menu utama
Pokok-pokok di sekeliling tasik.

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan, dan daun. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.[1]

Bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akar, badan, dahan, ranting, dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem}, dan tisu pengangkutan floem (phloem). Sebenarnya, kayu terdiri daripada sel xilem, dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).

Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah.

Di atas permukaan tanah, batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok, susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan.

Isi kandungan

Pokok yang belum disisihSunting

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ (Inggeris) Going Out On A Limb With A Tree-Person Ratio, Morning Edition, National Public Radio. 12 Nov 2008.

Pautan luarSunting