Buka menu utama

Wikipedia β

Untuk kegunaan lain, sila lihat Matahari (nyahkekaburan).
"Suria" dilencongkan di sini. Untuk syarikat rakaman Malaysia, sila lihat Suria Records. Untuk stesen radio Malaysia, sila lihat Suria FM. Untuk pusat beli-belah, sila lihat Suria KLCC.

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai garis pusat (diameter) 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.

Matahari Sun symbol.svg
The Sun by the Atmospheric Imaging Assembly of NASA's Solar Dynamics Observatory - 20100819.jpg
Data pemerhatian
Jarak purata
dari Bumi
1.496×108 km
8 min 19 s pada kelajuan cahaya
Kecerahan visual (V) −26.74[1]
Magnitud mutlak 4.83[1]
Pengelasan spektrum G2V
Metallicity Z = 0.0122[2]
Saiz bersudut 31.6′ – 32.7′[3]
Adjektif suria
Ciri-ciri orbit
Jarak purata
dari pusat Galaksi Bima Sakti
~2.5×1017 km
26000 light-years
Tempoh masa galaksi (2.25–2.50)×108 a
Halaju ~220 km/s (orbit di sekeliling pusat galaksy)
~20 km/s (relatif kepada purata halaju bintang-bintang lain dalam dalam kelompok bintang)
~370 km/s[4] (relatif kepada sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik)
Ciri-ciri fizikal
Diameter purata 1.392×106 km[1]
109 × Bumi
Jejari khatulistiwa 6.955×105 km[5]
109 × Bumi[5]
Lilitan khatulistiwa 4.379×106 km[5]
109 × Bumi[5]
Kepesekan 9×10−6
Luas permukaan 6.0877×1012 km2[5]
11990 × Bumi[5]
Isipadu 1.412×1018 km3[5]
1300000 × Bumi
Jisim 1.9891×1030 kg[1]
333000 × Bumi[1]
Ketumpatan purata 1.408×103 kg/m3[1][5][6]
Ketumpatan Tengah (model): 1.622×105 kg/m3[1]
Fotosfera bawah: 2×10−4 kg/m3
Kromosfera bawah: 5×10−6 kg/m3
Korona (purata): 1×10−12 kg/m3[7]
Graviti permukaan khatulistiwa 274.0 m/s2[1]
27.94 g
28 × Bumi[5]
Halaju lepas
(dari permukaan)
617.7 km/s[5]
55 × Bumi[5]
Suhu Pusat (dimodelkan): ~1.57×107 K[1]
Fotosfera (berkesan): 5778 K[1]
Korona: ~5×106 K
Kekilauan (Lsol) 3.846×1026 W[1]
~3.75×1028 lm
~98 lm/W keberkesanan
Keamatan purata (Isol) 2.009×107 W·m−2·sr−1
Ciri-ciri putaran
Kecondongan 7.25°[1]
(pada ekliptik)
67.23°
(pada satah galaksi)
Jarak hamal
kutub Utara[8]
286.13°
19j 4min 30s
Keserongan
kutub Utara
+63.87°
63°52' Utara
Tempoh masa putaran ikut bintang
(di khatulistiwa)
25.05 hari[1]
(di latitud 16°) 25.38 hari[1]
25h 9j 7min 12s[8]
(di kutub) 34.4 hari[1]
Halaju putaran
(di khatulistiwa)
7.189×103 km/h[5]
Kandungan fotosfera (berdasarkan jisim)
Hidrogen 73.46%[9]
Helium 24.85%
Oksigen 0.77%
Karbon 0.29%
Besi 0.16%
Neon 0.12%
Nitrogen 0.09%
Silikon 0.07%
Magnesium 0.05%
Sulfur 0.04%
Pandangan matahari dari bumi dengan tompokan matahari jelas kelihatan

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas, menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas lakuran nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.


Matahari berputar selama 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari semasa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, lantas mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Williams, D. R. (2004). "Sun Fact Sheet". NASA. Dicapai pada 2010-09-27. 
  2. ^ Asplund, M.; N. Grevesse dan A. J. Sauval (2006). "The new solar abundances - Part I: the observations". Communications in Asteroseismology. 147: 76–79. Bibcode:2006CoAst.147...76A. doi:10.1553/cia147s76.  Petik menggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  3. ^ "Eclipse 99: Frequently Asked Questions". NASA. Dicapai pada 2010-10-24. 
  4. ^ Hinshaw, G.; et al. (2009). "Five-year Wilkinson Microwave Anisotropy Probe observations: data processing, sky maps, and basic results". The Astrophysical Journal Supplement Series. 118: 225–245. Bibcode:2009ApJS..180..225H. doi:10.1088/0067-0049/180/2/225.  Petik menggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  5. ^ a b c d e f g h i j k l "Solar System Exploration: Planets: Sun: Facts & Figures". NASA. Diarkibkan daripada original pada 2008-01-02. 
  6. ^ Ko, M. (1999). Elert, G., ed. "Density of the Sun". The Physics Factbook. 
  7. ^ "Principles of Spectroscopy". University of Michigan, Astronomy Department. 30 Ogos 2007. 
  8. ^ a b Seidelmann, P. K.; et al. (2000). "Report Of The IAU/IAG Working Group On Cartographic Coordinates And Rotational Elements Of The Planets And Satellites: 2000". Dicapai pada 2006-03-22.  Petik menggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  9. ^ "The Sun's Vital Statistics". Stanford Solar Center. Dicapai pada 2008-07-29. , citing Eddy, J. (1979). A New Sun: The Solar Results From Skylab. NASA. m/s. 37. NASA SP-402. 

Pautan luarSunting