Halaju

kadar perubahan sesaran

Halaju (Tulisan Jawi: هالاجو) (singkatan daripada "hala laju"[1]) adalah sesaran per unit masa. Halaju adalah satu kuantiti vektor, yakni vektor tertakluk terhadap arah pergerakan dan magnitudnya, iaitu laju.

Perbezaan antara kelajuan dan halaju sunting

 
Kuantiti kinematik suatu zarah klasik:
m = jisim,
r = kedudukan,
v = halaju,
a = pecutan.

Kelajuan hanya menggambarkan selaju mana sesuatu objek itu bergerak, manakala halaju pula menyatakan kelajuan objek tersebut serta ke arah mana ia bergerak.[2] Seandainya sebuah kereta bergerak pada 60 kilometer sejam, kelajuannya telah dinyatakan. Walau bagaimanapun, jika kereta tersebut bergerak pada 60 km/j ke arah utara, maka halaju kereta itulah yang telah dinyatakan kini.

Perbezaan yang ketara ini dapat dilihat apabila kita mengira pergerakan objek dalam sesebuah bulatan. Apabila sesuatu objek ini bergerak dalam suatu laluan bulatan (pada kelajuan yang malar) dan kembali pada titik mulanya, purata halajunya dikira sebagai sifar manakala purata kelajuannya didapati dengan membahagikan lilitan bulatan dengan masa yang diambil untuk berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Hal ini kerana purata halaju hanya mengambil kira sesaran antara titik-titik mula dan akhir manakala purata kelajuan pula hanya mengira jumlah jarak yang telah dilepasi.

Unit sunting

Unit SI bagi halaju ialah meter per saat (m/s).

Formula sunting

Dalam konteks mekanik, halaju ditakrifkan sebagai sesaran dibahagikan dengan masa:

 

Halaju juga adalah hasil pembezaan sesaran:

 

Pecutan adalah kadar perubahan halaju dalam masa tertentu.

 

Pecutan juga merupakan hasil pembezaan halaju:

 

Rujukan sunting

  1. ^ "hala laju". Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2 November 2020.
  2. ^ Wilson, Edwin Bidwell (1901). Vector analysis: a text-book for the use of students of mathematics and physics, founded upon the lectures of J. Willard Gibbs. m/s. 125. Tulisan ini barangkali merupakan asal-usul pemakaian istilah laju dan halaju dalam konteks fizik vektor.