Lakuran nuklear

(Dilencongkan dari Pelakuran nuklear)

Lakuran nuklear ialah proses yang mana dua atau lebih nukleus atom bercantum atau "lakur" dan menjadi sebuah nukleus yang lebih berat. Jirim tidak dijimatkan dalam proses ini kerana sebahagian daripada jisim ditukar menjadi tenaga yang dibebaskan. Lakuran merupakan proses yang memberi kuasa kepada bintang aktif.

Suria ialah bintang jujukan utama, dan menjana tenaganya melalui proses lakuran nuklear hidrogen menjadi helium. Dalam terasnya, Suria melakur 620 juta tan metrik hidrogen setiap saat.
Fizik nuklear
CNO Cycle.svg
Pereputan radioaktif
Pembelahan nuklear
Pelakuran nuklear

Lakuran dua nukleus yang memiliki jisim kurang daripada besi (unsur yang bersama-sama nikel mempunyai tenaga pengikat yang terkuat bagi setiap nukleon (nama kolektif proton atau neutron)[1]) lazimnya melepaskan tenaga; lakuran nukleus yang lebih berat daripada besi pula "menyerap" tenaga. Keadaan terbalik pula bagi pembelahan nukleus, proses songsang lakuran nukleus. Hal ini bermakna lakuran lazimnya berlaku dengan unsur-unsur ringan sahaja, dan pembelahan pula hanya berlaku dengan unsur-unsur yang lebih berat. Ada fenomenon astrofizik ekstrem yang boleh membawa kepada lakuran berjangka pendek dengan unsur berat, dan proses ini membawa kepada nukelosintesis, yakni penjanaan unsur-unsur berat semasa berlakunya fenomenon seperti supernova.

NotaSunting

Bacaan lanjutSunting

  • "What is Nuclear Fusion?". NuclearFiles.org.
  • S. Atzeni, J. Meyer-ter-Vehn (2004). "Nuclear fusion reactions". The Physics of Inertial Fusion (PDF). University of Oxford Press. ISBN 978-0-19-856264-1.
  • G. Brumfiel (22 May 2006). "Chaos could keep fusion under control". Nature. doi:10.1038/news060522-2.
  • R.W. Bussard (9 November 2006). "Should Google Go Nuclear? Clean, Cheap, Nuclear Power". Google TechTalks.
  • A. Wenisch, R. Kromp, D. Reinberger (November 2007). "Science of Fiction: Is there a Future for Nuclear?" (PDF). Austrian Institute of Ecology.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  • W.J. Nuttall (September 2008). "Fusion as an Energy Source: Challenges and Opportunities" (PDF). Institute of Physics Report. Institute of Physics.

Pautan luarSunting

Organisasi