Tritium
Tritium | |
---|---|
![]() Tritium | |
General | |
Nama, simbol | hydrogen-3, T,3H |
Neutron | 2 |
Proton | 1 |
Data nuklid | |
Kelimpahan semula jadi | [10-18 dalam hidrogen[1] |
Separuh hayat | 12.32 tahun |
Hasil pereputan | 3He |
Jisim isotop | 3.0160492 u |
Spin | 1⁄2 |
Tenaga lebihan | 14,949.794± 0.001 keV |
Tenaga pengikatan | 8,481.821± 0.004 keV |
Mod pereputan | Tenaga pereputan |
pereputan beta | 0.018590 MeV |
Tritium تريتيوم (/ˈtrɪtiəm/ or /ˈtrɪʃiəm/, daripada grc τρίτος (trítos), bermaksud "third") or hidrogen-3 (symbol T or 3H) ialah salah satu dari isotop hidrogen yang dijumpai di alam semulajadi. Tritium ialah isotop yang jarang dijumpai dan juga radioaktif. Nukleusnya mempunyai satu proton dan dua neutron manakala nukleus isotop hidrogen yang biasa (protium) hanya mempunyai satu proton, dan deuterium mempunyai satu proton dan satu neutron.
Tritium semulajadi amat jarang dijumpai di bumi. Atmosfera bumi hanya mempunyai kuantiti surih tritium yang dihasilkan dari interaksi gas-gas dengan sinar kosmik. Tritium dapat dihasilkan dengan menyinar logam litium atau kerikil seramik yang mempunyai litium dalam reaktor nuklear, serta merupakan bahan sampingan yang wujud dalam kuantiti sedikit semasa operasi reaktor nuklear.
Tritium digunakan sebagai sumber tenaga dalam lampu bagi jam, pelbagai instrumen dan alatan serta rantai kunci yang bercahaya. Tritium juga digunakan dalam perubatan sebagai bahan perunut radioaktif. Di samping itu, tritium ialah bahan api lakuran nuklear, dalam reaktor Tokamak dan Bom hidrogen.