Pemancaran positron
Pemancaran positron merupakan salah satu jenis pereputan beta, yang kadang-kala dirujuk sebagai "beta plus" (β+). Dalam pereputan beta plus, satu proton ditukar, melalui daya lemah, kepada satu neutron, satu positron (juga dikenali sebagai "zarah beta plus", pasangan antijirim elektron), dan satu neutrino.
Isotop yang mengalami pereputan ini lalu memancarkan positron termasuklah karbon-11, potassium-40, nitrogen-13, oksigen-15, fluorin-18, dan iodin-121. Sebagai contoh, berikut merupakan persamaan yang menerangkan pereputan beta plus bagi karbon-11 kepada boron-11, mengeluarkan satu positron β+ dan satu neutrino νe:
Isotop ini digunakan untuk tomograf pemancaran positron, teknik yang digunakan untuk pengimejan perubatan.
Nuclei yang mereput melalui pemancaran positron boleh juga mereput dengan penangkapan elektron. Bagi pereputan bertenaga rendah, penangkapan elektron adalah 2mec2 = 1.022 MeV, memandangkan keadaan akhir telah melepaskan elektron berbanding menambah positron. Apabila tenaga pereputan bertambah, begitu juga nisbah pencabangan terhadap pemancaran positron. Walau bagaimanapun, jika perbezaan tenaga kurang dari 2mec2, makan pemancaran positron tidak boleh berlaku dan penangkapan elektron merupakan satu-satunya mod pereputan. Beberapa isotop (contohnya, 7Be) adalah stabil dalam sinar kosmik galaksi kerana elektron dilepaskan dan tenaga pereputan terlalu kecil untuk pemancaran positron.