Sinar gama (diwakili dengan huruf Yunani γ) merupakan bentuk sinaran elektromagnet (EMR) atau pancaran cahaya bagi frekuensi khas dihasilkan dari interaksi zarah sub-atom, seperti pelupusan elektron-positron dan penguraian radioaktif; kebanyakannya dihasilkan dari reaksi nuklear yang berlaku dalam medium antara bintang angkasa.

Ilustrasi pelepas sinar gama (γ) dari nukleus atom
Sinar gama dipancarkan semasa pembelahan nuklear dalam letupan nuklear.

Pancaran gamma biasanya dicirikan sebagai EMR, mempunyai frekuensi dan tenaga tertinggi, dan juga panjang gelombang terpendek, dalam spektrum sinaran elektromagnet, contoh, foton berkuasa tinggi. Disebabkan kandungan tenaga tinggi ini, ia mampu menyebabkan kerosakan serius apabila diserap oleh tisu hidup.

Sejarah sunting

Sinar gama dijumpai oleh ahli kimia dan fizik Perancis Paul Ulrich Villard pada tahun 1900, semasa beliau sedang mengkaji uranium dengan jabatan kimianya di École Normale Supérieure di rue d'Ulm, Paris. Melalui penggunaan peralatan yang dibinanya sendiri, beliau mendapati bahawa sinaran ini tidak dapat dipesongkan oleh medan magnet.

Untuk seketika, sinar gama dianggap sebagai zarah. Hujahan bahawa ia boleh digambarkan sebagai suatu sinar ditunjukkan oleh seorang ahli fizik British bernama William Henry Bragg pada 1910, apabila beliau menunjukkan bahawa sinar ini mengionkan gas sepertimana yang dilakukan sinar X.


Rujukan sunting

  1. Kelly, K. (2005). Radiation may have positive effects on health: study -- Low, chronic doses of gamma radiation had beneficial effects on meadow voles University of Toronto


Pautan luar sunting