Sinar ultraungu
Sinaran ultraungu (atau lebih tepat ultralembayung) atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Ia dinamakan sedemikian kerana spektrum terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. Frekuensi ini adalah halimunan tidak kelihatan pada pandangan manusia, tetapi kelihatan pada sebilangan serangga dan burung. Ia juga kelihatan secara tidak langsung, dengan menyebabkan bahan floresen bercahaya dengan cahaya nampak.
Cahaya Sinar ultraungu UV terdapat dalam cahaya matahari dan dihasilkan melalui gerbang eletrik dan cahaya khas seperti cahaya hitam. Ia mampu menyebabkan tindak balas kimia, dan menyebabkan banyak bahan bercahaya atau floresan ("fluorescence"). Kebanyakan sinar ultraungu dikelaskan sebagai pancaran tidak mengion. Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultraungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis sinar ultraungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioksigen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah.[1] Bagaimanapun, keseluruhan spektrum sinar ultraungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas (sebagai contoh terbakar matahari (mengelupas)). Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa foton ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sungguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul.
Ultraungu bermaksud "melebihi ungu" dan dinamakan sebegitu kerana frekuensinya melebihi cahaya warna ungu. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV berjarak dekat. Ini disebabkan kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak.
RujukanSunting
Bacaan lanjutSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sinar ultraungu |
Cari Sinar ultraungu dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Hu, S; Ma, F; Collado-Mesa, F; Kirsner, R. S. (2004). "UV radiation, latitude, and melanoma in US Hispanics and blacks". Arch. Dermatol. 140 (7): 819–824. doi:10.1001/archderm.140.7.819. PMID 15262692. Parameter
|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - Hockberger, Philip E. (2002). "A History of Ultraviolet Photobiology for Humans, Animals and Microorganisms" (– Scholar search). Photochemisty and Photobiology. 76 (6): 561–569. doi:10.1562/0031-8655(2002)076<0561:AHOUPF>2.0.CO;2. PMID 12511035. Parameter
|label=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)[pautan putus] - Allen, Jeannie (2001-09-06). Ultraviolet Radiation: How it Affects Life on Earth. Earth Observatory. NASA, USA.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.